Tiba-tiba teringat pula akan lagu P.Ramlee, "Putus Sudah Kasih Sayang".
Antara kata-kata Allahyarham P.Ramlee: "Apakah dosaku, Apakah salahku, kau runtuhkan Jambatan Asmara".
Nampaknya, selepas 5 Mei 2013, Najib Razak sudah tidak lagi berminat untuk "berasmara" dengan rakyat.
Sebelum 5 Mei, bukan main Najib "bercinta" dengan rakyat.
Plaza tol Taman Connaught ditutup (gambar). Najib juga umumkan bayaran tol berhampiran Taman Medan dikurangkan dari RM1.60 ke RM1. Bayaran tol di Batu 9 dan Batu 11 Lebuhraya Cheras-Kajang dimansuhkan.
Tiada kenaikan tol untuk Lebuhraya Plus selama 5 tahun. Rebat untuk pengguna yang menggunakan lebuhraya 80 kali sebulan. Menteri Kerjaraya ketika itu, Shaziman Mansor, pula bersungguh nak hapuskan tol, turunkan tol dan bagi diskaun masa hariraya.
Tol di Shah Alam hampir-hampir dihapuskan
Tetapi rupa-rupanya "kasih sayang" Najib kepada rakyat tidak berpanjangan. Tiba-tiba, kedengaran berita Najib mahu menaikkan tol bulan depan.
Sebelum Pilihanraya Umum (PRU-13), Najib "berkasih sayang" dengan pengundi. Berikan Brim, buka Kedai Rakyat 1Malaysia, beri diskaun tambang komuter Keretapi, bantuan tunai kepada anggota tentera, baucar buku 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100, rebat RM200 untuk pelajar membeli telefon pintar, buat klinik 1Malaysia dan elaun sara hidup RM200 untuk nelayan.
Tiba-tiba selepas 5 Mei, Najib naikkan kadar elektrik 15 peratus, naikkan harga petrol Ron 95 20 sen, naikkan gula 34 sen dan tidak lama lagi, tol naik, tambang LRT dan monoril naik, cukai pintu naik, tambang bas naik, harga gas masak naik dan tambang haji pun akan naik.
Tiba-tiba saja selepas PRU-13, "putus sudah kasih sayang" Najib dengan rakyat.
Kata P.Ramlee lagi: "Oh sampai hati engkau pergi, tinggalkan padaku racun berbisa. Membara di dada, oh membakar di hati. Hingga kering layu, berdebu."
Sampainya hati kamu, Najib bin Tun Abdul Razak.
Saturday, December 14, 2013
PUTUS SUDAH KASIH SAYANG, ASMARA NAJIB DENGAN RAKYAT TIDAK BERPANJANGAN
Labels:
najib razak,
rosmah mansor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
PM Najib patut letak jawatan dan kembalikan keyakinan rakyat kepada BN/UMNO.
Salam. Yang melanggar 'janji' adalah orang munafik. Tergolongkah Najib? Lu fikirlah...
Tersisih Marginalized.Isolated.Di Pinggirkan.Removed from reality.
LOVE PM.I LOVE PM.I LOVE PM.PM LOVE KJ.KJ LOVE ibdilla.
Tahniah kapada Ah jib Gor Gong.
Pelupor lifestyle Bangsawan jadi ikutan IBDiLah dan KJ.
Bapak Liberal moderate inklusive worldview transformaci blue ocean strategy the best is yet to come endless possibilities high income nation Truly Asia 1M4U.
Tahniah.
Pujian kapada Pegawai Penumpang yang menerima anugerah KJ-Parasit Baru.Dan mereka bakal sandang ahli
High income nation,lifestyle role model,sudah dapat faham apa itu High Income.
UMNO budayakan ampu ampu sana sini.
Ah Jib anggap PAU sebagai sendiri punya harta,sendiri punya roadshow sendiri punya reality show.
Lifestyle bermegahan Bangsawan ikutan belia 17 tahun mengikut KJ.
Hidangan permata idola kecil fasbuk gajet hiburan menari untuk 365 hari -24 jam -7/11 dari pagi petang,juga di sampingi joget lambak,ketika negeri Pahang di landa tsunamai darat.
Hebat sunggoh lifestyle kj/ibdillah.
Ikutan 4.0 juta PATI/EXPAT/warga asing yang mengaku orang malaysia dan tak takut kapada penguatkuasa Malaysia.Malah mereka telah membunuh rakyat kita.
Penguatkuasa takut kpd pati/pendatang/expat.
Lifestyle yang di buru olih:
Se ekor lithuania,se ekor bosnia,se ekor lebanon,600,000 bangla.
filipine,nepal.india,korea,jepun,nigeria,ghana,300,000 Iran,irak,kenya.1,300,000 Indon.Ramai juga Columbia,Venezuela bela keldai.
Every one can fly AA TS TFFFFF amat seronok dengan lifestyle.
Pemuda UMNO sedang rancang event memuji diri,contoh pegang penyapu..
Pengikut lifestyle ibdillah termasuk jenis macam Saifudin kalah temerloh new politik,Idris jala,KJ.
KJ mengaku beliau liberal dan moderate,sahabat baik dengan orang rembau RM.
RM menerima pujian melangit daripada PM.
PM merangkap:
GLOBAL MOVEMENT OF MODERATES GREAT CHAIRMAN FOR LIFE !
SUPREME CONQUEROR All BLUE OCEANS !
GENERAL DECISION MAKER suami kapada MAJOR DECISION MAKER !
VISIONARY Great Leader !
BRAVE HERO of PUTRAJAYA !
CONQUEROR Of All BLUE OCEANS!
BUILDER OF FELDA EMPIRE!
SUPREME THINKER OF CONSULTANTS !
DEAR LEADER Of MODERATES AND LIBERALS PEACE LOVERS!!!!!
GENEROUS TREASURER OF KHAZANAH !!
FATHER OF SEKOLAH VERNAKULAR!
COMRADE OF TS TFFFFF !!
BIG BROTHER (AH GOR) OF CINIONS!!
CULTURED PATRON KOREAN DANCES !!!!
SUPREME PILOT OF AA AAX !!!
BELOVED CONFIDANTE ISA SAMAD!!!
REGAL RESIDENT RUMAH RESMI PM !!
BRILLIANT ARKITEK TUN RAZAK SQ !!! CHIEF INGiner Batter Power Stations!!!
Ah Jib Gor the English Anglopile Finance Minister.
Sombong ,tidak mau kurangkan extravagant expenditure dan abuse of tax payers monies saperti RM7.2 bil bayaran kpd CONSULTANT.
Orang putih celup.
Ah Jib Gor Gong,twitt lebih sikit,lebih drpd 2,045,000 FB Twit Followers Fasbuk lifestyle gandingan Ibdillah KJ Regina.
NOW EVERBODY CAN TWEEEET.
arjuna waspada
changkat lobak
Ramai da menyesal sokong Bn..bukan kerana UMNO tu kuat tpi kami x mahu ber PM kan Nuar atau Kit diang atau hj adi bawang itu aja,,Ahjibgor lu pekak badak..buta mata buta hati , tpi kali ini kita tekad ajar anak org kaya ni..dgn bini yg bongsai..bantut,
Post a Comment