Showing posts with label fauzi setiawangsa. Show all posts
Showing posts with label fauzi setiawangsa. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

KESUDAHANNYA ISA SAMAD DIHINA

Image result for isa samad
ISA SAMAD, Ahli Parlimen Jempol, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Pengerusi Felda, semalam dipakaikan baju OREN SPRM dan di"ARAK" untuk tatapan awam seluruh Malaysia.

Ramai ahli politik Umno disiasat SPRM sebelum Isa. Kes LEMBU melibatkan Shahrizat Jalil dan keluarga beliau, Shahrizat tidak dipakaikan baju oren. Tajuddin Rahman disiasat kes pembayaran kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra, tidak dipakaikan baju oren.
Image result for annuar musa mara sprm
Annuar Musa disiasat kes Mara, tidak juga disarung baju oren.

Bung Mokhtar Radin dan isteri glamour beliau, Zizie Izzette, disiasat kes pembelian saham amanah oleh Felcra, tidak dipakaikan baju oren. Bekas Ketua Wanita Umno Kelantan Ustazah Zaleha Hussin sehingga hari ini tiada pendakwaan dilakukan.

Ada yang tidak disiasat langsung oleh SPRM seperti anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, kawan Najib Jho Low, Nik Faisal Nik Ariff Kamil, Suboh Mat Yassin dan ramai lagi.

Semalam Isa dipertontonkan kepada khalayak ramai - seolah-olah - inilah muka perasuah.

Itulah nasib Isa.

Orang lain seperti Riza Aziz, Annuar Musa, Shahrizat Jalil, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Ustazah Zaleha, Jho Low, Nik Faisal dan Suboh tidak dimalukan seperti Isa.
Image result for riza aziz jho low Hampir setiap hari SPRM memaklumkan kepada orang awam - hari ini kami serbu rumah Isa di Senawang, hari ini kami serbu rumah Isa di Nilai, kami jumpa RM100,000 di dalam peti besi, hari ini kami serbu pejabat Isa di SPAD.

Skrip ini tiada untuk Annuar Musa, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Shahrizat Jalil, Nik Faisal, Jho Low dan yang lain-lain.

Itulah nasib Isa. Skrip ini dicipta khas untuk beliau. Tujuannya: hanya yang menulis skrip ini tahu tujuannya.

Untuk menghina Isa? Memalukan Isa dan keluarganya?

Itulah sebabnya, setia membuta tuli tiada faedahnya.

Jika Isa perasuah, sumbatlah beliau ke dalam penjara.  Tiada kompromi kepada pengamal rasuah.

Hari ini, Isa akan sedar siapa sebenarnya kawan-kawannya. Semalam semasa di "arak" masuk ke mahkamah, tercari-cari kita mana kawan-kawan Isa.

Ada kawan-kawan Isa yang anak-anak mereka diberikan pekerjaan di Felda oleh Isa.

Mana pergi Fauzi Setiawangsa yang menerima gaji percuma RM5,000 dari Felda yang diuruskan oleh Isa?

Mana Wan Amizan? Mana Ahli Parlimen Paya Besar? Mana Abdullah Hasnan Kamaruddin Ketua Bahagian Kuala Kedah? Mana Ahli Parlimen Grik? Mana Ahli Parlimen Sik?

Mana 30 orang yang Isa uruskan mendapat pendapatan RM5,000 sebulan? Di mana mereka ketika Isa dihina?

Kalau mereka lupa siapa mereka, lihat senarai 30 penerima elaun RM5,000 sebulan di bawah ini.



Dengan episod semalam, berakhir lah karier politik Isa. Di bunuh oleh kawan sendiri.



Tuesday, August 8, 2017

AHLI POLITIK, AHLI PARLIMEN, EXCO PERAH FELDA. AMBIL GAJI BULANAN RM5,000 HASIL TITIK PELUH PENEROKA



PENEROKA dapat RM5,000 LIMA TAHUN SEKALI, itupun kena datang ke Kuala Lumpur untuk dengar pengumuman.

Sebaliknya, SETENGAH AHLI PARLIMEN, EXCO, ADUN DAPAT RM5,000 SEBULAN SEKALI - DUIT FGV.

Di atas adalah posting oleh seorang bernama Zulkefli Nordin yang sedang VIRAL di media sosial.

Harap-harap generasi peneroka Felda dapat halusi senarai ini. 30 ahli politik mengaut elaun bulanan RM5,000 seorang hasil titik peluh peneroka Felda.

Soalan saya, apakah peranan dan sumbangan 30 mereka ini kepada FGV sehingga mendapat layanan istimewa berbentuk gaji bulanan?

Antara mereka:

 
1. AHLI EXCO NEGERI SEMBILAN JALALUDDIN ALIAS

Image result for hasbullah gerik
2. AHLI PARLIMEN GRIK HASBULLAH OSMAN
Image result for FAUZI TITIWANGSA
3. AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA FAUZI ZAHARI
Image result for WAN AMIZAN+helikopter
4. AHLI DEWAN UNDANGAN TAHAN (PAHANG) WAN AMIZAN WAN ABDUL RAZAK
Image result for ABDULLAH HASNAN kamaruddin
5. KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH ABDULLAH HASNAN KAMARUDDIN (Nota: tiada kawasan Felda di Parlimen Kuala Kedah)

Dan ramai lagi, antaranya Adun di Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Ketua-Ketua Bahagian. (senarai - gambar 2). Ada ahli MCA turut menerima elaun bulanan dari Felda.

Itulah pengurusan Felda hari ini. Itulah nasib peneroka, membanting tulang mencari rezeki, mereka-mereka ini tanpa ada segan silu dan sedikit pun perasaan bersalah sanggup mengambil gaji hasil titik peluh peneroka.

Gaji ahli parlimen RM16,000 sebulan, ahli Exco Negeri RM11,000 sebulan, Adun RM9,000 sebulan tidak termasuk elaun dan sebagainya. Tak cukupkah gaji sebanyak itu?

Kepada peneroka Felda, fikir-fikirkan lah. 

Kepada Pengerusi Felda yang baru, Shahrir Samad, adilkah mereka ini memerah hasil titik peluh peneroka?



Thursday, November 10, 2016

BILA NAJIB KENA BALUN DI PARLIMEN, HANYA AZEEZ BANGUN MELAWAN. YANG LAIN TERSENYUM SIMPUL




AGAK terhibur melihat gelagat Parlimen Malaysia minggu lepas apabila pengganti Ahmad Husni Hanadzlah, Johari Ghani membuat ucapan pergulunggan sulung beliau sebagai Menteri Kewangan II - kata orang puteh, maiden speech. (Lihat video atas).

Kita tak nak cakap mengenai Johari dibelasah pembangkang semasa cuba mempertahankan bos beliau Najib Razak.

Walaupun nampak agak memalukan, Johari kenalah pertahankan bos beliau kerana itulah cara Najib mentadbir.

Bila ada isu mengenai beliau dan anak beranak, Najib akan membisu dan membiarkan MK II bagaikan cacing kepanasan.

Apabila Johari didesak menjawab mengenai duit yang melibatkan Najib, yang bangun mempertahankan Najib hanya SEORANG - Azeez Rahim, Ketua Bahagian Baling.

Ramai geli hati melihat cara Azeez mempertahankan Najib. Bukan mempertahankan dengan fakta, Azeez gunakan cara "pasar malam" pertahankan Najib.

Maklumlah, cara pasar malam saja yang ada untuk mempertahankan Najib dalam isu 1MDB.

Bila ditonton video tersebut ternampak kelibat Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baru Aziz Sheikh Fadzir dan Ahli Parlimen Setiawangsa Ahmad Fauzi Zahari.

Jelapang yakin ramai lagi Ketua Bahagian Umno yang juga Ahli Parlimen juga turut hadir untuk melihat Johari mempertahankan Najib.

Yang menghairankan, HANYA Azeez dan Johari yang mempertahankan Najib.

Aziz Kulim hanya menjadi PENONTON. Fauzi Setiawangsa juga memBISU.

Bagi Jelapang dari ramai-ramai Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, yang menyokong Najib dalam isu 1MDB ini hanya Azeez. Johari hanya menjalankan TUGAS sebagi MK II.

Azeez memang WAJIB pertahan Najib. Maklumlah sebut saja projek mana saja di Malaya ini, semua menjadi HAK Azeez.

Ada orang kata Azeez paling kuat makan dedak, tapi Jelapang tak minat nak menggunakan perkataan DEDAK.                                                                                                                                                                           Itulah hakikatnya. 

Terbukti semasa Johari menjawab isu 1MDB - hanya Azeez yang bangun mempertahankan Najib dengan cara TERJERIT TERLOLONG. Ahli Parlimen Umno lain hanya tersenyum simpul menjadi PENONTON.

Mereka tidak berminat hendak mempertahankan Najib kerana mereka tahu siapa yang berSALAH dalam isu 1MDB ini.

Kesimpulannya, hanya SATU Ketua Bahagian - Azeez - yang menyokong Najib. 

Itulah realitinya.         



P.S: Bila dilihat balik video di atas, ternampak kelibat Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Rompin Hassan Arifin yang cuba sembunyi muka macam penyu.

Sebenarnya dia yang lebih tahu hal 1MDB ini tetapi Hassan pun membisu, tak sayang PM.

Kalau sayang, sudah pasti dia pun akan bangun seperti Azeez mempertahankan Najib.