Friday, April 27, 2012

TUNKU AZIZ CENDIAKAWAN MELAYU YANG TERPINGGIR

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Ramai di kalangan pemimpin BN dan Umno teruja dengan kenyataan  Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz semalam yang mengkritik tindakan parti pembangkang untuk mengadakan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Mungkin Tunku Aziz sendiri tidak menduga bahawa wajah beliau akan menghiasi muka depan akhbar-akhbar utama kerana beliau adalah pemimpin utama DAP. Kita puji sikap Tunku Aziz. Kalau mengadakan Bersih 3.0 itu salah, kita kata salah.

Sebelum menyertai DAP, Tunku Aziz diberikan kolum di dalam akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times. Tetapi apabila beliau mengambil keputusan menyertai DAP, serta merta kolum beliau di"bunuh" kerana beliau bukan lagi penyokong kerajaan walaupun pandangan beliau menerusi ruangan beliau itu membawa kebaikan kepada negara.

Itulah budaya berpolitik di Malaysia, sebuah negara demokrasi yang akan mencapai status negara maju dalam tempoh 8 tahun saja lagi.

Hari ini Tunku Aziz disanjung, diberikan muka hadapan di dada-dada akhbar, semata-mata kerana kenyataan beliau semalam. 

Sekiranya esok Tunku Aziz membuat suatu kenyataan yang pedih di telinga pemimpin Umno dan BN, adakah kenyataan beliau akan disiarkan oleh akhbar-akhbar utama walaupun kritikan beliau masuk akal dan dibuat demi kepentingan negara?

Jawapannya, pasti TIDAK. Tidak mengejutkan jika akhbar-akhbar utama mengadakan pakatan menghentam Tunku Aziz malahan sekiranya ada video yang boleh memburukkan beliau, ianya akan ditayangkan di khalayak ramai kerana Tunku Aziz mesti dimusnahkan.

Inilah masalah Umno. Sebelum Tunku Aziz menyertai DAP, di mana Tunku Aziz? Kenapa Umno tidak memberi tempat kepada beliau?

Siapa Tunku Aziz? Beliau bukan personaliti yang calang-calang orangnya. Beliau adalah bekas Penasihat Bank Negara. Bekas Pengarah Sime Darby. Pernah menjawat jawatan Pengarah Sekretariat Komenwel di London. Dilantik sebagai Penasihat Khas oleh Setiausaha Agung PBB Kofi Anan dan bekas Naib Pengerusi Transparency International.

Siapa Tunku Aziz? Tunku Aziz adalah seorang profesional. Seorang cendiakawan. Anak Melayu yang pandai dan bijaksana.

Di mana Tunku Aziz sebelum beliau menyertai DAP? Sebenarnya tiada siapa dalam Umno yang pedulikan Tunku Aziz semata-mata kerana beliau seorang anak Melayu yang pandai.

Di Malaysia, adakah seorang anak Melayu yang sepandai Tunku Aziz akan diberikan tempat di dalam Umno? Adakah Umno sanggup memberi kerusi Majlis Tertinggi Umno atau jawatan Ketua Bahagian kepada anak Melayu yang bijak seperti Tunku Aziz? Tepuk dada tanya selera!

Kalau kita kata YA kepada semua soalan ini, Tunku Aziz hari ini adalah Naib Presiden Umno dan bukannya Naib Pengerusi DAP.

Kita percaya Tunku Aziz menyertai DAP semata-mata kerana beliau kecewa dengan layanan buruk yang Umno berikan kepada cediakawan-cediakawan Melayu.

Berbuih mulut Tunku Aziz bercakap mengenai transparensi di dalam kerajaan dan sudah berjuta perkataan ditulis oleh Tunku Aziz melalui kolum beliau di sebuah akhbar Inggeris, adakah kritikan beliau diterima dan diambil peduli oleh Umno dan Kerajaan?

Mungkin kerana terlalu kecewa, beliau menyertai DAP.

Salah siapa? Salah Umno atau salah Tunku Aziz kerana belajar terlalu pandai sehinggakan Umno tidak dapat menerima beliau sebagai ahli?

Umno tidak salah dan Umno tidak pernah buat salah. Oleh itu, Tunku Aziz yang bersalah kerana terlalu rajin belajar sehingga beliau menjadi seorang yang cerdik dan pandai.

Tidak menghairankan kita, ramai ketua-ketua bahagian Umno yang kepandaiannya setakat lulus SPM saja.

Kita ambil contoh Umno Wilayah Persekutuan. Dalam masa 8 tahun, Malaysia akan menjadi negara maju. Kuala Lumpur akan menjadi bandaraya maju dan sudah pasti penerajunya untuk Malaysia maju ialah Ketua-Ketua Bahagian Umno di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tidak perlu kita ambil contoh Ketua-Ketua Bahagian di Kedah atau Terengganu kerana negeri-negeri ini adalah negeri-negeri pendalam atau negeri-negeri ulu. Kita ambil contoh Ketua-Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan yang banyak menghabiskan masa bercigar di Seri Pacific berhampiran PWTC dan beberapa hotel besar berhampiran mercu tanda negara, KLCC.

Lihatlah beberapa wajah Ketua Bahagian dari Wilayah Persekutuan ini. Ada di antara mereka tidak berpendidikan. Tiada kelayakan. Lebih teruk lagi, tiada pekerjaan kecuali kerjanya hanyalah sebagai Ketua Bahagian. 

Disebabkan oleh latarbelakang inilah, kita dihidangkan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya ada Ketua Bahagian menggunakan wang peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan program, digunakan untuk melancong ke London kerana pada pandangannya tiada guna menggunakan wang ini untuk orangramai kerana BN tiada peluang untuk menang di tempat beliau.

Kita mempunyai pemikiran seperti ini kerana kita membiarkan Umno dipimpin oleh mereka yang tiada pendidikan sementara cendiakawan Melayu kita dipinggirkan.

Kalau kita sayangkan Umno, seharusnya kita mengambil sikap keterbukaan di dalam parti dan kerajaan. 

Tunku Aziz mengkritik parti beliau sendiri kerana pada pandangan beliau ianya salah untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0. Adakah Umno bersedia membenarkan pemimpinnya membuat kritikan yang serupa terhadap pemimpinnya?

Adakah Umno mampu membenarkan ahlinya mengkritik tindakan kerajaan memberikan kontrak lebuhraya kepada isteri bekas Ketua Hakim dan seorang peguam mewakili Umno?

Parti Umno tidak rasis. Tetapi kita SELEKTIF.

Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus didakwa di mahkamah. Kita dakwa Khir Toyo tetapi kita tidak mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin di Sarawak dan di Sabah walaupun satu dunia mempertikaikan cara mereka mengumpul kekayaan mereka. Kita selektif.

Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus mendapatkan projek-projek kerajaan. Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus disiasat SPRM.

Kita SELEKTIF, bukan RASIS.

Inilah masalah kita dalam Umno.

Thursday, April 26, 2012

ZAHIDA RAFIK: SAYA BELUM BERUMAHTANGGA DENGAN SHAFIE APDAL

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau (Shafie Apdal) juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis.” - Zahida Rafik.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0426&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Sunday, April 8, 2012

SBPA: SIDEK CUCI TANGAN

Di kalangan penganalisis politik, satu persoalan menjadi perbualan hangat di antara mereka. Topiknya: Berapa peratus kakitangan awam kini menyokong BN dan Kerajaan?

Ketika isu SBPA memuncak, ada pandangan bahawa 80 peratus kakitangan awam tidak akan menyokong kerajaan di dalam PRU-13.

Untuk menyelamatkan keadaan, Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA dan mengumumkan kenaikan gaji antara 9% dan 13% untuk semua lapisan kakitangan awam. Adakah ini mencukupi?

Ada pandangan mengatakan keputusan membatalkan SBPA telah "menyejukkan" hati kakitangan awam.

Tetapi ramai juga berpendapat ianya "sejuk seketika" setelah menyedari "orang yang paling tidak digemari mereka", Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan, tidak dikenakan sebarang tindakan berikutan isu SBPA.

Agak mengejutkan, apabila khabarnya, Sidek dalam beberapa pertemuan dengan kakitangan awam secara terbuka membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dengan SBPA dan amat gembira SBPA dibatalkan.

Kalau benar cakap-cakap ini, ianya memalukan kerajaan. Tak masuk akal langsung seorang KSN tidak ambil peduli bagaimana skim gaji 1.4 juta pekerja dirangka.

Kalau benar Sidek bercakap begitu, maka beliau adalah seorang KSN yang tidak bertanggungjawab dan perlu diarah meletakkan jawatan serta merta.

Sesiapa saja boleh menjadi KSN kalau setiap kali ada masalah, orang di bawah beliau yang disalahkan.

KSN yang lemah, bebannya ditanggung oleh kerajaan. Sekirannya kakitangan awam tidak menyokong kerajaan, siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Sidek.

Friday, April 6, 2012

SHAFIE APDAL KETUA MENTERI SABAH YANG BARU

Saya pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan... sudah banyak tempat. Saya tidak pernah menolak (sebarang perlantikan)." - Shafie Apdal.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/6/nation/11057184&sec=nation

Sudah pasti ungkapan ini akan menimbulkan perlbagai spekulasi mengenai Shafie Apdal. Tetapi laporan akhbar hari ini menggambarkan bahawa beliau bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Musa Aman selepas PRU-13 nanti.

Khabarnya pertukaran Menteri Besar juga akan berlaku di Perlis, Terengganu, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.



PUTRAJAYA: Umno vice-president Datuk Seri Shafie Apdal is prepared to
contest a state seat in the general election amid talk that some factions in
the party want him to replace current Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

The Semporna MP, who has held his parliamentary seat for three terms
now, said it would, however, be up to the Barisan Nasional leadership
headed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to decide if and where he would contest.

When pressed on his preference, Shafie hinted that he would have no objection to letting go of his long-held parliamentary seat.

“I have been appointed the Deputy Defence Minister, Domestic Trade and
Consumer Affairs Minister ... (I’ve been appointed to) so many places
already. I have never rejected (my appointments),” he said with a smile after presenting certificates to graduates of the Skills Training and Career Programme 2011 session here yesterday.

Thursday, April 5, 2012

APABILA ANNUAR MUSA BERPOLITIK...

Persatuan Bolasepak Malaysia semalam menggantung Annuar Musa dari memegang sebarang jawatan di dalam persatuan bolasepak selama 30 bulan gara-gara kritikan Annuar terhadap prestasi menurun skuad bolasepak negara di bawah bimbingan jurulatih K.Rajagobal.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Ramai peminat menghentam FAM di atas tindakan tersebut. Bagi Jelapang, kemarahan peminat bolasepak lebih menjurus kepada mengkritik pengurusan FAM daripada menyatakan simpati terhadap Annuar.

Mutu bolasepak negara makin menurun jika dibandingkan dengan era Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, James Wong, Hassan Sani serta Matlan Marjan. Cara pengurusan FAM masih ditakuk lama mungkin disebabkan pimpinannya sudah ketandusan ide kerana sudah terlalu lama memimpin FAM. Kalau tidak silap Jelapang, kepimpinan FAM masih dipegang orang yang sama sejak Hamzah Abu Samah mengundurkan diri pada tahun 1984. http://www.olympic.org.my/museum/hof/ind/dsrtshhas.htm

Apabila FA of England melucutkan John Terry sebagai Ketua Pasukan atas dakwaan rasis, jurulatih
England Fabio Capello mengkritik keputusan tersebut. Capello dipanggil mengadap pimpinan FA England dan episod tersebut berakhir dengan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Kalau insiden di England ini dijadikan contoh, maka wajarlah Annuar dihukum sedemikian rupa.


Tetapi Jelapang lebih berminat untuk menganalisa episod FAM dan Annuar Musa ini dari perspektif politik.

Orang politik memang bijak dalam mencari platform untuk menonjolkan diri untuk kekal relevan dalam politik. Walaupun sudah "dipencenkan" dari politik, ramai akan mencuba nasib untuk menghidupkan roh politik mereka walaupun peluang hanya sebesar zarah.

Lihatlah Shahidan Kassim. Bagaimana beliau menggunakan KOAM untuk kekal relevan. Ibrahim Ali menggunakan NGO Perkasa dan tidak terkecuali Annuar melalui KAFA dan FAM.

Apabila menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM, Annuar dilihat mahu menghampiri KJ untuk menghidupkan semula karier politik beliau.

"Dia (Annuar Musa) terima jawatan itu (Presiden KAFA) untuk mudah jumpa Khairy...kalaupun tak dapat jumpa Perdana Menteri (Pak Lah) selalu pun tak apa...asal dapat jumpa menantunya (KJ)." Ini kenyataan yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Takiyuddin Hassan pada 2007 selepas Khairy menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM. http://siasahdaily.blogspot.com/2007/11/anuar-sedia-jadi-presiden-kafa-selepas.html

Maka impian Annuar untuk "bersentuh bahu" dengan menantu Pak Lah tercapai dengan menyandang jawatan Presiden KAFA dan seterusnya Timbalan Presiden FAM.

Sejak awal tahun ini, Annuar kerap tampil dengan kenyataan-kenyataan "menarik" mengenai bolasepak negara dan juga Kelantan.

Orang politik memang pandai berkata-kata untuk menarik perhatian dan sokongan terhadap mereka. Maka kenyataan Annuar mengkritik Rajagobal juga mengundang perhatian.

Dan orang politik pandai memilih masa yang sesuai untuk membuat kenyataan untuk menarik perhatian ramai di samping mengenengahkan personaliti mereka sebagai orang paling popular di kalangan ramai.

Annuar Musa antara yang mempunyai skil tersendiri ini.

Mungkin ianya satu kebetulan. Kenyataan mengkritik Rajagobal dibuat ketika negara sedang mengharung demam PRU-13.

Bukan itu saja. Annuar tampil dengan berlatarbelakang puluhan penyokong The Red Warriors untuk menggambarkan betapa popularnya beliau di Kelantan. Malah beliau lebih popular dari Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussien.

Semalam, selepas dijatuhkan hukuman oleh FAM, Annuar keluar dari Wisma FAM dan bertemu dengan 200 penyokong Kelantan. Dengan menggunakan loud hailer, Annuar memberi ucapan kepada penyokong-penyokong beliau.

Tidak ramai ahli politik yang mempunyai skil seumpama ini dalam usaha menghidupkan semula peluang politik beliau yang tinggal sekecil zarah itu.

Penyokong Kelantan mungkin kecewa Annuar digantung 30 bulan, tetapi Annuar kini berpeluang menghidupkan kembali karier politik beliau di Kelantan. Dan batu loncatannya ialah FAM dan FAM terperangkap dengannya.

Tidak menghairankan sekiranya selepas ini, puluhan penyokong Kelantan tampil dengan sepanduk mendesak Najib Razak mencalonkan Annuar di Kelantan. Dan tidak juga mustahil Annuar bakal "dilambung" sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru sekiranya Umno menang di Kelantan.

Annuar Musa orang lama. Veteran dalam berpolitik. Pelbagai cabaran, halangan, onak dan duri telah diredah beliau. Dituduh mempunyai hubungan dengan seorang artis ketika beliau bergelar Adun dan dituduh terlibat di dalam penyelewengan ketika beliau bergelar YB Menteri.

Annuar bukan calang-calang ahli politik. Kepada ahli politik muda, perjalanan politik Annuar boleh dijadikan pedoman buat mereka.

Sunday, April 1, 2012

KAMILIA: ADA TENTERA BERPENYAKIT DALAM UMNO

"Macam dalam perang, kalau ada seorang dalam pasukan tentera itu membawa penyakit yang boleh berjangkit dan mungkin melumpuhkan pasukan, adakah kita masih mahu terus bawa juga dia ke medan perang? Adakah kita mahu semua anggota sakit dan mati atau kita kuarantin dulu anggota itu hingga dia sembuh agar pasukan dapat terus mara ke medan perang. Kita sebagai Wanita perlu tahu makna solidariti yang sebenarnya." - Kamilia Ibrahim, Ketua Wanita Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

Di era ini, jarang kita dapat mendengar kenyataan pedas seumpama ini di dalam Umno. Ramai pemimpin-pemimpin Umno lebih sayangkan jawatan dari menegur parti semata-mata takut ianya menyentuh hati Najib Razak.

Kamilia ada integriti. Yang salah, katakan saja ianya salah walaupun ianya sukar untuk ditelan.

Kalau PRU-13 ini sukar, katakanlah ianya sukar. Tak payah berselindung dengan harapan untuk mengekalkan jawatan Menteri seperti mana dilakukan oleh seorang Menteri yang bakal mencecah usia 70an.

Tak payahlah bagi laporan yang tak boleh diterima akal atau menyuruh kakitangan sendiri memberi tepukan gemuruh pada Presiden dengan harapan Najib bertambah sayang padanya.