Showing posts with label zaharin mohd yasin. Show all posts
Showing posts with label zaharin mohd yasin. Show all posts

Saturday, December 5, 2020

MUHYDDIN PERDANA MENTERI LEMBAB

 SISI BUKIT: Nenek 92 tahun lebih sejam disiasat polis.  

1 DISEMBER 2020, Muhyiddin Yassin menerusi Facebook beliau memaparkan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang di pejabat beliau di Putrajaya.

Berikutan perjumpaan tersebut, Zahid membuat kenyataan tak perlu memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk melantik TPM.

3 HARI selepas itu, iaitu semalam, parti pimpinan Zahid MENUMBANGKAN Kerajaan Muhyiddin Yassin di Perak dengan bantuan DAP dan Pakatan Harapan.

Sehingga hari ini Muhyiddin masih membisu, seolah-olah MARUAH bukan soal besar bagi beliau.

Perak bukan yang pertama ditumbangkan oleh Zahid dan Umno. Johor dan Melaka sebelum ini dilanyak oleh Umno, dan Muhyiddin membisu.
 

Sejak menjadi Perdana Menteri Muhyiddin diLANYAK, diBULI oleh Umno, Najib Razak dan Zahid. Dan yang jelas Muhyiddin masih main golf dan kerap berjumpa Zahid, ada di rumah dan beberapa hari lalu di pejabat beliau.

Maka tak hairan lah Muhyiddin digelar Perdana Menteri paling LEMAH dalam negara. Tak hairanlah beliau diberi pelbagai gelaran - PM LEMBAB, PM SEMBAB dan sebagainya.

Apa tidaknya? Bandingkan beliau dengan Najib. Najib tak pernah benarkan dirinya diBULI. Beliau MEMBULI setiap orang yang menentang beliau termasuk membuli RAKYAT dan membuli khazanah negara.

Sesiapa yang menentang beliau di lanyak Najib.

Tun Dr Siti Hasmah yang umur lebih 90 tahun itu pun diHERET ke balai polis untuk disoal siasat. Lupa kah Muhyiddin?

 

 Seorang penulis buku, Pak Ya (Yahya Ismail) yang sekarang berumur 76 tahun, dikurung dalam lokap pada 2016 semata-mata kerana mengkritik Najib.

Seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Manila diPECAT dari perkhidmatan awam semasa pentadbiran Najib. Muhyiddin ingat ke tidak? 

Seminggu lalu Mahkamah membuat keputusan pemecatan beliau tak sah dan diarah untuk berkhidmat semula. Muhyiddin tau atau tidak ini?

https://www.theedgemarkets.com/article/court-orders-reinstatement-ptd-officer-sacked-alleged-antigovernment-facebook-comment

Ketua Polis Negara Hamid Bador. Apa jadi kepada beliau semasa zaman Najib? Siapa yang meletakkan beliau di jawatan sekarang? Tun Dr Mahathir Mohamad! 

Muhyiddin sendiri, lupakah bagaimana beliau didakwa BERZINA dengan Nika Gee di era Najib. Lupakah "hitman" Najib, Azwanddin pergi ke balai polis untuk buat laporan polis menuduh Muhyiddin mengadakan hubungan sulit dengan Nika Gee.

Semua jabatan agensi penguatkuasa kerajaan melutut depan Najib. Sebut sahaja siapa. 

Lihat kembali apa pegawai-pegawai kanan Kerajaan di era Najib lakukan kepada rakyat. 

Pegawai-pegawai SPRM diserbu rumah mereka di zaman Najib, Gani Patail disingkirkan dan digantikan dengan Apandi Ali. Belum lagi ambil kira income tax serbu orang itu ini.

Shafie Apdal pun ditangkap oleh SPRM. Lupa kah?

"Hitman" tak terkira bilangannya.

Muhyiddin? Lembab sepenuh zaman.

Mana "hitman" Muhyiddin? Ada ke ketua-ketua jabatan kerajaan yang hormat Muhyiddin walaupun tidak sampai melutut seperti zaman Najib?

Mana acuan-acuan Muhyiddin seperti zaman Najib? Mana klon-klon Azeez Rahim, Habibul yang membuat orang seram sejuk.

Muhyiddin  kena tahu. Najib bukan dijatuhkan oleh orang-orang politik. Najib diSINGKIR oleh rakyat.

1 Disember Zahid jumpa Muhyiddin cakap yang elok-elok, semalam Zahid dan parti beliau JATUHKAN Timbalan Presiden Bersatu dan kerajaan Muhyiddin di Perak.

Mana MARUAH Muhyiddin? Masih tidur di rumah, masih di padang golf?

Setiap hari Najib tikam belakang Muhyiddin dengan isu KWSP. Muhyiddin buat pekak.

Sampai bila?

Sampai bila perbicaraan Najib hendak ditangguhkan. Mana agensi kerajaan yang sanggup bantu Muhyiddin.

Tak salah kalau rakyat melabel Muhyiddin PM LEMBAB dan SEMBAB. Blogger popular Zaharin lebih BERANI dari Muhyiddin yang menyandang jawatan Perdana Menteri.

Parti yang memerintah negara dan Presiden Perdana Menteri diBULI tanpa segan silu oleh rakan satu kelambu hampir setiap hari.

Dan ianya akan berterusan selagi Muhyiddin tidak bertukar kulit menjadi seperti Najib satu ketika dulu.

 

Sunday, October 23, 2016

ADAB TATASUSILA MELAYU DI ABAD INI




zahrain

VIDEO atas adalah Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Jamal Yunos.

Gambar bawah adalah Ketua Cawangan Umno di Bandar Tun Razak (video boleh dilihat di YouTube).

Inilah tatasusila dan adab baru orang Melayu yang sedang dibawa oleh Umno.

Tahniah.

Wednesday, May 11, 2016

RIZUAN KEPONG "CLASS" ISTIMEWA

 DUA hari lepas Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli mendedahkan bagaimana Najib Razak MENYELAMATKAN Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid dari jatuh BANKRAP.

Sibuk betul Rafizi dengan isu rumahtangga Umno. Tak perlu lah hendak menyibuk hal Umno. Tumpukan kepada Pakatan Harapan.

Rafizi tidak malu kah melihat rumahtangga sendiri tidak terurus di dalam Pakatan Harapan hingga rakyat hilang keyakinan kepada pembangkang semasa Pilihanraya Negeri Sarawak di mana Pakatan Harapan TEWAS teruk baru-baru ini.

Jangan jaga tepi kain orang. Jaga kelambu sendiri sebelum hendak selak kain Ketua Bahagian Kepong.

Memalukan bila melihat PKR, DAP dan PAS bercakaran semasa sendiri di Sarawak. BN pun ada parti komponen, tidak pula tikam menikam sesama sendiri.

Si Wan Azizah SIBUK dengan urusan nak lepaskan laki beliau sehinggakan hal rakyat ditolak tepi dan si Hadi Awang, yang pernah menuturkan perkataan BARUA, sibuk hendak menyelamatkan Umno.

Kalau Rafizi hendak sibuk ambil tahu hal dalam kain Umno, masuk Umno. Ini baru betul.

"Umno rules" hari ini, bukan Pakatan Harapan. Kepada Rafizi, jaga dalam kain sendiri.


 http://rafiziramli.com/2016/05/campur-tangan-perdana-menteri-dalam-urusan-pentadbiran-malaysia-building-society-berhad/

Antara yang memberi komen mengenai pendedahan mengenai Rizuan (gambar atas) ialah Datuk Zaharin Mohd Yasin, rakan Jelapang.

Datuk Zaharin kena ingat, beliau BUKAN Ketua Bahagian.

"Class" beliau dengan Rizuan tak sama. 

Rizuan ada "CLASS" lah Datuk.

Umno Bahagian Kepong tak pernah menang pilihanraya Umum semasa Rizuan jadi Ketua Bahagian tetapi beliau tetap Ketua Bahagian.

Isteri katanya sudah tiga, kereta katanya ada Bentley, ada Jaguar, bini pertama pula KSU. Itu kata orang Umno. Jelapang tak percaya.

Lain CLASS dia, Datuk Zaharin!

Hutang berjuta, TETAPI tidak BANKRAP, kerana PM ada.

Ini baru Ketua Bahagian ada CLASS. Kita berhutang, suruh PM selesaikan.

Bukan itu saja. Tak pandai buat bisnes tak mengapa, janji hutang Ketua Bahagian, Najib uruskan.

Niat Datuk Zaharin itu baik TETAPI kita kena fahamlah, Ketua Bahagian seperti Rizuan lain LAYANAN diberikan.

Tetapi bukan semua Ketua Bahagian dilayan istimewa kerana bukan semua Ketua Bahagian ada isteri tiga dan berkereta Bentley dan Jaguar.