Sunday, December 13, 2009

PERBUALAN NAZRI DAN NAJIB!



Jarang sekali kita didedahkan apa yang dibualkan di antara Perdana Menteri dengan Menteri-Menteri Kabinetnya.

Semalam kita beruntung kerana Nazri Aziz dengan senang hati berkongsi dengan kita apa yang beliau bualkan dengan bos beliau Najib Razak mengenai kritikan pedas Nazri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden parti Umno yang Nazri menjadi ahlinya dan mendapat faedah dengan dipilih sebagai Menteri di kalangan 3 juta ahli Umno.

Perbualan Nazri dan Najib mengikut cerita Nazri:
''Tak. Perdana Menteri tak suruh pun. Dia cuma kata, apa yang Nazri buat ini, orang tuduh saya (Najib) yang suruh. Saya telah dinasihatkan supaya tidak lagi menyentuh isu modul Biro Tatanegara (BTN) dan 'menyerang' Dr. Mahathir."

Kalau benarlah kata-kata Nazri ini, kini kita tahu bahawa Najib mengarahkan Nazri tidak lagi menyerang Dr Mahathir.

2 comments:

Anonymous said...

si nazri ni memang dah lebih..tak tau nak kata apa lg kalu DS Najib masih simpan org macam ni dlm barisan kabinet beliau..kata2 beliau telah memburukkan umno..

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Bro,
seorang lagi menteri kabinet yang mencemarkan imej PM. Tak tahulah samada PM and the team sensitif atau tidak dan bila tindakan akan diambil terhadap pemipin kerajaan yg egoistik sebegni. Dan jika tindakan seperti ini dibiarkan ia akan meruntunkan lebih banyak orang jelik dengan menteri2 pimpinan PM kita akhirnya nanti.