Saturday, December 16, 2017

IMAMS: KALAU NAJIB SERIUS, PECAT NAZRI AZIZ



SEBAK Mas Ermieyati Shamsuddin, Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ketua Puteri Umno Malaysia, ketika menjawab soalan pemberita ketika mennjelaskan PEMBATALAN sistem IMAMS yang diumumkan semalam.

Kasihan kita tengok Mas Ermieyati. 

Yang patut jawab isu ini Nazri Aziz. Beliau Menteri. Tidak mungkin perkara PENTING seumpama ini keputusannya dibuat oleh Timbalan Menteri. 


Tetapi biasalah. Nazri jarang berada di Malaysia. Sentiasa di luarnegara ditemani isteri beliau - kejap di Jerman, kejap di Switzerland.

Riuh rendah media sosial hari ini apabila didedahkan syarikat yang terlibat mempunyai seorang CEO beragama Kristian keturunan Cina. Dan CEO keturunan Cina ini pun sudah mengeluarkan surat kepada agensi-agensi Umrah memaklumkan mengenai kadar pembayaran Visa di bawah sistem IMAMS ini.

Disebabkan riuh rendah ini, Najib Razak pun keluarkan satu tweet.
Orang Melayu tengah MARAH ni, Dato' Sri.

Takat menyatakan TIDAK BERSETUJU tak akan menyejukkan hati orang Melayu. Ini bukan masalah kecil. PRU-14 dah dekat.

Kalau Dato' Sri nak dapat undi MELAYU ISLAM, tunjuk serius - kenalah nampak ada orang kena PECAT.

Maksud saya, bukan pecat PEGAWAI KERAJAAN.

PECAT NAZRI.

Tak munasabahlah Dato' Sri, satu Kementerian tak tahu CEO syarikat yang terlibat itu keturunan Cina.

Lagipun tersebar sekeping gambar di media sosial satu pertemuan Nazri dengan CEO tersebut di luar negara sekitar 2016.

Tak mungkinlah Menteri Pelancongan tidak tahu. Lagipun tak kanlah pengumuman sebegitu penting disuruhnya Timbalan Menteri lakukan.

Seperkara lagi Dato' Sri. Memandangkan program ini dibatalkan, sistem yang telah disediakan oleh syarikat tersebut bagaimana?

Kerajaan kena bayar pampasan ke, macam kes-kes sebelum ini? 

Rujukan:



'Saya tidak tahu ada bukan Muslim dalam IMAMS'

Hari ini, 8:00 pm Hari ini, 8:31 pm




Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin hari ini berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang penglibatan bukan Bumiputera dalam syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Mas Ermieyati berkata demikian selepas sistem yang diperkenalkan kementerian itu mendapat aduan pelbagai pihak dan dibatalkan hari ini selepas diumumkan semalam.

“Malah sehari sebelum pitching (pembentangan) saya tanya lagi pegawai saya, ada tak (melibatkan) bukan Bumiputera dan sebagainya?

“Daripada maklumat yang saya terima, tak ada,” kata Mas Ermiyati dalam sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur petang tadi.

Sidang media itu diadakan beberapa jam selepas Kementerian Pelancongan mengumumkan pembatalan IMAMS.

Mas Ermieyati yang kelihatan sebak juga berkata hanya beberapa jam selepas sidang medianya semalam beliau dimaklumkan berkenaan salah seorang pegawai eksekutif atasan adalah bukan Muslim.

Sidang media semalam diadakan untuk mengumumkan pelaksanaan sistem itu yang dikatakan bertujuan membanteras penipuan pakej umrah.

IMAMS sebelum ini diwajibkan dalam proses permohonan visa umrah dan akan dikenakan ke atas kesemua 65 agensi pelancongan yang menguruskan umrah di Malaysia.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405705#suR8sTM7tfXccfLy.99


Bayaran RM90 IMAMS ibarat ‘tol Umrah,’ kata persatuan
Nabihah HamidDikemaskini 8 jam yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2017 2:38PM · 0 komen


Lagi
A
Sistem tersebut merupakan satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. – Gambar AFP, 16 Disember, 2017.


BAYARAN tambahan RM90.10 kepada Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang dikuatkuasakan kerajaan 15 Disember tidak berpatutan dan seharusnya dikurangkan, gesa Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh).

Pengerusinya, Razali Mohd Sham mempersoalkan kadar caj tinggi itu memandangkan sistem yang boleh digunapakai seumpamanya boleh didapatkan secara percuma selain caruman insurans yang lebih murah.

“Bila IMAMS wujud, ia ibarat buka satu kaunter di kedutaan, kena bayar, kemudian cop. Ia ibarat tol Umrah. Kita tidak persoalkan GST kerana duit itu dimiliki kerajaan dan pulangan sampai kepada rakyat.

“Kita persoal kenapa sistem itu kenakan bayaran sehingga RM45 dan insurans sampai RM40? Insurans boleh didapati RM12 hingga RM16. Kita tidak persoal GST kerana ia akan sampai semula kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Jumaat lalu yang mengumumkan pelaksanaan IMAMS ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus muasassah dalam negara.

Timbalan menterinya Mas Ermieyati Samsudin berkata, IMAMS digunakan untuk memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah dan ziarah daripada menipu para jemaah, lapor Kosmo!.

Sistem tersebut merupakan satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

Menurut Mas Ermieyati melalui twitternya, RM90.10 itu termasuk (RM5.10) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 insurans dan RM45 bagi sistem yang digunakan IMAMS.

Bagaimanapun, Razali berkata setiap muassasah telah mengguna sistem Pasport ID scanner ataupun Scanner 3M untuk memasukkan data dan permohonan visa secara terus dengan kedutaan Arab Saudi.

“Kita sudah ada sistem percuma dan kenapa perlu bayar sehingga RM45? Untuk insurans kita sanggup bayar RM16 tetapi tidak pada sistem IMAMS,” katanya lagi.

Razali turut kesal dengan sikap pilih kasih kementerian kerana hanya mewajibkan pada agensi umrah dan tidak pada agensi pelancongan lain.

“Yang saya kesal kalau betul hendak kuatkuasa kenapa hanya pada agensi umrah saja? Penipuan bukan saja berlaku pada Umrah. Melancong ke tempat lain pun ada penipuan.

“Kementerian seharusnya perkasakan satu persatu. Dan bukan terus kuatkuasa. Sebab itu kita bantah. Kenapa tidak mulakan dengan Lesen Khas Umrah (LKU)? Itu kita sokong,” katanya.

Dalam pada itu, Pada itu Papuh turut mempersoalkan integriti syarikat yang mengendalikan IMAMS kerana masih baru dan diketuai individu bukan Islam.

“Nak cari syarikat pun, carilah yang sudah akil baligh. Ini baru ditubuhkan enam hari, dia dah mengawal selia IMAMS? Sudahlah itu, yang ketuanya difahamkan bukan Islam. Macam mana orang yang tidak pernah pergi Umrah hendak kendalikan jemaah?” soalnya.

Rentetan itu, Razali akan mengaturkan perbincangan dengan pihak kementerian untuk meminta perlaksanaan tersebut dikaji semula.

“Kita selesaikan dulu secara anak dan bapa. Seperti keluarga. Jika tidak dapat juga. Kita terpaksa laporkan kepada SPRM kerana bimbang ada penyalahgunaan kuasa dalam hal ini,” katanya lagi.

Berdasarkan statistik kementerian pelancongan, seramai 250,000 jemaah telah menunaikan umrah pada 2017dan dijangka meningkat kepada 300,000 pada 2018.

Manakala, statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati 3,762 kes dengan nilai tuntutan lebih RM23juta telah difailkan dari 2012 hingga 2017 di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Rentetan itu, IMAMS telah dikuatkuasakan untuk memantau 65 agensi pelancongan berstatus muasassah yang dilesenkan dengan lesen khas umrah (LKU) pada 1 Oktober 2017. – 16 Disember, 2017.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/27924/


Monday, December 11, 2017

DR MAHATHIR PULANGKAN PINGAT SELANGOR


Related image

Dr Mahathir pulang pingat Sultan Selangor
DR Mahathir Mohamad sudah mengembalikan dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor, termasuk satu darjah kebesaran tertinggi negeri itu, kata sumber.

Kedua-dua pingat itu dipulangkan pada petang Khamis dan diserahkan kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam, kata seorang sumber.

"Alasannya jelas," kata seorang lagi sumber, yang maklum tentang tindakan memulangkan pingat negeri berkenaan. Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

The Malaysian Insight cuba mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, namun sehingga berita ini disiar, beliau tidak dapat dihubungi dan tidak membalas mesej yang dihantar melalui WhatsApp.


The Malaysian Insight turut menghubungi pejabat Dr Mahathir dan menunggu jawapan.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum dilaporkan murka terhadap kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina masyarakat Bugis.

Dr Mahathir semasa di Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober, dalam ucapannya membidas Perdana Menteri Najib Razak sebagai "keturunan lanun Bugis".

Dewan Diraja Selangor pada 2 November lepas mengeluarkan kenyataan menyebut Sultan Selangor memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir itu.

Kenyataan Dr Mahathir itu disifatkan cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong bangsa Bugis kononnya berasal usul daripada golongan lanun, perompak dan penjenayah.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis," kata kenyataan itu.

Dewan Diraja Selangor turut berpandangan Dr Mahathir wajar disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.

Melalui kenyataan yang sama, Sultan Selangor turut mengingatkan semua pihak terutama pemimpin politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat.

Tindakan memulangkan darjah kebesaran itu dibuat dua hari selepas Sultan Selangor menjelaskan kemurkaan baginda tersebut dalam satu wawancara dengan The Star minggu lalu.

Dalam wawancara itu, Sultan Selangor bertitah baginda hanya menegur Dr Mahathir setelah menyemak kenyataan bekas perdana menteri itu dengan beberapa orang yang tahu mengenainya.

Semakan di laman web Darjah Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan menunjukkan Dr Mahathir menerima dua darjah kebesaran dari Sultan Selangor, pada 1978 dan 2003.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Darjah Kelas Pertama pada 22 Jun 1978, yang ketika itu membawa gelaran Datuk. Pingat ini dikurniakan hanya kepada dua orang pada satu-satu masa dan kuota maksimum penerimanya ialah 40 orang. Sejak 1998, pingat itu membawa gelaran Datuk Seri.

Kira-kira sebulan sebelum persaraannya pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Shah Alam, Klang.

Anugerah yang hanya dikurniakan kepada maksimum 25 orang pada satu-satu masa itu diberikan sebagai penghargaan kerajaan negeri Selangor terhadap sumbangan dan jasa beliau kepada rakyat Selangor selama jadi Perdana Menteri, lapor Bernama.

Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis itu bertitah baginda berbesar hati mengurniakan DK kepada Dr Mahathir, yang dikenalinya secara peribadi sejak 1970 sebagai rakan akrab almarhum ayahandanya, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, lapor The Star ketika itu.

Namun, keadaan keruh selepas ucapan Dr Mahathir pada rapat umum di Petaling Jaya itu yang didakwa menghina masyarakat Bugis.

Video petikan ucapan itu kemudiannya tular di media sosial dan mendapat bantahan daripada masyarakat Bugis di Malaysia, termasuk sebahagian di Indonesia.

Antara yang menegur dan kesal dengan kenyataan Dr Mahathir itu termasuklah Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, yang berasal dari Sulawesi Selatan.

Dr Mahathir ketika itu menjelaskan beliau bukannya menghina suku Bugis tetapi hanya mengata kepada Perdana Menteri Najib Razak yang selalu berbangga dengan keturunan Bugisnya.

"Ucapan saya dituju kepada Najib yang sering mendakwa dia pahlawan Bugis. Pahlawan Bugis tidak mencuri," katanya dalam satu tulisan di blognya pada 26 O
ktober lepas. – 11 Disember, 2017.

Thursday, December 7, 2017

PERSEPSI SHEILA MAJID KETERLALUAN



DIVA Shiela Majid di"kritik" hebat oleh penyokong Najib Razak dan Rosmah Mansor berikutan komen Shiela mengenai KEPERITAN rakyat kesan KENAIKAN kos sara hidup di era Najib.

Bagi kita, apa yang diluahkan oleh Sheila adalah satu PERSEPSI yang SALAH.

Tak betul apa yang ditulis Sheila tu. 

Tak betullah Sheila makanan sekarang mahal. Tak betul matawang kita sekarang LEMAH.

Tak betul kos sara hidup rakyat naik. Tak betul anak-anak kita sukar mendapat pekerjaan.

Tak betullah Sheila rakyat marah dan perit disebabkan hutang negara yang bukan salah mereka. Rakyat gembira la you.

SEBENARNYA Dato'

Rakyat Malaysia GEMBIRA. Tak marah pun. Makanan murah kalau kita banding dengan di London. Matawang kita semakin kukuh, macam Najib cakap Selasa lalu, sekarang RM4.05 dibandingkan dengan RM4.50 awal tahun ini.

Petrol murahlah Sheila kalau kita bandingkan dengan petrol di New York. Lagipun kata Menteri Rahman Dahlan, naik-turun, tolak-campur harga petrol naik 1 sen saja tahun ini. Sheila salahlah.

Siapa kata kos sara hidup rakyat naik. Sheila pergi lah ke PWTC sekarang. Kereta apa Sheila nak tengok. Jaguar? Porsche? Vellfire? Mercedes? Ferrari? Tak betul lah Sheila. Melayu pakai baju Melayu merah berduyun-duyun "park" kereta mewah di PWTC sejak Selasa lalu. Sheila jangan lupa melawat PWTC. Sabtu ni last. Ini tanda kos hidup rakyat tak naik.

Sheila tak dengar ke ucapan PM you pagi tadi?

Tak kan "miss" kut? PM you cakap Akujanji Barisan Nasional telah 97.6 peratus dilaksanakan. Tak kan Sheila tak perasan?
Image result for kedai rakyat 1 malaysia tutup

Kedai rakyat 1Malaysia (KRIM) tumbuh bagaikan cendawan la Sheila. Sheila tak payah nak pi Tesco, Giant nak beli barang. Merata ada KR1M. Barang pun murah.
Image result for manifesto bn 2013
Sheila tau tak, Lebuhraya Pan Borneo tak lama lagi siap lah. Agak-agak kita dah 97.6 peratus siap. Agak-agak saja.

Sheila tak perasan ke rumah PRIMA? Sepelusuk semenanjung dah siap. 

 

Apalah you, Sheila! Kita janji, kita buat lah. Kita janji 500,000 rumah PRIMA, kita bina 500,000. Harga pun murah. 20 peratus bawah harga pasaran. Semua permohonan anak muda lulus. Tak ada satu pun ditolak oleh bank. Untung anak-anak muda, Sheila!

PTPTN... Sheila tau tak dulu memang kita "senaraihitam"kan mereka yang tak bayar hutang PTPTN. Kalau tak bayar hutang, sampai KLIA, kita tak benarkan ke luar negara.

Itu dulu. Pilihanraya dah dekat, kita ubahlah peraturan. Sekarang kalau hutang PTPTN tak bayar pun, boleh keluar negara. Datang bincang. Peraturan kita yang buat. Kita ubah lah ikut tarikh pilihanraya.

GST? Tak ada rakyat komplen lah Sheila. Seorang saja yang komplen - Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia nak bawa SST balik. Rakyat ok dengan GST. Nak naik kan 1 persen lagi pun kita tak marah.

Sheila, bertaubatlah. Jangan kritik kerajaan keterlaluan, nak PRU ni! Jangan bagi PM you susah.

Jelapang nak minta tolong pada ribuan ahli Umno yang membanjiri ibukota, sudah-sudahlah. Cukuplah mengKRITIK penyanyi pujaan kita ini. Maafkanlah beliau kerana sedikit tersilap.

Tapi jangan pula lupa PUJI JELAPANG esok semasa berbahas di Perhimpunan Agung Umno.

Jelapang tak macam Sheila. Jelapang PUJI kerajaan, puji Umno, puji Najib, puji Rosmah.

Jelapang tak jumpa pun seorang rakyat Malaysia yang tak gembira. Semua "happy" kos hidup rendah, harga petrol rendah. Semua makan cukup walaupun ada yang makan sehari sekali.

Esok jangan lupa, ya. Puji Jelapang depan PM semasa perbahasan esok. 

  
Sementara itu berhiburlah dengan diva pujaan kita, SHEILA MAJID


Wednesday, December 6, 2017

PEMILIHAN UMNO LEBIH PENTING DARI PRU14?



TERIMA kasih kepada perwakilan yang memberi maklumat secara "LIVE" menerusi Whatsapp Grup petang semalam ketika Najib Razak berucap di sesi Taklimat Presiden.

Katanya perjumpaan tersebut tertutup, tetapi teknologi Whatsapp yang dicipta oleh Israel ini menyebabkan tiada apa yang boleh dirahsiakan lagi.

Jelapang tertarik dengan kenyataan Najib (jika betul seperti dilaporkan oleh perwakilan tersebut di dalam whatsapp grup semalam) bahawa beliau mempunyai RADAR besar untuk mengesan gerak geri ahli dan pemimpin Umno.

Kata Najib, beliau mengesan, ada pemimpin dan ahli lebih menumpukan kepada Pemilihan Umno tahun depan dari PRU14.

Cuma Jelapang teringin sangat hendak tahu siapa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli ini.

Kata Najib, beliau tahu ada orang;

1. Senyap-senyap buat ROMBONGAN ke JAKARTA.

2. Dalam "gelap" buat WAR ROOM.

3. Buat T-shirt dengan "WAR CRY" sekali.


SIAPAKAH MEREKA?

Tuesday, December 5, 2017

PERHIMPUNAN AGONG UMNO AKAN MENJADI PLATFORM HIBURKAN NAJIB & ROSMAH UNTUK LOBI JADI CALON PRU14



Image result for perhimpunan agung umno 2017
BERMULA hari ini, PWTC, hotel-hotel dan gedung-gedung perniagaan di ibukota Kuala Lumpur akan dibanjiri oleh ahli-ahli Umno untuk acara TAHUNAN parti memerintah - UMNO.

Semasa era Najib Razak ini, persidangan Umno lebih merupakan acara RETORIK.

Kita masih ingat lagi ketika isu 1MDB dan duit derma RM2.6 bilion didapati di dalam akaun Najib, buat pertama kalinya dalam sejarah perhimpunan agong Umno, perbahasan dijadikan acara SULIT. Hanya perbahasan yang SELAMAT dipertontonkan kepada pelawat di kaki lima PWTC.

Pembahas-pembahas diberi garis panduan - apa isu yang boleh disentuh dan apa isu yang HARAM disentuh.

Tidak mungkin perhimpunan minggu ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Pembahas pula akan menggunakan platform ini untuk menengahkan diri mereka - mempromosikan diri mereka sebagai calon PRU serta calon Menteri dan Menteri-Menteri Besar.

Oleh itu, perbahasan akan tertumpu kepada "MENGHIBURKAN" Najib dan Rosmah Mansor.

Sudah pasti Najib selaku Presiden akan menggunakan perhimpunan ini untuk memastikan beliau tidak diTENTANG dan terus diSOKONG ahli Umno sekiranya diTENTANG semasa pemilihan Umno nanti.

Walaupun tiada apa yang diharapkan dari ucapan-ucapan Najib nanti, ahli-ahli Umno berhak menanti penjelasan Najib atas beberapa isu:

1. Bagaimana negara membayar tuntutan IPIC yang berjumlah berbilion ringgit.

2. Apa jalan penyelesaian kerajaan terhadap kesempitan rakyat berikutan tekanan ekonomi.

3. Jaminan bahawa kehadiran China Tongsan tidak menjejaskan kedaulatan negara.

4. Hutang negara yang meningkat.

5. Apakah formula kerjasama Pas-Umno memandangkan sejak akhir-akhir ini Pas seolah memberi gambaran Umno terhegeh-terhegeh meminta bantuan Pas untuk menang pilihanraya.

Contoh terbaik ialah "TANGISAN ADUN Umno di Dewan Undangan Kelantan" dan sokongan Ahli Parlimen Pas kepada Pakatan Harapan semasa undian di Parlimen.





Dan baru-baru ini dilaporkan Umno Kelantan tidak akan berkerjasama dengan Pas di Kelantan dan akan bertanding di semua kerusi.

Jika benar ada kerjasama, Najib perlu jelaskan kepada ahli-ahli Umno apa bentuk kerjasama dengan Pas atau ianya hanya kerjasama dengan Hadi Awang.

Selamat bersidang, semuga perhimpunan ini tidak menjadi retorik dengan menjadikan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengalih tumpuan kepada isu-isu besar yang lain.

Rujukan:


Kerjasama dengan PAS mustahil, Umno ikrar tawan Kelantan PRU14

A
Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diadakan di “rumah putih” Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur minggu lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight, 3 Disember, 2017.


KESUKARAN untuk bekerjasama dengan PAS menyebabkan Umno bersiap sedia merampas Kelantan yang dikuasai musuh tradisi mereka sejak 1990 itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diadakan di “rumah putih” Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur minggu lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Najib Razak.

“Mesyuarat berkenaan adalah untuk Umno Kelantan memberi taklimat kepada Najib mengenai persediaan pilihan raya.

“Selain itu Umno Kelantan menegaskan kepada Najib, tetap dengan pendirian untuk tidak kerjasama dengan PAS di Kelantan,” kata satu sumber yang mengetahui mesyuarat itu kepada The Malaysian Insight.


Sumber yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu, walaupun pentadbiran Najib membantu Kelantan yang ditadbir PAS, pemimpin-pemimpin parti Islam itu tetap menyerangnya.

“Kerajaan persekutuan membantu negeri Kelantan dengan wang tunai dan projek bernilai berbilion ringgit.

“Tetapi PAS Kelantan berulang kali terus ‘menyakitkan’ hati kami. Macam mana nak berkawan kalau macam ni?

“Sebab itu Umno Kelantan tidak setuju dengan pakatan pilihan raya di Kelantan. PAS adalah musuh politik bagi Umno di Kelantan,” katanya.

Sejak 2008, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR). Kerjasama itu bertahan sehingga 2015.

PR berkubur selepas PAS bertelingkah dengan DAP dalam isu hudud.

Tidak lama selepas itu Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan akan tetapi PAS tidak menyertainya.

Bagaimanapun PAS meneruskan kerjasama dengan PKR dan terus bersama kerajaan Selangor.

Akan tetapi Jun lalu PAS memutuskan hubungan dengan PKR tetapi tetap bersama kerajaan Selangor.

PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan yang dipimpin bekas menteri Umno, Kadir Sheikh Fadzir.

Akan tetapi timbul cakap-cakap mengenai kerjasama tidak rasmi antara PAS dan Umno.

Ketua Penerangan Umno Annuar Musa pada Oktober mengatakan parti Melayu itu masih terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama dengan PAS termasuk bekerjasama dalam pilihan raya.

Satu lagi sumber yang mengetahui mengenai mesyuarat di Kuala Lumpur minggu lalu memberitahu, Tengku Razaleigh sudah bersetuju untuk membantu Barisan Nasional (BN) untuk menawan Kelantan.

“Ku Li sudah bersetuju untuk membantu BN Kelantan buat kali terakhir untuk menang.

“Dulu PAS berjaya tawan Kelantan selepas bekerjasama dengan Ku Li pada PRU 1990, kali ini Ku Li akan membantu kami rampas balik Kelantan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight menggunakan nama gelaran Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh merupakan ahli politik veteran yang juga merupakan keluarga Diraja Kelantan.

Selepas perpecahan Umno pada 1987 akibat daripada tindakannya mencabar Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden parti, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan berjaya merampas Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990.

Pada 1996, Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan kembali menyertai Dr Mahathir di dalam Umno.

Sejak 1990, PAS menguasai Kelantan sehingga kini. PAS berkemungkinan sukar mempertahankan Kelantan kali ini selepas parti serpihannya Amanah mahu turut bertanding di negeri itu.

Bagi Umno, pertembungan tiga penjuru di Kelantan akan menyebabkan BN kembali berkuasa. – 3 Disember, 2017.


Tuesday, November 28, 2017

MENTERI TAK HORMAT NAJIB RAZAK?

Bold move: Najib explaining the NBOS plan at the Dewan Rakyat. — Bernama

SEMALAM Najib Razak ke Parlimen untuk menjawab soalan mengenai Blue Ocean. 

Jelapang ternampak gambar di atas di dada-dada akhbar hari ini. Sesuatu yang menarik mengenai gambar ini ialah KETIDAKHADIRAN bapa-bapa Menteri yang dilantik oleh Najib ke dalam Kabinet beliau di Parlimen semalam.

Tak dapat hendak dibayangkan. Seminggu selepas insiden yang MEMALUKAN di mana kerajaan hampir kalah (malah boleh dikatakan TEWAS sekiranya pembangkang tidak melakukan kesilapan dalam pengiraan) di dalam pengundian di Parlimen akibat kegagalan Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri hadir, semalam Menteri-Menteri MASIH TIDAK HADIR ketika Najib menjawab soalan.

Yang kelihatan hadir (gambar atas) Teuku Adnan Mansor, Azalina Othman Said, Richard Riot dan Salleh Said Keruak.

Nampak semacam endah tak endah Menteri-Menteri dengan Perdana Menteri. Amaran telah diberikan oleh Ahmad Zahid Hamidi untuk mereka hadir di Parlimen tetapi semalam ketika Najib menjawab soalan, entah ke mana sesetengah bapa-bapa Menteri.

Adakah Menteri-Menteri sudah tidak HORMAT pada Najib? 

Image result for najib belanjawan 2018

Ini gambar ketika Najib memBENTANG Belanjawan 2018 Oktober lepas. Inilah kedudukan Menteri-Menteri di belakang Najib di Parlimen.


https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/28/najib-crp-will-better-peoples-lives/

Sunday, November 26, 2017

TEUKU ADNAN: DULU SAYA HIDUP BERPOYA-POYA

Image result for tengku adnan


'Saya hidup berpoya-poya sebelum dapat hidayah masuk Umno'
25 Nov 2017, 7:07 pm 25 Nov 2017, 9:01 pm


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui pernah hidup berpoya-poya sebelum mendapat hidayah untuk berkhidmat dengan Umno.

Justeru itu, Tengku Adnan memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai dirinya.

Tengku Adnan berkata sekitar tahun 1980-an beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan tersenarai antara individu terkaya di Malaysia sehingga berita mengenainya dilaporkan oleh majalah pelaburan.

"Sebab itu pembangkang cakap bukan-bukan. Saya marah. Tak tahu siapa saya, jangan cakap.

"Jangan kelirukan rakyat tentang saya. Apa yang berlaku pada saya hari ini saya bersyukur kepada Allah,” kata Tengku Adnan dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Nadi Negara di PWTC hari ini.

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan bagaimanapun tidak menjelaskan secara khusus bentuk kekeliruan yang dibuat oleh pembangkang terhadapnya.

Ku Nan juga menceritakan mengenai gaya hidupnya sebelum mendapat hidayah daripada Allah sehinggalah menyertai Umno.

“Dahulu, saya hidup berpoya-poya sana-sini, kapal terbang sendiri, kapal layar ada, semua ada. Nak makan di mana? Hong Kong? Singapura?

“Tapi Allah sayang saya. Pada akhir 1998, saya teringat dipanggil jadi Setiausaha Kerja Umno. Saya beritahu presiden saya, yang saya akan berkhidmat selama enam bulan, kemudian mahu kembali ke dunia korporat.

"Tetapi dari November 1998 sampai ke hari ini saya jadi begini (terlibat dalam Umno),” katanya.

Katanya lagi, beliau turut ditawarkan untuk bertanding namun beliau enggan berbuat demikian kerana niat asalnya hanyalah untuk berkhidmat kepada Umno.

Bagaimanapun, menurut Ku Nan, beliau akhirnya memutuskan untuk juga untuk bertanding demi kepentingan parti.

Anggota Parlimen Putrajaya itu turut melahirkan kekesalan kepada anggota Umno yang terlalu inginkan jawatan berbanding berkhidmat kepada rakyat.

“Banyak ahli Umno sekarang yang kadangkala hendak sangat jawatan, hendak jadi wakil rakyat, saya tak faham,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/403328#P0tpMFCMB47riUoF.99



Tuesday, November 21, 2017

PAS SOKONG UMNO KE TIDAK? DI PARLIMEN MALAM TADI SOKONG PAKATAN

Related image

ADAkah Pas benar-benar RAKAN Umno untuk PRU-14 nanti?

Sehingga petang semalam, Pas merupakan rakan karib dan TALI HAYAT Umno untuk PRU-14.

MALAM tadi satu INSIDEN berlaku di Parlimen di mana pihak Kerajaan hampir-hampir KALAH dalam pengundian untuk kelulusan belanjawan bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Insiden ini mencetus pelbagai interpretasi dan senario politik.

1. PAS
Sebelum ini sebarang usul yang dibawa oleh Pakatan Rakyat TIDAK disokong oleh Ahli Parlimen Pas.

Usul belanjawan 2018 yang dibawa sebelum ini oleh Najib Razak juga dibuat UNDI BLOK dan ditentang oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Pas mengambil ketetapan BERKECUALI, dengan kata lain tidak menentang (boleh juga ditafsirkan menyokong) Belanjawan yang dibawa Najib.

Sudah pasti sikap PAS ini cukup SELESA buat Najib, Umno dan BN. Petanda PAS benar-benar berpegang kepada JANJI untuk MEMASTIKAN Umno MENANG BESAR semasa PRU-14 nanti.

Tiba-tiba malam tadi, 6 Ahli Parlimen Pas menyertai Pakatan Harapan mengundi menentang belanjawan untuk Kementerian Kepenggunaan.

Lain pula nampaknya sikap Pas malam tadi. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Kejap ke Umno, kejap ke Pakatan. Boleh ke sana ke sini.

Apakah apabila Parlimen diBUBARkan, Pas ke Pakatan?


2. KEHADIRAN AHLI PARLIMEN BN
Related image
Ramai blogger Umno menhentam Ahli Parlimen BN yang tidak hadir semasa undi blok semalam menyebabkan BN diMALUkan.

Lebih 80 Ahli Parlimen TIADA di Dewan semasa pengundian dijalankan termasuk Najib, Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno Hishammuddin Tun Hussein.

Blogger-blogger Umno mencadangkan mereka digugurkan dari bertanding pilihanraya akan datang.

Baik cadangan mereka. Tetapi beranikah Najib?

Kritikan-kritikan ini nampak seperti dihalakan kepada Ahli Parlimen bawahan sahaja.

Ketua Penerangan Umno Annuar Musa ada ke semasa pengundian semalam? Teuku Adnan Teuku Mansor, Setiausaha Agong Umno mengundi ke tidak malam tadi? Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada ke semalam? 

Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani ada ke? Jangan cadangkan Ahli Parlimen bawahan saja diGUGURkan. Yang harus diHUKUM lebih ialah yang Ahli Parlimen yang bertaraf Menteri dan bertaraf Ahli Majlis Tertinggi. 

Bila mereka tidak hadir, ada orang tafsirkan mereka tak hormat Najib. Apa tidaknya, mereka Menteri, ada pelbagai keistimewaan. Ada drebar. Ada bodyguard. Ada pejabat besar. Katanya di Parlimen pun ada pejabat. Ada satu platun pegawai-pegawai khas.

Seperkara lagi, ada juga mengatakan tidak hadir Parlimen adalah perkara biasa. Lihat gambar atas. Suatu ketika dulu, apabila Najib menjawab soalan, hanya Teuku Adnan yang hadir (lihat kerusi kosong dalam gambar atas). Menteri-Menteri Kabinet yang dilantik Najib menerima gaji bulanan hampir RM50,000 pun tidak hadir semasa Najib ke Parlimen.

3. KELAB PENYOKONG BN (BN BACKBENCHERS CLUB)

Image result for backbenchers club parlimen

Kita bernasib baik dapat menonton sidang Parlimen setiap hari di kaca TV. Tak perlu orang Padang Besar atau orang Johor membawa rombongan orang kampung ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok sidang Parlimen.

RTM menyiarkan sidang Parlimen secara "live" setiap hari ketika Parlimen bersidang di saluran HyppTV.

Jelapang bila lapang, sering menonton sidang Parlimen termasuk malam tadi apabila Kerajaan hampir-hampir KALAH dalam undi blok.

Sejarah demi sejarah dicipta oleh Parlimen Malaysia ini.

Sejarah apa? Bersidang paling lama dalam sejarah Malaysia.

Pada April tahun ini, PARLIMEN mencipta sejarah, bersidang sampai 5.05 PAGI. Rekod sebelum itu ialah 4.25 PAGI, mengalahkan rekod terdahulu 3.21 PAGI.

Ayuh Parlimen Malaysia. Cipta rekod baru dalam sidang ini. Pastikan bersidang melebihi 5.05 PAGI semasa sesi ini.

Sesi ini, hampir setiap malam Parlimen BERSIDANG sehingga 10 malam dan hampir tengah malam.

Di Parlimen England, tak pula mereka bersidang lewat macam kita.

Lihat masa persidangan Parlimen England di bawah:



Oh ya. England lain, kita lain. Mereka negara maju. Kita?

Satu perkara Jelapang perasan apabila Parlimen bersidang sampai larut malam, muka yang sama saja yang tersengguk-sengguk menghadiri sesi Parlimen. Ahli Parlimen Umno dan BN yang sama saja kena menahan mata di dalam Parlimen setiap malam.

Siapa mereka ini? Ahli Parlimen bawahan.

Ahli Parlimen yang berjawatan Menteri, bergaji ribuan ringgit, entah ke mana. Entah di rumah, entah di hotel.

Malam tadi kerusi bapak-bapak Menteri KOSONG semasa pengundian dijalankan.

Itulah nasib Ahli Parlimen BN yang tak bertaraf Menteri atau berjawatan besar dalam Umno.

Memandangkan ramai meminta Ahli Parlimen BAWAHAN ini dikenakan HUKUMAN dengan menGUGURkan mereka dari PRU-14 ini, ramai antara mereka mengeluh.

Tadi pagi ada yang menghantar mesej kepada Jelapang meluahkan kekecewaan. Tidur lewat, kena bangun awal ke Parlimen.

Padahal Pak Menteri dan mereka yang berjawatan tinggi dalam Umno entah ke mana.


Saturday, November 18, 2017

ROSMAH MANSOR: PRU 14 SEBELUM JULAI 2018

Image result for rosmah

PRU-14 akan diadakan sebelum Julai, kata Rosmah Mansor.

Semuga selepas ini TIADA lagi keperluan untuk ahli serta pemimpin Umno dan wartawan untuk terus bertanya kepada suami Rosmah, Najib Razak, mengenai tarikh pilihanraya.

Kenyataan Rosmah ini sudah menjawab soalan tersebut.


RUJUKAN



PRU14 mungkin sebelum Julai, kata Rosmah




ISTERI perdana menteri, Rosmah Mansur mengatakan beliau tidak tahu bilakah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), tetapi tidak menolak kemungkinan ia diadakan sebelum Julai tahun depan.

"Saya tak tahu, tapi saya rasa mestilah sebelum Julai.

"Jadi Majlis Tertinggi (Umno) selalu bincang. Tiap-tiap bulan bermesyuarat bila PRU 14 akan diadakan," katanya pada Majlis Tahunan Bersama Skuad Sayang, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurutnya lagi, Najib pernah bertanyakan pendapat beliau masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya, soalan yang diketepikannya kerana menurutnya, beliau bukanlah seseorang yang arif dalam bidang politik.


"Saya nampak muka-muka (Wanita Umno) sudah bersedia menghadapi pilihan raya. Jangan tanya saya bila sebab saya tidak tahu.

"Saya rasa Yang Amat Berhormat (Najib) pun tak tahu. Lepas itu dia tanya saya, when you think we should have (pilihan raya). Saya kata i don't knowlah, i don't know politik," kata Rosmah.

 – 18 November, 2017.

Thursday, November 16, 2017

PAKATAN LAWAN HADI DI TERENGGANU

Image result for hadi najib

SEMALAM Pakatan Rakyat membuat kenyataan bahawa akan mencabar untuk MENGALAHKAN Presiden Pas Hadi Awang di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang semasa PRU14 nanti.

https://www.nst.com.my/news/politics/2017/11/303509/pakatan-contest-marang-rhu-rendang-seats-ge14-oust-hadi-awang

Jelapang tidak yakin rakan Hadi, Najib Razak, akan membiarkan Hadi diHINA di kawasan sendiri.

Apa guna ada kawan jika kawan tidak membantu memastikan HADI tidak KALAH.

Begitu juga rakan-rakan Ahli Parlimen Pas yang lain seperti Nasruddin Tantawi (Temerloh), Khairuddin Aman Razali Seberang Takir, Idris Ahmad dan beberapa lagi yang baru-baru ini BERKECUALI dan tidak menentang Belanjawan Najib di Parlimen baru-baru ini.

Tidak munasabah seorang rakan seperti Najib sanggup membolot semua kerusi Parlimen menerusi kerjasama dengan Pas dan memastikan kesemua Ahli Parlimen Pas yang ada sekarang kehilangan GAJI semasa PRU14 nanti.

Bukan sikit GAJI ahli parlimen. Katanya melebihi RM25,000 sebulan termasuk elaun-elaun.

Nasaruddin, umpamanya, seharusnya disokong oleh Umno Temerloh semasa PRU14 nanti. Siapa di Temerloh tidak kenal Nasruddin. Ahli Umno pun kenal. Bila VELLFIRE lalu di Temerloh, orang teringat Nasruddin Tantawi, Ketua Penerangan Pas.

Walaupun akan diBANTU oleh Najib, Hadi kena juga kerja untuk memastikan KEMENANGAN.

Jangan pula hanya mengHARAP pada Umno untuk memastikan Pas menang. Banyak isu-isu yang Pas sendiri kena jawab, dari isu kecil sehingga sebesar-besarnya.

Antara isu kecil ialah FITNAH mengenai kehidupan mewah pemimpin Pas, berkereta besar, memberi hadiah mahal kepada isteri kedua dan sebagainya.

Image result for kereta pemimpin pas

Related image


Image result for porsche hashim jasin

INI dakwaan LIAR yang menyusahkan Pas dan Hadi. Masa masih panjang. Seperti kata Ahmad Zahid Hamidi, PRU masih jauh, 180 hari lagi.

Lagi cepat Hadi selesaikan isu hidup MEWAH pemimpin-pemimpin Pas ini, ia akan memudahkan Pas MENANG BESAR semasa PRU14 nanti.

RUJUKAN


Pakatan to contest Marang, Rhu Rendang seats in GE14 to oust Hadi Awang
KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan will name a candidate to contest in the Marang Parliamentary and Rhu Rendang state seats in an attempt to oust Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang from his stronghold.

The decision by Pakatan, made at a high-level meeting last Friday, could pave the way for a three-cornered fight that would include Pas’s traditional rival, Barisan Nasional (BN).

"With the decision, a three-cornered fight is unavoidable. We have decided to name a candidate from Parti Amanah Negara (PAN) for the Marang and Rhu Rendang seats.

"The decision ends all speculation that Pakatan coalition members are at odds over who would represent the party in the 14th general election (GE14) in the two constituencies," said state PKR chief Azan Ismail, who is also Bandar assemblyman.

PAN is currently represented by its state chairman Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, who is the Kuala Terengganu Member of Parliament.

Pakatan also decided at Friday’s meeting that Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) would contest for the Setiu and Hulu Terengganu Parliamentary seats.

State PPBM chairman Datuk Razali Idris said recently that the party aims to contest four Parliamentary seats and at least 10 state seats.

“Discussions and negotiations for seats among components will continue, and we are confident that all will be satisfied with the allocations," he said.

Pakatan has yet to decide on four Parliamentary seats in the state, namely Besut, Kuala Nerus, Dungun and Kemaman.

Terengganu has eight Parliamentary seats – four held by BN and four by Pas; and 32 state constituencies, of which 17 are held by BN, 14 by Pas and one by PKR.