Monday, October 24, 2016

HUSNI BANGUN JALANKAN LEPAS TANGGUNGJAWAB. GILIRAN NAJIB JAWAB SKANDAL



Islam menyuruh kita supaya berusaha mencegah kemungkaran sedaya upaya kita. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda:

من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسانه ، فإن لم يستطيع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”


MULAI hari ini Husni Hanadzlah boleh tidur lena.


Kini Husni boleh merasa lega. Petang tadi Husni, bekas Menteri Kewangan keII, menjalankan tanggungjawab beliau sebagai umat Muhammad di Parlimen.

Beliau hari ini melaksanakan tanggungjawab beliau kepada Allah SWT, kepada rakyat dan negara. Hari ini dengan LIDAHnya, Husni bangun di Parlimen menegah KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh Najib Razak dan kerajaan yang ditadbir beliau.

Maka lepaslah tanggungjawab Husni.

Kini tanggungjawab dan giliran NAJIB menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Husni. Jawablah dengan jujur dan bertanggungjawab.


Yakinlah, selepas PENDEDAHAN yang dibuat hari ini, Husni pasti di"BURU".

Itulah NASIB mereka-mereka yang menegakkan kebenaran. 

Lihatlah apa yang berlaku kepada Muhyiddin Yassin. Selepas diPECAT, dan apabila Muhyiddin bangkit menegakkan kebenaran, pelbagai cemuhan dan fitnah dilemparkan terhadap beliau - dituduh rasuah dan dituduh berzina.

Begitu juga Shafie Apdal. Di pecat dan apabila beliau bangun menegakkan kebenaran, beliau dituduh rasuah, cerita  perempuan simpanan dan sebagainya dikeluarkan.

Semasa di dalam Umno, Muhyiddin dan Shafie dicium tangan mereka, tiada skandal.

Apabila bangun menentang Najib, segala tohmahan dibuat. Inilah era Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Yakinlah, nasib yang sama akan menimpa Husni selepas episod di Parlimen petang tadi.


SOALAN HUSNI ialah:

1 - Mengapa kita tubuhkan 1MDB ?

2 - Mengapa kita letak lebihkurang USD4 bilion @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC ? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands

3 - Mengapa tindakan undang2 tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB ... kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul ?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut ?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebihkurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu ... tetapi tidak tahu kisahnya ?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC ? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion ?

7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia ? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia ?

Saya kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah2 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022 ? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat ?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?


9. SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.



(sumber: Din Turtle ---- http://dinturtleoriginal.blogspot.my/2016/10/panazzz-bom-dari-husni-di-parlimen-1mdb.html)

13 comments:

Anonymous said...



NAJIB PERLU DIBICARAKAN

Anonymous said...

Zaman Tun jer kena buru...... zaman najib semua org berlagak nak jadi The Saint..... melangkah keluar sahaja dari kerajaan pasti akan memikul persoalan berbalak-balak..... baiklah.... kita tunggu Najib Jawab.... Tapi sekiranya ada jawapan.... adakah para bahalol ni semua terima kenyataan???? Dah tau jawapannya..... mereka hanya mahu Najib meletak jawatan sekonyong2nya ala2 Tun umumkan letak jawatan dulu.... bersama airmata buaya...."Dah lama dahhhh...."...... puiiiiii

Anonymous said...

Alhamdulilah!dengan nama Allah Datuk Husni telah menjalankan kewajipan sebagai wakil rakyaat denjan jujur,bagitu juga dengan Ahli Pandan,semoga anda berdua akan dibalas oleh Allah SWT dengan rahmat yang melimpah.Tidak tunduk dengan kehendak iblis maka anda berdua telah menegakan kebenaran bagi mengwakili rakyaat Malaysia.Mari lah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT agar kekuatan keimanan mereka terpelihara.

Anonymous said...

Jibo tak jawap punya. Malam tadi cai dok pakat cari jawapan. Antara jawapan yg mungkin keluar ialah soalan husni tak perlu jawab kerana dulu husni pun sokong 1mdb. Husni simpan dendam kerana tak kekal di mof sampai pencen. Husni tak ada pendirian. Husni besetongkol dgn tsmy. Dan jawapan yg sesuai ikut soalan cai dan bukan jawab soalan husni.

Anonymous said...

Ironinya husni dah jawab soalan dia sendiri pada tahu 2015 lagi..... inilah manusia Cameleon.......

Anonymous said...

Cuba semak apa kata2 dan statement husni berkaitan 1mdb semasa beliau menjawat jawatan timbalan menteri kewangan. Bukankah beliau sendiri yang menjawab apa yang beliau persoalkan sekarang? Sakitkah beliau? Terlupakah beliau? Hilang ingatankah beliau? Sindrom hilang ingatan bila hilang jawatan rupanya benar bila berkait dengan orang politik...

Anonymous said...

Jawapannya adalah......(jeng jeng jeng)






Kita attack credibility YB Husni... attack anaknya, isterinya dan kucingnya...

Itulah jawapan dari Najib. Kah Kah Kah.... jgn risau melayu dapat BR1M aje dah boleh undi BN.

Anonymous said...

Di parlimen kena jawab dengan fakta dan didukumentasi. Melalak macamanapun cai2 Najib diluar dewan ianya perlu juga dijawab oleh menteri berkenaan. Kita tunggu nanti samada skrip yg disediakan untuk menteri yg akan menjawab nanti sama atau tidak dengan skrip lama yg dibacakan oleh Husni dulu.

Anonymous said...

Husni pun bukannya malaikat , tunggu dan lihat bangkai akan menjelma, bangkai dah jelma tu jangan tak jawab pula ya Husni.

Anonymous said...

Salam Dato Seri Husni jangan takut dengan manusia, kita takut dengan Allah, ini duit rakyat. Rakyat mahu tahu kemana pergi nya duit rakyat. Dato sudah lepas tengkok depan Allah nanti. Dah tanya mereka balas dengan siasatn polis, biarkan. Sejauh mana mereka boleh lakukan PRU 14 nak dekat kami (rakyat) akan ajar mereka.

anonymous said...

Salam Dato Seri Husni jangan takut dengan manusia, kita takut dengan Allah, ini duit rakyat. Rakyat mahu tahu kemana pergi nya duit rakyat. Dato sudah lepas tengkok depan Allah nanti. Dah tanya mereka balas dengan siasatn polis, biarkan. Sejauh mana mereka boleh lakukan PRU 14 nak dekat kami (rakyat) akan ajar mereka.

Anonymous said...

Salam Dato Seri Husni jangan takut dengan manusia, kita takut dengan Allah, ini duit rakyat. Rakyat mahu tahu kemana pergi nya duit rakyat. Dato sudah lepas tengkok depan Allah nanti. Dah tanya mereka balas dengan siasatn polis, biarkan. Sejauh mana mereka boleh lakukan PRU 14 nak dekat kami (rakyat) akan ajar mereka.

Anonymous said...

Macai Macai najib..berapa elaun bulanan dpt..masyuk ke..jgn lupa hutang 1mdb anak cucu ko kena tanggung nanti..kecuali le spesis korg mandul haha aku ada dedak lebih nak tak?