Friday, December 11, 2009

ABDULLAH: CITA-CITA KJ JADI PM SEBELUM UMUR 40!

Dendam Abdullah Ahmad, bekas Setiausaha Politik Tun Abdul Razak, terhadap menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, jelas tiada penghujungnya.

Mungkin ramai tidak menyedari akan apa yang ditulis Abdullah di dalam Komentar Tan Sri Abdullah Ahmad yang disiarkan oleh Sinar Harian pada Khamis 19 November yang lalu.

Hanya kebetulan Jelapang terbaca komentar Abdullah mengenai Khairy semasa menjamah nasi lemak (dibungkus menggunakan kertas akhbar Sinar Harian) di sebuah gerai di Pantai Murni kelmarin. Antara kandungan komentar Abdullah:

Khairy suatu masa adalah Pegawai Khas kepada mentuanya Badawi semasa Badawi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Khairy begitu berkuasa, dia dianggap raja tanpa mahkota di belakang tabir.

Kalau begitu kenapa mereka dikecam? Seperti biasa saya hendak berterus terang. Badawi dan Khairy benci saya. Saya pula pandang Badawi pemimpin remeh (lightweight) dan a bit of a Pak Pandir. Tetapi saya bukan seorang pendendam dan bermuka-muka. Walaupun Khairy benci saya, saya sudah, sedang dan akan terus membelanya bahawa Khairy ini budak cerdik.

Kelemahan besarnya dan yang menjadi masalah kepada Badawi dan pergolakan politik dalam Umno hingga hasratnya dua penggal tidak tercapai antara sebabnya Khairy bongkak, sombong dan berpura-pura.

Dia "agas". Maklumlah berbini anak Perdana Menteri, berpangkat, berpengaruh, berkuasa dan berwang pula.

Khairy berpotensi tetapi dia tidak kenal kawan dan lawan semasa dia menguasai dan mempengaruhi mentuanya, media dan kerajaan. Masa itulah ramai tidak terbilang orang memuja dan mahu mengenalinya.

Legenda apa saja Khairy bermada menjadi kenyataan. Dia mungkin - itulah sebabnya dia masuk politik - berkeinginan mahu menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Tidah salah bahkan digalakkan sesiapa mahu jadi Perdana Menteri. Cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dan sebelum berumur 40 tahun. Itu agak sukar untuk bersemayam di Seri Perdana sebelum umur 40 kecualilah Allah SWT berfirman "kun fa ya kun". Rekod Perdana Menteri termuda masih dipegang Tun Razak (48 tahun) tertua Badawi dalam lingkungan 60-an.

Untuk membaca komentar penuh Abdullah ini, klik pada artikel-artikel di bawah.



1 comment:

Anonymous said...

MB negri sembilan mat hassan cukup hebat. terbaca dalam suratkhabar baru ni dia kata dia tak tahu undang-undang bahawa salah pakai money changer hantar rm10juta ke london.

Tak sangka kita ada menteri besar yang bodoh-bodoh dalam malaysia ini. rupanya kita selama ini dipimpin oleh mb bodoh.

dengar cerita mat hassan pernah jadi manager maybank di london pada satu masa dulu. maka maybank nampaknya dapat mb bodoh. tak tau undang2.

najib pula entah apa dia buat. buat pekak badak saja. lama-lama umno jadi badak berendam.