Showing posts with label universiti malaya. Show all posts
Showing posts with label universiti malaya. Show all posts

Tuesday, March 7, 2017

KEPADA PENSYARAH UNIVERSITI YANG TELAH DIBUANG, BERSABARLAH. ANDA LAYAK DAPAT BR1M


SEMALAM akhbar utama negara yang menyokong Umno menyiarkan satu berita yang tidak mengejutkan kita.

Ini laporan Berita Harian:
Hampir 6,000 pensyarah itu termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan mereka sejak tahun lalu disebabkan universiti awam dihimpit masalah kekangan kewangan yang meruncing.

Kini dianggarkan hanya tinggal 29,000 pensyarah universiti awam berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata pengurangan bajet pada tahun lalu antara 30 hingga 40 peratus untuk setiap universiti awam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi memaksa pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah berkenaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pensyarah yang diberhentikan sebelum kontraknya tamat.

"Pihak universiti tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara,"

"Ada universiti terpaksa membekukan pengambilan kakitangan pentadbiran untuk mengurangkan kos malah ada juga di universiti memutuskan untuk tidak memperbaharui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara,"

Jika mengambil kakitangan tambahan sekalipun ia mungkin membabitkan bidang kritikal sahaja, tetapi bukan jawatan tetap kalau sebelum ini pensyarah itu seorang profesor dengan gaji Jusa A mungkin gaji Jusa C yang jauh lebih rendah akan ditawarkan kepadanya.
Semalam kerajaan TIDAK menafikan laporan ini, sebaliknya mengatakan jumlah bukan 6,000 TETAPI 2,000.

Rasanya pengarang berita sudah biasa dengan kerja nafi-menafi ini. Bila dikejutkan dengan realiti yang buruk - perkara pertama dilakukan ialah MENAFIKAN.

Tak pernah pun kita dengar, bapak MENTERI tampil dan memberi penjelasan kenapa mereka ini diberhentikan. Cakap terang-terang apa masalahnya. Setakat nafi jumlah saja.

Kepada pensyarah-pensyarah yang telah diberhentikan ini, bawalah bersabar.

Kita kena sentiasa ingat - BERSABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Janganlah marah-marah kerajaan. Jangan ke kedai-kedai kopi balun kerajaan. Tolong jangan.

Dulu masa ada kerja, masa dapat RM10,000 sebulan, kerajaan ini yang bagi kerja.

Hutang budi kena dibayar. Ingat itu. Kerajaan telah berbudi kepada anda, kenanglah budi itu.

Jangan hentam kerajaan, tolonglah.

Ingat pesanan pemimpin, jangan tanya apa sumbangan kerajaan kepada kita, tanya apa sumbangan kita kepada kerajaan.

Ramai orang susah, tetapi kerajaan dah bantu.

Pensyarah-pensyarah ini kini layak mendapat BR1M. Insyaallah dapatlah BR1M nanti.

Kita kena berterimakasih. Jumlah penerima BR1M pun sudah bertambah. Dah dekat 7 juta katanya, satu ANGKA yang amat diSUKACITA oleh Perdana Menteri kita. http://www.malaysiakini.com/news/373902

Najib Razak baru-baru ini amat sukacita. Ini kata beliau:

Saya lihat ramai tanya di FB, Twitter & IG mengenai BR1M. Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. 7:51 PM - 27 Jan 2017
Kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah diberhentikan, teruslah memberi sokongan kepada kerajaan.

Jangan kita puji kerajaan semasa kita ada kerja sahaja, kemudian hentam semasa kita diberhentikan.

Kena buang kerja perkara biasa, terimalah hakikatnya.

Tuan-tuan kena ingat, apabila mengundi nanti, tuan akan lupa semua kesusahan ini. Percayalah, tuan-tuan akan tetap mengundi Umno kerana kita semua takut kita mengemis di tanah sendiri.

Bersabarlah para pensyarah. Tak kisahlah 6,000 ke dibuang, 2,000 ke dibuang. 

Ingat perjuangan kita.

Sekali lagi, saya ingin memberi peringatan mesra, Tuan-Tuan pensyarah kini layak menerima BR1M.

Dan jangan lupa menyimpan keratan akhbar Berita Harian semalam.


Wednesday, November 19, 2008

RAFIAH SALIM 2: CAMPURTANGAN KARUT DALAM UM?

Semalam Rafiah Salim bercakap mengenai "Ada kala saya boleh bersikap biadap - mentang-mentang kita ini perempuan dan tidak mempunyai benda itu di celah kangkang kita tidak berkemampuan." http://kedahku.blogspot.com/2008/11/rafiah-salim-jangan-selak-kain-sendiri.html

Dalam siri kedua temubual yang disiarkan Malaysiakini semalam, Rafiah membuat pendedahan lagi.

Laporan Malaysiakini: Former Universiti Malaya (UM) vice-chancellor Rafiah Salim has claimed she had to live with all kinds of "nonsense" pertaining to political interference during her tenure in the university.

"Things like who can we bring in to speak to the students, who we can't - even among the Barisan Nasional people," she revealed during an hour-long interview with Malaysiakini yesterday. http://www.malaysiakini.com/news/93289
http://www.malaysiakini.com/news/93302

Terjemahan: Bekas Naib Canselor Universiti Malaya Rafiah Salim mendakwa beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai tindakan "karut" yang mempunyai kaitan dengan campurtangan politik sepanjang tempoh beliau di Universiti Malaya.

"Ini termasuk perkara siapa yang boleh dibawa berucap dihadapan pelajar atau siapa yang tidak - termasuk mereka di kalangan Barisan Nasional."

Kenyataan Rafiah ini jelas memberi gambaran sebenar di universiti awam. Kalau dakwaan Rafiah benar, tidak mungkin perkara "karut" ini hanya berlaku di universiti Malaya.

Yang peliknya, Rafiah baru sekarang berani bersuara. Semasa jadi Naib Canselor, katanya, tak berani nak bersuara kerana "I (Rafiah) orang makan gaji".

Maksudnya, sekarang dah tak dapat gaji, maka bolehlah buat kenyataan-kenyataan yang pedas. Ianya juga bermaksud, dulu tak boleh, kerana takut terjejas gaji.

Jadi jelaslah prinsip Rafiah ketika menjadi Naib Canselor. Masa makan gaji, lain, tak makan gaji, prinsip pun lain.

Apapun kita kena puji Rafiah kerana mendedahkan perkara-perkara "karut" ini. Kita harap Rafiah terus dedahkan segala keburukan yang ada pada Universiti Malaya supaya padan muka kita semua.

Monday, November 17, 2008

RAFIAH SALIM: JANGAN SELAK KAIN SENDIRI!

"Sometime I can get very rude - just because we are women and we don’t have that thing between the legs so we are not good." - bekas Naib Canselor Universiti Malaya Rafiah Salim. http://www.malaysiakini.com/news/93259

Terjemahan: "Ada kala saya boleh bersikap biadap - mentang-mentang kita ini perempuan dan tidak mempunyai benda itu di celah kangkang kita tidak berkemampuan."

Hebat juga bahasa yang digunakan oleh seorang ahli akademik macam Rafiah.

Di dalam satu temuramah bersama Malaysiakini, Rafiah turut menambah: "They have a right to appoint a monkey if they want."

Terjemahan: "Mereka mempunyai hak untuk melantik beruk (Naib Canselor UM) jika mereka mahu."

Esok, Rafiah akan mendedahkan campur tangan politik dalam Universiti Malaya.

Kenyataan Rafiah menghentam kerajaan boleh disalahtanggap oleh orang tertentu. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ini lah akibatnya bila kita melantik wanita ke jawatan tertinggi. Bila hilang jawatan, mereka merajuk, memberontak dan selak kain sendiri. Kepada Rafiah, berpada-padalah. Jangan kerana nyamuk kelambu dibakarkan.

Ada juga Naib Canselor lelaki disingkirkan tetapi mereka tidaklah sampai menyelak kain sendiri. Rafiah perlu ingat, ketika Mustapha Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, mencadangkan nama beliau dilantik Naib Canselor ramai yang tidak puashati termasuk profesor-profesor dan pensyarah-pensyarah kanan di universiti.

Ramai menuduh Tok Pa bersikap kenegerian kerana melantik orang negerinya sendiri, Kelantan, untuk jawatan penting dalam Universiti Malaya. Tetapi kerajaan menyokong keputusan Tok Pa kerana Rafiah layak memegang jawatan itu.

Jika keputusan melantik Rafiah disambut kegembiraan ketika itu, keputusan baru-baru ini juga harus diterima dengan hati terbuka oleh Rafiah. Jadi fikir-fikirlah.

Kenyataan Rafiah ketika dilantik dulu: http://www.thesundaily.com/articlePrint.cfm?id=15156
http://www.malaysiakini.com/news/93261