Tuesday, August 1, 2017

BUKAN MAIN HEBAT PENASIHAT NAJIB PAUL STADLEN. BOLEH BELI BLOK FLAT DI LONDON. PESARA TENTERA TUNGGU BUAH TAK GUGUR

Too Much Partying By Najib's PR Guru Paul Stadlen?

Bunny girl Yvonne Sim is Stadlen's girlfriend, whom he employs as a receptionist at his government funded offices

BANYAK betul isu sehari dua ini.

Isu Zahid Hamidi ada "cash" (tunai) RM230 juta. Isu Zahid dakwa nama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam "IC" (kad pengenalan) ialah MAHATHIR a/l ISKANDAR KUTTY.

Isu-isu ini, biar lah Zahid jawab. Cuma kita minta Zahid jangan bersikap "buat-buat bisu" macam boss dia.

Image result for peneroka felda miskin

Dua minggu lepas, peneroka Felda dapat habuan - RM5,000 seorang, walaupun kurang RM10,000 dari tahun pilihanraya PRU13 - 2013.

Hujung minggu lepas, 15,000 pesara tentera turun ke Kuala Lumpur, untuk bertemu Najib Razak sempena Hari Pahlawan.

Besar harapan mereka. Apa tidaknya. Peneroka Felda dapat duit, kakitangan kerajaan tak lama lagi naik gaji.

Maka datanglah beramai-ramai pesara ini ke Kuala Lumpur dengan harapan adalah sikit kenaikan pencen mereka.

Kata mereka, tunggu sampai "kematu pungkoq" (sakit punggung-punggung) habuk pun tak ada.

Punya lah marah pesara-pesara ini, macam-macam perasaan kekecewaan diluahkan mereka di media sosial.

Dalam pada itu, terbaca pula cerita Mat Salleh bernama Paul Stadlen (dua gambar atas) yang bertanggungjawab keatas kerja-kerja media dan komunikasi Najib, membeli blok flat di London dikatakan kini nilainya mencecah RM24 juta. 

http://www.sarawakreport.org/2017/07/pushing-prices-up-and-people-out-how-malaysian-money-is-causing-anger-in-london/

Jauhnya taraf hidup peneroka, pesara tentera dengan staf dan kawan-kawan Najib Razak.

Peneroka dapat lah RM5,000 sahaja. Pesara tentera mengharapkan pencen naik, tapi tak naik.

Tetapi, kawan-kawan Perdana Menteri seperti Jho Low dan Paul Stadlen jauh lebih baik nasib mereka dari peneroka dan pesara tentera.

Kita hanya boleh bermimpi satu hari nanti ada pemimpin pelawa kita melancong ke London, tapi Paul Stadlen boleh beli satu BLOK Flat di London.

Apa nak buat. Nilai kita hanya SATU UNDI. Kita bukan kawan Najib.

Pushing Prices Up And People Out - How Malaysian Money Is Causing Anger In London

2 comments:

Anonymous said...


peneroka membanting tulang, kera disusukan. sampai boleh beli flat di london. bukan satu unit. banyak pula tu

Anonymous said...

Pesara Tentera hanya " kenangan dalam tangisan" ,.Khidmat yg murni dalam mempertaruhkan nyawa d mi negara tidak dipedulikan pempimpinan negara hari ini,. Sekadar mengeluh tanpa kesudahan,. Namun berbaku semangat yg masih ada , pesara tentera yg bermaruah akan memperlihatkan perubahan kepimpinan pada PRU 14,.maka fikirkanlah taat setia Tentera dan pesara hanya kepada Negara dan Raja Raja / Yg dipertuan Agong saja tidak kepada Najib mau pun Hishamuddin ~ nokhtah