Tuesday, July 18, 2017

PELAJAR MAKAN NASI BERLAUK KUAH UMPAMA PEMIMPIN MELAYU CONTENG ARANG DI MUKA BANGSA SENDIRI



Menconteng ARANG di muka BANGSA sendiri.

Itu gambaran seorang ketua cawangan Umno apabila melihat video mengenai pelajar Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat makan NASI BERLAUK KUAH, ianya memalukan bangsa Melayu.

Pelajar-pelajar UTHM itu rata-ratanya Melayu. Kita akan bertanya - apa Najib Razak buat? Apa pemimpin Melayu buat? 

Anak Melayu makan nasi berlauk kuah?

Jelas sekali Najib dan kabinetnya hilang keprihatinan kepada rakyat, kata ketua cawangan tersebut.

Negara maju, berpendapatan tinggi, tapi anak-anak kita di universiti hanya mampu makan nasi hanya dengan kuah tanpa lauk.

Apa tidaknya, pemimpin besar hanya fikir temolok masing-masing - sibuk projek MRT, 1MDB dan cari syarikat dari Tongsan buat bisnes di Malaysia.

Anak bangsa, KELAPARAN. Ini HADIAH mereka kepada anak bangsa.

Kata ketua cawangan tersebut: "Aku pernah belajar di ITM".

Masa itu, katanya, negara tak macam di zaman Najib dan Rosmah ni.

Zaman tu, masuk ITM bayar hanya RM90 satu semester.

Makan FREE. Tiap-tiap asrama, Seroja, Cempaka, Kenanga, Perindu - ada Dewan Makan. 

MAKAN FREE. Ikan jaket (cencaru). Daging, ayam telur... macam-macam ada. Sehari 3 kali makan. Sarapan pagi - 2 biji telor rebus , roti campur kaya dan planta.

Hari ni, pelajar bangsa kita makan nasi dengan kuah, kata Ketua cawangan tersebut.

"Aku rasa lebih baik Malaysia undur ke belakang macam tahun 70an dan 80an dari zaman Najib ni. Zaman dulu ada juga makan free di ITM. Sekarang di universiti makan nasi dengan kuah."

"Sebelum era aku di ITM, bukan takat makan free, dapat duit poket RM20 lagi sebulan."

"Pemimpin kita sekarang ini, lebih banyak cakap kosong. Najib pernah lancar program JOM BANTU RAKYAT.

"Tapi rakyat masih makan nasi dengan kuah. Entah apa yang dibantunya."

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/program-jom-bantu-rakyat-dilancar-1.434134

Itulah nasib bangsa Melayu ku sekarang ini.

Rujukan:


(VIDEO) Peniaga Gerai Makan Dakwa Ramai Pelajar UTHM Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah, Kisah Dapat Perhatian Permaisuri Johor



 

12 comments:

abasiah said...

Bohong kalau nak burokan orang senang cakap ayor lior sahaja anak saya dan ramai bapak bapak diluar sana yg ada anak belajar di utho tk ada pun makan berlauk kuah anak anak yg makan berlauk kuah bagi saya mereka lebeh pentingkan HANDPHONE yg harganya ribu ribu sbb tu belanja tk cukup.

abasiah said...

Bohong kalau nak burokan orang senang cakap ayor lior sahaja anak saya dan ramai bapak bapak diluar sana yg ada anak belajar di utho tk ada pun makan berlauk kuah anak anak yg makan berlauk kuah bagi saya mereka lebeh pentingkan HANDPHONE yg harganya ribu ribu sbb tu belanja tk cukup.

abasiah said...

Bohong kalau nak burokan orang senang cakap ayor lior sahaja anak saya dan ramai bapak bapak diluar sana yg ada anak belajar di utho tk ada pun makan berlauk kuah anak anak yg makan berlauk kuah bagi saya mereka lebeh pentingkan HANDPHONE yg harganya ribu ribu sbb tu belanja tk cukup.

Anonymous said...

Setiap tahun..ekonomi berkembang..ekonomi kukuh..puiih.
Inilah hasilnya..

Raja Kumbang said...

Zaman RajaKumbang di ITM, masa era Dr Mahathir PM, Pak Nik Pengarah, bayar yuran RM90 satu semester. Bulan bulan dapat elaun makan RM140. Hostel 1 bilik 2 orang, semua pelajar duduk hostel.

Anonymous said...

Betul tu... memalukan bangsa sendiri... Mcm Petronas, untung berbillion, tapi buang pekerja... rata2 Melayu kena buang, orang asing philiphino, indon, org puteh masih ramai dlm syarikat. Benda buang2 ni tak akan jadi dlm era Mahathir...

Anonymous said...

Pelajar jadi macam tu pasal duit dah beli handphone/pakaian/motorsikal/kereta kot?

Anonymous said...


aku setuju. baik msia balik zaman 70an. masa tu tak ada org sapu duit 1mdb. pm pun tak kaya sampai ada 2.6b dlm akaun sendiri

Anonymous said...

Jom balik tahun 70an

Anonymous said...

anon 723am. mana ko tahu pm masa tu tak kaya?
pernah tengok semua akaun bank dia ke?
kalau tak tahu baik jangan mengada-ngada macam tahu.

Obat Kista said...

Nice Artikelnya.. http://obatkista1.com

Anonymous said...

Betul ke ni.....atau saja nak gempak? Menanbah buruk setelah yg ada ni dah buruk?
Ni cerita anak saya yg baru habis belajar di uthm. Rata2 student memiliki hp berjenama. Rumah sewa WAJIB ada wifi. Makan order je pizza...mcm mana tu?
Sebenarnya mereka lebih pentingkan gajet dari mengalas perut...tu je. Apa yg takde kat uthm? Bantuan...ada. Anak saya siap dibantu lagi. Kakitangan....ceria dan sungguh baik. Banyak memudahkan urusan saya. Tak pernah pulak anak saya tak makan. Kena lah jadi bijak...anda tu masih belajar lagi,takkan nak sampai kena suap pulak! Takkan sbb tak mampu beli lauk salah pihak lain? MANA PERGI DUIT KALIAN?