Elak politik melabel, PAS disaran utamakan hujah
2 hours ago
Kerajaan telah membuat keputusan agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana kita mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. With this new act we would be better equipped to manage our national fault lines. It will also help to strengthen national cohesion by protecting national unity and nurturing religious harmony.
Tanpa keseimbangan yang ideal kita berkemungkinan merencatkan hak bersuara yang dijamin perlembagaan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif ataupun membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremis. Keseimbangan ini perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada lebuh raya maklumat yang mampu menyebabkan “information overflow”, taraf pendidikan dan sosioekonomi yang semakin tinggi serta tahap ekspektasi yang semakin meningkat. Peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Peruntukkan-peruntukkan Akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersikap bahawa jika ada mana-mana kaum mahupun agama disakiti maka seolah-olah semua kaum dan semua agama rakyat Malaysia sama-sama disakit bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa.http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/akta-hasutan-akan-dimansuhkan-kata-najib.html
" Tidak perlu jemput. Saya masih aktif dalam politik."
TIADA YANG MUSTAHIL DALAM POLITIK.
"That is utter rubbish. My knees are probably better than yours. I have gone for a transplant. Can you imagine this question? I am playing golf for God's sake next week with my husband. What is the problem?" – Rafidah Aziz (New Straits Times – 3/12/08)
SIAPA BABY P? Baby P dilahirkan pada 1 March 2006. Dalam bulan November, teman lelaki ibu Baby P membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan ibunya.
Nurin Jazlin Jazimin dibunuh dengan kejamnya. http://nurinjazlin.blogspot.com/2008/01/its-back-to-square-one.html
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya, dan sehingga ke hari ini belum dijumpai. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/sharlinie/index.htm
Di Malaysia, berbagai janji dibuat. Di antaranya oleh Shahrizat Jalil yang berjanji insiden seumpama ini tidak akan berlaku lagi. http://rockybru.com.my/2007/09/after-nurin-politician-promises.html
TENGAHARI semalam kecoh di kalangan ahli-ahli Wanita Umno apabila Rafidah Aziz bertembung dengan pencabar beliau Shahrizat Jalil di ibukota.
TUTUR kata seorang ahli politik adakalanya penuh kiasan dan adakalanya penuh kilasan.
“My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”
"It is not a question of whether or not I am accepting the challenge....there is a challenge and I will have to defend my post. We will meet di gelanggang in March. " - Rafidah Aziz
Sehari dua lagi, Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan akan bertanding menentang Ketua Wanita Rafidah Aziz.
KETUA WANITA UMNO 1: PUAN SRI DATIN HAJAH PUTIH MARIAH IBRAHIM RASHID (1946-1950): Beliau seorang tokoh yang aktif dalam bidang kebajikan. Sejak awal lagi beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal Kaum Ibu iaitu sebelum Pergerakan Kaum Ibu UMNO di tubuhkan secara rasminya pada 1946. Bertitik tolak dari sini beliau telah berusaha menubuhkan bahagian-bahagian Wanita UMNO. Usahanya mendapat sokongan Dato’ Onn Jaafar, pengasas UMNO sendiri. Beberapa mesyuarat telah diadakan dan kemuncak perjumpaan itu telah diadakan di Butterworth, Pulau Pinang. Di sinilah Pergerakan Kaum Ibu UMNO (pada mulanya dipanggil Ahli-Ahli Perempuan UMNO) dan Puan Sri Datin Hajah Putih Mariah dilantik menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaya. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-pertama/
KETUA WANITA UMNO 2: ALLAHYARHAMAH TAN SRI HAJAH ZAINUN SULAIMAN (IBU ZAIN) - 1950-1953: Allahyarhamah Ibu Zain mula bergiat dalam bidang politik pada tahun 1945. Dalam usaha meningkatkan pembelaan nasib kaum wanita, beliau telah menubuhkan kumpulan Ibu Sepakat. Oleh kerana inilah apabila Allahyarham Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung di Batu Pahat , bantuan Allahyarhamah Ibu Zain diperlukan untuk mengumpulkan tenaga kaum ibu agar menyertai perjuangannya. Kedudukannya sebagai penyelia dan Ketua Ibu Sepakat pada masa itu, membolehkan beliau dapat mejalankan dan melaksanakan tugasnya dengan mudah dan sempurna. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-kedua/
KETUA WANITA UMNO 3: ALLAHYARHAMAH IBU KHATIJAH SIDEK (1954-1956): Allahyarhamah Khatijah Sidek pernah dikehendaki oleh polis atas tuduhan mengadakan perjumpaan sulit dengan komunis untuk menjatuhkan Inggeris. Pada bulan Oktober 1948, beliau ditangkap di Segamat, seterusnya dihantar ke Singapura dan ditahan di Pusat Polis selama lebih kurang tiga bulan sebelum dipindahkan ke penjara perempuan di Ontram Road. Beliau telah dibebaskan dari tahanan pada 30 Januari 1950 dan dibuang negeri ke Johor Bahru selama sepuluh tahun (1950-1960). http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-ketiga/
KETUA WANITA UMNO 4: TAN SRI HAJAH FATIMAH HAJI HASHIM (1956 - 1972): Tan Sri Hajah Fatimah memulakan karier politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun. Beliau sering berpindah mengikut suaminya Tan Sri Kadir Yusuf yang pada waktu itu bertugas sebagai Peguam Kerajaan. Meskipun begitu beliau sering memerhatikan perkembangan politik negeri Johor. Berbekalkan semangat untuk menentang penjajah dan mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu, beliau kemudiannya menjadi anggota Pergerakan Melayu Semenanjung. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-keempat/
KETUA WANITA UMNO 5: TAN SRI HAJAH AISHAH GHANI (1972-1984): Aishah Ghani pernah berkhidmat sebagai juruhebah radio. Beliau seringkali menyelitkan semangat perjuangan dalam hebahannya. Kesedaran politik mula tertanam dijiwanya sejak beliau belajar di Indonesia. Ketika di sana, beliau dapat melihat sendiri keadaan politik yang bergelora dengan semangat revolusi menentang penjajah. Justeru itu, sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu (PKM) ditubuhkan, beliau terus menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengepalai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Beliau pernah menyertai perhimpunan yang membincangkan gerakan kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman. Perhimpunan yang diadakan, telah dihadiri oleh pelbagai pertubuhan termasuk PKM sendiri. Namun beliau tidak terus duduk dalam PKM kerana kerjayanya sebagai juruhebah radio. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-kelima/Kuala Lumpur |