Friday, October 28, 2016

CUKUP-CUKUPLAH KERAJAAN "BERNIAGA" DENGAN RAKYAT

Image result for najib+makan+mewah
CUKUP-cukuplah Kerajaan BERNIAGA dengan rakyat. 

Cukup-cukuplah kerajaan, mentang-mentang orang Melayu tak kisah, memerah rakyat TANPA belas kasihan.

Surat di bawah ini ditunjukkan oleh seorang sahabat yang amat bersimpati dengan pelajar miskin.

Menurut surat yang diedarkan awal tahun ini, pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar MISKIN dikurangkan sebanyak 20 hari, dari 190 hari kepada 170 hari untuk 2016.

TERGAMAK kerajaan pimpinan Najib mengurangkan makanan untuk pelajar miskin.

Apa yang mereka makan? Lihat dua menu di bawah. 
 Berapa kos makanan ini? RM1.50. Ya, SERINGGIT LIMA PULOH SEN SAHAJA!

Jelapang difahamkan, di Sabah Sarawak, kosnya mungkin lebih sedikit - RM2 sehari.

BERGILIR-GILIR Menteri Kabinet Najib membuat kenyataan ekonomi negara kukuh.

Malangnya untuk memberi makan RM1.50 sehari kepada pelajar miskin pun Kerajaan boleh kurangkan.
Sejak akhir-akhirnya, Jelapang nampak kerajaan "BERNIAGA" dengan rakyat.

Tolak sana, ambil sini. Bagi BR1M, tapi naikkan harga minyak masak, potong jumlah makanan kepada pelajar miskin, hentikan pengambilan untuk dua sesi pelajar untuk Institut Latihan Perindustrian.

Jelapang boleh senaraikan apa yang diNIAGAKAN oleh Kerajaan dengan rakyat.

Tetapi mengurangkan makanan kepada pelajar miskin adalah satu "PERNIAGAAN" melampau oleh Najib dan Kerajaan.

Siapa penerima makanan di sekolah ini?

Mereka ialah:

Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan

Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.

Penerimanya adalah pelajar yang ibubapanya berpendapatan RM400 sebulan.

Kalau inilah yang dilakukan oleh Kerajaan, tak perlulah Najib bercakap mengenai visi 2050.

Dan hentikanlah "BERNIAGA" dengan rakyat. 

Rakyat tidak mampu makan besar seperti mana puluhan hidangan di hadapan pemimpin seperti Najib dan Rosmah Mansor.

Untuk pengetahuan Najib, seluruh negara bercakap mengenai seorang bapa di Pulau Pinang memBUNUH DIRI kerana tekanan hidup ketika pemimpin atasan bersuka ria dan MAKAN BESAR.

Itulah nasib rakyat sekarang ini.
 

Monday, October 24, 2016

HUSNI BANGUN JALANKAN LEPAS TANGGUNGJAWAB. GILIRAN NAJIB JAWAB SKANDAL



Islam menyuruh kita supaya berusaha mencegah kemungkaran sedaya upaya kita. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda:

من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسانه ، فإن لم يستطيع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”


MULAI hari ini Husni Hanadzlah boleh tidur lena.


Kini Husni boleh merasa lega. Petang tadi Husni, bekas Menteri Kewangan keII, menjalankan tanggungjawab beliau sebagai umat Muhammad di Parlimen.

Beliau hari ini melaksanakan tanggungjawab beliau kepada Allah SWT, kepada rakyat dan negara. Hari ini dengan LIDAHnya, Husni bangun di Parlimen menegah KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh Najib Razak dan kerajaan yang ditadbir beliau.

Maka lepaslah tanggungjawab Husni.

Kini tanggungjawab dan giliran NAJIB menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Husni. Jawablah dengan jujur dan bertanggungjawab.


Yakinlah, selepas PENDEDAHAN yang dibuat hari ini, Husni pasti di"BURU".

Itulah NASIB mereka-mereka yang menegakkan kebenaran. 

Lihatlah apa yang berlaku kepada Muhyiddin Yassin. Selepas diPECAT, dan apabila Muhyiddin bangkit menegakkan kebenaran, pelbagai cemuhan dan fitnah dilemparkan terhadap beliau - dituduh rasuah dan dituduh berzina.

Begitu juga Shafie Apdal. Di pecat dan apabila beliau bangun menegakkan kebenaran, beliau dituduh rasuah, cerita  perempuan simpanan dan sebagainya dikeluarkan.

Semasa di dalam Umno, Muhyiddin dan Shafie dicium tangan mereka, tiada skandal.

Apabila bangun menentang Najib, segala tohmahan dibuat. Inilah era Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Yakinlah, nasib yang sama akan menimpa Husni selepas episod di Parlimen petang tadi.


SOALAN HUSNI ialah:

1 - Mengapa kita tubuhkan 1MDB ?

2 - Mengapa kita letak lebihkurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC ? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands

3 - Mengapa tindakan undang2 tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB ... kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul ?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut ?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebihkurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu ... tetapi tidak tahu kisahnya ?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC ? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion ?

7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia ? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia ?

Saya kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah2 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022 ? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat ?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?


9. SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.



(sumber: Din Turtle ---- http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/10/panazzz-bom-dari-husni-di-parlimen-1mdb.html)

KAKITANGAN AWAM PATUT LETAK JAWATAN



RAMAI kakitangan awam marah apabila Najib Razak hanya berikan RM500 sebagai bayaran khas kepada mereka.

Sebagai respon kepada kemarahan mereka ini, penasihat Jasa Tun Faisal membuat kenyataan di atas.

Jelapang sokong kenyataan Tun Faisal agar mana-mana kakitangan awam yang tak gembira, boleh letak jawatan.

Di Malaysia sesiapa saja boleh desak orang lain letak jawatan.

Hanya yang tak boleh ialah - jangan desak Najib letak jawatan.



Sunday, October 23, 2016

ADAB TATASUSILA MELAYU DI ABAD INI




zahrain

VIDEO atas adalah Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Jamal Yunos.

Gambar bawah adalah Ketua Cawangan Umno di Bandar Tun Razak (video boleh dilihat di YouTube).

Inilah tatasusila dan adab baru orang Melayu yang sedang dibawa oleh Umno.

Tahniah.

Sunday, October 16, 2016

DR VIDA, IKON MELAYU YANG TIDAK DIHARGAI

Datuk Seri Hasmiza Othman, better known as Dr Vida./Bernama

EFISYEN betul Jabatan Kastam Malaysia.

Dr Vida aka @ Qu Puteh atau nama sebenar Hasmiza Othman baru-baru ini didakwa di mahkamah di Ipoh kerana gagal membayar CUKAI GST berjumlah RM4.2 juta.

Dr Vida usahawan Melayu dan BERJAYA. Beliau mengharungi pelbagai cabaran untuk berjaya sehingga ke tahap ini. Pernah difitnah, pernah disabotaj dan pernah ditipu.

Semasa kecil beliau menjual kacang putih, nasi lemak bungkus, sambal, keropok, sejadah dan kain batik untuk hidup sebelum berkecimpung di bidang perguruan dan mengajar di sebuah sekolah Cina di Ipoh.

Mungkin Jabatan Kastam tak pernah ambil peduli kisah hidup Dr Vida ini. Tidak mengapa. Biar saya ceritakan.

Dua anak Dr Vida terkorban dalam satu tragedi kebakaran. Begitulah pahit maung yang ditempuhi oleh Dr Vida.

Jika Ketua Pengarah Kastam tidak pernah dengar latarbelakang beliau, lapangkan masa dan baca mengenai liku kehidupan Dr Vida.

Bukan senang hendak melihat seorang Melayu yang berjaya seperti Dr Vida. Hendak berjaya susah, hendak menjatuhkan orang berjaya, MUDAH.

Kita sokong tindakan yang diambil ke atas Dr Vida jika beliau melakukan kesalahan.

Jabatan Kastam mendakwa Dr Vida kerana gagal membayar cukai GST kepada Kerajaan.

Yang salah tetap salah.

Tetapi di dalam kehidupan ada perkataan BUDIBICARA.

Seperti yang dikatakan, hendak menjatuhkan Dr Vida - MUDAH.

Sebenarnya Jabatan Kastam ada pilihan. Iaitu menggunakan budibicara.

Tetapi Kastam memilih untuk mendakwa Dr Vida. Itu pun tindakan yang betul.

Tetapi apa salahnya Dr Vida diajak berbincang. Cari jalan penyelesaian terbaik kerana orang yang kita hendak dakwa ini orang Melayu yang berjaya. Berjaya atas keringat, air mata dan titik peluh beliau.

Beliau tidak kaya kerana beliau ada jawatan dalam Umno. Beliau tidak kaya kerana memegang jawatan Pengarah seperti mana Pengarah JKR Melaka dan Pengarah Jabatan Air Sabah.

Dr Vida adalah orang Melayu yang bersusah payah untuk senang. 

Jangan kita cemburu apabila melihat Dr Vida mempunyai rumah bernilai RM22 juta, mempunyai 22 buah rumah dan 10 kereta mewah.

Dr Vida BERHAK untuk KAYA kerana beliau berusaha untuk KAYA.

Tetapi kepada Jabatan Kastam mungkin TIDAK penting untuk menjaga dan memertabatkan IKON Melayu seperti Dr Vida.

Itu hak Jabatan Kastam.

Tetapi jangan ingat kita tidak tahu. Ada syarikat otomotif besar yang berhutang cukai jutaan ringgit TETAPI tiada TINDAKAN diambil dan budibicara digunakan kerana pemiliknya boleh bergesel bahu dengan orang besar-besar. Ada orang besar yang berhutang cukai pendapatan dan budibicara digunakan.

Ramai Menteri ada rumah besar-besar, kereta besar-besar.

Ada Ketua Bahagian rumah besar, kereta besar, bini dua-tiga-empat.



Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid ke sana ke mari dengan Bentley dan Jaguarnya dan rumah pun banyak, dan kita teringin benar hendak tahu berapa banyak cukai yang dibayar oleh Rizuan kepada kerajaan.

Ketua Bahagian Baling Azeez Rahim khabarnya duit banyak, kereta berpuluh. Agaknya berapa cukai yang dibayar beliau kepada kerajaan.

Ketua Bahagian Batu, Abas, apa kurangnya. Hebat betul Ketua Bahagian ini. Entah apa bisnes yang dibuatnya. Katanya kaya walaupun asyik kalah saja Parlimen Batu semasa PRU. Agaknya berapa cukai yang dibayar Abas kepada kerajaan.

Salim Jempol. Tanyalah kawan-kawan dalam Umno. 3 hari 3 malam tak cukup untuk bercerita mengenai Salim. Agak-agak berapa cukai yang dibayar beliau kepada kerajaan.

 Kepada Dr Vida, tabahlah. Inilah lumrah hidup. 

Kepada Jabatan Kastam dan penguatkuasa lain, teruskan dengan tugas dan tanggungjawab anda.

Cuma kita sedih, ikon Melayu seperti Dr Vida diperlaku sedemikian rupa.

*** Jelapang selalu melihat wajah Dr Vida melalui program-program yang ditaja beliau di TV3. Katanya berjuta ringgit Dr Vida berikan wang kepada TV3 menerusi tajaan.

Ketika didakwa, begitu besar berita mengenai Dr Vida dipaparkan di dalam berita TV3. 

Jelapang teringat kata-kata orang tua-tua.

Jangan sekali kita mengigit tangan orang yang memberi.

Wednesday, October 12, 2016

APA JADI PADA MALAYSIA? PEMIMPIN, PENGUATKUASA, PELAKSANAAN PROJEK RAKYAT, PENTADIR GLC TERLIBAT RASUAH!


APA jadi kepada Malaysia?

Pemimpin politik rasuah  dengan alasan dana politik.

Pengerusi Agensi Kerajaan terlibat dengan rasuah.

Pelaksana program untuk rakyat terlibat dengan rasuah.

Penguatkuasa dituduh rasuah.

Pentadbir GLC dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.

 Memang sedap didengar kata-kata manis bahawa kerajaan akan berhemah di dalam perbelanjaan negara.

Tetapi jika RM114.5 juta ditemui di dalam almari seperti yang berlaku di Sabah, RM400,000 di dalam siling rumah seperti di Melaka, timbul persoalan apa sudah terjadi kepada negara ini?

Siapa yang menjaga negara dan kepentingan rakyat jika dari pemimpin sampai ke budak pejabat terlibat dengan rasuah?

Pegawai gred 48 Kementerian Pembangunan Wanita terlibat dengan rasuah berjumlah RM597,000 duit program 1Azam - duit untuk rakyat miskin.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah, seorang anggota POLIS kanan, didakwa menerima komisen RM1 juta.

Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah ditemui menyimpan RM114.5 juta di dalam pejabat dan almari mereka. Duit ini untuk menyalur air bersih kepada rakyat miskin di Sabah.

Bank Rakyat yang mengutip sumbangan kakitangan kerajaan setiap bulan, Pengerusi dan CEO nya kena dakwa di mahkamah.

Di Felda, anak Isa Samad disiasat kes pembelian hotel.

Di Felcra, Pengerusinya Bung Mokhtar Radin dan isteri beliau seorang aktress disiasat kerana pembelian amanah saham.

Sebelum Bung, pengerusi Felcra Tajuddin Rahman membayar imbuhan kepada ahli lembaga pengarah tanpa kelulusan kementerian kewangan.

Pengarah JKR Melaka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek rakyat mempunyai RM4 juta di dalam akaun-akaun amanah saham.

Pegawai DBKL memperolehi unit-unit rumah tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.

Pegawai Tenaga Nasioanal Kelantan disiasat kerana rasuah.

Anak tiri pemimpin negara berjudi berjuta ringgit menggunakan duit yang diperolehi secara tipu muslihat melibatkan agensi kerajaan.

Di YAPEIM, duit untuk anak-anak yatim disonglap dan sehingga hari ini tidak kedengaran apa jadi dengan kes ini.

Pegawai JPJ terlibat dengan kerja haram melibatkan kemasukan kereta dari luar.

Ini belum lagi cerita Shahrizat Jalil mengenai bisnes lembunya dan pemberian biasiswa khazanah kepada anaknya.

Apa terjadi kepada Malaysia?

Jika seorang pegawai mengambil rasuah berjumlah RM10 juta seorang, jika 60 orang mengamalkan rasuah, sejumlah RM600 juta dirompak dari rakyat. RM600 juta wang rakyat diambil menjadi harta persendirian.

Apa yang terjadi kepada Malaysia sekarang ini?

Sebelum ini apabila kita melihat ahli politik dan pegawai kerajaan memandu kereta besar, rumah besar, di dalam hati kecil kita berkata - "mesti rasuah punya".

Tetapi kita tidak berani menuduh melulu kononnya tidak mahu menFITNAH orang.

Kini selepas berjuta ringgit dijumpa di dalam almari, siling, akaun amanah saham, rupa-rupanya yang terdetik di dalam hati kecil kita adalah benar. Ianya realiti, dan bukan fitnah.

 Yang belum ditangkap entah berapa juta di dalam simpanan mereka. Berapa juta disimpan oleh ahli politik dan berapa juta lagi disembunyikan oleh Pengerusi agensi kerajaan, pengarah jabatan, pegawai penguatkuasa dan pelaksana projek rakyat.

Oleh itu tidak payahlah memperdayakan rakyat dengan kenyataan akan "berbelanja secara berhemah."

Negara sekarang ROSAK kerana RASUAH.

Monday, October 10, 2016

ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS: EKONOMI NEGARA SEMAKIN MENURUN

Image result for aliff syukri


BERIKUT PANDANGAN ALIFF SYUKRI (TERLAJAK LARIS), JUTAWAN DAN PEMILIK D'HERBS MENGENAI KEDUDUKAN EKONOMI NEGARA SEKARANG INI (menerusi Facebook beliau).


Betapa takutnya saya dgn ekononi malaysia skrg😰😰😰.. Melihat kehidupan Sekarang kos sara hidup yg melambung tinggi dan bisnes smakin menurun Dlm semua bidang .. Ini menyebb kan comp sy berfikir utk meluaskan perniagaan sy di merata tempat di negara2 asia dan paling mengecewakan duit dinegara thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi dan sukar kita melihat org thailand bekerja di malaysia berbanding 4tahun lepas.......
.
.
Malah 1 persatu kilang2 jenama gergasi di malaysia ni telah.. Tutup dan brpindah ke negara lain... Mengapa dan sebb apa?? Cuba bygkan 2thn akan dtg Apa yg trjd pd malaysia... Ketika saya melawat utk tujuan bisnes di astralia sy melihat banyak wajah anak2 malayu dipandang rendah oleh org astralia kerana lambakan pekerja org malaysia bekerja sabgai buruh kasar yg tidak diitiraf sperti tukang sapu,pemetik buah dan byk lagi sehinggakan bila saya memaklumkan sy dr malaysia mereka memanggil saya dengan sinis ya oohh a u fammer boy 😥😥.. Sekaligus memburukkan nama malaysia..😥😥 mengapa mereka behijrah menjadi buruh kasar???
.
.
Malah Sekerang ni ramai pekerja yg terpaksa berniaga part time dan wujudnya lebih ramai peniagaa kecil kecilan dr pembeli.... Klau lbh ramai perniaga dr pembeli.. Mcm mn nk brniaga.. Siapa yang akan membeli... ???
.
Sy berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami🙏🙏

Thursday, October 6, 2016

JAMAL IKAN BAKAR IKON KETUA BAHAGIAN UMNO




AKSI Jamal Yunos aka Jamal Ikan Bakar, Ketua Bahagian Sungai Besar, harus dijadikan contoh oleh Ketua-Ketua Bahagian lain.

Begini lah caranya jika Ketua Bahagian betul-betul mahu mempertahankan bos.

Sesetengah Ketua Bahagian, cakap di kedai kopi bukan berdentum-dentum , tapi pengecut.

Jamal adalah IKON Umno. Buat sidang akhbar pun dalam jamban. Mungkin tahun depan boleh dipertimbangkan untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah di atas keberanian dan keperwiraan beliau mempertahankan Najib Razak.

Ada yang cemburu menuduh Jamal tidak melakukan aksi ini secara "PERCUMA".

Biasalah bila cemburu, macam-macam tuduhan dilemparkan.

Umno dan Ketua Bahagian lain WAJIB bangga dengan keberanian Jamal ini. Aksi seumpama inilah yang akan menyakinkan pengundi bahawa hanya Umno harus menjadi pilihan mereka.

Wednesday, October 5, 2016

EKONOMI MALAYSIA KUKUH TAPI NAK BIAYAI PELAJAR PUN SEMPUT & HOSPITAL KEKURANGAN DANA

Image result for idris jusoh+biasiswa

ADAKAH negara menghadapi MASALAH KEWANGAN? Atau dalam bahasa mudah tidak berduit?
 Surat di atas yang ditujukan kepada pelajar Malaysia di luarnegara menjadi viral minggu lepas.

Kandungan surat ini sudah cukup untuk memberi kerisauan kepada para ibubapa yang terlibat. Disebabkan ianya menjadi buah mulut ramai, Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan kenyataan bahawa bayaran kepada pelajar yang terlibat akan dibuat Jumaat ini dan surat ini ditarik balik.

Apakah isu "teknikal" yang dimaksudkan oleh Kementerian? Masalah komputer? Kita di bawah ini akan membuat kesimpulan bahawa ini  masalah kerajaan ketandusan sumber kewangan.

Nasib baik surat ini ditarik balik. Jika tidak, pelajar-pelajar kita kena ke sana sini membawa surat ini untuk merayu agar tempoh mereka berhutang dilanjutkan oleh penyewa dan pihak-pihak yang mereka berhutang.

Hari ini Jelapang terbaca kenyataan Ibrahim Ali yang mahukan pembekuan biasiswa JPA dihentikan.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/10/05/perkasa-lift-freeze-on-psd-scholarships/

Nada Ibrahim seolah-olah beliau ada Ketua Pemuda Umno.

Tetapi tidak mengapalah. Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sibuk dan tiada masa untuk memikirkan hal biasiswa JPA kerana menumpukan kepada hasrat beliau bertanding acara Polo Sukan SEA tahun depan, biarlah Ibrahim Ali yang berjuang.

Pemuda Umno boleh tumpukan kepada Sukan SEA yang lebih penting dari masa depan pelajar kita.
Dan ini surat apa pula?

Hospital Kelang ada masalah kewangan?

Tidak mungkin kerana saban hari Perdana Menteri dan para Menteri membuat kenyataan bahawa ekonomi Malaysia KUKUH.