Monday, December 2, 2013

RAKYAT MERANA LETRIK NAIK: KAKITANGAN TNB DAPAT BONUS 6 BULAN GAJI!

HARI ini, Kerajaan mengumumkan kenaikan tarif letrik berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Berapa kenaikannya?


Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89%) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj yang melibatkan 4 komponen iaitu:

Apa alasannya?

 Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.

Setiap kali Kerajaan mahu menaikkan harga letrik, alasan yang sama diberikan kepada rakyat. 

Link berikut ialah kenyataan akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Maximus Ongkili mengenai kenaikan tarif letrik bermula 1 Januari 2014.
http://www.kettha.gov.my/content/semakan-semula-tarif-elektrik-di-semenanjung-sabah-dan-wp-labuan

Tahun 2012, Tenaga Nasional mengaut keuntungan lebih RM1 bilion. 2013, keuntungan Tenaga Nasional adalah sebanyak RM219 juta, kejatuhan disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit.

Kalau dianalisa kenyataan akhbar tersebut, Kerajaan sengaja mengelak untuk menyatakan berapa keuntungan yang akan dikaut oleh Tenaga Nasional dengan kenaikan tarif ini. 

Ada yang mengatakan kenaikan ini akan memberi keuntungan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Tenaga Nasional.

Kerajaan juga dengan sengaja berdiam diri dengan pemberian bonus yang lumayan diberikan kepada kakitangan Tenaga Nasional.


JELAPANG DIMAKLUMKAN, TENAGA NASIONAL MEMBERI BONUS ANTARA 5 HINGGA 6 BULAN KEPADA KAKITANGANNYA TERMASUK PENGURUSAN ATASAN.

LEBIH MENARIK LAGI, TENAGA NASIONAL MEMINTA KAKITANGANNYA MERAHSIAKAN PEMBERIAN BONUS INI DARI PENGETAHUAN UMUM.

KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR, KITA MINTA KERAJAAN DAN TENAGA NASIONAL TAMPIL MENAFIKAN PEMBERIAN BONUS LUMAYAN INI.

Persoalannya, WAJARKAN rakyat diperah kerana kegagalan kerajaan menguruskan perbendaharaan negara?

Kita bukan hendak menidakkan pemberian bonus kepada kakitangan TNB, tetapi janganlah melampau.

Pemberian bonus yang lumayan ini hanya menggambarkan keangkuhan kerajaan dan tidak memperdulikan keperitan rakyat.

40 comments:

Anonymous said...

Padan muka org melayu.. Sokong lah umno lagi. Cina kaya, bil letrik timggi pun tak kisah. Boleh bayar. Melayu pakai lah duit brim tu bayar letrik. Bini najib naik jet. Melayu syok tengok pompuan melayu boleh naik jet. Bangga melayu lain boleh naik jet.. Org yg bangga tu pun naik kereta cabuk saja. Padan muka melayu. Tak lama lagi najib cakap risau melayu hilang kuasa pulak..

Unknown said...

Elektrik adalah keperluan asas rakyat. Tetapi, harga tariff elektrik adalah membebankan. Setiap tahun kita boleh saksikan pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama CEOnya duduk tersenyum mengumumkan keuntungan yang bernilai berbillion-billion Ringgit Malaysia, seolah-olah mereka sangat pandai menjalankan perniagaan. TNB sepatutnya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan yang berkonsepkan rakyat, bukannya syarikat koperat yang mementingkan keuntungan semata-mata. TNB sendiri dimulakan dan didirikan dari wang rakyat, maka sepatutnya rakyat mendapat menafaat dari penubuhan TNB, bukannya sengsara dengan bil dari TNB.
Rakyat tahu akan kesan Penyedia Kuasa Bebas (IPP) kepada perbelanjaan TNB. Jadi, saya memohon kerajaan kajilah balik perjanjian IPP dengan TNB. Jangan hanya kerana nak jaga kroni-kroni, maka suara kami tidak dipedulikan.
Saya sangat pelik dengan cara pengurusan TNB ‘menjaga’ paras keuntungan TNB. Dalam perniagaan, secara asasnya, UNTUNG = PENDAPATAN – KOS. Bila saja terdapat kenaikan harga bahan api yang melibatkan KOS, maka secara tak langsung, UNTUNG akan berkurangan. Jadi untuk memelihara margin UNTUNG, maka pengurusan membuat keputusan untuk menaikan paras PENDAPATAN melalui kajian semula tariff. Semudah inikah cara pengurusan TNB? Penat saya setiap kali saya membaca berita pengumuman kenaikan tariff serta alasan-alasan yang diberi bagi menjastifikasikan kenaikan tersebut. Pengurusan TNB sepatutnya kena berfikir dengan lebih jauh seperti melakukan projek-projek inovasi yang bersifat MENAMBAH PENDAPATAN & MENGURANGKAN KOS.
Secara mudah, TNB tidak akan mengahadapi masalah besar kerana TNB adalah PENYEDIA TUNGGAL dalam perkhidmatan ini. TIADA SAINGAN. Jadi, TNB ambillah untung sekadar yang perlu untuk menampung kos operasi, janganlah pada kadar melampau hingga berbillion-billion Ringgit Malaysia yang akhirnya rakyat yang menerima padahnya.

Anonymous said...

as salam tuan,
kalau tidak tahu hujung pangkal jangan bagi komen yang bodoh konon-konon nya sebagai jaguh rakyat tetapi sebenarnya ada kepentingan juga.Jangan pandang orang semua salah,bodoh,tak pandai,tak perihati hanya aku saja yang terbaik.

Anonymous said...

Masa bila dpt 6 bulan bonus ni...ak xpenah dpt pon..fitnah teruk blog ni

Anonymous said...

Tiada pemberian bonus kepada pekerja tnb thn kewangan ini.apatah lagi sehingga 6 bulan.kaya pekerja tnb.tapi TIADA. sekian.

Anonymous said...

jgn fitnah... bersyukur sgt kalau bonus 6 bulan tu jadi kenyataan.. maner la admin tau.. kiterorg sendiri tak tahu bila nak umum pasal bonus tu..

Anonymous said...

hahahaha selama arwah ayah aku keje tnb..aku keje tnb sebelum ni...tak pernah lg la tnb dpt bonus sampai berbulan2...

minta admin semak betul2...kalau nk tahu..gaji tnb antara yg terkecil between GLC...org keje kerajaan pun lg kaya...

kalau tak..takkan ramai eksekutif TNB berenti keje TNB...

-smh-

Anonymous said...

Bongok nye la kabo gini.
Petronas bagi bonus 11 bln x bising?
Ape ke bangang ko nie pengusaha blog?

Anonymous said...

Bonus tu hak syarikat,bukan hak kerajaan.
Kenaikan tarif tu je yg kerajaan tentukan.

Anonymous said...

Statement pada angka pun dah salah.. kalau orang yg baca ni pun kaki ceduk.. Mmg org yang percaya pun mangkuk.. Maka tersebarlah fitnah diserata maya.. Ni jenis cerdik x bleh menumpang..

Anonymous said...

Yg naikkan kerajaan bkn tnb..sbb arg batu naik..jgnlah salahkan tnb semata2..n jgnlah pulak nk dengki mendengki rezki masing2..if xnak pkai elektrik guna lilin..:p

Anonymous said...

Yg naikkan krajaan bkn tnb..sbb naik pun kena kaji lar..sbb arg batu dh naik..If rsa xnak guna letrik..guna lilin..x tau ssh payah pekerja tnb nk beri bekalan pda pengguna sehingga melibatkan nyawa..bab rezeki jgnlah nak dengki..jgnlar nk jd muflis diakhirat nti asik menyalahkan orang lain..

along said...

Berani tunjuk bukti la..setakat tulis mcmni..orang lain nak tau gak

along said...

Kalau berani post kerana benar tunjukkan la bukti bonus tu..rakyat Malaysia nak tengok

Anonymous said...

bodoh punya komen

Anonymous said...

aduh, wahai tuan yg buat berita ini.. sila lah kaji dulu sblm sebarkan perkara yg tuan sendiri tidak tahu asal usul.. jadilah pembangkang yang bijak.. sy sendiri ahli pembangkang, dan menolak umno.. tp mengenai perkara ini, sy tidak setuju.. utk makluman tuan, tnb punya bonus adalah hak tnb, bukan kerajaan yg bagi, kenaikan tarif elektrik adalah sebab kerajaan mansuhakn subsidi bahan bakar scr berperingkat, semua di kawal oleh kerajaan bab kenaikan ni.. so x perlu salahkan tnb.. tnb hanya kambing hitam.. semua org pembangkang dlm tnb pn tidak setuju statement tuan.. ni semua sbb perjanjian ipp,.. tuan boleh kaji dl.. tq

Anonymous said...

Mohon buktikan kebenaran artikel ini. Dari mana sumber di perolehi? Sebagai staff TNB kami belum terima apa-apa pengumuman mengenai BONUS.

Anonymous said...

Rsnye separuh pndangan dh btul..tp yg sparuh lg mcm memandai2....kos bahan api n arang batu dunia mmg mkin mningkat tu x dpt nk dielakkn....bkn malaysia ada arang batu...n krjaan cuma mmberi subsidi so jd fhm2 lah bila org dh tlong bkn slamanye...TNB bkn gov ttp syarikat swasta yg diamanahkan krjaan utk ditadbir dn atas alasan utama utk mndapatkan cukai pndapatan syarikat utk mnjana ekonomi krjaan....so psl keuntungan mmg lah syarikat perlu untung klo x mne leh nk byar gaji kakitgan syarikat n dh lame TNB bungkus tukar syarikat Ah Liong plak,so psl bonus suke hati syarikat tu la nk byr bpe...!!!! Klo nk kte Bonus 5,6,10bln ke pe Syarikat GLC len pn Spt Petronas,LHDN n len2 pun 6,7,10 bonus korang x sbuk2 bising...minyak nek 30posen pun korang senyap...kang tukar Syarikat Ah Liong jd mcm Talikom n SAJ 2,3ari bru dtg rmh ble xde letrik bru ko tau...

Anonymous said...



kesian tengok cyber troopers TNB

Anonymous said...

Bengong tuan pnya blog ni..fitnah sungguh. .

Ameen said...

Kenaikan perlu untuk memenuhi pelaburan dalam infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berterusan kepada pelanggan. Ia Juga bagi menampung perubahan kos operasi pada masa akan datang.

Sebenarnya 78.60% daripada kenaikan tarif adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas daripada RM13.70/mmbtu kepada RM15.20/mmbtu dan harga LNG sebanyak RM41.68/mmbtu. Manakala 3.4% kenaikan harga arang batu iaitu sebanyak USD 87.50/MT.

Cuma 18%(atau 0.9 sen/kWj sahaja baki yang tinggal bagi menampung peningkatan kos operasi serta pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur industri bekalan elektrik agar bekalan tenaga elektrik yang mampan dan berdaya harap dapat dikekalkan.

TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion sehingga RM4.0 bilion setiap tahun untuk bekalan dan sistem peningkatan baru pada rangkaian pengedarannya. Selain itu, TNB juga melabur di antara RM2 bilion kepada RM2.5 bilion setiap tahun untuk peningkatan rangkaian penghantaran dan pembangunan.

Anonymous said...

Betul..betul..mmg bongok admin ni..x wat research..main publish jer..org nk berblog..dia pun nak berblog..tu lar padahnya..menulis tnpa mengkaji..ikut emosi...

Anonymous said...

G ptong api umah admin ni..baru dia tau..

Anonymous said...

Ni kan jelapang..ni di namakan blg GAMPANG

Anonymous said...

Ulasan terbaik dis ini, https://www.facebook.com/taizeekin/posts/10152015107585306

Anonymous said...

Ulasan terbaik ...

https://www.facebook.com/taizeekin/posts/10152015107585306

Anonymous said...

Baca ulasan di sini ...


https://www.facebook.com/taizeekin/posts/10152015107585306

Anonymous said...


tuan,

kami staf TNB baru dpt sebulan bonus. katanya nak dapat lagi 4 1/2 lagi.

Anonymous said...

Macam ada bace kat atas Untung = Pendapatan - Kos; adakah tuan mahu TNB tiada Untung dan hanya Pendapatan = Kos. Pernah blaja bisness sket. Klau begitu TNB xkan dapat repair peralatan sekiranya blackout atau bencana alam. Sebab pendapatan hanya sama dengan kos menghasilkan elektrik. Macam pernah bace annual report TNB (ade dalam laman web TNB) yang TNB ade aset peralatan kat site 60 billion (maaf klau slah). So klau kat site rosak 5 billion pon kat site dalam setahun TNB xleh repairla. So mesti kena ade margin untuk untung supaya ada perkembangan sistem. Even xkan adela perumahan atau pembangunan baru sebab modal TNB pulang dengan pendapatan yang sama. Just a thought which might be true.

Anonymous said...

rasanya lah kan, byk exec kuar tnb sebab systemnya yg xstabil yg selalu berubah2 bila different peneraju ambil alih, mgmt ntah ape2 dan terlalu banyak permasalahan rasuah dikalangan bos besar, penipuan duit syarikat, lembab tindakan, melindungi org2 teruk/salah keterlaluan dan politik di dalamnya. jgn tanya yg dah berenti, tanya yg masih ada dalam tu, benar atau tak benda2 ni masih berlaku..

kenaikan tarif ni walaupun melindungi tnb dari sudut ekonomi, tapi keperluan rakyat akan terjejas dengan lebih teruk lagi. paling tidak pun, jika tnb tergelincir, masih ada support kerajaan, Petronas dsb..logik akal laa, tnb mana boleh collapse, cina india semua tahu benda ni..mana nak parking 30000 staff tnb jika kena pecah2..aku yakin 10% je kepala boleh pakai yg company lain nak beli kot..yg lain buat MLM laa, takpun jual insurans atau apambalik..tapi kenaikan sebegini akan tambah bebanan kpd rakyat, khususnya yg berniaga sendiri, berpendapatan rendah dan pengusaha2 kecil. pedulilah tauke2 besar sebab kuasa wang/membeli mereka tinggi, kita wajib tgk masy umum kat mesia ni..

sejak YB Azman amik alih, agak mustahil bonus kurang dari 2 bulan..dengan system KPI yg selalu berat sebelah dan diinterpolasikan towards hujung tahun, rata2 akan bawa pulang 2-3 bulan bonus ..bukan iri hati, malah syabas utk staff tnb yg bekerja keras siang lebih2 lagi malam :)sepanjang tahun dan bagi servis world class kpd pelanggan, yg tak ada wayang di pejabat atau penyelwengan, tapi once dah bagi 2 bulan, mana mungkin tahun depan berkurangan ..ditambah pula dengan desakan staf bawahan yg asyik bandingkan gaji tnb dengan gaji GLC2 yg lain..yg konon masih rendah..so, wajarlah tarif dinaikan bagi menmpung permintaan ini dan menjaga popularati selaku CEO yg berjiwa rakyat..tahniah dan syabas sekali lagi :) yg dia dok bantai pg specialists merata bila sakit sikit anak beranak, duit jolok sana sini, overtime tibai sampai gaji kasar 5x basic, sponsor mcm2 sukan laa dinner laa, fam day laa sepanjang tahun, dia tak kira ek sbg "bonus"? hehe..syabbasss...

p/s: xsabar nak tgk member i upgrade basikal baru u..org2 tnb gile basikal i tgk..baru baju biru bersafety boot dah pakai keter 300k, simpan dalam garaj laa of coz..walauweii..esok2 nak paksa anak2 i keje tnb..jadi ofis boy bawak surat pun ok! xpun main hoki saja lah!! hahahaha

Anonymous said...

Huh...6 bulan ...mimpilah korang tnb nak bagi enam bulan...gua dah lamer, belas belas tahun keje tnb tk pernah dapat lebih 1 bulan stengah.kalau yer pun bukan semua pekerja dapt 6 bulan admin oii....lagi satu kite sendiri pun belum dapat info tentang bonus tahun nih,admin dah tahu berapa bulan bonus kiter dapat. Kalau betul tunjuk bukti ...jgn nk buruk buruk kan syarikat kami dalam blog hang semata mata nk tunjuk hebat... pirah!

Anonymous said...

Hebat la admin ni.. Genius la admin ni.. Power la admin ni.. Tp bangang mcm name blog sendiri.. haha dah malu, ape lagi bunuh diri la admin..

Anonymous said...

lu dapat tak lebih 1 bulan stgh sebab KPI lu hancus, bodo...
rajin2 laa jilat bontot boss, dalam tnb wajib buat nka dapat lebih, mana dia pandang lu ke siang malam mcm orang gile sekalipun..janji bodek pandai, hisap jilat semua cukup, kontraktor yg bagi lepas, merasa laa 3 bulan..tu yg formal..tibai sepanjang tahun jgn lupa pula..OT/claim, kasik lenjan habis..sementara TNB masih ada belum pecah..ciaooo!

Anonymous said...

perbendaharaan malaysia diperintah oleh orang2 yang memang tak reti nak buat kerja... semua kerja ampu, ampu, ampu... kendian ramai pulak orang yang "keja" tu buat2 sibuk... kehulu hilir bawak selai kertas, sekeping fail kuning kata "ada miting"... walhal dok minum kat kentin, urusan sendiri, makan berejam...

itu belum lagi "keja" dan "miting" dengan pompuan dalam opis!

Anonymous said...

bila fitnah berleluasa.....
kalau xde fakta yang sah... jgn tulis blog brader.... dosa besar 2.... baik buang aje post ni.... dari ramai lg org bace.... berbonus2 dosa hang dapat...

Anonymous said...

hahahha... kelakar baca comment2 semua orang... bagai anjing menyalak bukit tidak akan runtuh... = D

Anonymous said...

benar2..dok komen pun, tnb staff dok tido atas duit sekarang ni.. g ofis tnb nak berurusan pun, kata "bos kuar g bank, g makan, cuti hantar anak", bla2...

dapat 3-5 bulan tu jgn lupa zakat yer..

Anonymous said...

Xpyh nk Tpu ah..pakcik sedare ak kaye raye pas bonus..siap leh pegi istanbul ng umrah ag..tiap taun g oversea bcuti 1 fmly..xpun ko jz lvl pling bwh kt sne kot..sbb 2 xdpt bnus byk 2..

Anonymous said...

Fitnah semata-semata..bertaubat la..

Anonymous said...

jangan lah tabur fitnah fitnah mcm tu.kalau tak tahu cerita sebenar baik diam sahaja.moga dibalas diakhirat dgn fitnah2 ang ditabur