Monday, December 14, 2009

JANGAN BIAR RAKYAT RESAH KERANA RM24.50!

Blogger saudara Kadir Jasin mengemukakan satu persoalan kepada kerajaan - Yang mana satu diutamakan -- rakyat jelata atau pencapaian kewangan kerajaan? http://kadirjasin.blogspot.com/2009/12/jangan-kpi-naik-tapi-sokongan-merudum.html

Beliau merujuk kepada laporan akhbar berkaitan pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Tan Sri Zulkurnain Awang mengenai langkah Kementerian Pelajaran menaikkan yuran makan bagi pelajar asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari mulai tahun depan adalah merupakan antara strategi untuk mengurangkan bajet bagi tahun depan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1212&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm&arc=hive

Petikan kata-kata Kadir: "Bukan kerana jumlah sebenar iaitu daripada RM1 kepada RM3 sehari, tetapi daripada sudut kuantum dan prinsip. Daripada aspek kuantum, ia adalah besar – dua kali ganda. Daripada sudut prinsip pula, ia macam terbalik. Kerajaan kurangkan peruntukan dan rakyat jelata kena tanggung beban."

"Maaf cakaplah, kadang-kadang saya mendapati sukar memahami dan menrasionalisasikan antara ikrar pemerintah dan para pesuruhnya dengan apa yang dilakukan."

"Berapa banyak sangatlah pendapatan dengan menaikkan yuran makan itu berbanding kesan psikologi dan perhubungan awam? Bukan apa, takut-takut KPI menteri dan pegawai naik tapi sokongan rakyat merudum."

Benar juga kata Kadir itu. Nampaknya Kementerian Pelajaran tidak merasai kebimbangan yang dinyatakan Kadir.

Hari ini sebuah akhbar menyiarkan satu laporan memetik Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong mengenai satu bayaran yang berjumlah RM24.50 yang perlu dibayar oleh ibubapa yang mempunyai anak di sekolah rendah. (gambar atas - klik gambar untuk membacanya)

Kalau tidak silap Jelapang, tidak lama dahulu bekas Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein ada mengumumkan penghapusan yuran sekolah dan peperiksaan.

Bagi ibubapa, tiada perbezaan di antara bayaran khas dan yuran persekolahan. Apa saja terminologi yang digunakan, ianya melibatkan wang.

Janganlah kerana RM24.50, rakyat resah terhadap kerajaan.

1 comment:

lagenda said...

Salam Ziarah....

Setuju tu jangalah kerana RM 24.50 boleh mengurangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.Ini memberi peluang kepada pembangkang nak hentam kerajaan ja ni........