Saturday, December 26, 2009

10 MAUT DALAM KEMALANGAN BAS


10 maut bas terbabas di lebuh raya PLUS
Dec 26, 09 9:44am
Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.


Berita penuh lihat: http://www.malaysiakini.com/news/120618

Friday, December 25, 2009

SUMPAH MB TERENGGANU

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

Ahmad melakukan sumpah ini di persidangan Dewan Undangan Negeri dua hari lepas. Kenapa beliau bersumpah?

Ianya berpunca dari soalan Alias Abdullah, seorang Adun BN mewakilili Limbat.

Sumpah Ahmad ialah untuk menyakinkan Dewan bahawa tiada penyelewengan dalam pemberian kontrak untuk pembelian kurma dan air zam-zam yang diedarkan kepada orang ramai.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=464190

Tahniah kepada Adun Limbat atas sikap keterbukaan beliau dalam memastikan pentadbiran BN di Terengganu benar-benar telus.

Wednesday, December 23, 2009

AHMAD SAID & PERTUNJUKAN PENTAS

"Ini satu petanda baik walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan...seolah-olah sebagai parti pembangkang...tapi kita tidak kisah." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

Ahmad merujuk kepada soalan yang cukup panas dari Adun Umno dari Bukit Besi Din Adam.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=463633

Laporan itu juga menyebut: "Ahmad kemudian menyindir Din dengan menyatakan wakil rakyat itu kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya tidak mengetahui pembangunan di kawasan sendiri."

"Pertikaman lidah turut melibatkan Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) apabila beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong."

Kalau tidak silap kita, Umno Terengganu sudah kembali aman selepas retreat di Janda Baik tidak lama dahulu. Katanya ahli Umno di Terengganu berpeluk-pelukan di atas pentas di Janda Baik tanda suasana harmoni selepas Ahmad diserang hebat oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti beliau sendiri.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/40641-muhyiddin-umno-now-ready-to-take-on-its-foes-

Rupa-rupanya apa yang berlaku di Janda Baik hanyalah satu pertunjukan pentas.

Monday, December 21, 2009

HIKAYAT AL-JENERAL

Nampaknya jeneral-jeneral tentera kita tidak kurang hebatnya.
Lihat saja berita-berita berikut yang menghiasi akhbar-akhbar tempatan.

Malay Mail - 10/12/2009
Percubaan sebuah syarikat tempatan untuk mengekspot 30,000 senapang tentera jenis Steyr yang bernilai RM200 juta ke Burundi hampir-hampir menyebabkan Malaysia diambil tindakan oleh PBB. Bagaimana pun ianya dapat dielak selepas pegawai-pegawai Malaysia di PBB berjaya menyakinkan PBB bahawa kerajaan Malaysia tidak terlibat dengan penjualan senjata tersebut.

Menurut laporan tersebut, beberapa pesara tentera dikatakan bertemu dengan delegasi dari Burundi di Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk melobi penjualan tersebut.
http://mmail.com.my/content/21441-arms-deal-shot-down

Berita Harian - 19/12/2009
Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20091219010650/Article/

Agak ganjil apabila di dalam satu laporan, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyebut: "Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas."
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20091219194939/Article/

Kumpulan bawahan?

Agak ganjil kerana semalam Zahid berkata: "Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu."
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20091221044036/Article/

Seorang Brigedier Jeneral dianggap kumpulan bawahan?

Tidak menghairankan kalau blogger A Kadir Jasin begitu kritikal dengan insiden kehilangan enjin pesawat F-5E. Kata Kadir:
"Something is amiss. Where was the Minister in-charge when this alleged crime was committed? Where were the generals, the secretary-general and the internal auditors? Sleeping? (Ada yang tidak kena dengan kes ini. Dimanakah Menteri yang bertanggungjawab ketika jenayah ini dilakukan? Dimanakah para jeneral, Ketua Setiausaha dan juru audit dalam? Adakah mereka tidur?)
Ikuti tulisan Kadir dalam blog beliau: http://kadirjasin.blogspot.com/2009/12/missing-fighter-engines-fishy.html

Sunday, December 20, 2009

BUNG MOKTAR & ZIZIE

16/12/2009: Bung Moktar: "Saya tidak cukup kacak untuk beliau. Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=462737

19/12/2009: Zizie Ezette: "Belum kahwin (Saya masih belum berkahwin). Biarlah (mengenai spekulasi beliau sudah bernikah)."
http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009/12/19/movies/5334637&sec=movies

20/12/2009: Bung Moktar: "Saya sudah kahwin (dengan Zizie)."
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/13bungmokhtar-2/Article/index_html

Itulah sebabnya, bila orang politik berkata-kata, hanya separuh dari kata-katanya boleh dipercayai.
Pengakuan Zizie/Bung: http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/47108-zizie-bung-moktar-mulut-saya-berat

Friday, December 18, 2009

ISTANA PAK LAH?

Istana untuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi?

RM12 juta. Itulah yang dikatakan kos untuk membina istana ini di Bukit Carcosa dan berhampiran Carcosa Seri Negara.
http://www.mmail.com.my/content/22191-mystery-mansion

Cukai tanahnya hanya RM10 setahun.

Sebelum Pak Lah meninggalkan persada politik dan ketika beliau masih lagi Perdana Menteri, riuh-rendah membincangkan isu Pak Lah memperolehi tanah seluas 2 ekar di Bukit Carcosa dan nilainya dikatakan hampir RM81 juta sebagai "salam keemasan" sebagai hadiah perpisahan.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/04/was-carcosa-that-finally-made-abdullah.html
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/31/tun-jin/

Sebenarnya, Pak Lah beruntung dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau Pak Lah anggota Kabinet biasa, tidak mungkin tanah bernilai RM81 juta menjadi hadiah perpisahan beliau.

RM12 juta, besar nilainya untuk rakyat marhaen. Mungkin Pak Lah, yang amat telus semasa pentadbiran beliau, mahu berkongsi pengalaman bagaimana memperolehi wang sebanyak itu. Mungkin beliau juga seorang pelabur yang bijak seperti seorang bekas pegawai kanan polis yang meninggalkan pusaka bernilai lebih RM47 juta dan seorang Menteri Besar yang menghantar RM10 juta melalui seorang pengurup wang tidak lama dahulu.

Wednesday, December 16, 2009

BUNG MOKTAR TAK CUKUP KACAK BUAT ZIZIE!

UPDATE: Bung Moktar dan Zizie Ezette sudah dijabkabulkan. Menurut Bernama ini disahkan oleh Mohamad Aziz, Ahli Parlimen Seri Gading semalam. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=463117

Apabila ditanya adakah ianya Ahli Parlimen Kina
Bila orang politik berkata-kata, kadangkalanya, hanya sebahagian yang boleh diambil kira. Separuh lagi, antara boleh dipercayai atau tidak.

Sebuah akhbar semalam melaporkan pelakon Zizie Ezette, 31, mengaku dia sedang mempertimbangkan lamaran daripada seorang wakil rakyat dari Sabah selepas berkenalan hampir 2 bulan lalu.
batangan Bung Moktar Radin, Zizie menjawab: "Siapakah orangnya, media siasatlah sendiri."


"Bercakap soal kahwin, saya kena berhati-hati kerana dia adalah suami orang. Menjangkau usia 31 tahun, saya sudah berusaha sedaya mungkin menolak cinta lelaki yang sudah beristeri.

"Tolong beritahu saya, wanita mana yang hendak berkahwin dengan suami orang? Saya pun tak mahu suami orang, tetapi kalaulah itu jodoh, siapalah kita untuk melawan takdir?"

Itu kata Zizie. Dan kata Bung Mukhtar pula:

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau. Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha."

Seperti yang Jelapang kata, orang politik bila berkata-kata, hanya separuh saja yang benar.

Dalam kes Bung Mukhtar, Jelapang bersetuju dengan pandangan Bung bahawa dia tidak cukup kacak untuk Zizie. Gambar atas adalah buktinya.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=462737

Tuesday, December 15, 2009

HANYA 50 PERATUS PEMUDA SOKONG KJ!

SUDAH 9 bulan pemilihan Umno berlalu dan Pemuda Umno masih berpecah-belah?

Katanya, Khairy Jamaluddin hanya mendapat sokongan hanya separuh dari Pemuda Umno.

Desas desus ini berasaskan kepada hanya 50 peratus Ketua-Ketua dan Naib Ketua Pemuda yang hadir dalam satu retreat Pemuda yang diadakan di Janda Baik baru-baru ini.

Kata seorang penulis: Khairy menghadapi masalah menyembuhkan perpecahan di dalam Pemuda. Buktinya kehadiran yang memilukan semasa retreat pemuda di Janda Baik baru-baru ini. Program tersebut sepatutnya dihadiri 382 Ketua-Ketua dan Naib-Naib Ketua Pemuda. Malangnya kehadirannya hanya 50 peratus.
http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?col=joceline&file=/2009/12/13/columnists/joceline/5284342&sec=Joceline

Kita pernah mendengar ungkapan rapatkan barisan setiap kali berakhirnya sesuatu pemilihan. Jelas ia bukan amalan di dalam Pergerakan Pemuda.

Monday, December 14, 2009

JANGAN BIAR RAKYAT RESAH KERANA RM24.50!

Blogger saudara Kadir Jasin mengemukakan satu persoalan kepada kerajaan - Yang mana satu diutamakan -- rakyat jelata atau pencapaian kewangan kerajaan? http://kadirjasin.blogspot.com/2009/12/jangan-kpi-naik-tapi-sokongan-merudum.html

Beliau merujuk kepada laporan akhbar berkaitan pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Zulkurnain Awang mengenai langkah Kementerian Pelajaran menaikkan yuran makan bagi pelajar asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari mulai tahun depan adalah merupakan antara strategi untuk mengurangkan bajet bagi tahun depan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1212&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm&arc=hive

Petikan kata-kata Kadir: "Bukan kerana jumlah sebenar iaitu daripada RM1 kepada RM3 sehari, tetapi daripada sudut kuantum dan prinsip. Daripada aspek kuantum, ia adalah besar – dua kali ganda. Daripada sudut prinsip pula, ia macam terbalik. Kerajaan kurangkan peruntukan dan rakyat jelata kena tanggung beban."

"Maaf cakaplah, kadang-kadang saya mendapati sukar memahami dan menrasionalisasikan antara ikrar pemerintah dan para pesuruhnya dengan apa yang dilakukan."

"Berapa banyak sangatlah pendapatan dengan menaikkan yuran makan itu berbanding kesan psikologi dan perhubungan awam? Bukan apa, takut-takut KPI menteri dan pegawai naik tapi sokongan rakyat merudum."

Benar juga kata Kadir itu. Nampaknya Kementerian Pelajaran tidak merasai kebimbangan yang dinyatakan Kadir.

Hari ini sebuah akhbar menyiarkan satu laporan memetik Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong mengenai satu bayaran yang berjumlah RM24.50 yang perlu dibayar oleh ibubapa yang mempunyai anak di sekolah rendah. (gambar atas - klik gambar untuk membacanya)

Kalau tidak silap Jelapang, tidak lama dahulu bekas Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein ada mengumumkan penghapusan yuran sekolah dan peperiksaan.

Bagi ibubapa, tiada perbezaan di antara bayaran khas dan yuran persekolahan. Apa saja terminologi yang digunakan, ianya melibatkan wang.

Janganlah kerana RM24.50, rakyat resah terhadap kerajaan.

Sunday, December 13, 2009

PERBUALAN NAZRI DAN NAJIB!



Jarang sekali kita didedahkan apa yang dibualkan di antara Perdana Menteri dengan Menteri-Menteri Kabinetnya.

Semalam kita beruntung kerana Nazri Aziz dengan senang hati berkongsi dengan kita apa yang beliau bualkan dengan bos beliau Najib Razak mengenai kritikan pedas Nazri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden parti Umno yang Nazri menjadi ahlinya dan mendapat faedah dengan dipilih sebagai Menteri di kalangan 3 juta ahli Umno.

Perbualan Nazri dan Najib mengikut cerita Nazri:
''Tak. Perdana Menteri tak suruh pun. Dia cuma kata, apa yang Nazri buat ini, orang tuduh saya (Najib) yang suruh. Saya telah dinasihatkan supaya tidak lagi menyentuh isu modul Biro Tatanegara (BTN) dan 'menyerang' Dr. Mahathir."

Kalau benarlah kata-kata Nazri ini, kini kita tahu bahawa Najib mengarahkan Nazri tidak lagi menyerang Dr Mahathir.

NAZRI TELOR KEMURUK DALAM KABINET NAJIB!

"Apa yang saya lakukan itu, jika yang akan terluka biarlah saya sendiri tetapi jika mungkin terluka itu Perdana Menteri, saya tidak sanggup untuk meneruskan perkara ini (membangkitkan hal berkaitan BTN dan Dr Mahathir). " - Nazri Aziz.

Selepas begitu celupar mulutnya melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad "bapa segala masalah perkauman" dan "kenyataan yang paling bodoh pernah saya dengar", semalam Nazri cuba menyelamatkan jawatan Menterinya dengan membuat kenyataan di atas. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=461837

Jelas sekali Najib Razak mempunyai seorang Menteri yang bodoh dalam kabinet beliau kerana hanya sekarang Nazri menyedari bahawa Najib Razak telah "terluka" dengan kenyataan-kenyataan beliau dek keculuparan mulut Nazri.

Nazri mewakili resam ahli politik picisan dan kucing kurap. Jawatan mengatasi segala-galanya. Bila nak popular, semua orang bodoh. Tun Mahathir bodoh, dreber teksi bodoh.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Bila kenyataan yang telah dibuatnya didapati tidak popular dan menghadapi risiko hilang jawatan dan sumber pendapatan, maka Nazri membuat kenyataan untuk menyelamatkan diri.

Masalah dengan politik Umno ialah peribahasa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa" tidak membawa apa-apa makna pada pemimpin Umno.

Orang seumpama Nazri akan dimaafkan sekelip mata kerana orang yang memimpin mahu terus berkuasa dan tidak mahu menghadapi masalah.

Kenyataan Nazri bahawa Tun Mahathir bapa segala masalah perkauman bukan kenyataan peribadi Nazri. Kalau peribadi, tidak mungkin kenyataan beliau mendapat ruang di dada media arus perdana.

Nazri mewakili Najib kerana beliau adalah Menteri yang dilantik oleh Najib dalam Kabinet beliau. Bila beliau bercakap, ia mewakili Kabinet Najib.

Mungkin kenyataan yang dibuat beliau tanpa restu Najib. Tetapi siapa peduli. Satu belanga susu sudah rosak.

Yang rosak ialah Najib. Nazri sudah lama menjadi telur kemuruk jadi dia tidak rugi apa-apa. Sampai bila Najib hendak benarkan telur kemuruk ini untuk terus berteduh di bawah payungnya?

Terserahlah pada Najib menentukan nasib Nazri. Apapun kenyataan yang dibuat oleh Nazri sehari dua ini cukup merugikan Najib dan Nazri akan terus jadi Menteri kalau itulah pilihan Najib.

Friday, December 11, 2009

ABDULLAH: CITA-CITA KJ JADI PM SEBELUM UMUR 40!

Dendam Abdullah Ahmad, bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Razak, terhadap menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, jelas tiada penghujungnya.

Mungkin ramai tidak menyedari akan apa yang ditulis Abdullah di dalam Komentar Tan Sri Abdullah Ahmad yang disiarkan oleh Sinar Harian pada Khamis 19 November yang lalu.

Hanya kebetulan Jelapang terbaca komentar Abdullah mengenai Khairy semasa menjamah nasi lemak (dibungkus menggunakan kertas akhbar Sinar Harian) di sebuah gerai di Pantai Murni kelmarin. Antara kandungan komentar Abdullah:

Khairy suatu masa adalah Pegawai Khas kepada mentuanya Badawi semasa Badawi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Khairy begitu berkuasa, dia dianggap raja tanpa mahkota di belakang tabir.

Kalau begitu kenapa mereka dikecam? Seperti biasa saya hendak berterus terang. Badawi dan Khairy benci saya. Saya pula pandang Badawi pemimpin remeh (lightweight) dan a bit of a Pak Pandir. Tetapi saya bukan seorang pendendam dan bermuka-muka. Walaupun Khairy benci saya, saya sudah, sedang dan akan terus membelanya bahawa Khairy ini budak cerdik.

Kelemahan besarnya dan yang menjadi masalah kepada Badawi dan pergolakan politik dalam Umno hingga hasratnya dua penggal tidak tercapai antara sebabnya Khairy bongkak, sombong dan berpura-pura.

Dia "agas". Maklumlah berbini anak Perdana Menteri, berpangkat, berpengaruh, berkuasa dan berwang pula.

Khairy berpotensi tetapi dia tidak kenal kawan dan lawan semasa dia menguasai dan mempengaruhi mentuanya, media dan kerajaan. Masa itulah ramai tidak terbilang orang memuja dan mahu mengenalinya.

Legenda apa saja Khairy bermada menjadi kenyataan. Dia mungkin - itulah sebabnya dia masuk politik - berkeinginan mahu menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Tidah salah bahkan digalakkan sesiapa mahu jadi Perdana Menteri. Cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebelum berumur 40 tahun. Itu agak sukar untuk bersemayam di Seri Perdana sebelum umur 40 kecualilah Allah SWT berfirman "kun fa ya kun". Rekod Perdana Menteri termuda masih dipegang Tun Razak (48 tahun) tertua Badawi dalam lingkungan 60-an.

Untuk membaca komentar penuh Abdullah ini, klik pada artikel-artikel di bawah.



Wednesday, December 9, 2009

TUTUP MULUT NAZRI!

Siapa yang untung apabila Nazri Aziz menyerang dan melabelkan Tun Dr Mahathir Mohamad rasis melampau (bloody racist)?

Dan apabila Tun Dr Mahathir mencabar Nazri keluar dari Umno kepada Umno parti perkauman, Nazri menemplak bekas Perdana Menteri itu dengan berkata ianya satu kenyataan yang paling bodoh yang beliau pernah dengar.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45850-nazri-says-dr-ms-remarks-most-stupid

Kenapa Umno membenarkan Nazri begitu celupar mulutnya? Siapa yang untung?

Yang untung ialah PEMBANGKANG. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, tindakan Nazri agak terlampau.

"anggota kerajaan patut dielakkan supaya tidak terjebak dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya cuba memperlekehkan pemimpin negara dan agensi kerajaan di mata rakyat. Kita hendak mengelakkan timbul buruk sangka kerana dalam suasana politik negara sekarang, banyak yang boleh disalah tafsir. Jadi sebaik mungkin, saya rasa tidak perlulah berdebat atau berpolemik mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN. kalau kita terperangkap dengan agenda pembangkang, saya rasa ia mungkin membawa kesan yang tidak baik seperti kes ini sehingga pemimpin terpaksa berlaga sesama sendiri dan mereka tersenyum sahaja apabila agenda mereka berhasil." - Muhyiddin Yassin
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Semoga Nazri faham mesej yang disampaikan oleh TPM.

Tuesday, December 8, 2009

BAH KUT TEH HALAL?

Siapa kata rakyat Malaysia tidak kreatif? Kini Bah Kut Teh pun sudah ada yang halal.

Bak Kut Teh Halal Di Karnival Fabulous Food 1Malaysia Di PWTC

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Makanan kegemaran masyarakat Cina, Bak Kut Teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di sini, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.

"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=460841

Monday, December 7, 2009

BESARNYA KEPALA NAZRI AZIZ!

Hakimilah sendiri pandangan-pandangan berikut mengenai Biro Tatanegara.


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

"Saya tidak nampak apa sebab dirombak... saya ingat kekal (modul BTN). Tidak ada apa-apa yang tidak betul mengenai kursus BTN kerana kurikulumnya cukup baik untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kehidupan bernegara. Kadang-kadang ramai orang tidak faham nilai yang dapat menerusi kursus BTN. Saya tidak nampak BTN buruk selain dapat diterangkan tentang sejarah negara." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=460379

NAZRI AZIZ

Setiap orang hendaklah menjadi rakyat Malaysia tanpa mengira samada dia seorang Menteri atau tidak. Jangan hanya ketika dia menjadi Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir) dia (Tun Dr Mahathir) mahu setiap orang menyokong dia (Tun Dr Mahathir), awak (Tun Dr Mahathir) seorang rakyat Malaysia, apabila awak (Tun Dr Mahathir) tidak lagi menjadi PM, hanya bercakap mengenai Melayu. Saya tidak dapat menerima komen beliau (Tun Dr Mahathir). Kalau kita baca blog beliau (Tun Dr Mahathir), ia berbaur perkauman yang cukup ekstrem (bloody racist). http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45724--nazri-calls-dr-m-a-racist-for-defending-btn

AWANG SELAMAT (Utusan Malaysia)

Awang percaya jika lebih ramai orang bukan Melayu mengikuti kursus BTN sedia ada, mereka akan lebih memahami keperluan mempertahankan asas perlembagaan dalam erti kata sebenar. Tetapi janganlah hanya kerana pemimpin pembangkang melakukan provokasi, kita melatah dan mengikut begitu sahaja. Sepatutnya kita semua memberikan sekalung tahniah atas sumbangan semua petugas BTN yang selama ini banyak melonjakkan patriotisme dan cintakan negara biarpun pada ketika krisis tertentu, masyarakat meragui golongan politikus.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

Sunday, December 6, 2009

TERIMA KASIH SAID HAMDAN!

"Saya letak jawatan bukan sebab tertekan atas desakan sesiapa atau parti politik tetapi atas sebab peribadi dan kehendak saya sendiri. Lagi pun saya dah lama berkhidmat dalam SPRM. Dah lama saya rancang nak bersara tetapi tunggu masa yang sesuai. Sebelum ini saya sibuk dengan kerja, jadi sekarang saya nak luangkan lebih masa dengan keluarga. " - Ahmad Said Hamdan, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Menurut laporan Bernama: Ahmad Said mengemukakan notis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya dalam suruhanjaya itu sehingga 31 Dis ini sedangkan perkhidmatannya sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan. Pengganti beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed berkuatkuasa 1 Jan tahun depan. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=460237

Tahniah kepada Said Hamdan. Kalau direnung semula keputusan beliau, kita seharusnya memberi kalungan pujian kepada Pesuruhjaya SPRM ini.

Beliau sendiri mengambil keputusan memendekkan tempoh perkhidmatan beliau. Beliau sendiri menghakimi diri beliau dan keputusannya ialah adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan tanpa menunggu tamatnya kontrak beliau.

Inilah budaya bertanggungjawab yang kita mahu diketengahkan dalam pentadbiran negara terutamanya di kalangan orang politik.

Sepatutnya orang politik menjadi hakim kepada diri sendiri. Sepatutnya orang politik tidak menyalahgunakan ungkapan "you are innocent till proven guilty" atau dalam bahasa Melayu "seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah."

Sudah lama generasi baru Malaysia menantikan budaya accountable ini diterapkan oleh masyarakat Malaysia.

Orang politik mesti mengikut jejak langkah Said Hamdan. Jadilah hakim pada diri dan terapkan rasa bertanggungjawab.

Tun Abdullah Ahmad Badawi menghakimi diri beliau sendiri dan membuat keputusan untuk mengundur diri tanpa perlu dipaksa meletakkan jawatan.

Adalah menjadi harapan kita sekiranya pemimpin politik yang bermasalah menghakimi diri mereka. Suluh muka sendiri di cermin dan buat keputusan. Kalau kita bersalah, undur diri. Kalau ada dakwaan yang dibuat terhadap kita dan kita tahu ianya betul, pikul tanggungjawab dan letak jawatan. Janganlah kita membebankan Perdana Menteri untuk menyelamatkan kita hanya demi kepentingan peribadi kita semata-mata.

Kalau ahli politik kita sanggup melakukan perkara bermoral ini, maka tinggilah integriti negara kita. Ikutilah jejak Pak Lah dan Said Hamdan kalau kita mempunyai maruah dan mahukan negara dan parti kita selamat.

Saturday, December 5, 2009

JAAFAR ABDUL SEORANG PELABUR YANG BIJAK!


"He was a shrewd property investor. Over the years, he would buy up auctioned/distressed assets as investments and sold some and reinvested in Amanah Saham." - Zuraidah Atan Abdul

(TS Jaafar adalah seorang pelabur hartanah yang cukup bijak. Dalam beberapa tahun, beliau membeli hartanah yang dilelong dan hartanah kepunyaan mereka-mereka yang bermasalah dan menjual sebahagian daripadanya dan melabur hasil jualannya ke dalam Amanah Saham)

Ini adalah penjelasan yang dibuat oleh Zuraidah, anak saudara Jaafar Abdul. Penjelasan Zuraidah boleh dibaca di link ini:
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/Story/A1Story20091205-184095.html

Zuraidah juga menjelaskan isteri Jaafar ialah seorang keturunan Cina dari Brunei yang bernama Florence @ Foziah.

Friday, December 4, 2009

ALLAHYARHAM JAAFAR ABDUL TINGGALKAN RM47.3 JUTA

ADA setengah orang berbangsa Melayu cukup bernasib baik.

Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, adalah salah seorang daripadanya.

Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_html

Pecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut: http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul

i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.

ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.

iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.

iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.

v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.

vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta

vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.

viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta

Kita harus berbangga kerana ada khabarnya seorang Menteri Besar Melayu yang ada berjuta ringgit untuk dipindakan ke London bertujuan membeli hartanah. Kita juga harus berbangga dengar khabarnya ada seorang Setiausaha Politik Melayu yang juga mempunyai jutaan ringgit, isteri seorang Menteri Melayu yang memindahkan jutaan ringgit dan kononnya seorang ketua eksekutif Melayu memindahkan RM18 juta ke London.
Kita harus bangga dengan kemampuan mereka yang sebangsa dengan kita ini.

ERA SAID HAMDAN DI SPRM TAMAT!

SPRM akan mendapat Ketua Pesuruhjaya yang baru bulan depan.

Kontrak Ahmad Said Hamdan dipendekkan 5 bulan dan dengan itu khidmat beliau akan berakhir 31 Disember ini.
Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=460072

Ahmad Said akan diingati atas dua perkara. Pertama: Beliau merupakan orang pertama memimpin SPRM yang ditubuhkan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Kedua: Di bawah pentadbiran beliau juga seorang saksi dalam kes rasuah mati terjatuh dari pejabat SPRM di Selangor.

Thursday, December 3, 2009

BUDAYA BERSELINDUNG DI SEBALIK PM

SUKAR untuk kita menilik apa yang sedang bermain di fikiran Perdana Menteri buat ketika ini.

Setelah digemparkan dengan tuduhan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan bahawa beliau telah mengirim RM10 juta ke London melalui seorang pengurup wang, hari ini kita digemparkan pula dengan berita seorang Setiausaha Politik seorang menteri kanan yang dikatakan mengumpul jutaan ringgit dalam sekelip mata dan kini disiasat oleh SPRM.

Ini adalah laporan muka hadapan The Star semalam. Menurut akhbar tersebut (http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/3/nation/5230216&sec=nation):
SPRM telah memperolehi kebenaran merampas 4 kereta mewah dan 4 buah rumah kepunyaan Setiausaha Politik tersebut serta kebenaran untuk membekukan akaun-akuan bank beliau.

Blogger Rocky Bru dan BigDog memberi gambaran bahawa Setiausaha Politik tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Nor Mohamad Yakcop, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan Kedua. http://rockybru.com.my/2009/12/nor-mohamed-yakcobs-pol-sec.html
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/12/03/aide-in-trouble-is-nmys-polsec/

Apabila Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan dari Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri berjanji pentadbiran beliau akan telus dan bertanggungjawab.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/10/nation/3673283&sec=nation

Malangnya buat Najib, yang menimbulkan masalah ialah orang-orang yang seharusnya membantu pentadbiran beliau. Sebaliknya mereka-mereka inilah yang memalit lumpur ke atas usaha-usaha Najib membawa perubahan di dalam kerajaan dan Umno.

Dakwaan ke atas Mohamad Hassan cukup serius begitu juga dengan dakwaan terhadap Setiausaha Politik yang dikatakan Setiausaha Politik Nor Mohamad Yakcop.

Kalau benarlah dakwaan terhadap Mohamad Hassan, maka ia cukup memilukan kepada Umno dan Kerajaan. Mohamad Hassan pernah menjawat jawatan yang cukup senior dalam sebuah bank yang mempunyai cawangan di London satu ketika dahulu.

Sudah pasti Menteri Besar Negeri Sembilan itu memahami akan peraturan perbankan di Malaysia. Satu ketika dahulu, sesiapa yang membawa Ringgit Malaysia, dikehendaki mengisi satu borang yang bernama "TDF - Travellers Declaration Form". Begitu sensitif sekali Bank Negara terhadap rakyat Malaysia yang membawa keluar Ringgit dari tanahair kita. http://www.endemicguides.com/CurrencyMas.htm

Dalam dakwaan terhadap Mohamad Hassan, ianya melibatkan RM10 juta dan dalam kes Setiausaha Politik ini, ianya melibatkan jutaan ringgit.

Kalau di Korea atau Jepun, sudah lama orang yang dituduh akan meletakkan jawatan. Dalam kes yang lebih ekstrim, ada yang membunuh diri seperti mana dalam kes bekas Presiden Korea Roh Moo-Hyun yang membunuh diri setelah disiasat atas tuduhan rasuah.
http://www.tribune.ie/news/international/article/2009/may/24/south-korea-stunned-as-ex-prime-minister-commits-s/

Malangnya, budaya meletakkan jawatan tidak pernah berlaku di Malaysia. Percayalah seminggu dua ini, orang-orang yang kena tuduh akan berlari ke sana ke mari untuk cuba mendapat perlindungan dari Perdana Menteri.

Kalau terpaksa berucap berjela-jela memuji Perdana Menteri pun mereka sanggup. Mengorbankan masa berjam-jam menghantar dan menunggu Perdana Menteri balik dari lawatan ke luar negeri pun mereka sanggup. Kalau orang lain mencium tangan Perdana Menteri 15 saat, dia sanggup cium tangan 15 minit dan tunduknya lebih rendah dari orang lain.

Itulah lumrah ahli politik Umno bila terdesak. Perlukah Perdana Menteri melayan semua ini?

Eloklah Najib menghentikan budaya ini. Cukuplah bertahun-tahun kita hidup macam ini. Yang bersalah tetap bersalah dan perlu dihukum jika kita mahu berubah dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kita.

Tidak guna Perdana Menteri mengadakan satu KPI untuk mengurangkan rasuah kalau pemimpin di sekeliling beliau diselaputi lumpur yang sudah hampir kering.