Thursday, March 30, 2017

AHLI PARLIMEN UMNO JANGAN MEMANDAI BUAT KEPUTUSAN MENGENAI RUU355. IKUT CARA BOS. TANYA MCA, MIC SEBELUM BUAT KEPUTUSAN

Image result for mesyuarat barisan nasional

MINGGU hadapan Presiden Pas Hadi Awang kenalah bawa sendiri RUU 355 selepas Najib Razak dan rakan-rakan beliau dalam BN TIDAK SUDI hendak membantu Pas membawa RUU ini ke Parlimen.

Pemimpin Pas hari ini bergegas keluarkan kenyataan dan masih menaruh harapan Ahli-Ahli Parlimen Umno akan menyokong RUU yang hendak dibawa oleh Hadi.

Tetapi satu ingatan kepada Ahli-Ahli Parlimen Umno.

Jangan memandai buat keputusan sendiri - tak kisahlah nak sokong Hadi atau hendak menolak usul RUU355 ini.

Ikut jejak Presiden.

Jangan buat keputusan sendiri.

Presiden panggil mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk membuat keputusan.

Maka dipanggilnya Liow Tiong Lai, S.Subramaniam, Wilfred Madius Tangau, Mah Siew Kiong, Tiong King Sing, Sim Kui Hian, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg, Maximus Ongkili dan beberapa lagi untuk membincangkan mengenai cadangan Kerajaan untuk mengambil alih tugas Pas dalam membentangkan RUU355.

Keputusannya, biar Pas saja yang bentang. Sebabnya, kata Najib, tiada konsensus dalam BN.

Oleh itu Ahli-Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian jangan memandai.

Sebelum membuat apa-apa keputusan, WAJIB bagi mereka memanggil mesyuarat BN di bahagian masing untuk mendapatkan konsensus.

Kalau dipersetujui, selepas Hadi bentang, angkatlah tangan tanda setuju.

Yang penting ikut langkah Presiden. Buat mesyuarat BN di peringkat bahagian.

Jangan risau hal Pas.

Kita tidak LUPA JASA Pas tikam belakang rakan mereka di dalam Pakatan dengan membantu BN MENANG besar di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Jangan risau hal itu.

Najib tahulah macam mana nak balas jasa Hadi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Wednesday, March 29, 2017

ZAHID CAKAP LAIN, NAJIB CAKAP LAIN. KERAJAAN TAK JADI PULA BENTANG RUU355


TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kata Kerajaan nak bentang sendiri RUU355 sampai sanggup hilang "segelintir kawan" yang Umno bersahabat sejak Merdeka.

Tetapi bos Zahid buat kenyataan lain pula malam ini.

Kata bos Zahid, Najib Razak, kerajaan TIDAK akan BENTANG RUU355.


Tak kan Najib tak perasan kenyataan Zahid?

Hadi Awang, bagaimana pula?

Kalau kerajaan bentang, diluluskan, pasti jadi undang-undang.

Tapi kalau takat Hadi saja bentang, entah jadi undang-undang, entah habis takat Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.
Image result for perhimpunan ruu355

PERHIMPUNAN RUU355 dah buat. Baju ungu pun dah pakai. Jadi macam mana ni?

Kita tunggu penjelasan Hadi Awang dan Nik Abduh yang masih terasa kekalahan tempohari di kawasan Allahyarham bapa beliau, Pengkalan Chepa.

Monday, March 27, 2017

CIKGU PULA KENA "SOUND"

Edisi Selangor & Kuala Lumpur

INI era "KENA SOUND".

Tan Sri Muhyiddin Yassin "kena sound".

Shafie Apdal "kena sound".

Mukhriz Mahathir "kena sound".

4 hari lepas anggota polis bawahan "kena sound" dengan bos mereka, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed.

Semalam giliran CIKGU "kena sound" dengan bos mereka, Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-aktif-kutuk-kerajaan-dinasihatkan-berhenti-kerja-1.649526


Sunday, March 26, 2017

TAHNIAH: ZAHID SANGGUP BN HILANG KAWAN, JAZLAN SANGGUP BUANG KERJA ANGGOTA POLIS

Image result for zahid+jazlan

DUA kenyataan menarik perhatian Jelapang minggu ini. Kedua-duanya dari Kementerian Dalam Negeri - satu dari Menteri KDN Ahmad Zahid Hamidi dan kedua oleh Timbalannya Nor Jazlan Mohamed. Jelapang menyokong pendirian kedua-dua mereka.

1. AHMAD ZAHID HAMIDI

“Insya-Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita tapi kita akan dapat ‘kawan baharu’ yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita. ‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengenepikan agama lain.” - Zahid mengenai cadangan Kerajaan membentang sendiri RUU355.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-akan-bentang-sendiri-ruu-355-1.458554#ixzz4cS2Xiuzm
 Betul kata Zahid itu. Setakat hilang MIC dan MCA serta beberapa kawan lama parti komponen BN tiada kesannya jika musuh tradisi sejak Merdeka Pas dapat membantu BN dalam PRU-14 nanti. 

Tak guna ada kawan seperti MCA/MIC jika tidak dapat membantu BN dalam PRU-14. Memang benar MCA/MIC sama-sama membantu negara mencapai kemerdekaan, tetapi itu sejarah. Biar ia tinggal sejarah.

Lagipun mengikut firasat Jelapang, MCA dan MIC akan kalah teruk kali ini. Presiden MCA Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Wee Kah Siong akan KALAH kepada DAP.

Oleh itu setakat BN kehilangan "segelintir kawan", apalah sangat.


2. NOR JAZLAN MOHAMED

"Misalnya hutang beli perabot dan kereta yang mereka tak jelaskan kepada pegawai atasan. Jadi selepas ini memang kita akan ambil tindakan keras kepada anggota polis yang tak dedahkan perbelanjaan mereka yang sebenar. Maknanya kita nak pantau mereka benar-benar hidup dengan gunakan gaji sebagai anggota polis. Kalau mereka tak patuhi dan transparent (telus) serta terdedah kepada risiko hutang dan rasuah, kita akan ambil tindakan drastik seperti buang kerja," kata Nor Jazlan semas menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) di sidang Dewan Rakyat.
TAHNIAH Nor Jazlan. Tindakan buang kerja anggota polis harus bermula dari sekarang.

Jangan dibiarkan rasuah berleluasa. Jangan dibiarkan menjadi kudis.

Kalau dibiarkan, mula-mula beberapa ringgit, kemudian akan jadi berbilion ringgit seperti yang selama ini kita baca di WSJ.

Tahniah Jazlan. Kita ajar anggota-anggota Polis ini bagaimana untuk berintegriti. Mungkin pemimpin dapat belajar dari tindakan saudara. Kita mula dari orang bawahan yang bergaji kecil. OK YB?

Thursday, March 23, 2017

TN50: GRADUAN TANYA DIRI ANDA, APA NASIB ANDA 4 TAHUN DARI SEKARANG, BUKAN 33 TAHUN DARI SEKARANG

Image result for tn50

Sebahagian besar pelajar universiti telah diberi penerangan mengenai TN50.

Terdengar sungutan pelajar kononnya sesi-sesi penerangan tersebut diATUR dan berSKRIP. Soalan-soalan telah diRANCANG dan pelajar-pelajar TIDAK diBENARkan bertanyakan soalan secara SPONTAN.

Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya pelajar-pelajar ini sudah memahami apa itu TN50.

Sekarang tiba masanya pelajar-pelajar ini, kebanyakan berusia antara 20-24 tahun bertanya kepada diri mereka, apa masa depan mereka di bawah TN50 ini.

Jangan fikirkan apa akan berlaku 33 tahun dari sekarang (tahun 2050), kerana pada ketika itu usia mereka adalah antara 53 dan 57 tahun.

TANYA apa keadaan mereka di bawah TN50 ini apabila mereka menjadi graduan 4 tahun dari sekarang.

1. Tanya diri anda, kalau dulu mak bapa aku gaji permulaan mereka RM800 sebulan 30 tahun yang lalu, berapa kah gaji permulaan mereka 4 tahun dari sekarang? RM2,400 (3 kali ganda)? RM3,200 (4 kali ganda)? Atau masih dibayar antara RM1,400-RM1,800 seperti sekarang ini?

2. Tanya diri anda, apabila anda berkerja sendiri, mampu kah anda tinggal bersendirian tanpa bergantung kepada ibubapa anda? Mampu bayar sewa rumah dan perbelanjaan sendiri tanpa bantuan ibubapa anda?

3. Tanya diri anda, apabila tiba masanya anda berumahtangga, mampu kah anda menanggung perbelanjaan perkahwinan sendiri tanpa bergantung kepada ibubapa anda?

4. Tanya diri anda, selepas berumahtangga, mampu kah anda membeli rumah tanpa bantuan kewangan ibubapa? Kalau dahulu harga rumah teres 2 tingkat dijual pada harga RM150,000, SEKARANG mencecah antara RM500,000-RM600,000. Mampukah anda membelinya tanpa bantuan ibubapa?

5. Tanya diri anda, mampukah anda memberi pendidikan kepada anak-anak anda tanpa bantuan ibubapa?

JIKA kamu tidak tahu jawapannya, tanyalah mak bapa anda soalan-soalan ini.

Jika mereka tiada jawapannya, ajukan soalan-soalan ini kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Kita bukan dari keluarga yang istimewa seperti Khairy Jamaluddin, mungkin sebagai seorang yang mempunyai keistemewaan, beliau ada jawapannya.

Jangan tanya diri anda apa akan berlaku pada 2050 apabila TN50 direalisasikan.

TANYA DIRI ANDA, APA NASIB ANDA 4 TAHUN DARI SEKARANG.


Monday, March 20, 2017

PAS PENGKALAN CHEPA "KAFAN"KAN NIK ABDUH HIDUP-HIDUP

Image result for nik abduh

LEKEHnya Nik Abduh. 

Anak pemimpin Pas yang cukup hebat, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, tetapi kena KAFAN dengan orang Pas di kawasan Allahyarham bapanya.

Jubah digantikannya dengan baju PENDEKAR MELAYU, ingatkan disanjung oleh ahli Pas, rupa-rupanya jatuh tersembam muka ke lantai di kawasan Allahyarham Nik Aziz di Pengkalan Chepa.

Di dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Yang diPertua Pas Pengkalan Chepa, Nik Abduh hanya mendapat 37 undi berbanding penyandang jawatan Dr Izani Husin. http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-abduh-tewas-di-pengkalan-chepa-1.645677

Dalam politik kalau mendapat undi hanya 15 peratus (37 undi) bermakna Nik Abduh pemimpin tak ada "standard". Orang tak pandang.

Lazimnya dalam pertandingan satu lawan satu, kalau kalahpun sekurang-kurangnya dapat undi 30 peratus barulah orang panggil pemimpin.

Anak Allahyarham Nik Aziz dapat 37 undi (15 peratus undi?)

Siapa tak kenal Allahyarham Nik Aziz. Ahli Parlimen Pengkalan Hilir dan Pengkalan Chepa dari tahun 1967-1986. Menjadi Adun dari 1986-2015. Ulamak terkenal.

Kalau dalam Umno, anak seorang yang amat BERJASA seperti Allahyarham Nik Aziz, Umno bagi laluan PERCUMA untuk memegang jawatan.

Orang segan nak lawan anak Tok Guru. 

Betullah kata seorang pemimpin Pas. Nik Abduh ini bukan acuan bapanya.

Ilmu agama sederhana saja, ilmu dunia - sains, kewangan, hal ehwal dunia - wallahualam.

Dalam Parlimen pun, bila berhujah hanya mengenai standard bolasepak negara. 

Tapi hal loyar buruk, memang pakar.

Apabila ditanya mengenai kekalahan beliau, jawab Nik Abduh: "Menang gembira, kalah lebih gembira."

http://www.sinarharian.com.my/politik/menang-gembira-kalah-lebih-gembira-nik-abduh-1.645973


Image result for nik abduh+sungai besar

Tetapi Nik Abduh jangan GUSAR. Najib Razak ada. Umno ada, Jenguk-jenguklah.

Wednesday, March 15, 2017

SHABERY CHIK SALAHKAN CUACA HARGA IKAN KEMBONG TINGGI

Image result for ikan kembung naik harga
Image result for ikan kembung naik harga

BERBULAN kita tunggu jawapan dari Menteri kenapa ikan temenung atau kembong naik harga sehingga mencecah RM20 sekilo.

Semalam kita dapat jawapannya: KERANA CUACA, kata Menteri Pertanian Shabery Chik.

Bukan main hebat jadi Menteri, ada drebar, ada bodyguard, dapat cuti luarnegara.

Tapi isu harga ikan kembong pun tak boleh diselesaikan.

Beribu kakitangan ada di Kementerian Pertanian - akhirnya, jawapan Menteri, KERANA CUACA.

Sejak dari kecil kita makan ikan temenung, ribut ke, taufan ke, temenung tetap ada.

Tup-tup tahun 2017, harga mahal, Menteri cakap sebab CUACA.

Tiada apa yang pelik di zaman Najib ini.

Malas berfikir pun layak jadi Menteri.

Begitu juga Hamzah Zainuddin, Menteri Kepenggunaan.

Harga gula naik 11 sen masih dikatakan murah. Maklumlah, Hamzah kan Menteri, berduit, kaya raya.

Apa ada pada 11 sen.


Tuesday, March 7, 2017

KEPADA PENSYARAH UNIVERSITI YANG TELAH DIBUANG, BERSABARLAH. ANDA LAYAK DAPAT BR1M


SEMALAM akhbar utama negara yang menyokong Umno menyiarkan satu berita yang tidak mengejutkan kita.

Ini laporan Berita Harian:
Hampir 6,000 pensyarah itu termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan mereka sejak tahun lalu disebabkan universiti awam dihimpit masalah kekangan kewangan yang meruncing.

Kini dianggarkan hanya tinggal 29,000 pensyarah universiti awam berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata pengurangan bajet pada tahun lalu antara 30 hingga 40 peratus untuk setiap universiti awam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi memaksa pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah berkenaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pensyarah yang diberhentikan sebelum kontraknya tamat.

"Pihak universiti tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara,"

"Ada universiti terpaksa membekukan pengambilan kakitangan pentadbiran untuk mengurangkan kos malah ada juga di universiti memutuskan untuk tidak memperbaharui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara,"

Jika mengambil kakitangan tambahan sekalipun ia mungkin membabitkan bidang kritikal sahaja, tetapi bukan jawatan tetap kalau sebelum ini pensyarah itu seorang profesor dengan gaji Jusa A mungkin gaji Jusa C yang jauh lebih rendah akan ditawarkan kepadanya.
Semalam kerajaan TIDAK menafikan laporan ini, sebaliknya mengatakan jumlah bukan 6,000 TETAPI 2,000.

Rasanya pengarang berita sudah biasa dengan kerja nafi-menafi ini. Bila dikejutkan dengan realiti yang buruk - perkara pertama dilakukan ialah MENAFIKAN.

Tak pernah pun kita dengar, bapak MENTERI tampil dan memberi penjelasan kenapa mereka ini diberhentikan. Cakap terang-terang apa masalahnya. Setakat nafi jumlah saja.

Kepada pensyarah-pensyarah yang telah diberhentikan ini, bawalah bersabar.

Kita kena sentiasa ingat - BERSABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Janganlah marah-marah kerajaan. Jangan ke kedai-kedai kopi balun kerajaan. Tolong jangan.

Dulu masa ada kerja, masa dapat RM10,000 sebulan, kerajaan ini yang bagi kerja.

Hutang budi kena dibayar. Ingat itu. Kerajaan telah berbudi kepada anda, kenanglah budi itu.

Jangan hentam kerajaan, tolonglah.

Ingat pesanan pemimpin, jangan tanya apa sumbangan kerajaan kepada kita, tanya apa sumbangan kita kepada kerajaan.

Ramai orang susah, tetapi kerajaan dah bantu.

Pensyarah-pensyarah ini kini layak mendapat BR1M. Insyaallah dapatlah BR1M nanti.

Kita kena berterimakasih. Jumlah penerima BR1M pun sudah bertambah. Dah dekat 7 juta katanya, satu ANGKA yang amat diSUKACITA oleh Perdana Menteri kita. http://www.malaysiakini.com/news/373902

Najib Razak baru-baru ini amat sukacita. Ini kata beliau:

Saya lihat ramai tanya di FB, Twitter & IG mengenai BR1M. Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. 7:51 PM - 27 Jan 2017
Kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah diberhentikan, teruslah memberi sokongan kepada kerajaan.

Jangan kita puji kerajaan semasa kita ada kerja sahaja, kemudian hentam semasa kita diberhentikan.

Kena buang kerja perkara biasa, terimalah hakikatnya.

Tuan-tuan kena ingat, apabila mengundi nanti, tuan akan lupa semua kesusahan ini. Percayalah, tuan-tuan akan tetap mengundi Umno kerana kita semua takut kita mengemis di tanah sendiri.

Bersabarlah para pensyarah. Tak kisahlah 6,000 ke dibuang, 2,000 ke dibuang. 

Ingat perjuangan kita.

Sekali lagi, saya ingin memberi peringatan mesra, Tuan-Tuan pensyarah kini layak menerima BR1M.

Dan jangan lupa menyimpan keratan akhbar Berita Harian semalam.