Friday, April 27, 2012

TUNKU AZIZ CENDIAKAWAN MELAYU YANG TERPINGGIR

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Ramai di kalangan pemimpin BN dan Umno teruja dengan kenyataan  Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz semalam yang mengkritik tindakan parti pembangkang untuk mengadakan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Mungkin Tunku Aziz sendiri tidak menduga bahawa wajah beliau akan menghiasi muka depan akhbar-akhbar utama kerana beliau adalah pemimpin utama DAP. Kita puji sikap Tunku Aziz. Kalau mengadakan Bersih 3.0 itu salah, kita kata salah.

Sebelum menyertai DAP, Tunku Aziz diberikan kolum di dalam akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times. Tetapi apabila beliau mengambil keputusan menyertai DAP, serta merta kolum beliau di"bunuh" kerana beliau bukan lagi penyokong kerajaan walaupun pandangan beliau menerusi ruangan beliau itu membawa kebaikan kepada negara.

Itulah budaya berpolitik di Malaysia, sebuah negara demokrasi yang akan mencapai status negara maju dalam tempoh 8 tahun saja lagi.

Hari ini Tunku Aziz disanjung, diberikan muka hadapan di dada-dada akhbar, semata-mata kerana kenyataan beliau semalam. 

Sekiranya esok Tunku Aziz membuat suatu kenyataan yang pedih di telinga pemimpin Umno dan BN, adakah kenyataan beliau akan disiarkan oleh akhbar-akhbar utama walaupun kritikan beliau masuk akal dan dibuat demi kepentingan negara?

Jawapannya, pasti TIDAK. Tidak mengejutkan jika akhbar-akhbar utama mengadakan pakatan menghentam Tunku Aziz malahan sekiranya ada video yang boleh memburukkan beliau, ianya akan ditayangkan di khalayak ramai kerana Tunku Aziz mesti dimusnahkan.

Inilah masalah Umno. Sebelum Tunku Aziz menyertai DAP, di mana Tunku Aziz? Kenapa Umno tidak memberi tempat kepada beliau?

Siapa Tunku Aziz? Beliau bukan personaliti yang calang-calang orangnya. Beliau adalah bekas Penasihat Bank Negara. Bekas Pengarah Sime Darby. Pernah menjawat jawatan Pengarah Sekretariat Komenwel di London. Dilantik sebagai Penasihat Khas oleh Setiausaha Agung PBB Kofi Anan dan bekas Naib Pengerusi Transparency International.

Siapa Tunku Aziz? Tunku Aziz adalah seorang profesional. Seorang cendiakawan. Anak Melayu yang pandai dan bijaksana.

Di mana Tunku Aziz sebelum beliau menyertai DAP? Sebenarnya tiada siapa dalam Umno yang pedulikan Tunku Aziz semata-mata kerana beliau seorang anak Melayu yang pandai.

Di Malaysia, adakah seorang anak Melayu yang sepandai Tunku Aziz akan diberikan tempat di dalam Umno? Adakah Umno sanggup memberi kerusi Majlis Tertinggi Umno atau jawatan Ketua Bahagian kepada anak Melayu yang bijak seperti Tunku Aziz? Tepuk dada tanya selera!

Kalau kita kata YA kepada semua soalan ini, Tunku Aziz hari ini adalah Naib Presiden Umno dan bukannya Naib Pengerusi DAP.

Kita percaya Tunku Aziz menyertai DAP semata-mata kerana beliau kecewa dengan layanan buruk yang Umno berikan kepada cediakawan-cediakawan Melayu.

Berbuih mulut Tunku Aziz bercakap mengenai transparensi di dalam kerajaan dan sudah berjuta perkataan ditulis oleh Tunku Aziz melalui kolum beliau di sebuah akhbar Inggeris, adakah kritikan beliau diterima dan diambil peduli oleh Umno dan Kerajaan?

Mungkin kerana terlalu kecewa, beliau menyertai DAP.

Salah siapa? Salah Umno atau salah Tunku Aziz kerana belajar terlalu pandai sehinggakan Umno tidak dapat menerima beliau sebagai ahli?

Umno tidak salah dan Umno tidak pernah buat salah. Oleh itu, Tunku Aziz yang bersalah kerana terlalu rajin belajar sehingga beliau menjadi seorang yang cerdik dan pandai.

Tidak menghairankan kita, ramai ketua-ketua bahagian Umno yang kepandaiannya setakat lulus SPM saja.

Kita ambil contoh Umno Wilayah Persekutuan. Dalam masa 8 tahun, Malaysia akan menjadi negara maju. Kuala Lumpur akan menjadi bandaraya maju dan sudah pasti penerajunya untuk Malaysia maju ialah Ketua-Ketua Bahagian Umno di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tidak perlu kita ambil contoh Ketua-Ketua Bahagian di Kedah atau Terengganu kerana negeri-negeri ini adalah negeri-negeri pendalam atau negeri-negeri ulu. Kita ambil contoh Ketua-Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan yang banyak menghabiskan masa bercigar di Seri Pacific berhampiran PWTC dan beberapa hotel besar berhampiran mercu tanda negara, KLCC.

Lihatlah beberapa wajah Ketua Bahagian dari Wilayah Persekutuan ini. Ada di antara mereka tidak berpendidikan. Tiada kelayakan. Lebih teruk lagi, tiada pekerjaan kecuali kerjanya hanyalah sebagai Ketua Bahagian. 

Disebabkan oleh latarbelakang inilah, kita dihidangkan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya ada Ketua Bahagian menggunakan wang peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan program, digunakan untuk melancong ke London kerana pada pandangannya tiada guna menggunakan wang ini untuk orangramai kerana BN tiada peluang untuk menang di tempat beliau.

Kita mempunyai pemikiran seperti ini kerana kita membiarkan Umno dipimpin oleh mereka yang tiada pendidikan sementara cendiakawan Melayu kita dipinggirkan.

Kalau kita sayangkan Umno, seharusnya kita mengambil sikap keterbukaan di dalam parti dan kerajaan. 

Tunku Aziz mengkritik parti beliau sendiri kerana pada pandangan beliau ianya salah untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0. Adakah Umno bersedia membenarkan pemimpinnya membuat kritikan yang serupa terhadap pemimpinnya?

Adakah Umno mampu membenarkan ahlinya mengkritik tindakan kerajaan memberikan kontrak lebuhraya kepada isteri bekas Ketua Hakim dan seorang peguam mewakili Umno?

Parti Umno tidak rasis. Tetapi kita SELEKTIF.

Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus didakwa di mahkamah. Kita dakwa Khir Toyo tetapi kita tidak mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin di Sarawak dan di Sabah walaupun satu dunia mempertikaikan cara mereka mengumpul kekayaan mereka. Kita selektif.

Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus mendapatkan projek-projek kerajaan. Kita SELEKTIF dalam menentukan siapa yang harus disiasat SPRM.

Kita SELEKTIF, bukan RASIS.

Inilah masalah kita dalam Umno.

6 comments:

Anonymous said...

Bro


Ayat yang paling selektif..... Selektif tender ... He he

Anonymous said...

Tengok lah ketua bhg batu. Kereta besar. Tak ada kelulusan. Kejap2 main golf kat jakarta. Kerja pun tak ada tapi kaya raya. Untung jadi ketua bhg. Jalan mudah utk jadi kaya

Abang Sayang said...

Utusan Malaysia Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4 * (NEW)
5~BUKTI 5 * (NEW)
6~BUKTI 6 * (HOT)

Jangan segan2... Utusan Malaysia Pasti Boleh Buat!!



Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

Anonymous said...

Blogger Jelapang, saya tabik spring pada saudara apa yg saudara utarakan adalah benar 100 percent,pekara ini sebenarnya telah lama di sedari oleh mantan PM Tun DM, sememangnya belaku di semua Bahagian UMNO,tapi org melayu dah canai mengikut adat dan budaya melayu kuno pilih yang bolih bercakap dan bolih pengaruh serta bolih kasi kita senang sikit,cawangan Umno bukan nak banyak dapat khemah dan kerusi meja serta pekakas kenduri kendarat dah kira baik dan ketua Bahagian itu akan terus kekal di pilih pelajaran dan pengetahuan tak penting yang penting tiap tahun peruntukan Cawangan dan kampung dapat dan sikit sikit tempias kekocek ketua cawangan dan Ajk cawangan.Budaya inilah yang membuat Umno semakin lemah,tapi dah corak politik Umno macam tu nak buat macam mana tapi kalau jadi pembangkang Umno mungkin akan lebih kuat dan relevan,tapi masa tu dah terlambat,sehat sebelum sakit dengan sehat selepas sakit takkan sama.

Kump. Adik2 Keluar UMNO said...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155







p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Kump. Adik2 Keluar UMNO said...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155







p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'