Thursday, December 28, 2017

ADAKAH SEGALA-GALANYA KERJA ISA SAMAD DI FELDA & FGV?

Image result for isa+sprm

SEMALAM satu blog telah menyenaraikan skandal Felda dan FGV yang melibatkan Isa Samad.

Berikut senarai yang dikeluarkan oleh blog tersebut.

SENARAI SKANDAL TAN SRI ISA SAMAD SEPANJANG BERGELAR PENGERUSI FELDA (2011 – Jan 2017)

MAC 2012:
Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.
JUN 2013:
Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)
JULAI 2013:
Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)
OKTOBER 2013:
Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.
Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!
Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)
NOVEMBER 2015:
Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.
Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.
Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!
Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!
(Sumber: astroawani.com)
          JUN 2017:
  Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
DISEMBER 2017:
Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak! Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015! (Sumber: bharian.com.my)
          KESIMPULANNYA?
Punca utama adalah apabila Felda (‘lombong emas orang Melayu’) ini diserahkan pada tangan-tangan yang tidak amanah!
Apalah yang boleh diharapkan pada sebuah sistem yang sudah kronik krisis moralnya.
ISA SAMAD berada di mana dia berada kini adalah atas atas tangan anda yang memangkah di kertas undi suatu ketika dahulu.
Anak Muda.

JELAPANG berpegang kepada prinsip. Sesiapa yang disaluti skandal dan kontroversi TIDAK LAYAK memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan termasuk jawatan Menteri Kabinet.

Apabila Isa diHUKUM kerana politik wang pada tahun 2004, seharusnya beliau digugurkan dari memegang sebarang jawatan di dalam Kerajaan.

Sebaliknya beliau dilantik oleh NAJIB RAZAK menerajui Felda dan FGV. Dan Najib juga meletakkan Isa di SPAD.

Kini Felda dan FGV dilanda bencana.

Jika dilihat kepada senarai di atas, agak pelik juga segala-segalanya diletakkan di bahu Isa.

Felda dan FGV bukan calang-calang syarikat. Semasa disenaraikan dahulu, FGV di war-warkan sebagai penyenaraian kedua terbesar di dunia selepas FACEBOOK.

Sekarang?

Jika dilihat kepada senarai skandal tersebut, tertanya-tanya kita adakah Isa cukup BERKUASA di Felda dan FGV?

Hanya Isa seorang yang melakukan semua skandal ini?

Jelapang hanya ingin bertanya.

Shahrir Samad kena berterus terang dalam hal-hal lain juga mengenai Felda ini. Ada juga yang rasanya Isa Samad tak lakukan.

Contohnya pembelian saham oleh Felda dalam syarikat Eagle High Plantations kepunyaan Peter Sondakh, kawan Najib. Khabarnya harga saham Eagle High merudum. Mungkin Shahrir boleh memberi sedikit pencerahan.

Dan jangan lupa bagaimana Iris Corporation (di mana FIC mempunyai kepentingan sebanyak 21 peratus) hilang bisnes paspot Malaysia kepada sebuah syarikat kepunyaan kawan Najib.

Mana lebih penting, kepentingan peneroka atau kepentingan kawan? 

Lagipun dalam 3 hari lagi, kita akan menutup tirai 2017.

Tahun 2017 ini boleh dilihat sebagai tahun publisiti.

Riuh rendah SPRM - tangkap orang itu, tangkap orang ini. Soal orang itu soal orang ini.

Image result for annuar musa sprm

SPRM siasat Annuar Musa, siasat Bung Mokhtar, siasat YPEIM serta ahli keluarga Ustazah Zaleha dan ramai lagi yang akan Jelapang senaraikan nanti.

Tapi setakat riuh publisiti saja lah.

Tak ada seorang pun yang didakwa.

Lebih mengejutkan apabila Annuar Musa terselamat dari pendakwaan. 

Cerita lama ketika beliau menjadi Menteri menjaga PPRT masih segar dalam ingatan kita.

Kes tanah Felda ini tak lebih dari publisiti hujang tahun sambil rakyat Malaysia merayakan Krismas dan Tahun Baru serta mengikat perut.


1 comment:

Syed Alwi Aljufri said...


Setiap kawasan mengundi wajib ada Wakil dari setiap Parti yang bertanding jika Pakatan Harapan hendak menang, Jika tiada sesiapa yang memerhati 1000% BN Tetap menipu dari segala macam cara untuk menang majority sewaktu PRU 14,,waspadalah....!!