Sehari dua lagi, Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan akan bertanding menentang Ketua Wanita Rafidah Aziz.
Bravo, kita ucapkan kepada Shahrizat. Alangkah baiknya Abdullah Ahmad Badawi membenarkan pertandingan ini diadakan.
Biar ahli Wanita tentukan samada mereka mahukan Rafidah kekal atau dikalahkan. Tak perlulah Pak Lah campurtangan. Walaupun Presiden, Pak Lah tidak akan berlaku adil kepada Rafidah dengan campurtangan dalam soal pertandingan ini.
Khabarnya selepas pilihanraya Mac 8 yang lepas, Pak Lah masih tidak dapat memaafkan Rafidah mengenai kritikan Ketua Wanita Umno tersebut terhadap anak menantunya.
Kalau Pak Lah campurtangan dan meminta Rafidah mengundur diri, ia tidak adil juga kerana semalam 10 bahagian di Pulau Pinang, yang mana Pak Lah ketua perhubungannya, mahukan Rafidah menyerahkan kuasa kepada Shahrizat Mac nanti.
Jelas sekali keputusan 10 Ketua Wanita tersebut mengundang spekulasi ianya atas kehendak Pak Lah. Oleh itu, Pak Lah tak mungkin dapat berlaku adil dalam menangani pertandingan dalam Wanita. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Pada Rafidah, umum saja peralihan tidak dapat diadakan. Rafidah perlu mengundang Shahrizat untuk bertanding secara sihat menentang beliau.
Adalah menjadi hak Rafidah untuk mempertahankan jawatan dan bukan hak Shahrizat untuk mendesak Rafidah memberi kemenangan percuma kepada beliau.
Amatlah tidak menasabah bagi Rafidah mengundur diri kerana pencalonan yang diterima beliau untuk mempertahankan jawatan jauh lebih tinggi dari Shahrizat. Rafidah mendapat 116 pencalonan berbanding Shahrizat 73. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/umno2008/pemilihan.htm
Ketua-ketua Wanita Pulau Pinang pun berharap Shahrizat diberi kemenangan percuma dan sebab itulah mereka mendesak Rafidah membuat peralihan kuasa Mac nanti.
Yang peliknya, Ketua-ketua Wanita ini tidak pula bercakap mengenai sumbangan Shahrizat kepada negara dan Umno dan membandingkannya dengan sumbangan Rafidah.
Bagaimanapun, bagi ahli-ahli Wanita yang tidak menyedari sumbangan Rafidah kepada negara dan Umno dan sumbangan Shahrizat, eloklah mereka membaca nukilan Jejak Pujangga.
Jejak Pujangga membandingkan sumbangan Rafidah dan Shahrizat selama ini. Layari Jejak Pujangga: http://jejakpujangga.blogspot.com/2008/11/layakkah-shahrizat-menjadi-ketua-wanita.html
Wednesday, November 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment