Saturday, December 16, 2017

IMAMS: KALAU NAJIB SERIUS, PECAT NAZRI AZIZ



SEBAK Mas Ermieyati Shamsuddin, Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ketua Puteri Umno Malaysia, ketika menjawab soalan pemberita ketika mennjelaskan PEMBATALAN sistem IMAMS yang diumumkan semalam.

Kasihan kita tengok Mas Ermieyati. 

Yang patut jawab isu ini Nazri Aziz. Beliau Menteri. Tidak mungkin perkara PENTING seumpama ini keputusannya dibuat oleh Timbalan Menteri. 


Tetapi biasalah. Nazri jarang berada di Malaysia. Sentiasa di luarnegara ditemani isteri beliau - kejap di Jerman, kejap di Switzerland.

Riuh rendah media sosial hari ini apabila didedahkan syarikat yang terlibat mempunyai seorang CEO beragama Kristian keturunan Cina. Dan CEO keturunan Cina ini pun sudah mengeluarkan surat kepada agensi-agensi Umrah memaklumkan mengenai kadar pembayaran Visa di bawah sistem IMAMS ini.

Disebabkan riuh rendah ini, Najib Razak pun keluarkan satu tweet.
Orang Melayu tengah MARAH ni, Dato' Sri.

Takat menyatakan TIDAK BERSETUJU tak akan menyejukkan hati orang Melayu. Ini bukan masalah kecil. PRU-14 dah dekat.

Kalau Dato' Sri nak dapat undi MELAYU ISLAM, tunjuk serius - kenalah nampak ada orang kena PECAT.

Maksud saya, bukan pecat PEGAWAI KERAJAAN.

PECAT NAZRI.

Tak munasabahlah Dato' Sri, satu Kementerian tak tahu CEO syarikat yang terlibat itu keturunan Cina.

Lagipun tersebar sekeping gambar di media sosial satu pertemuan Nazri dengan CEO tersebut di luar negara sekitar 2016.

Tak mungkinlah Menteri Pelancongan tidak tahu. Lagipun tak kanlah pengumuman sebegitu penting disuruhnya Timbalan Menteri lakukan.

Seperkara lagi Dato' Sri. Memandangkan program ini dibatalkan, sistem yang telah disediakan oleh syarikat tersebut bagaimana?

Kerajaan kena bayar pampasan ke, macam kes-kes sebelum ini? 

Rujukan:



'Saya tidak tahu ada bukan Muslim dalam IMAMS'

Hari ini, 8:00 pm Hari ini, 8:31 pm




Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin hari ini berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang penglibatan bukan Bumiputera dalam syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Mas Ermieyati berkata demikian selepas sistem yang diperkenalkan kementerian itu mendapat aduan pelbagai pihak dan dibatalkan hari ini selepas diumumkan semalam.

“Malah sehari sebelum pitching (pembentangan) saya tanya lagi pegawai saya, ada tak (melibatkan) bukan Bumiputera dan sebagainya?

“Daripada maklumat yang saya terima, tak ada,” kata Mas Ermiyati dalam sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur petang tadi.

Sidang media itu diadakan beberapa jam selepas Kementerian Pelancongan mengumumkan pembatalan IMAMS.

Mas Ermieyati yang kelihatan sebak juga berkata hanya beberapa jam selepas sidang medianya semalam beliau dimaklumkan berkenaan salah seorang pegawai eksekutif atasan adalah bukan Muslim.

Sidang media semalam diadakan untuk mengumumkan pelaksanaan sistem itu yang dikatakan bertujuan membanteras penipuan pakej umrah.

IMAMS sebelum ini diwajibkan dalam proses permohonan visa umrah dan akan dikenakan ke atas kesemua 65 agensi pelancongan yang menguruskan umrah di Malaysia.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405705#suR8sTM7tfXccfLy.99


Bayaran RM90 IMAMS ibarat ‘tol Umrah,’ kata persatuan
Nabihah HamidDikemaskini 8 jam yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2017 2:38PM · 0 komen


Lagi
A
Sistem tersebut merupakan satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia. – Gambar AFP, 16 Disember, 2017.


BAYARAN tambahan RM90.10 kepada Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang dikuatkuasakan kerajaan 15 Disember tidak berpatutan dan seharusnya dikurangkan, gesa Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh).

Pengerusinya, Razali Mohd Sham mempersoalkan kadar caj tinggi itu memandangkan sistem yang boleh digunapakai seumpamanya boleh didapatkan secara percuma selain caruman insurans yang lebih murah.

“Bila IMAMS wujud, ia ibarat buka satu kaunter di kedutaan, kena bayar, kemudian cop. Ia ibarat tol Umrah. Kita tidak persoalkan GST kerana duit itu dimiliki kerajaan dan pulangan sampai kepada rakyat.

“Kita persoal kenapa sistem itu kenakan bayaran sehingga RM45 dan insurans sampai RM40? Insurans boleh didapati RM12 hingga RM16. Kita tidak persoal GST kerana ia akan sampai semula kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Jumaat lalu yang mengumumkan pelaksanaan IMAMS ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus muasassah dalam negara.

Timbalan menterinya Mas Ermieyati Samsudin berkata, IMAMS digunakan untuk memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah dan ziarah daripada menipu para jemaah, lapor Kosmo!.

Sistem tersebut merupakan satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia.

Menurut Mas Ermieyati melalui twitternya, RM90.10 itu termasuk (RM5.10) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 insurans dan RM45 bagi sistem yang digunakan IMAMS.

Bagaimanapun, Razali berkata setiap muassasah telah mengguna sistem Pasport ID scanner ataupun Scanner 3M untuk memasukkan data dan permohonan visa secara terus dengan kedutaan Arab Saudi.

“Kita sudah ada sistem percuma dan kenapa perlu bayar sehingga RM45? Untuk insurans kita sanggup bayar RM16 tetapi tidak pada sistem IMAMS,” katanya lagi.

Razali turut kesal dengan sikap pilih kasih kementerian kerana hanya mewajibkan pada agensi umrah dan tidak pada agensi pelancongan lain.

“Yang saya kesal kalau betul hendak kuatkuasa kenapa hanya pada agensi umrah saja? Penipuan bukan saja berlaku pada Umrah. Melancong ke tempat lain pun ada penipuan.

“Kementerian seharusnya perkasakan satu persatu. Dan bukan terus kuatkuasa. Sebab itu kita bantah. Kenapa tidak mulakan dengan Lesen Khas Umrah (LKU)? Itu kita sokong,” katanya.

Dalam pada itu, Pada itu Papuh turut mempersoalkan integriti syarikat yang mengendalikan IMAMS kerana masih baru dan diketuai individu bukan Islam.

“Nak cari syarikat pun, carilah yang sudah akil baligh. Ini baru ditubuhkan enam hari, dia dah mengawal selia IMAMS? Sudahlah itu, yang ketuanya difahamkan bukan Islam. Macam mana orang yang tidak pernah pergi Umrah hendak kendalikan jemaah?” soalnya.

Rentetan itu, Razali akan mengaturkan perbincangan dengan pihak kementerian untuk meminta perlaksanaan tersebut dikaji semula.

“Kita selesaikan dulu secara anak dan bapa. Seperti keluarga. Jika tidak dapat juga. Kita terpaksa laporkan kepada SPRM kerana bimbang ada penyalahgunaan kuasa dalam hal ini,” katanya lagi.

Berdasarkan statistik kementerian pelancongan, seramai 250,000 jemaah telah menunaikan umrah pada 2017dan dijangka meningkat kepada 300,000 pada 2018.

Manakala, statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mendapati 3,762 kes dengan nilai tuntutan lebih RM23juta telah difailkan dari 2012 hingga 2017 di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Rentetan itu, IMAMS telah dikuatkuasakan untuk memantau 65 agensi pelancongan berstatus muasassah yang dilesenkan dengan lesen khas umrah (LKU) pada 1 Oktober 2017. – 16 Disember, 2017.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/27924/


1 comment:

Anonymous said...

PM zaman mana yg berani pecat Nazri..?