Thursday, April 5, 2012

APABILA ANNUAR MUSA BERPOLITIK...

Persatuan Bolasepak Malaysia semalam menggantung Annuar Musa dari memegang sebarang jawatan di dalam persatuan bolasepak selama 30 bulan gara-gara kritikan Annuar terhadap prestasi menurun skuad bolasepak negara di bawah bimbingan jurulatih K.Rajagobal.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Ramai peminat menghentam FAM di atas tindakan tersebut. Bagi Jelapang, kemarahan peminat bolasepak lebih menjurus kepada mengkritik pengurusan FAM daripada menyatakan simpati terhadap Annuar.

Mutu bolasepak negara makin menurun jika dibandingkan dengan era Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, James Wong, Hassan Sani serta Matlan Marjan. Cara pengurusan FAM masih ditakuk lama mungkin disebabkan pimpinannya sudah ketandusan ide kerana sudah terlalu lama memimpin FAM. Kalau tidak silap Jelapang, kepimpinan FAM masih dipegang orang yang sama sejak Hamzah Abu Samah mengundurkan diri pada tahun 1984. http://www.olympic.org.my/museum/hof/ind/dsrtshhas.htm

Apabila FA of England melucutkan John Terry sebagai Ketua Pasukan atas dakwaan rasis, jurulatih
England Fabio Capello mengkritik keputusan tersebut. Capello dipanggil mengadap pimpinan FA England dan episod tersebut berakhir dengan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Kalau insiden di England ini dijadikan contoh, maka wajarlah Annuar dihukum sedemikian rupa.


Tetapi Jelapang lebih berminat untuk menganalisa episod FAM dan Annuar Musa ini dari perspektif politik.

Orang politik memang bijak dalam mencari platform untuk menonjolkan diri untuk kekal relevan dalam politik. Walaupun sudah "dipencenkan" dari politik, ramai akan mencuba nasib untuk menghidupkan roh politik mereka walaupun peluang hanya sebesar zarah.

Lihatlah Shahidan Kassim. Bagaimana beliau menggunakan KOAM untuk kekal relevan. Ibrahim Ali menggunakan NGO Perkasa dan tidak terkecuali Annuar melalui KAFA dan FAM.

Apabila menantu Pak Lah Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden FAM, Annuar dilihat mahu menghampiri KJ untuk menghidupkan semula karier politik beliau.

"Dia (Annuar Musa) terima jawatan itu (Presiden KAFA) untuk mudah jumpa Khairy...kalaupun tak dapat jumpa Perdana Menteri (Pak Lah) selalu pun tak apa...asal dapat jumpa menantunya (KJ)." Ini kenyataan yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Takiyuddin Hassan pada 2007 selepas Khairy menyandang jawatan Timbalan Presiden FAM. http://siasahdaily.blogspot.com/2007/11/anuar-sedia-jadi-presiden-kafa-selepas.html

Maka impian Annuar untuk "bersentuh bahu" dengan menantu Pak Lah tercapai dengan menyandang jawatan Presiden KAFA dan seterusnya Timbalan Presiden FAM.

Sejak awal tahun ini, Annuar kerap tampil dengan kenyataan-kenyataan "menarik" mengenai bolasepak negara dan juga Kelantan.

Orang politik memang pandai berkata-kata untuk menarik perhatian dan sokongan terhadap mereka. Maka kenyataan Annuar mengkritik Rajagobal juga mengundang perhatian.

Dan orang politik pandai memilih masa yang sesuai untuk membuat kenyataan untuk menarik perhatian ramai di samping mengenengahkan personaliti mereka sebagai orang paling popular di kalangan ramai.

Annuar Musa antara yang mempunyai skil tersendiri ini.

Mungkin ianya satu kebetulan. Kenyataan mengkritik Rajagobal dibuat ketika negara sedang mengharung demam PRU-13.

Bukan itu saja. Annuar tampil dengan berlatarbelakang puluhan penyokong The Red Warriors untuk menggambarkan betapa popularnya beliau di Kelantan. Malah beliau lebih popular dari Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussien.

Semalam, selepas dijatuhkan hukuman oleh FAM, Annuar keluar dari Wisma FAM dan bertemu dengan 200 penyokong Kelantan. Dengan menggunakan loud hailer, Annuar memberi ucapan kepada penyokong-penyokong beliau.

Tidak ramai ahli politik yang mempunyai skil seumpama ini dalam usaha menghidupkan semula peluang politik beliau yang tinggal sekecil zarah itu.

Penyokong Kelantan mungkin kecewa Annuar digantung 30 bulan, tetapi Annuar kini berpeluang menghidupkan kembali karier politik beliau di Kelantan. Dan batu loncatannya ialah FAM dan FAM terperangkap dengannya.

Tidak menghairankan sekiranya selepas ini, puluhan penyokong Kelantan tampil dengan sepanduk mendesak Najib Razak mencalonkan Annuar di Kelantan. Dan tidak juga mustahil Annuar bakal "dilambung" sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru sekiranya Umno menang di Kelantan.

Annuar Musa orang lama. Veteran dalam berpolitik. Pelbagai cabaran, halangan, onak dan duri telah diredah beliau. Dituduh mempunyai hubungan dengan seorang artis ketika beliau bergelar Adun dan dituduh terlibat di dalam penyelewengan ketika beliau bergelar YB Menteri.

Annuar bukan calang-calang ahli politik. Kepada ahli politik muda, perjalanan politik Annuar boleh dijadikan pedoman buat mereka.

1 comment:

Ryzal72 said...

Sdr,
Saya bukan peminat TSAM tetapi saya mula tertarik mengikuti perkembangan beliau setelah melihat bagaimana dia membangunkan institusi bolasepak Kelantan. Dari pasukan yang tercorot sebelumnya sehinggalah seadanya sekarang. Saya melihat dari perspektif ilmiah pengurusan organisasi. Ternyata kekuatan TSAM adalah atas kapasitit peribadinya iaitu mengilhamkan visi dan misi yang cukup strategik untuk KAFA. Dia membangunkan akademik bola sepak Kelantan di mana kebanyakkan presiden FA negeri lain hanya terkial-kial memegang jawatan untuk gaji. Dia melorong pasukan Kelantan kpd pendedahan di peringkat Asia, dia mampu menggarap sokongan rakyat tanpa mengira parti di bawah panji the red warriors! Dalam perspektif ini, saya melihat dia mempunyai gagasan dan tahu bagaimana mencorakkan rentah bola sepak negeri dan barangkali nasional ke peringkat yang lebih tinggi kualitinya. Sebagaimana kata Sdr, betul dahulu dia mempunyai legasi sdikit negatif dalam politik wbp untuk dia kembali ke pentas politik Kelantan dan mewaarnai UMNO , saya rasa itu bukan lagi citarasanya. Saya fikir ada baiknya Sdr, jenguk FB beliau dan dari situ kita boleh lihat sedkit sebanyak karaktor beliau dalam bola sepak. Mengenai hal disiplinnya di FAM, saya fikir dia telah melangkau batas undang-undang yang dibina oleh FAM sendiri, maka dia perlu menerimanya tetapi saya fikir ada baiknya juga jika kita boleh melihat dia juga dari sisi yang positif supaya ia lebih berimbang. Saya perturunkan satu daripada kata-katanya dlm facebook beliau untuk renungan bersama, Ikhlas.

AMANAT TAN SRI ANUAR MUSA :
Saya doakan KAFA DAN TRW terus di majukan mendepani zaman..garis panduan penarafan AFC boleh dijadikan guide sementara model pembangunan JAPAN FA adalah yg paling sesuai kita temui setakat ini..BANYAKKAN mengeluar jurulatih bertauliah..majukan grassroot dgn liga liga berterusan..PERTINGKATKAN AKADEMI/ARMY..professionalise pengurusan..luaskan jaringan serantau...bersaing di liga antarabangsa..asah bakat tempatan..dll..AHLI MAJLIS KEKALKAN CARA KERJA DIMANA SEMUA EXCO ADA TUGAS DAN BERGANDING BAHU SBG SATU TEAM...INSYAALLAH KLATE BERJAYA...-TAN SRI ANUAR MUSA