Thursday, August 17, 2017

KESUDAHANNYA ISA SAMAD DIHINA

Image result for isa samad
ISA SAMAD, Ahli Parlimen Jempol, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Pengerusi Felda, semalam dipakaikan baju OREN SPRM dan di"ARAK" untuk tatapan awam seluruh Malaysia.

Ramai ahli politik Umno disiasat SPRM sebelum Isa. Kes LEMBU melibatkan Shahrizat Jalil dan keluarga beliau, Shahrizat tidak dipakaikan baju oren. Tajuddin Rahman disiasat kes pembayaran kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra, tidak dipakaikan baju oren.
Image result for annuar musa mara sprm
Annuar Musa disiasat kes Mara, tidak juga disarung baju oren.

Bung Mokhtar Radin dan isteri glamour beliau, Zizie Izzette, disiasat kes pembelian saham amanah oleh Felcra, tidak dipakaikan baju oren. Bekas Ketua Wanita Umno Kelantan Ustazah Zaleha Hussin sehingga hari ini tiada pendakwaan dilakukan.

Ada yang tidak disiasat langsung oleh SPRM seperti anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, kawan Najib Jho Low, Nik Faisal Nik Ariff Kamil, Suboh Mat Yassin dan ramai lagi.

Semalam Isa dipertontonkan kepada khalayak ramai - seolah-olah - inilah muka perasuah.

Itulah nasib Isa.

Orang lain seperti Riza Aziz, Annuar Musa, Shahrizat Jalil, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Ustazah Zaleha, Jho Low, Nik Faisal dan Suboh tidak dimalukan seperti Isa.
Image result for riza aziz jho low Hampir setiap hari SPRM memaklumkan kepada orang awam - hari ini kami serbu rumah Isa di Senawang, hari ini kami serbu rumah Isa di Nilai, kami jumpa RM100,000 di dalam peti besi, hari ini kami serbu pejabat Isa di SPAD.

Skrip ini tiada untuk Annuar Musa, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Shahrizat Jalil, Nik Faisal, Jho Low dan yang lain-lain.

Itulah nasib Isa. Skrip ini dicipta khas untuk beliau. Tujuannya: hanya yang menulis skrip ini tahu tujuannya.

Untuk menghina Isa? Memalukan Isa dan keluarganya?

Itulah sebabnya, setia membuta tuli tiada faedahnya.

Jika Isa perasuah, sumbatlah beliau ke dalam penjara.  Tiada kompromi kepada pengamal rasuah.

Hari ini, Isa akan sedar siapa sebenarnya kawan-kawannya. Semalam semasa di "arak" masuk ke mahkamah, tercari-cari kita mana kawan-kawan Isa.

Ada kawan-kawan Isa yang anak-anak mereka diberikan pekerjaan di Felda oleh Isa.

Mana pergi Fauzi Setiawangsa yang menerima gaji percuma RM5,000 dari Felda yang diuruskan oleh Isa?

Mana Wan Amizan? Mana Ahli Parlimen Paya Besar? Mana Abdullah Hasnan Kamaruddin Ketua Bahagian Kuala Kedah? Mana Ahli Parlimen Grik? Mana Ahli Parlimen Sik?

Mana 30 orang yang Isa uruskan mendapat pendapatan RM5,000 sebulan? Di mana mereka ketika Isa dihina?

Kalau mereka lupa siapa mereka, lihat senarai 30 penerima elaun RM5,000 sebulan di bawah ini.



Dengan episod semalam, berakhir lah karier politik Isa. Di bunuh oleh kawan sendiri.



Monday, August 14, 2017

KHIR TOYO HADIAH PENYAPU PADA KAKITANGAN AWAM BN HILANG SELANGOR, BALING SELIPAR PADA ORANG TUA, BN HILANG SATU MALAYSIA?



MENURUT Tengku Adnan Tengku Mansor pada PRU-12, BN kalah di Selangor kerana tindak tanduk Menteri Besar ketika itu Khir Toyo menghadiahkan PENYAPU kepada kakitangan awam.

http://malaysianreview.com/179779/tengku-adnan-akui-khir-toyo-antara-punca-bn-kalah-di-selangor/

Image result for khir toyo+penyapu

Semalam di Shah Alam, SELANGOR, di Majlis Nothing2Hide anjuran parti Bersatu, TV3 melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad diBALING SELIPAR. 

Jika memberi PENYAPU boleh menyebabkan BN KALAH di Selangor, bagaimana dengan MEMBALING SELIPAR kepada orang tua berumur 92 tahun?

BN hilang satu MALAYSIA?

Kita perlu ingat, orang Melayu diajar beradab dan ada tatatusila, tidak kurang ajar. Orang Melayu beradab dan ada agama.

Membaling selipar adalah perbuatan kurang ajar, tambah-tambah lagi membaling selipar kepada orang tua.

Apakah Tun Mahathir tidak ada jasa? Apakah Tun Mahathir tidak ada sedikit pun sumbangan kepada negara?

Jika Tun Mahathir tiada jasa sekali pun, beradab ke kita membaling selipar kepada beliau, orang tua berusia 92 tahun?

Adakah kita mengajar anak kita membaling selipar kepada orang yang kita tidak sukai?

Panggillah Tun Dr Mahathir dengan apa saja nama - Mahafiraun, Nyanyok, atau apa saja - tidak mengapa.

Tetapi apabila dibaling dengan selipar, ia adalah perbuatan yang cukup kurang ajar.

MAK BAPA kita tak pernah mengajar kita membaling selipar kepada orang tua.

Ingatlah, apabila Khir Toyo menghadiahkan atau sampaikan (bukan baling) penyapu kepada kakitangan awam, BN RANAP di Selangor.

Ini BALING SELIPAR kepada orang tua. Ingatlah kepada insiden ini, apabila BN hilang satu Malaysia nanti.

Wednesday, August 9, 2017

PERKASA: BERAPA PEKERJA DARI CHINA AKAN DIBAWA MASUK UNTUK PROJEK ECRL?



































Kenyataan Perkasa.

Majlis Pecah Tanah ECRL hari ini di Kuantan telah membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi.

Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada. Apakah tidak dibenarkan bendera malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?

Lebih malang lagi pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China? Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya??? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk utk bekerja di projek ECRL ini???

Perkasa dimaklumkan majlis pecah tanah tersebut tiada rasa seperti di Malaysia. Penuh dengan bendera2 tulisan Mandarin.

Perkasa menganggap pemimpin kerajaan sekarang sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan. Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.

Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang.???

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali
SU Agung Perkasa
010-2283001


Jelapang: Benar atau tidak dakwaan Perkasa mengenai perjalanan majlis tersebut perlu dijawab? Tetapi Najib Razak kenalah jawab persoalan yang penting yang dibangkitkan oleh Perkasa. Soalan-soalannya:

1. Adakah pengacara majlis tersebut dibawa dari CHINA?

2. Benarkah tiada BENDERA MALAYSIA di majlis itu?

3. Apakah pekerja projek tersebut dibawa dari China?

4. Berapa ramai pekerja dari Tanah Besar China akan dibawa masuk untuk projek ini?



Tuesday, August 8, 2017

AHLI POLITIK, AHLI PARLIMEN, EXCO PERAH FELDA. AMBIL GAJI BULANAN RM5,000 HASIL TITIK PELUH PENEROKA



PENEROKA dapat RM5,000 LIMA TAHUN SEKALI, itupun kena datang ke Kuala Lumpur untuk dengar pengumuman.

Sebaliknya, SETENGAH AHLI PARLIMEN, EXCO, ADUN DAPAT RM5,000 SEBULAN SEKALI - DUIT FGV.

Di atas adalah posting oleh seorang bernama Zulkefli Nordin yang sedang VIRAL di media sosial.

Harap-harap generasi peneroka Felda dapat halusi senarai ini. 30 ahli politik mengaut elaun bulanan RM5,000 seorang hasil titik peluh peneroka Felda.

Soalan saya, apakah peranan dan sumbangan 30 mereka ini kepada FGV sehingga mendapat layanan istimewa berbentuk gaji bulanan?

Antara mereka:

 
1. AHLI EXCO NEGERI SEMBILAN JALALUDDIN ALIAS

Image result for hasbullah gerik
2. AHLI PARLIMEN GRIK HASBULLAH OSMAN
Image result for FAUZI TITIWANGSA
3. AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA FAUZI ZAHARI
Image result for WAN AMIZAN+helikopter
4. AHLI DEWAN UNDANGAN TAHAN (PAHANG) WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK
Image result for ABDULLAH HASNAN kamaruddin
5. KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH ABDULLAH HASNAN KAMARUDDIN (Nota: tiada kawasan Felda di Parlimen Kuala Kedah)

Dan ramai lagi, antaranya Adun di Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Ketua-Ketua Bahagian. (senarai - gambar 2). Ada ahli MCA turut menerima elaun bulanan dari Felda.

Itulah pengurusan Felda hari ini. Itulah nasib peneroka, membanting tulang mencari rezeki, mereka-mereka ini tanpa ada segan silu dan sedikit pun perasaan bersalah sanggup mengambil gaji hasil titik peluh peneroka.

Gaji ahli parlimen RM16,000 sebulan, ahli Exco Negeri RM11,000 sebulan, Adun RM9,000 sebulan tidak termasuk elaun dan sebagainya. Tak cukupkah gaji sebanyak itu?

Kepada peneroka Felda, fikir-fikirkan lah. 

Kepada Pengerusi Felda yang baru, Shahrir Samad, adilkah mereka ini memerah hasil titik peluh peneroka?



Thursday, August 3, 2017

KETUA HAKIM NEGARA RAUS SHARIF: BERSARA LEBIH MULIA DARI MUSNAHKAN LEGASI SENDIRI

Image result for raus sharif

KELMARIN Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang menyerahkan memorandum meminta Yang DiPertuan Agong menyemak semula keputusan melantik semula Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara selepas umur pencen. 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/02/dr-mahathir-ke-istana-negara-minta-agong-rujuk-pelantikan-ketua-hakim/

mahathir-istana

Isu ini sudah berlarutan hampir sebulan dan bermacam-macam kritikan dan cemuhan dibuat terhadap Raus.

Orang Sabah dan Sarawak pula merasakan mereka didiskriminasikan oleh Semenanjung dan  mempersoalkan kenapa hakim dari Malaysia Barat tidak pernah menjawat jawatan tertinggi kehakiman tersebut sejak Merdeka.

Rakyat Sabah dan Sarawak merasakan yang paling layak dilantik sebagai Ketua Hakim ialah rakyat mereka sendiri, Hakim Besar Sabah Sarawak Richard Malanjum.

Tetapi rakyat Sabah kena faham. Cuba tengok sekeliling mereka. Apa jawatan paling tinggi pernah mereka pegang? 

Tanya lah bila pemimpin Sabah dan Sarawak boleh menjawat jawatan Perdana Menteri? Jawatan Timbalan Perdana Menteri?

Nak tahu jawapan, tengok pucuk pimpinan Barisan Nasional. Jawatan pengerusi BN memang patut diberi kepada Umno sebagai parti komponen tunjang dalam BN.

Bagaimana dengan jawatan-jawatan lain dalam BN? Pemimpin Sabah dan Sarawak tak layak kah?

Timbalan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamid - Umno

Setiausaha Agung, Tengku Adnan - Umno

Wanita BN Shahrizat Jalil - Umno

Pemuda BN Khairy Jamaluddin - Umno

Pemimpin parti komponen hanya memegang jawatan Naib Pengerusi di dalam BN.

Itu realiti rakyat Sabah Sarawak kena terima.

Berbalik kepada Ketua Hakim Negara Raus.

Karier Raus cukup membanggakan dan cemerlang.

Berikut karier beliau di dalam bidang perundangan:


Yang Arif dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 28 Julai 2006 
hingga sekarang. Mula berkhidmat dalam perkhidmatan Kehakiman
dan Perundangan pada 1 Julai 1976. Antara jawatan-jawatan yang
pernah Yang Arif sandang adalah seperti berikut:-
  1. Majistret Mahkamah Majistret Pontian, Johor (1976-1977)
  2. Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Kluang, Johor (1977)
  3. Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Muar, Johor (1978-1979)
  4. Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kelantan/Terengganu                                                                           (1980 -1982)
  5. Peguam kanan Persekutuan Kementerian Perdagangan                                                                                    dan Perindustrian
  6. Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka (1983-1986)
  7. Peguam Kanan Persekutuan Kementerian                                                                                                          ( Pertahanan (1988)
  8. Peguam Kanan Persekutuan Kementerian                                                                                                 Dalam Negeri (1988-1989)
  9. Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (1989-1991)
  10. Peguamcara Perbendaharaan Malaysia (1991-1994)
Yang Arif dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah
Tinggi Malaya dan ditempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
(Bahagian Jenayah) pada 1 November 1994.
Pada 12 Januari 1996 Yang Arif telah dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya. Yang Arif juga pernah bertugas
di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Muar,
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur (Bahagian Dagang, Bahagian Sivil
dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) sehinggalah
dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

HEBAT latarbelakang Raus. Satu legasi yang cukup cemerlang.
Persoalannya, kenapa Raus perlu merosakkan imej dan legasi beliau yang dibina sepanjang tempoh 46 tahun semata-mata untuk lanjutan jawatan untuk 3 tahun lagi?

Mana yang lebih penting bagi Raus? Mempertahankan legasi dan rekod cemerlang atau memusnahkannya semata-mata kerana 3 tahun dan dipandang sinis oleh rakan-rakan Hakim atau bersara dan menikmati sisa hidup yang masih ada.

Pilihan saya - ELOKLAH RAUS BERSARA dari dihina seperti sekarang ini.

Tuesday, August 1, 2017

BUKAN MAIN HEBAT PENASIHAT NAJIB PAUL STADLEN. BOLEH BELI BLOK FLAT DI LONDON. PESARA TENTERA TUNGGU BUAH TAK GUGUR

Too Much Partying By Najib's PR Guru Paul Stadlen?

Bunny girl Yvonne Sim is Stadlen's girlfriend, whom he employs as a receptionist at his government funded offices

BANYAK betul isu sehari dua ini.

Isu Zahid Hamidi ada "cash" (tunai) RM230 juta. Isu Zahid dakwa nama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam "IC" (kad pengenalan) ialah MAHATHIR a/l ISKANDAR KUTTY.

Isu-isu ini, biar lah Zahid jawab. Cuma kita minta Zahid jangan bersikap "buat-buat bisu" macam boss dia.

Image result for peneroka felda miskin

Dua minggu lepas, peneroka Felda dapat habuan - RM5,000 seorang, walaupun kurang RM10,000 dari tahun pilihanraya PRU13 - 2013.

Hujung minggu lepas, 15,000 pesara tentera turun ke Kuala Lumpur, untuk bertemu Najib Razak sempena Hari Pahlawan.

Besar harapan mereka. Apa tidaknya. Peneroka Felda dapat duit, kakitangan kerajaan tak lama lagi naik gaji.

Maka datanglah beramai-ramai pesara ini ke Kuala Lumpur dengan harapan adalah sikit kenaikan pencen mereka.

Kata mereka, tunggu sampai "kematu pungkoq" (sakit punggung-punggung) habuk pun tak ada.

Punya lah marah pesara-pesara ini, macam-macam perasaan kekecewaan diluahkan mereka di media sosial.

Dalam pada itu, terbaca pula cerita Mat Salleh bernama Paul Stadlen (dua gambar atas) yang bertanggungjawab keatas kerja-kerja media dan komunikasi Najib, membeli blok flat di London dikatakan kini nilainya mencecah RM24 juta. 

http://www.sarawakreport.org/2017/07/pushing-prices-up-and-people-out-how-malaysian-money-is-causing-anger-in-london/

Jauhnya taraf hidup peneroka, pesara tentera dengan staf dan kawan-kawan Najib Razak.

Peneroka dapat lah RM5,000 sahaja. Pesara tentera mengharapkan pencen naik, tapi tak naik.

Tetapi, kawan-kawan Perdana Menteri seperti Jho Low dan Paul Stadlen jauh lebih baik nasib mereka dari peneroka dan pesara tentera.

Kita hanya boleh bermimpi satu hari nanti ada pemimpin pelawa kita melancong ke London, tapi Paul Stadlen boleh beli satu BLOK Flat di London.

Apa nak buat. Nilai kita hanya SATU UNDI. Kita bukan kawan Najib.

Pushing Prices Up And People Out - How Malaysian Money Is Causing Anger In London