Showing posts with label idris jusoh. Show all posts
Showing posts with label idris jusoh. Show all posts

Tuesday, July 18, 2017

PELAJAR MAKAN NASI BERLAUK KUAH UMPAMA PEMIMPIN MELAYU CONTENG ARANG DI MUKA BANGSA SENDIRI



Menconteng ARANG di muka BANGSA sendiri.

Itu gambaran seorang ketua cawangan Umno apabila melihat video mengenai pelajar Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat makan NASI BERLAUK KUAH, ianya memalukan bangsa Melayu.

Pelajar-pelajar UTHM itu rata-ratanya Melayu. Kita akan bertanya - apa Najib Razak buat? Apa pemimpin Melayu buat? 

Anak Melayu makan nasi berlauk kuah?

Jelas sekali Najib dan kabinetnya hilang keprihatinan kepada rakyat, kata ketua cawangan tersebut.

Negara maju, berpendapatan tinggi, tapi anak-anak kita di universiti hanya mampu makan nasi hanya dengan kuah tanpa lauk.

Apa tidaknya, pemimpin besar hanya fikir temolok masing-masing - sibuk projek MRT, 1MDB dan cari syarikat dari Tongsan buat bisnes di Malaysia.

Anak bangsa, KELAPARAN. Ini HADIAH mereka kepada anak bangsa.

Kata ketua cawangan tersebut: "Aku pernah belajar di ITM".

Masa itu, katanya, negara tak macam di zaman Najib dan Rosmah ni.

Zaman tu, masuk ITM bayar hanya RM90 satu semester.

Makan FREE. Tiap-tiap asrama, Seroja, Cempaka, Kenanga, Perindu - ada Dewan Makan. 

MAKAN FREE. Ikan jaket (cencaru). Daging, ayam telur... macam-macam ada. Sehari 3 kali makan. Sarapan pagi - 2 biji telor rebus , roti campur kaya dan planta.

Hari ni, pelajar bangsa kita makan nasi dengan kuah, kata Ketua cawangan tersebut.

"Aku rasa lebih baik Malaysia undur ke belakang macam tahun 70an dan 80an dari zaman Najib ni. Zaman dulu ada juga makan free di ITM. Sekarang di universiti makan nasi dengan kuah."

"Sebelum era aku di ITM, bukan takat makan free, dapat duit poket RM20 lagi sebulan."

"Pemimpin kita sekarang ini, lebih banyak cakap kosong. Najib pernah lancar program JOM BANTU RAKYAT.

"Tapi rakyat masih makan nasi dengan kuah. Entah apa yang dibantunya."

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/program-jom-bantu-rakyat-dilancar-1.434134

Itulah nasib bangsa Melayu ku sekarang ini.

Rujukan:


(VIDEO) Peniaga Gerai Makan Dakwa Ramai Pelajar UTHM Makan Nasi Putih Berlaukkan Kuah, Kisah Dapat Perhatian Permaisuri Johor



 

Wednesday, October 5, 2016

EKONOMI MALAYSIA KUKUH TAPI NAK BIAYAI PELAJAR PUN SEMPUT & HOSPITAL KEKURANGAN DANA

Image result for idris jusoh+biasiswa

ADAKAH negara menghadapi MASALAH KEWANGAN? Atau dalam bahasa mudah tidak berduit?
 Surat di atas yang ditujukan kepada pelajar Malaysia di luarnegara menjadi viral minggu lepas.

Kandungan surat ini sudah cukup untuk memberi kerisauan kepada para ibubapa yang terlibat. Disebabkan ianya menjadi buah mulut ramai, Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan kenyataan bahawa bayaran kepada pelajar yang terlibat akan dibuat Jumaat ini dan surat ini ditarik balik.

Apakah isu "teknikal" yang dimaksudkan oleh Kementerian? Masalah komputer? Kita di bawah ini akan membuat kesimpulan bahawa ini  masalah kerajaan ketandusan sumber kewangan.

Nasib baik surat ini ditarik balik. Jika tidak, pelajar-pelajar kita kena ke sana sini membawa surat ini untuk merayu agar tempoh mereka berhutang dilanjutkan oleh penyewa dan pihak-pihak yang mereka berhutang.

Hari ini Jelapang terbaca kenyataan Ibrahim Ali yang mahukan pembekuan biasiswa JPA dihentikan.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/10/05/perkasa-lift-freeze-on-psd-scholarships/

Nada Ibrahim seolah-olah beliau ada Ketua Pemuda Umno.

Tetapi tidak mengapalah. Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sibuk dan tiada masa untuk memikirkan hal biasiswa JPA kerana menumpukan kepada hasrat beliau bertanding acara Polo Sukan SEA tahun depan, biarlah Ibrahim Ali yang berjuang.

Pemuda Umno boleh tumpukan kepada Sukan SEA yang lebih penting dari masa depan pelajar kita.
Dan ini surat apa pula?

Hospital Kelang ada masalah kewangan?

Tidak mungkin kerana saban hari Perdana Menteri dan para Menteri membuat kenyataan bahawa ekonomi Malaysia KUKUH.


Monday, June 27, 2016

ROMBAKAN KABINET HARI INI?

Image result for hamzah zainuddin

Ramai yang memperkatakan mengenai rombakan Kabinet kononnya akan diumumkan hari ini.

Jika mengikut kenyataan Najib Razak pada Mei lepas, beliau mengunakan perkataan "pengstrukturan semula" Kabinet.

Image result for najib+twitter+rombakan+kabinet

Banyak kekosongan yang perlu diisikan kali ini. Jelapang ingin memberikan sedikit pandangan mengenai Menteri-Menteri yang ada sekarang ini.

1. Hamzah Zainuddin 
Beliau menggantikan Hassan Malek sebagai Menteri Kepenggunaan. Kadang-kadang terasa elok diberikan semula jawatan tersebut kepada Hassan Malek.

Dari banyak perkara yang Hassan Malek cakapkan dan dijadikan bahan jenaka, ada juga kesungguhan beliau bekerja.

Hamzah, entah apa yang dibuatnyua. Seringkali pengumuman dibuatnya di Pejabat Menteri dengan bertali leher bukan di pasar-pasar ikan.

Hanya satu kenyataan Hamzah yang kita ingat. Ikan di pasar Indonesia lebih mahal dari di Malaysia. Rasanya ada baiknya Hamzah menjaga harga ikan di pasar di Malaysia dari menyemak harga ikan di pasar Indonesia.

Image result for shabery cheek

2. Shabeery Chik

Nampak seolah-olah Ismail Sabri lebih baik sebagai Menteri Pertanian. Baik sedikit dari Hamzah, tak jelas arah tuju Kementerian Pertanian.

Entah apa yang dilakukan oleh Shabery di sana.



3. Mahdzir Khalid

Pada peringkat awal, sebagai bekas guru, Mahdzir kelihatan sesuai sebagai Menteri Pendidikan. Menyelesaikan isu guru dipisahkan dari suami.

Tetapi ini salah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berjanji berkali-kali hendak menyelesaikan isu ini, tetapi tidak selesai.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan pun tidak buat kerja. Masalah ini, masalah pentadbiran. Kerja Ketua Pengarah Pendidikan bukan kerja Menteri.

Bagaimanapun tahniah kepada Mahdzir yang telah menyelesaikan masalah ini.

Malangnya setakat ini, kita tak nampak arah mana Mahdzir ingin membawa sistem pendidikan ini.

Kementerian Pendidikan amat PENTING. Pendidikan yang akan membentuk generasi akan datang.

Setakat ini, nampaknya Mahdzir tiada visi untuk pendidikan negara.

Seperkara lagi, ramai di akar umbi berkata Mahdzir lebih tumpukan kepada berpolitik untuk bertanding Naib Presiden Umno selepas PRU-14 dari kerja Pendidikan.

Itu Jelapang tidak tahu. Itu cakap-cakap di akar umbi.

Image result for idris jusoh

4. Idris Jusoh.

Baru minggu lepas Jelapang perasan Idris Jusoh adalah seorang Menteri apabila terpandang satu gambar beliau di Facebook.

Image result for salleh said keruak

5. Saleh Said Keruak.

Saleh nampak silap tafsir bidang kerja sebagai Menteri Komunikasi. Nampaknya Saleh menganggap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cukup untuk memenuhi KPI beliau sebagai Menteri Komunikasi.

Agaknya, Saleh lupa apa tanggungjawab Menteri Komunikasi. Jika lupa, Saleh boleh rujukan kepada sejarah latarbelakang Menteri-Menteri Penerangan yang lalu seperti Mohamed Rahmat atau Kadir Sheikh Fadzir.

Entah apa yang dibuat oleh Saleh di Kementerian tersebut. Lihatlah betapa bermaharaja lelanya Astro.

Dulu tak ada iklan, sekarang dah bersempah dan mahal pula harga langganannya. Ada pula channel yang ditutup sesuka  hati dan ada channel yang dikenakan bayaran tambahan.



6. Mustapha Mohamed

Rasa jemu tengok Mustapha Mohamed di kaca TV. Dah lama sangat jadi Menteri dan bercakap benda yang sama sahaja. Menteri-Menteri yang jauh lebih muda dari beliau pun sudah meninggalkan Kabinet dan merasai apa erti kehidupan.

 Image result for tengku adnan menteri wilayah

7. Teuku Adnan Mansor

Kesian Teuku Adnan apabila video insiden seluar terlondeh di Sungai Besar di viralkan.

Ada komen-komen jenaka dibuat. "Sampai dah terlondeh seluar pun masih nak jadi Menteri."

Katanya beliau pun tidak sihat. Tidak mengapalah. Ahli politik di Malaysia sekarang, selagi ada nyawa, jawatan mesti dipertahankan. Kalau perlu buat mesyuarat atas katil hospital pun tidak mengapa. 

Tuesday, October 29, 2013

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DIKUASAI PEMBANGKANG?

Ada yang bergurau mengatakan Universiti Utara Malaysia merupakan bahagian Umno yang ke 192 (Umno hanya mempunyai 191 bahagian) dan Ketua Bahagiannya ialah Naib Canselor Prof Mohamed Mustafa Ishak.

Katanya apabila Prof Mustafa mengeluarkan kenyataan, nadanya lebih Umno dari mana-mana Ketua Bahagian Umno termasuk Presiden Umno sendiri.

Itulah penghayatan pemerhati politik Umno.

Tahun lepas, apabila pilihanraya kampus diadakan, perwakilan pelajar yang menyokong kerajaan menang besar menewaskan penyokong pembangkang 34-2 dan UUM di kenali sebagai kubu kuat kerajaan.

Semalam, blog-blog pembangkang mendabik dada mengatakan kononnya UUM jatuh ke tangan Pro-Mahasiswa yang dikenali pro-pembangkang walaupun laporan tersebut tidak benar.
http://bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com/2013/10/pilihanraya-kampus-2013-pro-aspirasi.html

Menurut laporan yang agak sahih, calon Pro-Aspirasi memenangi 15 kerusi, Pro-Mahasiswa 13 kerusi, Hijrah 6 kerusi dan Bebas 2 kerusi.

                                                
Atas kertas, Pro-Aspirasi memenangi kerusi terbanyak. Tetapi kalau dicampur kesemua kerusi yang dimenangi kumpulan lain, Pro-Aspirasi tewas dengan 6 kerusi.

Dengan kata lain, kumpulan pro-pembangkang menguasai minda pelajar UUM buat pertama kali sejak UUM ditubuhkan pada 16 Feb 1984 dan di bawah pentadbiran Prof Mustafa.

P/S: Pelajar listen, listen, listen... Bawani adalah antara pemenangnya.