Monday, August 14, 2017

KHIR TOYO HADIAH PENYAPU PADA KAKITANGAN AWAM BN HILANG SELANGOR, BALING SELIPAR PADA ORANG TUA, BN HILANG SATU MALAYSIA?



MENURUT Tengku Adnan Tengku Mansor pada PRU-12, BN kalah di Selangor kerana tindak tanduk Menteri Besar ketika itu Khir Toyo menghadiahkan PENYAPU kepada kakitangan awam.

http://malaysianreview.com/179779/tengku-adnan-akui-khir-toyo-antara-punca-bn-kalah-di-selangor/

Image result for khir toyo+penyapu

Semalam di Shah Alam, SELANGOR, di Majlis Nothing2Hide anjuran parti Bersatu, TV3 melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad diBALING SELIPAR. 

Jika memberi PENYAPU boleh menyebabkan BN KALAH di Selangor, bagaimana dengan MEMBALING SELIPAR kepada orang tua berumur 92 tahun?

BN hilang satu MALAYSIA?

Kita perlu ingat, orang Melayu diajar beradab dan ada tatatusila, tidak kurang ajar. Orang Melayu beradab dan ada agama.

Membaling selipar adalah perbuatan kurang ajar, tambah-tambah lagi membaling selipar kepada orang tua.

Apakah Tun Mahathir tidak ada jasa? Apakah Tun Mahathir tidak ada sedikit pun sumbangan kepada negara?

Jika Tun Mahathir tiada jasa sekali pun, beradab ke kita membaling selipar kepada beliau, orang tua berusia 92 tahun?

Adakah kita mengajar anak kita membaling selipar kepada orang yang kita tidak sukai?

Panggillah Tun Dr Mahathir dengan apa saja nama - Mahafiraun, Nyanyok, atau apa saja - tidak mengapa.

Tetapi apabila dibaling dengan selipar, ia adalah perbuatan yang cukup kurang ajar.

MAK BAPA kita tak pernah mengajar kita membaling selipar kepada orang tua.

Ingatlah, apabila Khir Toyo menghadiahkan atau sampaikan (bukan baling) penyapu kepada kakitangan awam, BN RANAP di Selangor.

Ini BALING SELIPAR kepada orang tua. Ingatlah kepada insiden ini, apabila BN hilang satu Malaysia nanti.

9 comments:

Anonymous said...

Insyallah marikita solat hajat mohon ya Allah berikan jalan yang benar dan rahmat must ya allah pakatan harapan tadbir Malaysia selepas pru14 Amin ya allah

Anonymous said...

Mmg rakyat harap ameno/bn mampos pun selepas pru14...org dah meluat dah..tp puak2 ni masih x sedar diri..

Anonymous said...

Amin ya Rabbalalamin kepada perenggan yang akhir tu.

Anonymous said...

BN kalah di Selangor kerana dihadiah penyapu adalah andaian dan fatwa Ku Nan sahaja...takkan kerana hadiah penyapu kepada penjawat awam habis kalah satu negeri kerana bilangan penjawat awam bukan suara majority sebab jumlah mereka bukan boleh mempengaruh kalah menang di Selangor hatta di Malaysia pun.

Anonymous said...

Pakatan putuih harapan jer la.....

Anonymous said...

Memang mereka making kurang ajar....tunggu pu14 Nanti...

Anonymous said...

kalau ikut teori tersebut bermakna pakatan harapanlah yang akan hilang selangor. sebabnya, program tu dibuat di selangor, oleh ppbm, parti sekutu ph. selain itu yang mula melempar kerusi adalah orang ppbm sendiri (ditujukan kepada exco armada yang bertanyakan soalan kepada tun). ada juga kelihatan dalam video, team sekuriti di bilik atas dewan turut melempar kerusi ke bawah.... hahahahaha
kalaulah teori itu benar maka ph akan tewas di selangor.

Syed Alwi Aljufri said...

Itu merupakan teori orang terencat akal

Unknown said...

Sekarang bn betul-betul hilang malaysia dengan teruk sangat.