Wednesday, November 19, 2008

RAFIAH SALIM 2: CAMPURTANGAN KARUT DALAM UM?

Semalam Rafiah Salim bercakap mengenai "Ada kala saya boleh bersikap biadap - mentang-mentang kita ini perempuan dan tidak mempunyai benda itu di celah kangkang kita tidak berkemampuan." http://kedahku.blogspot.com/2008/11/rafiah-salim-jangan-selak-kain-sendiri.html

Dalam siri kedua temubual yang disiarkan Malaysiakini semalam, Rafiah membuat pendedahan lagi.

Laporan Malaysiakini: Former Universiti Malaya (UM) vice-chancellor Rafiah Salim has claimed she had to live with all kinds of "nonsense" pertaining to political interference during her tenure in the university.

"Things like who can we bring in to speak to the students, who we can't - even among the Barisan Nasional people," she revealed during an hour-long interview with Malaysiakini yesterday. http://www.malaysiakini.com/news/93289
http://www.malaysiakini.com/news/93302

Terjemahan: Bekas Naib Canselor Universiti Malaya Rafiah Salim mendakwa beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai tindakan "karut" yang mempunyai kaitan dengan campurtangan politik sepanjang tempoh beliau di Universiti Malaya.

"Ini termasuk perkara siapa yang boleh dibawa berucap dihadapan pelajar atau siapa yang tidak - termasuk mereka di kalangan Barisan Nasional."

Kenyataan Rafiah ini jelas memberi gambaran sebenar di universiti awam. Kalau dakwaan Rafiah benar, tidak mungkin perkara "karut" ini hanya berlaku di universiti Malaya.

Yang peliknya, Rafiah baru sekarang berani bersuara. Semasa jadi Naib Canselor, katanya, tak berani nak bersuara kerana "I (Rafiah) orang makan gaji".

Maksudnya, sekarang dah tak dapat gaji, maka bolehlah buat kenyataan-kenyataan yang pedas. Ianya juga bermaksud, dulu tak boleh, kerana takut terjejas gaji.

Jadi jelaslah prinsip Rafiah ketika menjadi Naib Canselor. Masa makan gaji, lain, tak makan gaji, prinsip pun lain.

Apapun kita kena puji Rafiah kerana mendedahkan perkara-perkara "karut" ini. Kita harap Rafiah terus dedahkan segala keburukan yang ada pada Universiti Malaya supaya padan muka kita semua.

2 comments:

Che Moq™ said...

salam,

mungkin rafiah ni nak jadi jaguh..entah kenapa baru sekarang nak ungkit.masa dulu mungkin dia pikir kalau banyak cakap dia tak dapat sambung kontrak.sekarang menyesal la pulak tak lantang bersuara...hehe..sama macam brader anwar..dua2 ni umpama dah pijak tahi kucing dalam banglo buat diam je lap kat rumput,bila terpijak tahi tikus kat dalam setinggan marah pulak tak bertempat.

Anonymous said...

Rafiah ini semasa dilantik sebagai VC dua tahun lalu senyum lebar, bangga keran menjadi wanita pertama menterajui sebuah IPTA.Bila kontraknya habis dan tak disambung semula mula buat ragam.Semasa saya menuntut dahulu saya diajar sepaya terima kenyataan sungguhpun pahit untuk ditelan. Sebagai kakitangan awam, kita dibayar gaji untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dan jika majikan kita tak mahu kita lagi, behntilah dengan cara terhormat. To be fair to Ministry of Higher learning, tey had make a decision, you as a contract staff have no choice but to abide to the decision. Nak dedah dan telanjagkan diri sekarang buat apa. Semasa duduk kersusi empuk dulu diam saja dan sedikit pun meluahkan rasa tidak puas hati ke atas arahan-arahan kuasa politik.
Saya lihat tindak laku Rafiah sekarang, tidak menunjukkan sbagai seorang leader atau seorang yang berilmu. lebih buruk daripada budak-budak kecil merebut ice cream. Rafiah should be proud because is replaced by a better person. Sudahlah jangan duduk ungkit-ungkit lagi pack your things dan cailah kehidupan ang lebih baik daripada duduk merapu menengak benang basah. Over time is over biarlah orang lain pula menjalankan amanah negara, melahir insan yang berilmu bukan insan yan pernuh rasa dendam.