Tuesday, July 25, 2017

LEMBAGA PENGARAH TENAGA NASIONAL TAK ADA PAKAR LETRIK?

Image result for blackout+tenaga nasional+lilin
HARI ini kita melayan rakan yang datang bertandang jauh dari Sri Gombak, Kuala Lumpur.

Bukan main marah dia dengan Tenaga Nasional. Katanya, dah berkali-kali letrik putus di kawasan rumah dia.

Katanya, ada suratkhabar dah menulis mengenainya tetapi masalah tetap sama. Maka disemak, berita ini yang kita jumpa:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/24/sri-gombak-folks-peeved-by-recurring-blackouts/

Biasalah bila sudah marah. Macam-macam diungkitnya. Tarif letrik tak turun-turun, gaji orang TNB besar-besar belaka. Bonus tinggi.

Terfikir kita, kalau gangguan sekecil ini di Sri Gombak terkial-kial hendak diselesaikan, bagaimana jika ada gangguan besar sepertimana berlaku pada tahun 1992, 1996 dan 2003?

Bila Jelapang semak barisan Lembaga Pengarah Tenaga Nasional, tak nampak pula macam Lembaga Pengarah Syarikat Letrik.

Yang jadi ahli lembaga pengarah bekas hakim, ahli politik, pakar audit, pakar innovasi pun ada.

Senarai Lembaga Pengarah TNB: https://www.tnb.com.my/about-tnb/board-of-directors

MANA PAKAR LETRIK DALAM LEMBAGA TNB? Tak akan tak ada ahli lembaga pengarah yang ada pengalaman sebagai jurutera letrik?

TNB tempat untuk tolong orang tertentu atau serius nak atasi isu-isu letrik negara?

Kepada rakan dari Sri Gombak, kita hanya boleh menyatakan simpati. Harap bersabar.

Mungkin di Tenaga Nasional, keutamaannya lain.

8 comments:

Anonymous said...



lembaga pengarah tempat tolong kwn le

Airlangga said...

TNB dah peringkat syarikat matang, masih perlukan pakar elektrik dalam B.O.D? Kelakar lah..

Anonymous said...


apa yg pelik. ada srp pun boleh pegang jawatan tinggi. hanya di malaysia.

Anonymous said...



kalau matang, biar org pro lah dlm BOD tnb. baca profil BOD pun kelakar

Anonymous said...

Biarlah mereka yg pakar mempungai electrical, mechanical or any engineering background sebagai bod, bukannya entah sape2 yg takde kena mengena, sebab mereka ada in-depth knowledge dlm bidang ni...

Anonymous said...

Ini Malaysia. Yg pelik di tempat lain tidak pelik di sini

Anonymous said...

Ye ke matang..?
Bkn pra matang..??
Syarikat baru lahir atas usahasama dgn syarikat komunis china..
Kan..??

Anonymous said...

Inilah urustadbir caca marba, lain aliran lain pula kedudukan,.misalnya ada seorang menteri mencadangkan supaya para nelayan diberi latihan kenteraan supaya dibolehkan menguna senjata api ,.inilah bukti sistem tadbir yg tidak telus dan terurus,.