NAJIB Razak memperlihatkan ketegasan beliau dengan MEMUTUSKAN untuk menaikkan kadar elektrik bermula 1 Jan 2014 walaupun ditentang oleh Menteri Kabinet dan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Umno Malaysia, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Irmohizam Ibrahim secara terbuka membuat kenyataan mahukan kenaikan ditangguhkan.
Malangnya, Najib membuat kata putus - kadar letrik akan dinaikkan bulan hadapan.
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenaikan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Januari ini tidak dapat dielakkan bagi mengekalkan daya saing Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terjejas.
Menurut Perdana Menteri, sebagai sebuah badan, TNB memerlukan RM6 bilion setahun untuk pelaburan namun pada masa sama kerajaan akan tetap memastikan rakyat teramai tidak terjejas.
''Sebenarnya sebanyak 71 peratus pengguna tidak terlibat dengan kenaikan tarif ini, yang kena kenaikan ialah kira-kira 30 peratus melibatkan pengguna komersial dan domestik," katanya.
Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beberapa perwakilan UMNO dalam sesi perbahasan sebelum ini meminta kerajaan menimbang semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen kilowatt-jam (kWj) kepada 38.53 sen kilowatt-jam (kWJ) berkuat kuasa 1 Januari ini .
Ditanya mengenai peningkatan harga beberapa barangan sejak berakhir Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), beliau berkata, kenaikan tersebut diputuskan oleh kerajaan bagi memastikan kewangan negara lebih kukuh.
''Namun dari segi kepentingan rakyat, jaringan keselamatan sosial ditambah lagi. Misalnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan, kita ada insurans takaful dan terus menimbangkan dari semasa ke semasa (bantuan lain) tetapi kita perlu kekuatan fiskal," jelasnya.
Berhubung rungutan golongan kelas pertengahan yang merasakan mereka paling menerima kesan daripada kenaikan ini, Perdana Menteri berkata: ''Ialah.. tak dapat dielakkan," jelasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Umno_2013/20131208/um_10/Kenaikan-tarif-elektrik-tidak-dapat-dielakkan---Najib#ixzz2mthotrz8
Rajah berikut memberi gambaran kenaikan pada bil anda bulan hadapan.
Semuga Najib juga turut bertegas dalam perkara-perkara lain dan bukannya sekadar menaikkan kadar elektrik.
2 comments:
Rasionalisasi subsidi adalah satu langkah pembentulan dari segi "kepelbagaian konsep" iaitu meragut kesejahteraan rakyat dan kembali semula kesejahteraan rakyat,bermula detik tranformasi subsidi di laksanakan dan di iringi oleh pertumbuhan ekonomi dlm negara.Yang menjadi masaalahnya adalah dari segi peningkatan kos semasa atas pengurangan subsidi.Contohnya.pembiayaan subsidi dalam bentuk wang kepada instrumen subsidi dan pembiayaan kos operasib tanpa mengaut keuntungan semata2 tetapi menjana peluang pekerjaan,suasana pelaburan yang kondusif dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.Sektor utama ekonomi(berpekej) yang di fikirkan tepat adalah oil dan gas,automotif dan penjanaan kuasa elektrik di bawah petronas dan di susuli oleh kolegemerat melayu yang ada kepakaran bidang tersebut.Ianya amat baik utk mengurus instrumen subsidi dan membiayai kos operasi serta projek oleh petronas dari kita meletakan pembiayaan wang subsidi di setiap kg dan per liter
tukar kerajaan saja
Post a Comment