Thursday, July 30, 2009

Wednesday, July 29, 2009

TAKDIR YASMIN

Kawan taulan dan sanak saudara Allahyarham Yasmin Ahmad begitu kecewa dan marah dengan rencana yang disiarkan oleh akhbar kedua Utusan Malaysia, Kosmo! semalam.

Ramai rakan-rakan blog menghentam Kosmo! Ada yang mendesak ketua penyuntingnya meletakkan jawatan. Ada yang mendesak ahli keluarga Allahyarham menyaman Kosmo!

Kepada yang tidak tahu hujung pangkalnya isu ini, keratan akhbar berikut adalah pencetus kepada kontroversi ini. (Klik pada gambar untuk membacanya)

UTUSAN, OH UTUSAN!

Kepada mereka yang bukan pembaca Utusan Malaysia, berikutlah kenyataan maaf yang dikeluarkan oleh akhbar arus perdana di muka hadapan akhbar tersebut hari ini.

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Laporan yang dimaksudkan Utusan ialah: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0615&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm&arc=hive

Tuesday, July 28, 2009

AIRASIA HUTANG RM65 JUTA PADA MAB

Di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, bendera Air Asia berkibar megah. Apa sahaja yang dipinta menjadi realiti.

Pada Julai 2006, Fly Asian Express (FAX), sebuah subsidiari Tune Air yang pegangannya di bawah Air Asia Bhd, dibenarkan oleh Pak Lah mengambil alih perkhidmatan udara di Sabah dan Sarawak menerusi pengstrukturan semula penerbangan domestik yang melihat MAS terpaksa menyerahkan perkhidmatan tersebut kepada syarikat milik Tony Fernandes.
http://web6.bernama.com/aviation_news/news.php?id=209026&lang=en

April 2007, tidak sampai setahun, Fernandes mengumumkan mahu menyerah kembali perkhidmatan udara di Sabah dan Sarawak kepada MAS dan pada Mei 2007, Pak Lah mengarahkan MAS mengambil balik perkhidmatan udara tersebut.
http://www.jeffooi.com/2007/06/masafax_and_faxamas.php

Maka MAS terpaksa akur dan menurut perintah.

Kegemilangan Air Asia berterusan. Pak Lah kemudiannya membenarkan Air Asia terbang ke Singapura. Penganalisa kewangan ketika itu meramalkan Air Asia akan memperolehi keuntungan antara RM20 juta dan RM30 juta ringgit sementara keuntungan MAS akan berkurangan sebanyak RM10 juta setahun.
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/11/24/business/19567878&sec=business

Layanan istimewa Pak Lah kepada AirAsia berterusan dan Air Asia terus mendapat hak pendaratan ke beberapa destinasi menguntungkan yang selama ini dikuasai oleh MAS. MAS menjadi anak tiri kepada Pak Lah.

Bagaimana pun berita yang disiarkan oleh akhbar the Star semalam memberi gambaran seolah-olah layanan istimewa dari kerajaan sudah sampai penghujungnya di bawah pentadbiran Najib Razak.

Semalam akhbar the Star menyiarkan kenyataan Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani:

"We had asked for rights to fly to Sydney and Seoul and the Government decided to defer granting us the approval. They want (AirAsia) to settle (its) dues with Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).’’

"Kita memohon hak penerbangan ke Sydney dan Seoul dan Kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan kelulusan. Mereka mahukan AirAsia menyelesaikan hutangnya kepada Malaysia Airports Holding dahulu."
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/28/business/4362667&sec=business

Kalau mengikut laporan The Star, AirAsia berhutang sebanyak RM65 juta kepada MAB.

Tindakan kerajaan jelas tepat pada masa. Setiap yang berhutang perlu membayar hutangnya dan AirAsia tidak terkecuali. Orang biasa pun dikejar ke sana ke sini oleh bank kerana hutangnya yang tidak seberapa. Malahan ada Ah Long yang sanggup mengurung sipiutang yang gagal melunaskan hutangnya.

Apa keistimewaan AirAsia sehinggakan tidak mahu melangsaikan hutangnya? Kalau AirAsia mampu mengembangkan sayapnya untuk terbang ke Sydney dan Seoul serta membeli pesawat terbang baru, apalah RM65 juta kepada AirAsia dan Tony Fernandes?

Friday, July 24, 2009

RAKYAT TAK PERLU SYOK PADA UMNO KERANA PEMIMPINNYA SENDIRI PUN TAK SYOK SAMA SENDIRI

Kekalahan 65 undi Umno di pilihanraya kecil Manik Urai tempoh hari kononnya mengambarkan kembalinya keyakinan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.

Kalau benarlah tanggapan yang diwarwarkan oleh pucuk pimpinan selepas pilihanraya kecil tersebut, maka Umno boleh menarik nafas lega dan mendabik dada bahawa rakyat akan memberi mandat besar semula kepada BN dan Umno dalam pilihanraya yang akan datang.

Kalaulah benar rakyat kembali yakin kepada BN, tidak mungkin Umno kalah dengan 65 undi. Umno seharusnya menang kalau diambil kira janji-janji yang ditaburkan di Manik Urai termasuk menjanjikan Manik Urai dijadikan pusat agropolitan. Tetapi Umno kalah. Dengan jentera yang begitu perkasa, Umno tidak juga menang di Manik Urai di mana 99.5 peratus pengundi adalah Melayu. Kalau di pilihanraya kecil lain, pengundi bukan Melayu disalahkan, di Manik Urai, kawasan Melayu, kalah juga.

Bagaimana hendak menang kalau pemimpin Umno sendiri pun tak "syok" dengan pemimpinnya.

Buktinya di Perlis. Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Perhubungan Umno, sendiri tak "syok" dengan Menteri Besar yang juga pemimpin Umno, dari parti Shahidan sendiri.

Kata Shahidan: "jika Md. Isa tidak mampu membuat sebarang keputusan, adalah lebih baik jawatan itu diberikan kepada mereka yang lebih berkaliber seperti ADUN Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, ADUN Santan, Sabry Ahmad atau ADUN lain yang dilihat berkebolehan." Laporan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Kalaulah Shahidan, seorang pemimpin Umno, tak "syok" dengan pemimpinnya sendiri, tak ada sebab rakyat jelata perlu "syok" dengan pemimpin Umno.

Yang peliknya, pucuk pimpinan Umno di peringkat atas pun tak berminat nak selesaikan masalah di Perlis ini. Mungkin mereka pun tak "syok" dengan pemimpin mereka sendiri. Itulah sebabnya, depa tak berapa "syok" nak selesai masalah Perlis.

DI UK SELESEMA BABI, DI MALAYSIA H1N1!!!!

DI BRITAIN, IANYA DI KENALI SEBAGAI SWINE FLU (SELESEMA BABI), DI MALAYSIA H1N1.
Lihatlah. Di Malaysia, hampir dalam semua bidang termasuk penyakit perkiraan politik di ambil kira. Itulah Malaysia.

Thursday, July 23, 2009

RAFIDAH KEPADA SHAHRIZAT: SAYA MASIH AKTIF POLITIK

" Tidak perlu jemput. Saya masih aktif dalam politik."
Itulah kata-kata bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz yang ditumpaskan oleh Timbalan beliau sendiri, Shahrizat Jalil, awal tahun ini.
Shahrizat, agaknya, bercadang untuk menarik tirai penutup buat karier politik Rafidah.
Maka dijemput Rafidah ke majlis Jasa Mu DiKenang untuk meraikan Rafidah.
Dan Rafidah mengutus sepucuk surat kepada Wanita Umno yang kemudiannya dibaca oleh Setiausaha Kerja Umno Rosni Zahari di mesyuarat Exco Wanita.
Antara kandungan dan mesej Rafidah kepada Shahrizat ialah:
"Saya belum meninggalkan Umno dan saya masih ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar."
Khabarnya Shahrizat mahu teruskan majlis tersebut dan menghantar hadiah ke rumah Rafidah, tetapi ahli Exco dikatakan tidak bersetuju.

Wednesday, July 22, 2009

MAJLIS PEGUAM: SURUHANJAYA DIRAJA PATUT JUGA SIASAT KEMATIAN TEOH BOON HOCK

Banyak pihak mendesak Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kematian Teoh Boon Hock.

Sebaliknya Suruhanjaya ditubuhkan hanya untuk mengkaji semula Piawaian Prosedur Operasi (SOP) SPRM.

Dan bagi menyiasat kematian Teoh, Najib yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet petang tadi membuat keputusan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor itu. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=427213

Majlis Peguam memberi pandangan mereka mengenai perkara ini semalam. Kata Presidennya Ragunath Kesavan:

"Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.

"Ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja.

"Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya merupakan seorang pegawai yang paling junior.

"Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=427318

Ikuti juga pandangan blogger Aisehman mengenai perkara yang sama: http://aisehman.org/?p=1555

Malangnya, tiada tindakan diambil terhadap penyiasat SPRM yang mengendali kes Teoh kecuali ketua siasatan yang ditukarkan ke ibupejabat SPRM serta merta. Sebaiknya, mereka digantung dari menjalankan tugas sehingga siasatan selesai.

Tuesday, July 21, 2009

DR MAHATHIR: BUKAN MELAYU MENJADI TUAN DI TANAH MELAYU!

Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka? - Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir semalam menulis mengenai perasaan orang Melayu yang dipaksa terus berkorban untuk kaum lain di tanah tumpah darah mereka sendiri - Tanah Melayu. Setiap dari kita hari amati tulisan Tun ini.

KAKI DALAM KASUT

Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/kaki-dalam-kasut.html#more

Monday, July 20, 2009

ABU KASSIM: SPRM CUAI!

SPRM CUAI! Itulah pandangan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abu Kassim Mohamed.

Akibatnya, kata beliau, insiden Teoh Boon Hock telah menjejaskan imej SPRM.

"Segala usaha kita selama ini musnah begitu sahaja dek insiden ini."

Baca artikel penuh di sini: http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=35989

Sunday, July 19, 2009

HALIMI: PEGAWAI SPRM UGUT LETAK PUNTUNG ROKOK PADA KEMALUAN SAYA!

Andai kata Ahli Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Hwa, yang juga ahli parti pembangkang, berbohong bahawa beliau diugut dan diherdik dengan kata-kata kesat seperti "Cina Bodoh" oleh pegawai-pegawai SPRM, ada baiknya kita mendengar pula versi Ahli Jawatankuasa Umno Maran Halimi Kamaruzzaman (gambar, berdiri disebelah Norza Zakaria) akan "layanan" yang diberikan oleh SPRM semasa beliau disoalsiasat.
http://www.malaysiakini.com/news/108712

Pada Januari tahun ini, Halimi, ahli Umno, disoalsiasat oleh SPRM berkaitan kes politik wang melibatkan Norza, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.

Dakwaan Halimi dalam laporan beliau kepada polis:

1) Dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari.

2) Penderitaan yang didakwa seumpama berada di kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq.

3) Tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

4) Di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

5) Pegawai yang dikatakan ketua unit telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding.

6) Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit.

7) Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya.

Ini dakwaan yang dibuat oleh pemimpin Umno di peringkat bahagian. Adakah Halimi berbohong? Ada baiknya pemimpin atau ahli-ahli Umno yang pernah disoalsiasat oleh SPRM tampil ke hadapan dan menceritakan bagaimana mereka dilayan oleh pegawai-pegawai SPRM semasa disoalsiasat.

Manalah tahu, mungkin akan ada yang akan tampil ke hadapan menceritakan betapa mesranya layanan pegawai-pegawai SPRM ketika mereka disoalsiasat.

Berikut berita mengenai laporan Halimi kepada polis yang disiarkan oleh Malaysiakini. Malangnya tiada akhbar media perdana yang berani menyiarkan berita berikut.

Laporan Malaysiakini.


AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM
Jan 29, 09 7:33pm


Selepas mendiang A Kugan didakwa mati sewaktu dalam jagaan polis, kini pemimpin Umno Maran, Pahang pula mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Halimi Kamaruzzaman, 46, mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang.

Penahanan itu didakwa berkaitan siasatan terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) dan ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Beliau juga menyifatkan penderitaan yang didakwa dialaminya itu dengan kem penyeksaan Abu Ghraib di Iraq sewaktu pentadbiran Saddam Hussein.

Dalam laporan polisnya semalam, ahli jawatankuasa Umno Maran itu mendakwa tiga pegawai SPRM termasuk seorang ketua unit menumbuk "kepala, perut dan bahunya bertubi-tubi".

Halimi juga mendakwa beliau di tendang di bahagian rusuk, dipaksa bertelanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan berbogel.

Pegawai yang dikatakan ketua unit (siasatan) ini telah mencekik saya sehingga saya tidak dapat bernafas sambil menolak saya ke dinding," laporannya di balai polis Damansara, Petaling Jaya.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan bahawa Datuk Norza Zakaria-lah yang menyuruh saya untuk memberi duit kepada ahli-ahli Umno yang terbabit," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

"Seorang pegawai telah mengugut untuk meletakkan puntung rokok yang dihisapnya pada kemaluan saya."

Norza sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas dengan alasan beliau sedang disiasat.

Beliau juga berkata tidak mengetahui laporan polis tersebut.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull pula berkata suruhanjaya itu menyerahkan kepada polis untuk menjalan siasatan terhadap dakwaan Halimi dan enggan mengulas lanjut.
http://www.malaysiakini.com/news/97271

Friday, July 17, 2009

NAJIB HARUS PECAT KETUA PESURUHJAYA SPRM!

"Disebabkan konteks di mana kejadian ini berlaku, saya mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat insiden ini secara menyeluruh dan objektif bagi mencari kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada mendiang Teoh. Objektiviti ini juga penting bagi mengelak daripada syak wasangka terhadap SPRM, sekaligus mempertahankan reputasi institusi tersebut.

Tanpa mengira apa pun pegangan politik beliau, kejadian yang menimpa mendiang Teoh wajar dilihat sebagai kehilangan nyawa seorang manusia, dan bukan isu politik. Maka saya menyeru agar semua pihak berfikiran rasional dan tidak cuba menambah kepada spekulasi mengenai isu ini, apatah lagi menunding jari menuduh mana-mana pihak terbabit dalam kematian mendiang Teoh. " - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin - http://www.rembau.net.my/

Ramai antara kita bukan peminat Khairy. Tetapi pandangan beliau mengenai insiden yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock perlu diamati.

Seperti kata Khairy, penubuhan Suruhanjaya DiRaja amat perlu untuk mempertahankan reputasi SPRM.

Mereka yang di pihak kerajaan meminta, mendesak dan merayu agar tuding-menuding jari dihentikan sehingga siasatan polis ke atas kes ini selesai.

Dalam keadaan apapun yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock, SPRM harus bertanggungjawab walaupun sedikit. Beng Hock dibenarkan tidur oleh pegawai SPRM di pejabat mereka dan dengan itu SPRM bertanggungjawab keatas keselamatan beliau.

SPRM ditubuhkan untuk membersihkan negara dari gejala rasuah. Seharusnya SPRM menjadi teladan kepada rakyat negara ini - menjadi contoh kepada setiap rakyat supaya bertanggungjawab.

SPRM juga seharusnya menjadi badan menanam nilai ketelusan dan amanah pada setiap daripada kita.

Teringat kita akan peristiwa melibatkan Louis Caldera, seorang pegawai White House, yang membenarkan pesawat 747 Air Force One untuk membuat penerbangan rendah bagi tujuan publisiti.

Kehadiran pesawat White House di tengah-tengah bandaraya Manhattan menimbulkan suasana panik di kalangan penduduk tempatan yang bimbang akan berlakunya peristiwa 9/11 untuk kali kedua. Atas rasa bertanggungjawab, Louis meletakkan jawatan.

Budaya akauntabiliti cukup tinggi di Amerika Syarikat. Malangnya ia bukannya satu budaya di Malaysia.

Highland Towers runtuh dan mengorbankan 48 orang dan kesudahannya tiada seorang pun didakwa di mahkamah. http://www.hba.org.my/archive/focus/HT/1997.htm Kes Kugan entah bila akan selesai.

Kita kini mempunyai Perdana Menteri yang baru. Apa salahnya Perdana Menteri baru ini memulakan satu budaya akauntabiliti di dalam kerajaan.

Najib Razak boleh mulakannya dengan kes Teoh Beng Hock. Walaupun kematian beliau berlaku di Pejabat SPRM di Selangor, Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan harus dipertanggungjawabkan.

Terlalu banyak kelemahan dalam cara SPRM melakukan siasatan. Antaranya tiada rakaman video semasa siasatan dan dakwaan saksi didera. (Dakwaan SPRM memanggil saksi "Cina Bodoh" http://www.malaysiakini.com/news/108712)

Ada dua pilihan untuk Ahmad Said iaitu beliau sendiri mengambil rasa tanggungjawab dengan meletakkan jawatan atau Najib sendiri memecat Ahmad Said.

Dan Najib harus menerima nasihat Khairy Jamaluddin iaitu menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.

Thursday, July 16, 2009

SPRM PERLU JAWAB PERSOALAN BERKAITAN KEMATIAN TEO!

Kematian Setiausaha Politik Ahli Exco Negeri Selangor Teo Beng Hock (gambar) di Plaza Masalam tengahari tadi adalah sesuatu yang tragik.


Tragik terutamanya pada keluarga Teo, tambahan pula mendiang dikatakan akan melangsungkan perkahwinannya esok.


Lebih tragik lagi sekiranya ia membawa kesan negatif kepada BN dan Najib Razak.


Kematian Teo sudah pasti akan menjadi modal baru Pakatan Rakyat. Ketika kerajaan merayakan 100 hari Najib sebagai PM, 5 hari kemudian "perayaan" ini dicemari oleh insiden kematian Teo di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


Apapun alasan yang diberikan oleh SPRM mengenai kejadian ini, badan itu perlu memberi jawapan kepada beberapa persoalan yang akan dibangkitkan nanti.


Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull membuat kenyataan berikut petang tadi:


Teo datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang semalam untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi ini.

Sebelum pulang Teo berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM Selangor untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

Beliau ingin berehat dulu di bilik tetamu pejabat SPRM dan SPRM membenarkannya. Pada pukul 6 pagi dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihat beliau lagi. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=425953

Antara persoalannya: 1) Adakah menjadi prosidur biasa SPRM menyoal siasat seseorang sehingga 3.45 pagi?

2) Adakah perkara biasa bagi SPRM memberi kebenaran kepada orang yang disoalsiasat untuk tidur di pejabat SPRM selepas dibebaskan?

3) Bukankah orang yang disoalsiasat menjadi tanggungjawab SPRM selagi dia masih berada di dalam bangunan atau pejabat SPRM?

SPRM adalah badan bebas. Ia mempunyai kuasa yang cukup besar selepas diberi taraf Suruhanjaya oleh Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau mengundur diri.

Kes kematian ini merupakan kes pertama yang dikaitkan dengan siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Seharusnya kerajaan mengambil tindakan pro-aktif untuk memastikan kita berlaku adil kepada mereka yang tidak bersalah.

Shukri menyatakan Teo hanya seorang saksi atau dengan kata lain bukanlah orang yang kena tuduh dan bukan orang bersalah.

Maka ada baik sekiranya pihak polis menyiasat dengan terperinci kes kematian ini tanpa prejudis. Kalau perlu gantung saja kerja Pengarah Siasatan SPRM Selangor serta pegawai SPRM yang terlibat dalam menyoal siasat mendiang Teo. Tetapi janganlah menyoalsiasat pegawai SPRM ini sampai 3.45pagi. Apapun kerajaan perlu elakkan kes ini dari menjadi biawak hidup Umno yang akan dibawa ke PRU-13 nanti.

SEMENTARA ITU:

Nazri Aziz membuat satu lagi kenyataan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Talib Othman.

Kenyataan beliau yang terbaru:

“If they want to summon me, summon la. Saya peduli apa (What do I care). They are not important to me. To me, they are misfits". (Kalau mereka hendak saman saya, saman lah. Saya peduli apa. Mereka tidak penting bagi saya. Bagi saya, mereka janggal." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090716173236/Article/index_html

Untuk pengetahuan Nazri, beliau sudah pun diberi gelaran "Badut 2009" oleh blogger Khoo Kay Peng. http://khookaypeng.blogspot.com/

Dan Kay Peng mendakwa SPRM bertanggungjawab di atas kematian Teo.

Wednesday, July 15, 2009

TUN DR MAHATHIR, HANIF OMAR & ABU TALIB OTHMAN PENYANGAK, KATA NAZRI AZIZ

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Hanif Omar dan Tan Sri Abu Talib Othman.

Mereka adalah tiga nama besar. Jasa Tun Dr Mahathir terlalu besar buat negara,
Tun Hanif, bekas Ketua Polis Negara yang keempat dan juga merupakan Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat (20 tahun) juga berjasa pada negara dan Abu Talib merupakan Peguam Negara yang banyak mencipta nama termasuk mengendalikan kes pembunuhan Dato Taha Talib di mana antara yang menjadi orang kena tuduh ialah bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Mokhtar Hashim yang kemudiannya beri pengampunan DiRaja.

Tetapi tiga nama besar ini tidak membawa apa-apa makna bagi Nazri Aziz yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagi Nazri, Tun Dr Mahathir, Tun Hanif dan Tan Sri Abu Talib adalah penyangak (crooks). Berikut ialah kenyataan Nazri yang disiarkan oleh New Straits Times dua hari lalu:


"Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the three men were strong government supporters when they were in the government. (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata ketiga-tiga mereka merupakan penyokong kuat kerajaan ketika mereka di dalam kerajaan)

But the moment they left, they became the biggest critics. (Tetapi bila mereka meninggalkan (kerajaan), mereka bertindak sebagai pengkritik utama kerajaan)

We know that dignitaries who have left the government service, they tend to forget. Once they are no longer in the government, they tend to criticise us, the institution and administration that served them. (Kita tahu ada pembesar bila meninggalkan perkhidmatan dalam kerajaan, mereka mudah lupa. Bila mereka tidak lagi di dalam kerajaan, mereka bertindak mengkritik kita, institusi dan pentadbiran yang pernah mereka berkhidmat)

Now, these are all crooks." (Sekarang, mereka ini semuanya penyangak) http://news.asiaone.com/News/AsiaOne%2BNews/Malaysia/Story/A1Story20090714-154641.html

Jika Tun Dr Mahathir, Tun Hanif dan Tan Sri Abu Talib penyangak, apa bezanya Nazri Azri. Ini kes penyangak melabelkan orang lain penyangak (Pot calling the kettle black).

Siapa yang tidak tahu cara Nazri mencari makan. Dulu kuat menyokong Anwar Ibrahim. Bila Anwar kena tendang, pusing sokong Mahathir. Bila Mahathir mengundur diri, sokong Pak Lah. Selepas Pak Lah, sekarang Najib Razak pula.

Kenyataan Nazri dua hari lepas hanyalah kenyataan politik dan mainan Nazri untuk menyakinkan Najib bahawa beliau merupakan orang yang paling setia pada Najib dan bersedia untuk menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jasa mereka untuk mempertahankan Najib.

Inilah cara Nazri untuk hidup dalam politik. Bawah Pak Lah pun Menteri, bawah Najib pun Nazri kekal Menteri.

Pemimpin Umno lain bertungkus lumus berkorban wang untuk mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi semata-mata untuk jadi Menteri, Nazri dilantik sebagai Menteri tanpa perlu bertanding sebarang jawatan dalam parti.

Kita semua tahu siapa Nazri. Pelbagai kontroversi dikaitkan dengan beliau. Beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan ada pegawai yang dikaitkan dengan beliau pernah ditangkap BPR.

Kenyataan Nazri dua hari lepas sudah pasti menarik perhatian Najib. Menyerang Dr Mahathir bukanlah cara Najib kerana menyerang bekas Perdana Menteri itu lebih membawa kepada kemudaratan dari kebaikan.

Lihatlah apa yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi. Nazri boleh terus menyerang Dr Mahathir tetapi yang akan merasakan penangannya ialah Najib.

Oleh itu, kita tunggu dan lihat siapa agaknya akan antara mereka ini sebenarnya penyangak.

Sunday, July 12, 2009

MUHYIDDIN BERPOLITIK CARA LAMA

Berikut ialah laporan yang dipetik dari Berita Harian Online semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi membuktikan komitmen BN, sebuah jambatan baru akan dibina menggantikan jambatan lama di Kampung Manik Urai Lama, sejurus BN memenangi kawasan itu.

"JKR sudah mentaksirkan kos membina jambatan baru itu nanti adalah sebanyak RM7 juta... Kita (BN) janji jambatan baru itu akan dibina sehari (selepas) kita menang.

"Janji capai kejayaan dulu," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini petang tadi.

Jambatan sempit, yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan pada satu-satu masa berusia lebih 40 tahun, menimbulkan kesulitan kepada penduduk kerana tiada sebarang tindakan diambil bagi memperbaikinya oleh kerajaan negeri.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090712182336/Article/index_html

Biarlah kita mengingatkan Muhyiddin Yassin bahawa cara beliau berpolitik adalah cara lama. Politik mengugut sudah tidak ada tempat dalam politik negara.

Muhyiddin perlu diingatkan bahawa beliau adalah Timbalan Perdana Menteri yang diamanahkan rakyat untuk mentadbir negara. Malangnya kenyataan beliau semalam tidak langsung menggambarkan bahawa cara beliau dan Umno berpolitik sudah berubah.

Muhyiddin tergamak memberitahu pengundi Manik Urai - undi BN kalau mahukan jambatan.

Dengan kata lain, kalau BN kalah, rakyat di Manik Urai terpaksalah terus menggunakan jambatan usang yang sudah berusia 4 dekad.

Siapakah pengundi Manik Urai? Sedarkah Muhyiddin bahawa mereka rata-rata adalah golongan dhaif yang bergantung kepada kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rata-rata mereka ialah pekebun kecil?

Muhyiddin seharusnya lebih maklum akan taraf kehidupan penduduk Manik Urai kerana beliau berkhemah lebih seminggu berkempen untuk BN.

Dan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri sanggup memberi kata dua kepada golongan ini - kalau hendak jambatan, undi BN. Apalah salahnya rakyat Manik Urai diberi jambatan baru tanpa mengira Umno menang atau kalah dalam pilihanraya kecil ini? Berapalah sangat RM7 juta untuk sebuah jambatan!

Kita perlu ingatkan Muhyiddin bahawa beliau perlu kembali ke Kuala Lumpur dan menghayati semula slogan Rakyat Didahulukan yang diwarwarkan oleh bos beliau Najib Razak.

Tidak menghairankan kalau pengundi terus menolak Umno kalau inilah cara Muhyiddin dan Umno melayan rakyat.

100 HARI NAJIB

Tahniah kepada Najib Razak sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri dan dalam merayakan hari ini, rakyat dihadiahkan dengan 11 hadiah termasuk diskaun tol untuk penggguna yang menggunakan tol 80 kali sebulan.

Dalam sejarah politik negara, ramai pemimpin negara yang berjasa kepada rakyat, agama dan negara.

Kalau Pak Lah kurang bernasib baik kerana mewarisi pentadbiran Dr Mahathir Mohamad yang amat dikagumi rakyat dan dunia, Najib bernasib baik kerana mewarisi pentadbiran lesu Pak Lah.

Oleh itu, pentadbiran Najib lebih mudah dari semasa Pak Lah menjadi PM. Pak Lah dibandingkan dengan keunggulan Tun Dr Mahathir manakala Najib dibandingkan dengan pentadbiran Pak Lah yang cukup lemah dan lena.

Kita harus berterima kasih kepada Najib atas hadiah-hadiah yang diberikan oleh beliau semalam. Pemimpin-pemimpin terdahulu memberi hadiah yang tidak ternilai kepada kita terutamanya bangsa Melayu.

Kita dihadiahkan dengan DEB, Amanah Saham Bumiputera, Institut Teknologi Mara, skim tanah antaranya Felda, Felcra, Risda, Ketengah dan Kesedar, dan pelbagai lagi hadiah yang diberikan kepada kita orang Melayu.

Mendapat hadiah dari pemimpin adalah perkara yang amat kita sanjungi dan menerima hadiah bukanlah perkara baru.

Najib membawa era baru kepada Umno. Pentadbiran beliau memberi nafas baru kepada Umno.

Bagaimanapun, Najib perlu diingatkan bahawa Umno dan BN disingkirkan oleh sebahagian daripada pengundi pada Mac 2008 atas dua sebab utama - pertama: pemimpinnya angkuh, bongkak dan sombong; kedua: rasuah.

Kita tahu bagaimana kehidupan senang lenang pemimpin Umno. Entah dari mana, mereka tiba-tiba menjadi kaya raya, punyai kapalterbang peribadi, memandu kereta mahal, mahligai indah dan wang melimpah ruah. Seminggu yang lalu ada bahagian Umno yang merayakan hari istimewa di hotel lima bintang. Begitulah kehidupan pemimpin Umno hampir di setiap peringkat.

Beberapa pemimpin Umno dituduh rasuah dan masih mendapat perlindungan dari kerajaan. Kerajaan masih dengan lagu lama. Bila ditanya kenapa pemimpin ini dilindungi, jawapannya "tiada bukti, bukan senang nak buktikan" dan pelbagai alasan.

Sebahagian dari pemimpin Umno tiada ilmu, tiada pekerjaan tetap tetapi kaya. Rakyat disuruh berilmu, mempelajari Bahasa Inggeris untuk menimba ilmu tetapi ada pemimpin Umno tidak tahu sepatah pun perkataan Inggeris tetapi kaya raya.

Selain dari memberi hadiah kepada rakyat, Najib harus membawa perubahan ini dalam Umno dengan berlaku adil kepada rakyat yang bertungkus lumus mengejar ilmu untuk berjaya.

Kita tiada masalah untuk sesiapa menjadi kaya tetapi biarlah kaya kerana memerah keringat dan kudrat.

Kita tiada masalah Khir Toyo kaya raya. Sekiranya beliau kaya kerana perniagaan yang beliau ceburi selepas pilihanraya 2008 cukup berjaya, kita tumpang gembira. Maka lahirlah seorang lagi ahli perniagaan Melayu berdarah Jawa yang berjaya kerana dasar negara.

Malangnya, bekas mentor beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad, pun tidak percaya rumah Khir Toyo begitu murah sekali.

Kata Tun: "Saya juga ada sebuah rumah di Seri Kembangan. Saya membelanjakan RM1 juta untuk nya. Tetapi (rumah Khir Toyo) berkali ganda besarnya dari rumah saya. Dia (Khir Toyo) perlu jelaskan dari mana dia dapat duit untuk membeli rumah sebesar ini."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/11/nation/4299336&sec=nation

Tahniah sekali lagi kepada Dato' Sri Najib dan terima kasih kepada hadiah yang telah diberikan.

Tetapi ianya belum cukup untuk kita semua. Rakyat hari ini sudah berubah. Generasi muda mahu melihat ketelusan dan peluang yang sama untuk berjaya. Negara ini bukan nya kepunyaan pemimpin Umno sahaja.

Ia adalah hak semua tanpa mengira fahaman politik. Mereka juga berhak sama-sama menikmati anugerah Allah swt kepada bumi Melayu yang kita cintai ini.

Selamat Maju Jaya Dato' Sri Najib.

Wednesday, July 8, 2009

APA PERLU MATEMATIK & SAINS DIAJAR DALAM BAHASA MANDARIN & TAMIL?

PENGUMUMAN MUHYIDDIN YASSIN

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=423861

KENYATAAN MUHYIDDIN MENGENAI REAKSI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Dr Mahathir umumnya menerima hakikat mengenai perlunya dasar itu diubah.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=423861

REAKSI DR MAHATHIR

"Saya tidak bersetuju ia dimansuhkan.Kerajaan sudah buat keputusan. Saya cuma diberi taklimat, saya cuba beri cadangan, minta kalau tak boleh dibuat semasa sekolah rendah, sekurang-kurangnya di sekolah menengah, tapi mereka tolak dan tak terima. Jadi itu bukan consultation, tapi cuma taklimat."

"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui sains dan matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri."
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_5aa18dfc-7f000010-96478e00-33a4dae6

Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

SEKILAS PANDANG: Kita setuju Matematik dan Sains diajar semula dalam Bahasa Melayu. Yang kita kurang faham ialah kenapa ianya dibenarkan diajar dalam Bahasa China dan Tamil kalau kita mahu memartabatkan Bahasa Melayu?

Adakah membenarkan Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Mandarin dan Tamil sejajar dengan slogan SATU MALAYSIA yang dibawa oleh Najib Razak?

Tuesday, July 7, 2009

KHIR TOYO BAYAR RM15,000 SEBULAN UNTUK MAHLIGAI

MAMPUKAH SEORANG MENTERI BESAR MEMILIKI RUMAH INI? (Can an MB afford this house?)

Inilah persoalan yang dilontar oleh akhbar the Star hari ini kepada Khir Toyo. Adun Sekinchan Ng Swee Lim mendakwa mahligai Khir Toyo ini yang juga dikenali sebagai "Istana Bali" ini bernilai RM24 juta. Dakwaan ini disangkal oleh Khir dengan mengatakan ianya bernilai RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman dari HSBC.

Hari ini Swee Lim membuat pertanyaan berikut kepada Khir Toyo.

Soalan Swee Lim: "Khir perlu membayar ansuran sebanyak RM16,000 sebulan untuk pinjaman yang diambil beliau walhal elaun beliau sebagai ketua pembangkang hanyalah lebih kurang RM8,000 sebulan." http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/31585-pakatan-rep-calls-khir-toyos-bluff

Jawapan Khir: "Saya bayar RM15,000 sebulan untuk banglo tersebut. ADUN biasa kini boleh niaga. Ia pendapatan beberapa perniagaan." - SMS yang disebarkan sebentar tadi yang dikatakan dikeluarkan oleh Agenda News.

Sehingga saat ini tiada sepatah pun komen dari pemimpin negara mengenai isu mahligai Khir Toyo mahupun dari Najib Razak atau Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin. Apakah isu Khir Toyo ini menguntungkan Umno?

Beberapa pemimpin Umno termasuk Khir Toyo didakwa melakukan pelbagai salah laku. Kes Disneyland, kes tiket kapalterbang, kes beli apartmen dan sebagainya. Ada dua bekas Menteri juga dituduh rasuah begitu juga dengan seorang Timbalan Menteri.

Malangnya sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil keatas mereka sehingga memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak mahu berubah dan masih ditakuk lama dengan melindungi pemimpin-pemimpin yang terpalit imej mereka.

Di samping itu kita mahukan Khir Toyo perjelaskan kepada rakyat - Apakah "beberapa perniagaan" yang beliau jalankan yang membawa keuntungan sehingga bekas Menteri Besar Selangor itu mampu membayar ansuran mahligai sebanyak RM15,000 sebulan?

Tidak mungkin Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet tidak berminat hendak tahu perniagaan apa yang dijalankan oleh Khir Toyo!

Tidak mungkin Kerajaan tidak berminat hendak menanyakan pada Ketua Pembangkang Selangor ini bagaimana beliau berjaya menjadi pemilik sebuah mahligai Bali yang begitu indah dengan harga RM3.8 juta padahal sebuah rumah semi-D di Kuala Lumpur pun dijual dengan harga tidak kurang dari RM2 juta!

Beberapa hari lagi Najib akan menempuh 100 hari sebagai Perdana Menteri. Tidak berminatkah Najib untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat marhaen ini?

Atau kita masih lagi berada dalam era The Government Knows Best?

Monday, July 6, 2009

KHIR TOYO: RUMAH BERNILAI RM3.5 JUTA BUKANNYA RM23.8 JUTA!

NAMPAKNYA kehidupan Khir Toyo selepas bersara sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan sunyi dari kontroversi. Hari ini Malaysiakini menyiarkan satu berita mengenai apa yang dikatakan Istana gaya Bali (gambar) kepunyaan Khir. Berita ini memetik dakwaan Adun Sekincan Ng Suee Lim terhadap Khir. http://www.malaysiakini.com/news/107947

Sementara Khir menjawab dakwaan Suee Lim menerusi blog beliau - http://www.drkhir.com/

Dakwaan Suee Lim: Anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Jawapan Khir: Saya membeli rumah tersebut beserta tanahnya melalui pinjaman bank HSBC sebanyak RM 3.5 juta.

Dakwaan Suee Lim: Pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta. Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport.

Jawapan Khir: Jika Ng Sue Lim membuat penyelidikan dahulu beliau akan mengetahui bahawa pembelian tersebut termasuk rumah dan kolam renang. Saya hanya melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap bumbung yang ketika itu belum siap.

Dakwaan Suee Lim: Pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

Jawapan Khir: Berhubung dengan dakwaan bahawa rumah saya bernilai RM 24 juta, saya dengan ini mengemukakan tawaran terbuka kepada beliau untuk mencari pembeli dengan harga tersebut. Sekiranya ada, saya akan membayar komisyen sebanyak 50% atau RM 12 juta kepada beliau. Ini semua adalah taktik politik yang dirancang menjelang Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menghalalkan usaha menggantung saya dan empat Adun yang lain. Selain itu ia juga bertujuan untuk dijadikan modal dalam sidang DUN nanti sekaligus mengalih tumpuan daripada isu-isu pentadbiran dan pembangunan negeri sekarang ini. Mereka mahu mengelirukan rakyat dan menarik simpati. Bagi mereka jika Khir Toyo yang ada rumah besar bernilai berjuta tidak didakwa, maka tidak sepatutnya Khalid Ibrahim terbabit dalam kes kecil seperti lembu korban, tinted kereta dan beberapa isu lain didakwa atau disiasat.

Friday, July 3, 2009

DOLLAH KOK LANAS: BADAWI & NAJIB JADI IMAM!

Selepas menyepi agak lama, bekas Setiausaha Politik Tun Razak, Abdullah Ahmad, yang juga dikenali sebagai Dollah Kok Lanas, masih belum hilang "bisa"nya dalam tulisan-tulisan beliau. Dollah, bekas Ketua Umno Bahagian Kok Lanas, disingkirkan oleh Abdullah Ahmad Badawi sebagai Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times apabila Pak Lah mengambil alih tampuk pentadbiran pada 2003.
Tulisan-tulisan beliau di akhbar-akhbar tempatan cukup di nanti-nantikan. Dollah merupakan orang yang cukup setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau tidak segan-silu mengkritik pemimpin Umno ketika itu kerana beliau hanya perlu menjaga hati Dr Mahathir sahaja. Antara yang dikritik hebat termasuklah pemimpin Umno yang kini memegang jawatan tertinggi parti termasuk Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Hishammuddin Hussein.
Hari ini Sinar Harian menyiarkan satu komentar yang ditulis dengan penuh sinis oleh Dollah Kok Lanas dan dalam komentar tersebut beliau menyebut dua nama - ABDULLAH AHMAD BADAWI dan NAJIB RAZAK. http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2920713.asp
Komen Dollah Kok Lanas Mengenai Pak Lah.
Mengikut adat resamnya, apabila seorang Perdana Menteri bersara atau dipaksa bersara, dia akan melepaskan juga kerusinya dalam Parliament di negara kita dalam Dewan Rakyat. Inilah preceden (tradisi) yang dibuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tidak dituruti Tun Badawi yang terus mengekalkan kerusinya di Kepala Batas. Pada 15 Jun lalu, dia tersenyum simpul masuk parliament dan keluar parliament sejurus penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan dewan. Tun Abdul Razak kembali ke Rahmatulah semasa memegang jawatan.
Saya cadangkan jika Badawi ingin sangat kekal dalam Dewan Rakyat, Najib harus memberinya jawatan "menteri contoh" kerana banyak contoh yang boleh kita dapati daripada bekas PM yang cemerlang ini. Rugilah bangsa kita tidak mengambil teladan dan nasihat daripada bekas pemimpin negara yang amat berkesan ini, yang disayangi jiran dan dunia Barat.
Saya serius bahawa dia patut diberi jawatan kerana selain dari sebab-sebab di atas, dia pandai jadi imam. Jika tidak, kita teruskan tradisi yang dimulai Tunku Abdul Rahman Putra, sekiranya Badawi berdegil apa-apa sebab pun pujuk dia supaya bersetuju kosongkan kerusinya untuk anak lelakinya Kamaluddin iaitu seorang graduan Cambridge san satu ketika amat berkuasa (zaman bapanya), berpengaruh walaupun pada hakikat itu tidak banyak diketahui umum.
Kamaluddin adalah tauke Scomi yang tidak menonjol. Pengalaman Badawi boleh diguna oleh BN dalam PRU-13 berlawan jadi imam dalam kempen menentang Tok Guru Hadi Awang. Kan Badawi bekas PM yang disanjung ini adalah pengasas Islam Hadhari yang diminati ramai orang!
Sayangnya, lama sudah tidak kedengaran apa-apa berita pun mengenai Islam Hadhari - masih hidup atau sudah berkubur! Walaupun mungkin ramai lagi yang bergembira dengan Badawi, tetapi lebih ramai bilanganya bergembira dengan Najib berada di persada kuasa. Saya tahu ramai orang seronok dengan Najib yang lebih berwibawa, lebih berpendidikan, lebih layak, lebih berkebolehan, lebih mampu, lebih bermaya, lebih berkarismatik dan lebih prihatin.
Komen Dollah Kok Lanas mengenai Najib
Najib, saya kira, boleh jadi imam; dia boleh menyanyi, suaranya agak baik dan lazimnya siapa yang pandai menyanyi, dia juga harus boleh menghafal surah-surah. Najib harus melengkapi dirinya selain daripada sifat-sifat lain bagi melayakkan dirinya sebagai ketua solat jemaah, ataupun paling minimum Najib boleh jadi bilal.
Suara Najib baik walaupun tidak merdu bak buluh perindu. Kalau ini boleh dilakukan oleh Najib, dia mencetuskan satu sejarah baru - PM kedua boleh jadi imam! Tunku, bapanya Tun Razak, suami emak saudaranya, Hussein, dan bekas mentornya, Dr Mahathir sepanjang saya tahu semuanya tidak pernah jadi imam solat jemaah atau pun solat Jumaat.
Kalau ini berlaku (Najib jadi imam), dengan jujur saya berharap Najib melakukannya dia bolehlah mengepalai solat hajat, solat jenazah bahkan solat Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha dan terus membaca khutbah. Ini adalah satu sifat yang menguntungkan dalam politik Melayu Islam.
Ini kelebihan yang Najib tahu yang bapanya tidak boleh melakukannya. Saya cadangkan dengan serius dan jujur berbincang dengan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Seri Zahid Hamidi, seorang lulusan sekolah agama dan kini Menteri Pertahanan. Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah baca khutbah di masjid pada hari Jumaat.

Wednesday, July 1, 2009

RAIS YATIM TIDAK LAYAK JADI MENTERI KOMUNIKASI

Rais Yatim dikritik hebat oleh Lim Kit Siang April lepas kerana tidak serius dalam membangunkan infrastruktur jalur lebar negara.

Nasihat Kit Siang kepada Rais pada masa itu ialah - jadilah Menteri Jalur Lebar dan bukannya Menteri Propaganda dan Blog.

Tertanya-tanya kita adakah Rais benar-benar memahami industri jalur lebar dan komunikasi kerana dari penonjolan beliau semasa siaran berita di TV, Rais lebih banyak menumpukan kepada cara untuk berbahasa dengan betul dari menghayati industri komunikasi dan penerangan itu sendiri.

Hari ini persoalan itu terjawab. Bercakap kepada wartawan di Jelebu, Rais membuat kenyataan berikut:

"Sebanyak 20 peratus perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun video lucah daripada Internet dikenal pasti sebagai salah satu punca kelembapan kemudahan jalur lebar di negara ini.

"Tindakan golongan itu memonopoli penggunaan Internet dengan menjalankan aktiviti berkenaan menyebabkan pengguna lain mengalami masalah kelajuan ketika menggunakannya.

"Ini kerana kumpulan peniaga ini menjalankan aktiviti tersebut menggunakan masa yang panjang untuk memuat turun video lucah dan ini secara tidak langsung mengganggu serta mempengaruhi kelajuan Internet masyarakat umum." - Rais Yatim.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0701&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm&arc=hive

Sebaiknya, Rais membaca beberapa artikel tertentu sebelum membuat kenyataan yang boleh menggambarkan kecetekan ilmu beliau mengenai jalur lebar. Bacalah artikel berikut:
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-17190.html atau lawati laman web berikut: http://www.redesignmalaysia.com/category/technology/fibre-optics/

Kepada Najib Razak, kalau nak lantik seseorang menjadi Menteri, biarlah orangnya betul-betul memahami portfolio beliau. Jangan letak orang di salah tempat. Kalau salah tempat maka kita akan disajikan kenyataan-kenyataan yang cetek pengetahuannya seperti Rais. Maka saban hari kita akan dengar "Internet slow kerana perniagaan video lucah".