http://www.sinarharian.com.my/nasional/elaun-menteri-dikurangkan-mulai-1-jan-1.235629
Peliknya, keputusan ini dibuat hasil rundingan di antara beliau, Timbalannya, Muhyiddin Yassin, dan Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.HASIL RUNDINGAN DENGAN MUHYIDDIN DAN KSN? Malam esok negara akan menghadapi PROTES RAKYAT kesan dari keputusan-keputusan kerajaan yang mengakibatkan kenaikan harga barang mendadak.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Di manakah Najib malam esok?
BERCUTI DAN MENYAMBUT TAHUN BARU DI LUAR NEGARA KETIKA KEMARAHAN RAKYAT MEMUNCAK. Itu kata tulisan blogger Abdul Kadir Jasin. Baca di link ini: http://kadirjasin.blogspot.com/2013/12/demonstrate-but-dont-be-like-siam.html
JELAS sekali pengumuman hari ini menggambarkan Najib PANIK kerana ianya dibuat TANPA merujuk kepada jemaah Menteri dan hanya hasil perbincangan antara TIGA ORANG.
Keputusan yang dibuat oleh Najib ini tidak akan meredakan kemarahan rakyat yang telah dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik, harga petrol, tol, cukai pintu, gula dan tambang.
Hanya mereka yang menyokong kerajaan membuta-tuli yang menyokong kenaikan ini dan menyatakan ianya tidak memberi kesan kepada kenaikan harga.
Apakah rakyat peduli jika elaun Menteri dikurangkan 50 peratus sekali pun? Apakah jika gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dikurangkan kepada hanya RM3,000, rakyat akan terkedu dan kemarahan mereka akan reda?
Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan. Ini bukan persepsi lagi. Ini realiti.
Turun sebanyak mana sekalipun gaji Menteri, pemimpin-pemimpin Umno dan BN akan berebut-rebut dan pijak memijak sesama sendiri mahu menjadi Menteri.
Dengan gaji Menteri yang tidak seberapa pun sekarang ini, bapak-bapak Menteri dan anak-anak mereka mampu membeli harta jutaan ringgit di kota London dan New York.
Dengan gaji yang tidak seberapa ini pun, Menteri-Menteri dan anak-anak mereka mampu menziarahi kota London hampir setiap bulan untuk bercuti dan membeli-belah.
Lebih menyakitkan hati bila ada anak Menteri dengan takburnya membawa teman wanita bercuti ke London/Paris sambil bergambar di Jambatan Cinta, sama-sama "mengunci" cinta mereka di Kota Eropah ini.
Kami di kampung melangsungkan perkahwinan anak kami cara lama dan cara kampung. Bergotong royong sesama kami, tolong menolong untuk memastikan anak kami selamat dinikahkan. Hantaran pun, jiran tolong sediakan. Kalau tak dapat sembelih lembu sekali pun, buat gulai ikan kering pun jadilah.
Bandingkan kehidupan kami dengan Menteri-Menteri Umno. Akad nikah anak Menteri dibuat di istana. Persandingan di hotel 6 bintang. Meraikan perkahwinan tiga hari tiga malam.
Ada pemimpin Umno berhelikopter ke sana ke mari. Hal kereta besar dan mewah tak usah cakap. Itu belum lagi cerita anak Menteri membeli rumah bernilai RM7 juta dan bayar tunai.
Oleh itu, wahai Najib, tak usahlah melepas batuk di tangga dan menganggap kami rakyat masih bodoh.
Tindakan menurunkan elaun keraian lebih menyakitkan hati kami dari meredakan kemarahan kami.
Pemimpin Umno dijunjung. Tak dapat jadi Menteri, diberi jawatan penasihat bertaraf Menteri dan bergaji Menteri.
Kami tidak akan lupa semua ini.
Selamat bercuti Dato' Sri. Semuga sihat semasa berada di luar negeri.
1 comment:
apa ni bro. u kutuk pemimpin melayu? kan kita orang melayu ahli parti keramat
Post a Comment