Thursday, October 2, 2008

ZAHID HAMID INTAI JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

SEPERTI yang diduga Zahid Hamidi akan menentang Muhyiddin Yassin Mac tahun depan untuk jawatan Timbalan Presiden. http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/2/mstar_mutakhir/20081002161518&sec=mstar_mutakhir

Zahid mengumumkan hasrat beliau kepada wartawan yang berkunjung ke rumah mertuanya hari ini. Bekas orang kuat Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno itu memerlukan sekurang-kurangnya 38 pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan tersebut.

Siapa di belakang Zahid? Penyokong pro-Pak Lah yang mengendalikan lawan web Malaysian Insider mengatakan Najib Razak akan memberi "signal" bahawa beliau boleh bekerja dengan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/9908-zahid-hamidi-to-run-for-umno-no-2

Sebenarnya itulah harapan orang Pak Lah agar Zahid menjadi pilihan dan bukannya Muhyiddin. Malaysian Insider mahukan ahli Umno mempercayai seolah-olah Zahid pilihan Najib dan bukannya Muhyiddin.

Bagi kem Najib, Muhyiddin pilihan mereka bukannya Zahid. Malahan kem Najib tertanya-tanya bagaimana Zahid boleh bertapak di dalam kem Pak Lah.

Jelapang sudah pun menulis beberapa hari lalu kenapa penyokong Pak Lah mahukan Zahid bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kepada pelayar yang belum meniliti artikel sebelum ini, layari: http://kedahku.blogspot.com/2008/09/zahir-hamidi-akan-cabar-muhyiddin-untuk.html

No comments: