Di kalangan penganalisis politik, satu persoalan menjadi perbualan hangat di antara mereka. Topiknya: Berapa peratus kakitangan awam kini menyokong BN dan Kerajaan?
Ketika isu SBPA memuncak, ada pandangan bahawa 80 peratus kakitangan awam tidak akan menyokong kerajaan di dalam PRU-13.
Untuk menyelamatkan keadaan, Najib Razak mengumumkan pembatalan SBPA dan mengumumkan kenaikan gaji antara 9% dan 13% untuk semua lapisan kakitangan awam. Adakah ini mencukupi?
Ada pandangan mengatakan keputusan membatalkan SBPA telah "menyejukkan" hati kakitangan awam.
Tetapi ramai juga berpendapat ianya "sejuk seketika" setelah menyedari "orang yang paling tidak digemari mereka", Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan, tidak dikenakan sebarang tindakan berikutan isu SBPA.
Agak mengejutkan, apabila khabarnya, Sidek dalam beberapa pertemuan dengan kakitangan awam secara terbuka membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat dengan SBPA dan amat gembira SBPA dibatalkan.
Kalau benar cakap-cakap ini, ianya memalukan kerajaan. Tak masuk akal langsung seorang KSN tidak ambil peduli bagaimana skim gaji 1.4 juta pekerja dirangka.
Kalau benar Sidek bercakap begitu, maka beliau adalah seorang KSN yang tidak bertanggungjawab dan perlu diarah meletakkan jawatan serta merta.
Sesiapa saja boleh menjadi KSN kalau setiap kali ada masalah, orang di bawah beliau yang disalahkan.
KSN yang lemah, bebannya ditanggung oleh kerajaan. Sekirannya kakitangan awam tidak menyokong kerajaan, siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Sidek.
Sunday, April 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
habis tu kalau bukan dia yang merangka SBPA..siapa? hantu ka?
Assalam Bro
Jawatan KSN ni sepatutnya tak perlu dikontrakan... kalau dia dah pencen wajib/paksa gantikan dgn orang lain... takan tak ada pengganti langsungkan... Bila dah jadi macam ni salah siapa... Pikankah dia boss paling besat perkhidmatan awam... kenapa nak lepas tangan... Kalau dia tak mahu bertanggungjawab... dah sampai masa dia letak jawatan...
selama kini itu laa kerja beliau yang TIDAK mempunyai idea langsung. Suka ambil idea orang dan jadikan idea sendiri,... KSN laa katakan....pangkat paling tinggi...orang bawah di gunakan utk kepentingan sendiri. Buang saja orang tak guna macam itu...
aku meluat dgn KSN ni. Bila nak letak jawatan? Gentleman la sikit ! Takdak maruah. Kenaikan gaji SPBA dulu, depa sapu dulu , tamak haloba punya kaki.
Saya setuju dgn Jelapang
Post a Comment