Thursday, September 25, 2014

GILIRAN AHMAD MASLAN BUAT LAWAK

SEMAKIN hari semakin banyak kenyataan lucu dikeluarkan oleh anggota Kabinet Najib Razak.

Selepas kenyataan Hassan Malek, kalau ayam mahal, jangan makan ayam", Wahid Omar turut membuat kenyataan lucu dengan pengumuman bahawa kini pendapatan sekeluarga sudah mencecah "RM5,900" sebulan.

Semalam Ahmad Maslan pula membuat kenyataan berikut:


"Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi minyak, diesel‎, tepung, beras dan gas memasak, pada saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.
"9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu.
"Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat."

Rakyat miskin hanya perlu kerja 9 bulan saja untuk hidup di Malaysia?

Ini kah tahap Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Kewangan negara?

Kabinet Najib seolah-olah sedang menyertai program Raja Lawak yang dianjurkan oleh Astro.

Menteri-menteri mengambil giliran untuk membuat kenyataan lucu untuk membuat rakyat ketawa - mungkin untuk melupakan keperitan mereka.

Tuesday, September 16, 2014

PAK LAH KINI SEORANG BLOGGER

HARI ini, bekas Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah bergelar blogger. Tahniah kepada Pak Lah.

Kita berharap Pak Lah memberi pandangan kritis demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kita juga berharap Pak Lah menulis apa yang tersemat di hati beliau - tanpa segan silu.

Hari ini, Pak Lah menulis buat pertama kalinya.

Berikut ialah antara ungkapan bernas Pak Lah di dalam artikel pertama beliau:


* Tetapi kebelakangan ini, ramai diantara kita menumpukan perhatian bukan kepada kepelbagaian masyarakat, tetapi kepada perbezaan di dalam masyarakat. Baik dari segi fahaman politik, bangsa, agama, mahupun taraf hidup, perbezaan ini dibiarkan melarat ke perbalahan yang tidak terbatas.

** Sikap toleransi dan saling menghormati diantara satu sama lain sudah berkurangan. Kebebasan bersuara yang kita nikmati melalui laman sosial media dan portal Internet yang lain, diguna untuk meluahkan perasaan marah perkauman yang tak terbatas. Saya sedih melihat apa yang terjadi di dalam negara kita yang tercinta ini walaupun banyak usaha telah diadakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum.

*** Janganlah kita cuma bersatu padu bila ada keraian atau bila menyambut kemenangan. Janganlah kita hanya bersatu padu apabila berlakunya tragedi atau bencana. Semangat perpaduan  mesti sentiasa kekal tersemat dihati dan bukan bermusim sahaja.

**** Kerajaan yang dipilih secara demokrasi patut diberi peluang untuk mentadbir. Baik kerajaan BN ataupun kerajaan Pakatan. Begitulah juga dengan pemimpin, kalau dia telah dipilih mengikut amalan demokrasi, berilah dia peluang untuk mentadbir kerajaan secara adil dan saksama.

***** Manusia tidak terlepas dari kesilapan, apatah lagi  pemimpin yang juga seorang manusia. Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa manfaat.

****** Kebelakangan ini, ramai perbalahan berlaku di antara kaum mengenai isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak asasi kaum-kaum bukan Melayu, taraf rasmi Islam dan hak kebebasan beragama. Bukanlah niat saya untuk menghuraikan isu-isu ini secara terperinci di sini. Saya pun sedar yang saya mungkin tidak mempunyai jawapan menyeluruh pada masa ini untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Tetapi Pak Lah cuma ingin mengingatkan saudara-saudari semua yang ini adalah negara kita bersama, tanah tumpahnya darah kita semua. Peliharalah kerahmatan dan kebahgiaan yang dikurniakan Tuhan kepada kita semua.


Friday, September 12, 2014

WAHID: ORANG KAMPUNG TAK FAHAM APA ITU "MEAN", APA ITU "MEDIAN"!


PENING Jelapang baca penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wahid Omar mengenai pendapatan purata isirumah. (lihat artikel di atas)

Hari ini, Wahid berkata apa yang beliau maksudkan ialah "pendapatan mean" bukan "median".

Kita di kampung manalah faham apa itu "mean", apa itu "median".

Mungkin orang Pedu di Parlimen Padang Terap seperti Mahdzir Khalid faham apa itu "mean" dan apa itu "median".

Seeloknya Wahid turun lah ke kampung-kampung seperti Gemenceh di Negeri Sembilan, Padang Pak Amat di Kelantan dan Kampung Boyan di Sarawak menjelaskan apa itu "pendapatan mean dan median".

Setahu kita, di akar umbi ini, tahap pendapatan yang dinyatakan oleh Wahid itu hanya sebuah mimpi buat kami di kampung. 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-pendapatan-isi-rumah-termasuk-pendapatan-bukan-gaji-kata-wahid-omar

Thursday, September 11, 2014

KETUA PENGARAH FELDA INTAI KELAB BOLASEPAK GLASGOW RANGERS?

SATU lagi kebanggaan negara dan bangsa.

Ketua Pengarah Felda Faizoull Ahmad dirakam oleh akhbar Scotland melawat kelab Glasgow Rangers dan berpotensi untuk menyelamatkan kelab bolasepak tersebut yang sedang dilanda masalah kewangan.

Kita bangga kerana penghormatan yang diberikan oleh akhbar Scotland yang menggambarkan beliau sebagai "mega rich", teramat kaya, walaupun gambaran tersebut mungkin kurang tepat.

Apa pun kita berharap laporan ini menjadi realiti kerana bangsa Melayu sudah mampu membeli sebuah kelab bolasepak di Britain.

Vincent Tan sudah memiliki Cardiff City dan Tony Fernandes pula memiliki Queens Park Rangers.

Laporan akhbar di Scotland di link berikut: http://www.dailyrecord.co.uk/sport/football/football-news/rangers-give-megarich-malaysian-datuk-4192639





Wednesday, September 10, 2014

TUN DR MAHATHIR: "KALAU SAYA PERDANA MENTERI SEKARANG, SAYA AKAN LETAK JAWATAN"


NAMPAKNYA, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berhenti menegur Najib Razak.

Mungkin benar kata Mukhriz, anak Tun, bahawa teguran ini sebenarnya adalah "lahir dari sifat sayang Tun Dr Mahathir dan bertujuan memberi kekuatan kepada Perdana Menteri".
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140906/dn_17/Teguran-Tun-Mahathir-kerana-sayang---Mukhriz


Kritikan terbaru Tun Dr Mahathir di link ini: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140906/dn_17/Teguran-Tun-Mahathir-kerana-sayang---Mukhriz

KELUARGA GURU, PENOREH GETAH BERGAJI RM5,900 SEBULAN?

TARAF hidup rakyat meningkat. Purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan. 

Itu kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar, tempoh hari.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/taraf-hidup-rakyat-meningkat-purata-pendapatan-isi-rumah-2014-rm5900-kata-w

Tahniah kepada guru-guru, pensyarah serta 1.42 juta kakitangan awam. Pendapatan mereka sudah pasti meningkat, taraf hidup mereka pun sudah pasti meningkat.

Sedap kedengaran di telinga bila kita disuapkan dengan kenyataan sebegini.

Ini masalahnya apabila Menteri-menteri seperti Wahid menilai masalah rakyat berdasarkan kepada kajian, data dan lab yang dibuat oleh Pemandu dibilik berhawa dingin di Putrajaya.

Kerana data-data inilah, cara syarikat GLC berniaga pun sudah berubah. 

Lihat lah PLUS yang mengendali lebuhraya. Kalau dulu sebelum PRU-13 kerajaan sibuk menurunkan tol dan menutup tol-tol plaza, hari ini nak bayar tol secara CASH pun dah tak nak diterima oleh PLUS.

Rakyat mahu dipaksa supaya serahkan WANG mereka kepada PLUS dulu sebelum menggunakan tol.

Senang buat bisnes sekarang ini. Ambil duit dari rakyat dulu, dan terpulanglah kepada rakyat samada hendak menggunakan servis atau tidak. Senang susah rakyat, itu masalah mereka.

Dan kerajaan pula tidak prihatin. Turut bersetuju dengan kehendak PLUS sehinggalah rakyat menegur, baru tersedar dari lena.

Kepada Wahid, turunlah ke akar umbi. 

Mentadbir negara tidak sama dengar mentadbir sebuah bank.

Data hanya data. Keperitan rakyat tidak boleh digambarkan oleh data.

Wakil Rakyat ramai. Najib Razak pun juga seorang wakil rakyat. Cuba bertanyakan kepada Najib, berapa ramai rakyat pekan isirumah berpendapatan purata RM5,900.

Kalau benar ramai rakyat berpendapatan purata RM5,900, kenapa jumlah penerima BR1M mencecah 7.9 juta keluarga sekarang ini? Tanyalah wakil-wakil rakyat, benarkah rakyat di bawah hari ini hidup mereka senang?

Tetapi sekirannya Wahid bertanyakan kepada Pemandu, mungkin Idris Jala akan berkata, di kampung beliau di Bario, ramai keluarga mempunyai pendapatan melebihi RM5,900 sebulan.

Wahid turun lah ke bawah berjumpa dengan warga penoreh getah. Tanya mereka berapa harga getah sekarang ini.

Kalau tahun lepas harga getah adalah antara RM2-2.30 sekilo, hari ini tinggal RM1.70 sekilo.

Begitu juga dengan harga kelapa sawit.

Dan buatlah kira-kira sendiri. Dengan harga getah RM1.70 sekilo, adakah pendapatan mereka mencecah RM5,900 sebulan?

Adalah lebih prihatin kalau para Menteri memahami masalah rakyat daripada menggunakan kemewahan mereka untuk mengukur taraf hidup rakyat.