Wednesday, October 5, 2016

EKONOMI MALAYSIA KUKUH TAPI NAK BIAYAI PELAJAR PUN SEMPUT & HOSPITAL KEKURANGAN DANA

Image result for idris jusoh+biasiswa

ADAKAH negara menghadapi MASALAH KEWANGAN? Atau dalam bahasa mudah tidak berduit?
 Surat di atas yang ditujukan kepada pelajar Malaysia di luarnegara menjadi viral minggu lepas.

Kandungan surat ini sudah cukup untuk memberi kerisauan kepada para ibubapa yang terlibat. Disebabkan ianya menjadi buah mulut ramai, Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan kenyataan bahawa bayaran kepada pelajar yang terlibat akan dibuat Jumaat ini dan surat ini ditarik balik.

Apakah isu "teknikal" yang dimaksudkan oleh Kementerian? Masalah komputer? Kita di bawah ini akan membuat kesimpulan bahawa ini  masalah kerajaan ketandusan sumber kewangan.

Nasib baik surat ini ditarik balik. Jika tidak, pelajar-pelajar kita kena ke sana sini membawa surat ini untuk merayu agar tempoh mereka berhutang dilanjutkan oleh penyewa dan pihak-pihak yang mereka berhutang.

Hari ini Jelapang terbaca kenyataan Ibrahim Ali yang mahukan pembekuan biasiswa JPA dihentikan.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/10/05/perkasa-lift-freeze-on-psd-scholarships/

Nada Ibrahim seolah-olah beliau ada Ketua Pemuda Umno.

Tetapi tidak mengapalah. Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sibuk dan tiada masa untuk memikirkan hal biasiswa JPA kerana menumpukan kepada hasrat beliau bertanding acara Polo Sukan SEA tahun depan, biarlah Ibrahim Ali yang berjuang.

Pemuda Umno boleh tumpukan kepada Sukan SEA yang lebih penting dari masa depan pelajar kita.
Dan ini surat apa pula?

Hospital Kelang ada masalah kewangan?

Tidak mungkin kerana saban hari Perdana Menteri dan para Menteri membuat kenyataan bahawa ekonomi Malaysia KUKUH.


5 comments:

Anonymous said...

Ibubapa nemek moyang mereka...minum pagi roti, jemput2, ubi kayu, air kosong. Mereka mkn pizza, kfc, sushi, baskin robbin...

Bapa2 mereka pun keputusan duit tapi tak mengeluh.

An-Naĥl:112 - Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):96 - Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):94 - Kami tidaklah mengutus seseorang nabipun kepada sesuatu negeri, (lalu penduduknya mendustakan nabi itu), melainkan Kami timpakan kepada penduduknya kesempitan dan penderitaan supaya mereka tunduk dengan merendahkan diri.

Yūnus:98 - (Dengan kisah Firaun itu) maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman (sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian - ketika mereka beriman, Kami elakkan azab sengsara yang membawa kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka, dan Kami berikan mereka menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan).

Al-'Isrā':16 - Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

Hūd:117 - Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa MEMPERBAIKI keadaan sesama sendiri.

Al-Ĥaj:38 - Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

An-Nisā':147 - Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

If you are grateful, Allah will give you more - Surah Ibrahim v.7

Otak geliga said...

Ekonomi Malaysia ATAU ekonomi "depa" yang kukuh lepas mentekedarah wang biliun2?

Anonymous said...

Cukai GST dikenakan ke atas cukai-cukai lain. Tak percaya cuba tengok bil bila bayar cukai jalan.

Undilah UMNO Najib untuk hidup yang lebih sengsara. Silap hari bulan kerja ada tapi gaji tak masuk. UMNO pandai ugut Melayu dengan peluang pekerjaan di Kerajaan dan GLC. Ugut biasasiswa akan ditarik balik. Tetapi ingat, bila duit dah kering kontang, nak bagi biasasiswa pun payah. Merana tu dah bermula sekarang. Tidak payah tunggu sehingga generasi anak dan cucu.

Anonymous said...

Sapi Betina (Al-Baqarah):155 - Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Sapi Betina (Al-Baqarah):156 - (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".

Sapi Betina (Al-Baqarah):157 - Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Anonymous said...

Keluarga Luqman:6 - Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Keluarga Luqman:16 - (Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Keluarga Luqman:17 - "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.