Friday, October 3, 2008

JANJI DATUK SHAH RUKH KHAN!

SEGAK: Inilah wajah hero Hindustan Shah Rukh Khan ketika berpakaian Baju Melayu bersongkok dan bersampin warna emas.

Hari ini Shah Rukh Khan bergelar Datuk. Mengikut laporan lalu, nama hero Hindustan ini dicadangkan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Selepas menerima anugerah tersebut, Shah Rukh Khan membuat satu janji.

* Menjadikan Melaka destinasi pengambaran untuk filem barunya "My Name is Khan" yang akan menepis tanggapan barat bahawa Islam adalah agama ganas.

'I think the whole concept of jihad, the whole concept of warring needs to be explained as Allah meant it to be in the Quran ... it is an attempt to try and do that in an entertaining way.' kata Shah Rukh.

(Saya merasakan konsep jihad secara menyeluruh, keseluruhan konsep berjihad perlu diperjelaskan menurut maksud sebenar yang diwahyukan oleh Allah swt seperti mana yang termaktub di dalam Al-Quran... ia adalah satu usaha untuk menyampaikan mesej ini menerusi hiburan).
http://www.straitstimes.com/Breaking+News/Lifestyle/Story/STIStory_311239.html

Kita berharap Shah Rukh Khan berjaya. Ramai antara kita adalah peminat filem-filem Steven Spielberg. Antara filem tersebut ialah Schindler's List yang diharamkan di negara kita.

Schindler's List adalah cara Spielberg memperjuangkan bangsa dan agamanya dan menunjukkan simpati terhadap Yahudi.

Semuga Shah Rukh Khan turut berjaya seperti Spielberg.

No comments: