Friday, December 25, 2009

SUMPAH MB TERENGGANU

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat." - Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

Ahmad melakukan sumpah ini di persidangan Dewan Undangan Negeri dua hari lepas. Kenapa beliau bersumpah?

Ianya berpunca dari soalan Alias Abdullah, seorang Adun BN mewakilili Limbat.

Sumpah Ahmad ialah untuk menyakinkan Dewan bahawa tiada penyelewengan dalam pemberian kontrak untuk pembelian kurma dan air zam-zam yang diedarkan kepada orang ramai.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=464190

Tahniah kepada Adun Limbat atas sikap keterbukaan beliau dalam memastikan pentadbiran BN di Terengganu benar-benar telus.

1 comment:

Orang Lama said...

Adakah semua rakyat Trengganu mendapat air zam-zam dan khurma? Apa faedah pemberian ini kepada rakyat Trengganu? Bagaimana pula kepada yang bukan Islam? Heiii... bodohnye lah