Friday, October 10, 2008

GANDINGAN NAJIB, MUHYIDDIN!

KATA peribahasa Inggeris, "a picture tells a thousand words". Sebuah gambar memberi seribu makna.

Di dalam keluarga Umno, gerak-geri dan bahasa seorang pemimpin dilihat sebagai mempunyai mesej yang tersirat.

Pabila Najib Razak berkata beliau akan menyerahkan kepada akar umbi untuk menentukan peralihan kuasa, di kalangan ahli Umno ianya satu "signal" Najib mahu dicalonkan jawatan tertinggi parti.

Semalam Najib berada di Kuala Terengganu dan Naib Presiden Muhyiddin Yassin, secara kebetulan atau tidak, juga turut berada di Kuala Terengganu.

Muhyiddin akan mengumumkan bertanding jawatan nombor dua hari ini. Muhammad Muhammad Taib dan Ali Rustam telahpun mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Di akar umbi, masing-masing penyokong mendakwa mendapat sokongan Najib untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden.

Gambar atas membawa seribu makna. Ianya dirakamkan oleh Utusan Malaysia ketika Najib membuat pengumuman untuk bertanding jawatan Presiden Umno.

Di sebelah beliau ialah Muhyiddin. Yang jelas kehadiran Muhyiddin hanya memberi satu makna. Bahawa Najib mahukan Muhyiddin sebagai Timbalannya dan pasti gambar ini adalah satu mesej jelas kepada akar umbi bahawa Muhyiddin adalah pilihan Najib sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

Begitulah "kelebihan" yang ada pada sesuatu gambar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

TERKINI: 9.21am: Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan yakin dapat berkerja dengan baik bersama Najib Razak dalam mentadbir negara. Pengumuman dibuat di Hotel Shangri-la, Putrajaya.

No comments: