Saturday, November 29, 2008

'PABILA WANITA BERCAKARAN! RAFIDAH RELAX, SHAHRIZAT MEMBISU!

TENGAHARI semalam kecoh di kalangan ahli-ahli Wanita Umno apabila Rafidah Aziz bertembung dengan pencabar beliau Shahrizat Jalil di ibukota.

Inilah pertembungan pertama antara kedua-dua pemimpin selepas masing-masing menyingsing lengan berpatah arang untuk menentang satu sama lain.

Sejak Shahrizat mengumumkan mencabar Rafidah selepas bersetuju dengan peralihan kuasa Jun tahun depan, ini pertama kali kedua-duanya bertemu muka.

Insiden ini berlaku di sebuah pusat rawatan perubatan swasta di Subang Jaya. Shahrizat datang dahulu dan lima minit kemudian diikuti Rafidah. Kedua-duanya menziarahi Ketua Wanita Bentong, Roslin Abdul Rahman, yang dimasukkan ke pusat rawatan tersebut.

Shahrizat dikatakan "kecut perut" apabila mendapati dirinya berada di dalam kamar Roslin bersama Rafidah. Rafidah dikatakan cukup "relax" sementara Shahrizat hanya berdiam diri.

Itulah suasana di dalam Pergerakan Wanita Umno hari ini. Dahulu kalau Wanita bergaduh, maka kedengaran pelbagai insiden tarik-menarik rambut dan cakar-mencakar. Hari ini Wanita sudah berubah.

Mereka tidak lagi bercakaran dan menarik rambut. Mereka bergaduh cara moden, gunakan teknologi.

Hari ini Wanita menyerang satu sama lain pakai SMS. Jelapang turut menerima beberapa SMS dari Wanita Umno. Disiarkan beberapa SMS terpilih untuk tatapan bersama.

* Biar aje mereka bertanding. Sape handal dialah menang. x(tidak) payah kena nak tegakkan benang yg (yang) basah. Yg (yang) kaya tetap kaya. Org (orang) bodoh aje nak berkempen sana sini. Buat apa buang masa krn (kerana) Rafidah atau Shahrizat. Dia orang tu (itu) dah kaya raya. Tunggu dan lihat aje Mac nanti. Biar perwakilan yg menentukan.

* Betulke? Seripah Noli tu cakap memang meletup2, Halimah org tak favour, Mazenah bab bisnes dia bolehlah. Mereka cakap guna akal? Mereka cakap psl (pasal) takut hilang tempat, rasa sy (saya) pejuang veteren macam Aishah Ghani..Napsiah (Omar) tu cakap x (tak) guna akallah ye!

* As'kum. Itulah tafsiran yg salah, sy x (tak) mharap apa2 sbb (sebab) salah sorg (seorang) dr (dari) anak pjuang (pejuang) tsebut x perlu sebut psl sejarah. Sy pernah jumpa org fanatik thadap ketuanya umpama awang hadi (Hadi Awang) & pengikutnya. malang sebab dt (Datuk) sbenarnya x faham thadap pdangan sy. Budak2 adamasa lebih bijak menilai . Org2 bijak spt dt x menilai inilah jdnya (jadinya), rakyat M'sia mn (mana) yg x semudah dperbodoh, kerana bodohlah kita tewas. Bodoh inilah yg sy nak pjelaskan. Jd (jadi) spt dt dr Mahathir perginya dratapi ksh (kasih) sayang rakyat M'sia kpd pjuangannya x bbelah (berbelah) bg (bagi). 'Sudah terang lagi bersuluh'. Tanda2 tlh (telah) diberi sampai masa dt Rafidah mgundur dr nak tegaskan bukan krn tim (timbalan) lawan ketua spt tdh2 (tuduhan2)/andaian2 tu kami xmahu dpaksa xada keikhlasan, dah terlalu lama. Wasalam.

* Skrg baru betul, bukan siapa handal tu x pakai lagi skrg yg iklas menang. Dt lupa org bijak macam dt dah kempen dah direct dlm tv tepok2 meja lagi, kami kempen lain & x blh cakap buang masa seorg pejuang x cakap mcm (macam) tu nampak lemah blm bjuang utk PR13 lg (lagi).

* Cakap macam tu kan senang x tahu lak siapa yg x konsisten. Make-up tebal mencerminkan kewibawaan, keterampilan menarik bawa kepercayaan itu sy ada pergi kursus belajar, Halimah make-up tebal nanti marah dia dt cakap macam tu. klu mereka frust x jd mcm rafidah baguslah, jgn tabik kita org islam. Sebut psl blog tu yg sedih sebab saya dah jd bloggers sebelum tewas dulu sama dgn kawan2.

* Semua org sayangkan jawatan masing2...bohong besar kalau org tak sayangkan jawatan mereka! Faktor umur tolak tepi...janji boleh buat keje. Setakat make-up tebal baju cantik x bwk (bawa) kemane...akal kena ada. Maaf ckp (cakap), Napsiah dgn Aishah Ghani tu mmg (memang) saya tak fancy pun...bukan zaman saya.. agaknya mereka frust sbb x dpt jadi mcm rafidah ... tegas dan konsisten. Semua orang tabik.

* Saya bukan dato. Saya hanya nyatakan apa yang saya rasa betul. Dlm perkara ni saya mmg sokong rafidah dan panglima2nya. Tak kiralah Seripah Noli ke halimah atau mazenah. Mereka ckp guna akal. Tak mcm org Shahrizat ckp tak konsisten mcm bos dia juga ...lembik!

* HAI NAPSIAH YOU PUN DAH MASUK CAMPUR? PERHAPS YOU FORGET I GOT 117 PENCALONAN?? TOLONGLA SIKIT NAPSIAH...TAK KAN YG BANYAK NAK SERAH PADA YG SIKIT? ITU LOGIK APA TU? DAH TUNGGANG TERBALIK... TAK ADA APA YG NAK "DISERAH" ... BUKAN HARTA PERIBADI... TUNGGU PERWAKILAN MENGUNDI DALAM BULAN MARCH! YOU LUPA KE ALLAH SWT PENENTU SEGALA2NYA!! xxxixxx

###Wanita bila bergaduh, timbullah hal make-up tebal, lembik, baju cantik dan sebagainya. Sama-samalah kita berhibur dengan hal Wanita ini.

4 comments:

kayumanis said...

Rafidah menang ke! Shahrizat menang ke! Wanita tetap kalah.

bungaraya said...

Mereka tidak bercakaran.
Mereka hanya bertanding untuk menjadi Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Itu sahaja.
Jika pertandingan jujur dan amanah,
Eloklah berdiam diri.
Biarkan perwakilan menentukan nanti,
Merekapun telah mengetahui siapa yang boleh dipilih nanti.
Jangan bising2 dan menonjolkan diri.
Jaga etika dan adat kita ini.
Insayyalh kita akan berjumpa nanti,
Pemimpin Wanita yang bersih...
Dari penyelewengan dan fitnah DAN
KERJA-KERJA RASUAH.
Yang membunuh UMNO.

Anonymous said...

Bayangkanlah sekiranya setiap penulis sms tersebut bertemu empat mata...apa terjadi? Adakah masih sekadar perang sms atau perang mulut atau perang tarik rambut?Rasa-rasanya betul kata Jelapang ..Rafidah akan relax dan Sharizat diam seribu bahasa...yang jadi mangsa penyokong masing-masing...hehehe seronoknya tengok perempuan zaman IT gaduh!

Anonymous said...

Shalom,

memang tak dinafikan kehebatan tan sri rafidah, she's one true leader unlike shahrizat, the poser. Kalau hendak dibandingkan mereka secara apple-to-apple comparison, tidak boleh kerana ijat is not in the same league as rafidah and in fact semasa dia menjadi menteri pun she failed to deliver....so conclusion nya.....is jaunh panggang dari api dan kemungkinan besar apa yang akan di buat oleh kem ijat is memburuk-buruk kan, memfitnah, menipu and all this thanks to TINGKAT 4 yang telah menghancurkan negara kita and i guess you know which group of people that i'm referring to.

Abdullah and his people better don't do any stupid moves to bring down UMNO further.

Biarkan abdullah, anak menantu dan whoever yang tali barutnya bungkus satu kali by this March UMNO Assembly supaya UMNO's supremacy akan kembali seperti sediakala and no more "stupid, greedy bandits" leadership in UMNO.....Amin ya rabbal alamin.


Sirius...