Showing posts with label dr mahathir mohamad. Show all posts
Showing posts with label dr mahathir mohamad. Show all posts

Friday, April 15, 2022

ISMAIL SABRI BUKAN PERDANA MENTERI YANG DIGERUNI ORANG POLITIK, MUDAH DIKOTAK KATIKAN

 









APABILA Muhyiddin Yassin bergelar Perdana Menteri, ramai pemimpin politik TAKUT kepada Muhyiddin termasuk Zahid Hamidi yang didedahkan oleh Muhyiddin sendiri membawa bertimbun file meminta PERTOLONGAN untuk dilepaskan dari diPENJARAkan.

Begitu juga Najib Razak. Muhyiddin ketika itu bukan pun Presiden Umno atau Naib Presiden Umno. Muhyiddin dari parti musuh Umno iaitu Bersatu.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali kedua, lintang pukang pemimpin-pemimpin Umno dan semasa pentadbiran Dr Mahathir, Najib ditangkap, rumah digeledah, beg tangan mahal-mahal Rosmah Mansor dirampas, Najib dan Rosmah di dakwa dan Najib dijatuhkan hukuman PENJARA 12 tahun. Tun juga pada masa itu bukan Presiden Umno dan bukan Naib Presiden Umno.

Tun Abdullah Badawi dikatakan seorang yang lembut tetapi para pemimpin Umno GENTAR dengan beliau. Ada Menteri yang memegang jawatan dalam tempoh singkat dan digugurkan oleh Pak Lah.

Kini Ismail Sabri bergelar Perdana Menteri. Pertama kali dalam sejarah Umno seorang Naib Presiden Umno memegang jawatan politik tertinggi di dalam negara.

Ada pemimpin politik TAKUT dan GENTAR kepada Ismail Sabri yang dikenali sebagai MAIL di kalangan ahli politik?

Ada kah orang politik TIDAK takut dengan Perdana Menteri?

Semasa PRN Johor, Zahid "tolak tepi" Mail dan beri penghormatan kepada Najib di atas kemenangan besar Umno di Johor. 

Semalam Majlis Kerja Tertinggi Umno bermesyuarat dan Mail diARAH oleh MKT yang diketuai Zahid Hamidi supaya JANGAN sambung MOU yang ditandatangani dengan pembangkang.

Di ARAH, ya, diARAH! 

Yang jelas Zahid tak TAKUT dengan Mail. Zahid tak takut kepada Perdana Menteri.

Kenapa begitu? 

Kerana Ismail Sabri tak berani seperti Dr Mahathir, seperti Muhyiddin, seperti Pak Lah. Pentadbiran yang cukup lemah, boleh di tolak ke sana ke mari oleh Zahid.

Jika Ismail percaya dengan keputusan MKT bahawa beliau akan dicadangkan sebagai PM untuk PRU-15, maka Ismail antara mereka yang hidup mereka mudah diTIPU.

Di Johor, Zahid pernah berkata, "barang lain yang di order, barang lain yang dapat".

Kalau tak percaya, Ismail tanyalah bekas Menteri Besar Johor HasniMohammad.

Ismail akan mengalami nasib yang sama seperti Hasni selepas PRU 15. 

Friday, June 26, 2020

RAKYAT MENDERITA, AHLI POLITIK BERSUKA RIA

Image may contain: one or more people, motorcycle and outdoor

TEKUNnya seorang wanita Melayu mencari rezeki. 

Tak sama macam Ahli-Ahli Parlimen terutamanya yang Melayu. Dah dapat gaji Ahli Parlimen RM16,000 sebulan diberi pula jawatan Pengerusi di dalam GLC.

Kalau rasa tak puashati dengan jawatan yang diberi, letak jawatan dan minta yang lain. Bukan itu saja. Ada anak dan isteri setiausaha politik juga katanya dapat jawatan lumayan. 

Sehingga hari ini kita masih belum dengar bagaimana Muhyiddin Yassin nak bantu rakyat yang kena buang kerja.

Semalam terdengar satu syarikat namanya Sapura Energy nak buang 600 pekerja, tapi Muhyiddin agaknya terlalu sibuk nak fikirkan hal rakyat tak dapat kerja.

Mungkin Muhyiddin terlalu sibuk nak fikir nasib rakyat marhaen yang hilang pekerjaan kerana nak jaga kedudukan takut hilang jawatan.

Monday, March 23, 2020

COVID-19: BILA JUTAWAN MALAYSIA NAK BANTU RAKYAT



SEDIH tengok video kakitangan perubatan guna beg sampah untuk keselamatan diri menghadapi koronavirus.

Teringat kembali kepada satu "posting" Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah pada 17 Julai 2019.

"Kita sekarang ini kekurangan peruntukan, kekurangan kakitangan, gaji di bawah kadar sepatutnya, bebanan kerja tinggi (overworked), limpahan melampaui kemampuan dan premis-pemis perubatan dibanjiri pesakit."

Image
Kerajaan pula nampak seperti kekurangan sumber kewangan apabila rakyat dibenarkan mengeluarkan wang sendiri dari EPF mereka.

Ketika negara dilanda musibah, di mana bilionaire-bilionaire Malaysia? Di mana syarikat-syarikat hebat Malaysia? Tak kan Tenaga Nasional yang untuk berbilion ringgit hanya mampu memberi 2% diskaun kepada rakyat Malaysia. Di mana orang-orang politik yang kaya-raya yang ada bilion-bilion dalam bank sehinggakan RM2 juta bagi mereka hanya duit poket.

Bantulah!!! Tak kan fikir diri sendiri sahaja. Senang pun kerana rakyat, tak kan tak boleh kembalikan kekayaan mereka kepada rakyat.

Kalau tak faham, kita siarkan nama-nama mereka di bawah ini.


SENARAI 50 BILIONARE MALAYSIA.

1. Robert Kuok RM50.54 billion
2. Quek Leng Chan RM42.63 billion 
3. Ananda Krishnan RM25.93 billion 
4. Chen Lip Keong RM23.29 billion 
5. Teh Hong Piow RM21.31 billion 
6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng RM21.09 billion 
7. Lim Kok Thay RM14.06 billion
8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng RM13.8 billion 
9. Kuan Kam Hon RM12.3 billion 
10. Lau Cho Kun RM10.11 billion 
11. Francis Yeoh & siblings RM7.47 billion 
12. Jeffrey Cheah RM6.37 billion 
13. Syed Mokhtar AlBukhary RM6.15 billion 
14. Lim Wee Chai RM5.93 billion
15. G. Gnanalingam RM4.39 billion 
16. Surin Upatkoon RM4.31 billion 
17. Tiong Hiew King RM4.29 billion 
18. Ngau Boon Keat RM4.28 billion 
19. Ninian Mogan Lourdenadin RM4.26 billion 
20. David Kong RM3.96 billion 
21. Lee Oi Hian & Hau Hian RM3.67 billion
22. Lim Kang Hoo RM3.36 billion 
23. Vincent Tan RM3.3 billion 
24. Lim Peng Cheong & Peng Jin RM3.01 billion 
25. Syed Azman Syed Ibrahim RM2.97 billion 
26. Danny Tan Chee Sing RM2.92 billion 
27. Ahmayuddin bin Ahmad RM2.72 billion 
28. Lim Han Weng RM2.68 billion
29. Goh Peng Ooi RM2.64 billion 
30. Cheah Cheng Hye RM2.61 billion 
31. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming RM2.11 billion 
32. Desmond Lim Siew Choon RM2.07 billion 
33. Patrick Grove RM2.04 billion 
34. Kong Chong Soon RM1.85 billion 
35. Azman Hashim RM1.80 billion
36. Mohd Abdul Karim Abdullah RM1.78 billion 
37. Ong Leong Huat RM1.60 billion 
38. Abdul Kadier Sahib RM1.58 billion 
39. Loh Kian Chong RM1.56 billion 
40. Wong Thean Soon RM1.49 billion 
41. Tony Fernandes RM1.47 billion 42. Wen Chiu Chi RM1.43 billion
43. Kamarudin Meranun RM1.38 billion 
44. Wong Teek Son RM1.36 billion 
45. Mokhzani Mahathir RM1.34 billion 
46. Gooi Seong Lim RM1.27 billion 
47. Chu Jenn Weng RM1.23 billion 
48. Kong Pak Lim RM1.21 billion 
49. Yong Pang Chaun RM1.61 billion 
50. Oh Kuang Eng RM1.12 billion

Dan mereka di bawah ini. Tak akan tak ada duit untuk dikembalikan kepada rakyat?

Image


Tuesday, February 25, 2020

PENGAJARAN UNTUK ANWAR IBRAHIM, GUAN ENG & NAJIB & GENG

Image result for pakatan harapan anwar guan eng

PERPECAHAN di dalam Pakatan Rakyat ada HIKMAHnya. Akhirnya pemimpin-pemimpin politik mendapat PETUNJUK betapa KERDILnya mereka. Sekarang baru mereka tahu langit tinggi atau rendah.

Belajarlah dari PENGAJARAN ini.

Image result for anwar bongkak

1,  ANWAR IBRAHIM, WAN AZIZAH dan KONCO-KONCO ANWAR

Selama ini bukan main gungho Anwar cucuk sana, cucuk sini. Dalam satu temubual dengan TV barat, Anwar bagi tarikh untuk Tun Mahathir letak jawatan. Mei 2020, kata Anwar bila ditanya oleh Mat Salleh dari TV tersebut.

Dalam masa yang sama konco-konconya buat desakan pada Tun Mahathir. Katanya ada konco-konco dalam pentadbiran Tun Mahathir cuba membuat keputusan yang boleh menyebabkan rakyat marah dan membenci Tun Mahathir.

Azmin Ali dibuli dalam Pakatan. Kelakuan Anwar seolah beliau terlalu perkasa, tiada siapa yang boleh menghalang beliau menjadi Perdana Menteri termasuk Tun Mahathir.

Akhirnya, bila Azmin keluar PKR, Bersatu keluar Pakatan Harapan, terkonteng-konteng Anwar. Harapan nak jadi Perdana Menteri berkecai. PKR jadi parti NYAMUK. Dulu bukan main gebang. Kononya dah ada 100 Ahli Parlimen sokong Anwar jadi PM tak termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Mana 100 MP itu?

Seluruh pemimpin politik menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri ketika krisis ini walaupun hari ini Umno dan Pas buat keputusan politik untuk elak malu.

Tak ada seorang pun yang hendakkan Anwar jadi Perdana Menteri kecuali kucing kurap seperti Abdullah Sani dan Johari Abdul.

Demi untuk menyelamatkan Pakatan dan menghidupkan impian Anwar menjadi PM, kenalah telan segala ludah-ludah sebelum ini.

Image result for guan eng ayat quran
2. LIM GUAN ENG dan KONCO-KONCO DAP 

Tanpa Melayu, DAP tak akan memerintah. Tanpa Tun Mahathir Guan Eng tak jadi Menteri Kewangan. Dan tanpa Tun Mahathir, dah lama Guan masuk PENJARA kes rasuah pembelian bungalow di Pulau Pinang.

Itu pun tak kenang JASA Tun Mahathir.

Macam-macam cerita kita dengar mengenai kelakuan Guan Eng dan Tony Pua di Kementerian Kewangan. Bagaimana layanan mereka kepada kakitangan kerajaan Melayu di Kementerian Kewangan.

Bila sedar akan hilang KUASA, berlari jumpa Tun Mahathir untuk menyelamatkan diri.

Sedarlah Guan Eng dan DAP. Tanpa Melayu, tanpa Tun Mahathir, tanpa parti-parti Melayu, DAP akan kembali kepada asal usulnya.

Jika kembali berkuasa, hormatlah orang Melayu. Kembali berkuasa pun kerana orang Melayu.


Image result for najib rosmah mahkamah

3. NAJIB RAZAK. ZAHID HAMID & PEMIMPIN UMNO

Dalam kemelut orang Melayu marah pada DAP, orang MELAYU benci pada muka-muka ini di dalam Umno.

Nak buang pemimpin nak ganti dengan Melayu macam mana? Melayu macam Najib dan Zahid, yang dituduh dengan puluhan kes rasuah? Melayu macam Annuar Musa? Melayu macam Shahidan Kassim? Melayu macam Azeez Rahim? Melayu macam Mahdzir Khalid yang baru-baru ini didakwa oleh lawyer Rosmah Mansor KAKI JUDI? Melayu macam Ku Nan yang terima duit dari Cina?

Ketika orang Melayu marah pada DAP, orang Melayu tak mahu pemimpin perangai macam Najib dan konco-konconya.

Penolakan menyertai Kerajaan Tun Mahathir atas alasan menolak DAP adalah karut belaka.

Ianya kenyataan untuk jaga air muka Najib dan konconya. Rakyat tak boleh terima Tun Mahathir mahu berkerjasama dengan perasuah-perasuah dalam Umno.

Sedarlah ahli-ahli Umno. Selagi muka-muka ini memimpin Umno, orang Melayu tak terima mereka walaupun dilahirkan MELAYU. 

Tuesday, February 18, 2020

MAT SABU NAFI BELIAU "MENTERI ROTI JOHN"

Image result for sabu roti john



Lawak roti John: ‘Kalau sebut nama, kami dah saman dah’


Bukan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang membuat jenaka berkaitan nama diplomat asing, kata setiausaha akhbarnya, Amin Iskandar.

Amin berkata demikian sebagai maklum balas berhubung spekulasi bahawa presiden Amanah itu berkata demikian semasa mesyuarat keselamatan baru-baru ini dengan seorang pegawai bernama John.

Selain itu, Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, terkenal kegemarannya memasak.

"Bukan menteri pertahanan," kata Amin.

"Sekiranya penulis sebut nama menteri, kami akan saman mereka, tetapi mereka tidak namakan menteri," katanya kepadaMalaysiakini.

Sebuah artikel yang disiarkan The Starsebelum ini mendakwa seorang menteri kerajaan PH bertemu dengan seorang yang berkedudukan tinggi dari kerajaan negara luar bernama 'John' berbincang mengenai hal ehwal keselamatan.

Penulis artikel itu berkata, menteri PH berkenaan mengeluarkan kata-kata: “Nama anda John. Di negara saya ada roti John. Jika anda datang ke negara saya, saya akan masakkan roti John untuk anda.”

Ekoran daripada itu, bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein mempersoalkan siapa menteri yang dimaksudkan dalam artikel itu.

Hishammuddin juga mempertikaikan kualiti menteri PH yang dilaporkan memberi kenyataan yang menurutnya tidak wajar dikatakan bagi mesyuarat yang membincangkan perkara serius.

Menulis di hantaran Facebook beliau, ahli parlimen Sembrong itu menasihatkan kepada menteri PH berkenaan supaya tidak mencalarkan maruah negara jika tidak mampu menggalas tugas sebagai seorang menteri.

“Satu sahaja nasihat saya kepada mana-mana menteri PH, kalau rasa tak mampu banggakan negara, janganlah pula melakukan tindakan yang berupaya mencalarkan maruah Malaysia di mata dunia,” tulisnya.

Bagaimanapun, Amin berkata tindakan bekas menteri Umno membangkitkan berita palsu mengenai Roti John itu mengejutkan.

“Segala cerita tentang Roti John ni semuanya‘fake news’. Kita dah berkali-kali cakap ini semua berita tidak benar.

“Kita tidak terkejut dengan tulisan daripada akhbar pembangkang baru-baru ini.

“Yang kita terkejut apabila dua bekas menteri membangkitkan tentang ‘fake news’ ini," jelasnya lagi.



JELAPANG: Sudah sampai masanya Tun Mahathir ROMBAK Kabinet. Buang Menteri Roti John dan Menteri-Menteri PEMALAS, MALAS berfikir dan BODOH SOMBONG demi negara.

Kalau perlu bubar Pakatan Harapan, bubarlah. Kalau perlu tubuh Pakatan Nasional, buatlah.

Carilah Ahli Parlimen yang boleh buat dan rajin kerja dan tidak rasuah. Tak kiralah dari Pas atau Umno.

Tak payahlah nak fikirkan nak penuhi cita-cita individu tertentu untuk menjadi Perdana Menteri.

Ada JANJI perlu diTEPATI, tetapi kalau kerana janji akan MEMUDARATKAN negara, janji tersebut perlu diMUNGKIRI.

Thursday, December 19, 2019

Monday, December 16, 2019

TUN MAHATHIR SEMAKIN MERAPU. RAKYAT DITINDAS & DIBUANG KERJA

Image

JELAPANG berbual dengan seorang ibu yang amat KECEWA dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata ibu tersebut, Tun Mahathir semakin MERAPU.

Anak si ibu ini baru sahaja hilang pekerjaan di Institut Terjemahan Negara yang beliau katakan ditutup oleh Dr Mahathir.

Kini anak beliau yang sudah berkeluarga menganggur dan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan untuk FoodPanda untuk menyuap anak bini beliau.

Mungkin inilah bangsa yang MALAS yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir kata ibu tersebut.


Di syarikat media pula, keseluruhan pekerja Melayu dibuang kerja dan sehingga hari ini mereka hidup MELARAT dan Dr Mahathir tidak peduli pun dan sibuk dengan "rumahtangga" orang lain seperti di Kashmir dan beberapa negara lain.

Hari ini di Media Prima ramai dibuang kerja, dan Dr Mahathir tak peduli.

Minggu lepas, katanya, airmata mencurahi pekerja-pekerja di MAVCOM apabila Dr Mahathir dan seorang pemimpin Cina DAP menutup organisasi tersebut menyebabkan mereka akan kehilangan pekerjaan.

Siapa yang tidak berlinang airmata jika mengenang bagaimana mahu menyara hidup anak isteri. 

Bila dikenang nasib mereka, Jelapang merasakan ada benarnya kata mereka, DR MAHATHIR MAKIN MERAPU.

https://malaysiagazette.com/2019/12/13/caam-yang-bermasalah-mavcom-pula-dikorbankan-cap/

https://malaysiagazette.com/2019/12/13/gabung-caam-mavcom-ini-keputusan-ditaktor/

https://soketmedia.wordpress.com/2019/12/16/lebih-500-pekerja-media-prima-akan-dibuang-kerja/

Saturday, November 23, 2019

REDZUAN PEMUSNAH HARAPAN TUN MAHATHIR

Image

WAJAH PEMUSNAH masadepan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nama jurutera tetapi tak guna akal.


Image result for redzuan kereta terbang

Sementara itu kita cadangkan Redzuan Yusof bawa kereta terbang ini ke tengah-tengah sawah di ALOR GAJAH untuk beliau pandu di sana.

Mungkin di tengah bendang di Melaka, tak termasuk dalam ruang udara kawalan DCA.




Friday, November 22, 2019

REDZUAN YUSOF MENTERI MERAPU & BODOH SOMBONG, MEMALUKAN TUN MAHATHIR

Image result for kereta terbang

MULA ingat melantik Redzuan Yusof, pernah kerja sebagai jurutera tapak Esso, sebagai Menteri satu keputusan yang betul. Rupa-rupanya beliau seorang yang MERAPU dan BODOH SOMBONG.

Entah apa di dalam kepala beliau. Ingat kut kerja dengan Esso dan Petronas dah pandai, rupanya DUNGGU.

Idea KERETA TERBANG ini cukup memalukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan tetapi Redzuan menampakkan macam tak reti bahasa.

Idea kereta terbang ini amat memalukan kerajaan dan menjadi bahan kejian kepada kerajaan Tun Mahathir.

Elok lah Tun Mahathir ROMBAK Kabinet dan "simpan" Redzuan.

Dah lebih setahun jadi Menteri, tapi kata kawan-kawan, beliau seorang yang bongkak dan BODOH SOMBONG.

Itu belum lagi cerita main golf waktu kerja. 


Monday, November 18, 2019

DR MAHATHIR KENA SABOTAJ DENGAN RAKAN PAKATAN?

Image
PAKATAN Harapan KALAH teruk dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai.

Sebenarnya kekalahan ini sudah diduga, yang tak diduga ialah kekalahan seteruk ini.

Parti-parti komponen Pakatan tidak seperti Umno. Umno mempunyai struktur organisasi yang kukuh - ada ahli, ada cawangan dan ada bahagian.

Parti-parti di dalam Pakatan lebih mengharap kepada sentimen, simpati dan citarasa pengundi.

Tetapi yang berbezanya, dulu Pakatan adalah pembangkang tetapi sekarang Pakatan adalah Kerajaan.

Kerajaan ada kuasa, ada duit. Umno ada duit tetapi sudah hilang kuasa.

Dengan duit dan kuasa, sepatutnya Pakatan lebih kuat dari Umno tetapi nampaknya tanpa kuasa pun Umno tetap dapat menumbangkan Pakatan.

Salah siapa? Salah Tun Dr Mahathir Mohamad?

Selepas kalah di Tanjung Piai, Syed Hussin, orang kuat Anwar Ibrahim, tak sabar nak hentam Tun Mahathir seolah-olah Tun Mahathir seorang sahaja yang harus disalahkan atau dengan kata lain pemimpin PKR tak salah.

Berlumba-lumba Ahli Parlimen menyokong Anwar menghentam Dr Mahathir seolah-olah kekalahan di Tanjung Piai BERITA GEMBIRA buat mereka.

Ianya seolah-olah bila kalah, Dr Mahathir kena tanggung seorang.

Bila fikir-fikir balik, nampak macam Dr Mahathir kena SABOTAJ dari dalam.

Mana Anwar, presiden PKR? Mana Guan Eng? Mana Mat Sabu?

Beberapa bulan ini ramai dalam Pakatan tembak Tun Mahathir termasuk DAP. P. Ramasamy membuat kenyataan politik yang menyusahkan Dr Mahathir tetapi DAP berdiam diri.

Kita harap pihak berkuasa menyiasat P.Ramasamy mengenai kaitan beliau dengan LTTE. Kalau Exco Kerajaan Melaka boleh ditangkap, kenapa Ramasamy tidak ditangkap?

Antara sebab Pakatan kalah teruk ialah prestasi Menteri-Menteri Kabinet.

Antaranya Menteri dari PKR. Apa Wan Azizah buat selama ini? Cuba Wan Azizah cermin diri? Bandingkan prestasi kerja beliau dengan Shahrizat Jalil yang jaga Kementerian Wanita?

Apa Saifuddin Nasution, orang kuat Anwar buat? Dah turun ke harga barang? Atau Saifuddin setakat boleh berlagak jadi Menteri? Cuba Saifuddin cermin diri dan bandingkan pretasi beliau dengan Shafie Apdal semasa Shafie menjaga kepentingan pengguna.

Apa Gobind Singh buat? Kementerian Penerangan adalah satu kementerian yang amat penting untuk menyakinkan rakyat kepada Kerajaan. Cuba Gobind tengok cermin dan bandingkan diri beliau dengan Allahyarham Mohamed Rahmat dan Kadir Sheikh Fadzir.

Salahuddin Ayob meletakkan kekalahan di Tanjung Piai antaranya kelemahan perang media dan media sosial.

Siapa jaga media Pakatan? A.Kadir Jasin?

Jika Kadir yang jaga, lebih baik Dr Mahathir pecat Kadir atau Kadir letak jawatan.

Kadir media zaman 70an. Apa yang dia tahu mengenai sosial media.

Bagaimana media arus perdana?

Teringat Jelapang kepada TV3 yang menSABOTAJ Pakatan dengan menyiarkan temuramah Timbalan Menteri dalam bahasa Mandarin.

Akhbar? Entah apa yang mereka tuliskan. Media cetak ini sokong siapa sebenarnya.

Kepada Tun Mahathir, fikirlah hal rakyat juga.

Jangan fikir kepada siapa nak jual Plus, nak bagi kepada Abu Shahid atau tak nak jual.

Fikir hal rakyat. Kalau subsidi petrol nak dihapuskan kepada M40, apa sumbangan kerajaan kepada rakyat?

Ianya bermaksud kerajaan tak perlu undi M40. Tak kan itu pun Tun Mahathir tak boleh fikir.

Kekalahan Tanjung Piai baik untuk Pakatan dan Tun Mahathir. Kalau tidak, tak akan sedar diri.

Mengenai kekalahan di Tanjung Piai, Jelapang hanya nak cakap: PADAN MUKA HAMPA.

Thursday, September 26, 2019

MUFTI PERLIS MINTA TUN MAHATHIR JANGAN PILIH PENGGANTI YANG RAKUS

Image result for anwar ibrahim india

"Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.
9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.
10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri. – MalaysiaGazette
Penulis adalah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin

JELAPANG: Apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri? Adakah Asri merasakan Anwar Ibrahim tak layak menjadi Perdana Menteri? 




YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini. Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya.

Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salah guna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampuk kuasa menggembirakan ramai rakyat jelata. Malangnya, dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat.

Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu. Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian;

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”. 

Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerana tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi kha;ifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerana dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.
Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan pelantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:
“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.
Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan ALLAH tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan ALLAH dan murkaNYA pada hari kita bertemu denganNYA, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri. – MalaysiaGazette

Penulis adalah Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin


https://malaysiagazette.com/2019/09/26/tun-pandanglah-redha-allah-dalam-mencari-pengganti-mufti-perlis/