Wednesday, October 29, 2008

BAGAIMANA NAK ATASI KEJATUHAN HARGA GETAH? TEBANG POKOK!

Apakah cara mengatasi kejatuhan harga getah?

Tebang pokok! Itulah cadangan mudah kerajaan untuk mengatasi kejatuhan harga getah dari RM10 sekilo Julai lepas kepada RM5.10 bulan ini.

Menurut Bloomberg, Malaysia bercadang mengurangkan pengeluaran getah sebanyak 38,000 tan setahun dengan mengalakkan tanaman semula keatas 32,000 hektar kebun getah.
http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601080&sid=amk0F_IO3tfI&refer=asia

Untuk menggalakkan penoreh getah memusnahkan pokok getah tua, kerajaan akan menawarkan pampasan RM7,000 sehektar untuk menebang pokok getah mereka.

Cakap mudah bagi mereka yang tidak bergantung 100% kepada getah. Kebanyakan penoreh getah kita dari golongan miskin. Terfikirkah kita apakah sumber pendapatan penoreh getah sementara menunggu selama tujuh tahun untuk pokok getah mereka matang untuk ditoreh?

2 comments:

Che Moq said...

Tebang Pokok Pun Kita Boleh Jual Kayu Getah Buat Perabot..Harga Getah Pun Dah Makin Suram Bila Jepun Dah Cipta Getah Sintetik Yang Lebih Murah Lama Dulu. Yang Pasti Penoreh Kita Tak Mampu Untuk Menanam Kelapa Sawit Kerana Kos Awal Penyelenggaraan yang Tinggi. Modal Pun Banyak Walau Untung Tinggi. Tapi Pelik, Tayar Mahal Pula..

hapizudin said...

lani kat kampung saya dah 70 sen dah. tebang kayu pun tak laku inikan pula getah.