Wednesday, December 4, 2013

KHAIRY: KENAPA TIDAK TENTANG KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DEPAN NAJIB?

HARI ini Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersuara selepas 3 HARI Kerajaan mengumumkan kenaikan tarif eletrik.

Beliau memilih Persidangan Pemuda untuk membuat kenyataan berikut mengenai isu yang menaikkan kemarahan rakyat.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan kerana ia dilihat hanya akan menguntungkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan tarif elektrik itu bukan sekadar untuk menampung peningkatan harga bahan api tetapi juga "menambahkan laba keuntungan TNB".

"Sebagai GLC, TNB perlu prihatin kepada rakyat dan tidak boleh bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

"Bagi Pemuda, kenaikan tarif yang tidak setara dengan peningkatan kos bahan api hanya menguntungkan TNB yang tampak mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata," tambahnya.

Dalam ucapannya, Khairy turut mengingatkan TNB dan GLC-GLC lain supaya janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.

"Kepada TNB dan juga GLC-GLC yang lain Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, tanggungjawab kepada rakyat jangan sesekali dilupa," katanya.

Kenaikan ini diluluskan oleh Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib Razak dan Khairy merupakan anggota jemaah Menteri.

Persoalannya kenapa baru sekarang Khairy mahu menyatakan pendirian pemuda mengenai isu ini?

Kita hendak bertanya kepada Khairy.....


ADAKAH KHAIRY MENYUARAKAN PENENTANGAN BELIAU TERHADAP KENAIKAN TARIF ELEKTRIK INI DI HADAPAN NAJIB SEMASA KABINET MEMBINCANG DAN MELULUSKAN KENAIKAN INI?

Ini masalah dengan Menteri-Menteri yang ada pada hari ini termasuk Menteri muda seperti Khairy.

Depan Perdana Menteri entah apa yang dicakapnya. Selepas melihat kemarahan rakyat memuncak, lain pula yang dicakapnya. Maka popular lah mereka.

SEMENTARA ITU....

Saham TNB naik 13.0 peratus susulan semakan tarif elektrik
KUALA LUMPUR: Harga saham kaunter untung utama Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat 13.04 peratus, atau RM1.29, pada tengah hari ini susulan pengumuman semakan tarif elektrik semalam. 
Harga saham berada pada RM11.18 pada 12.30 tengah hari, selepas dibuka pada RM10.80 hari ini dengan sejumlah 21.1 juta saham diniagakan. 

Syarikat utiliti itu kali terakhir diniagakan pada RM9.89 sebelum ia meminta sahamnya digantung tengah hari semalam apabila kerajaan mengumumkan tarif baharu elektrik.
Kenanga Research dalam notanya hari ini berkata semakan tarif itu akan meningkatkan jualan elektrik tahun kewangan 2014 TNB sebanyak lapan peratus, yang membawa kepada pendapatan tahunan RM1.17 bilion bagi syarikat tersebut. 

"Kami mengekalkan andaian harga asas arang batu kami pada US$95 setan metrik, dan justeru itu, unjuran pendapatan tahun kewangan 2014-2015 kami dinaikkan masing-masing sebanyak 15 peratus dan 16 peratus" kata agensi penyelidikan itu. - BERNAMA 
 http://www.bharian.com.my/articles/SahamTNBnaik13_0peratussusulansemakantarifelektrik/Article/

Mungkin berita ini berita amat mengembirakan buat pengurusan Tenaga Nasional, kakitangan TNB serta CEOnya.

Harga saham naik. Bonus pun akan naik kerana pendapatan TNB akan meningkat hasil kutipan dari kenaikan tarif elektrik.

Adakah ini bermaksud Tenaga Nasional sanggup "MEMERAH" rakyat semata-mata mahu melihat keputusan kewangannya "CANTIK"?

4 comments:

Anonymous said...

Beliau berdiri sebagai ketua pemuda UMNO....dalam jemaah menteri lain perananya.....faham .Se bagai ahli dan ketua pemuda KJ sememang nya wajib bersuara lantang dan keras untuk didengar oleh TNB dan kerajaan.Najib juga sepatutnya membantah keputusan jemaah menteri dan sepatutnya mengutuk keputusan tersebut.....Najib berdiri diatas nama presiden UMNO ...bukan PM.

gajah2021 said...

Minyak naik marahkan kerajaan bukan Petronas. Apasal letrik naik marahkan TNB bukan kerajaan ?

gajah2021 said...

Minyak naik marahkan kerajaan bukan Petronas. Apa pasal Elektrik naik marahkan TNB bukan kerajaan ?

gajah2021 said...
This comment has been removed by the author.