Siapa kata rakyat Malaysia tidak kreatif? Kini Bah Kut Teh pun sudah ada yang halal.
Bak Kut Teh Halal Di Karnival Fabulous Food 1Malaysia Di PWTC
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Makanan kegemaran masyarakat Cina, Bak Kut Teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.
Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di sini, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.
"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=460841
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment