Wednesday, December 3, 2008

BABY P & PUBLISITI MURAHAN PEMIMPIN UMNO

SIAPA BABY P? Baby P dilahirkan pada 1 March 2006. Dalam bulan November, teman lelaki ibu Baby P membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan ibunya.

Tak lama selepas itu, seorang pegawai perubatan mengesan tanda-tanda lebam di muka dan dada Baby P. Ibu Baby P ditahan dan Baby P diletakkan di bawah jagaan kawan keluarganya.

Bagaimanapun Baby P dipulangkan ke pangkuan ibunya pada Januari 2007. Beberapa bulan selepas itu, Baby P dimasukkan ke hospital dua kali kerana kecederaan termasuk kesan lebam, bengkak dan cakaran pada bahagian kepala. Ibu Baby P ditahan pada Mei 2007.


Pada Jun 2007, seorang pekerja sosial mendapati tanda-tanda kecederaan pada Baby P dan memaklumkannya kepada polis.


Pemeriksaan perubatan mendapati kesan kecederaan tersebut berpunca dari penderaan. Pada 4 Jun, bayi tersebut diletakkan di bawah penjagaan seorang rakan.

Pada 1 Ogos 2007, Baby P dibawa ke Hospital St Ann di London. Pemeriksaan post-mortem mendapati Baby P patah tulang rusuk dan belakang.

Pada 2 Ogos ibu Baby P diberitahu bahawa beliau tidak akan didakwa. Bagaimanapun, Baby P ditemui mati dalam buainya.

Pada 11 Nov 2008 Jason Owen, 36, dan teman lelakinya di dapati bersalah menyebabkan kematian Baby P. Januari tahun hadapan Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas yang tertuduh. http://en.wikipedia.org/wiki/Death_of_Baby_P

Berikutan insiden Baby P ini, beberapa tindakan telah di ambil di Britain. Antaranya:

Ketua Majlis Haringey George Meehan dan anggota cabinet perkhidmatan kanak-kanak Liz Santry meletakkan jawatan.


Ketua Bahagian Perkhidmatan Kanak-kanak Sharon Shoesmith dilucutkan jawatan.
Timbalan Sharon, Cecilia Hitchen dan ketua bahagian keselamatan kanak-kanak Clive Preece digantung tanpa gaji.


Dua pekerja sosial dan seorang pegurus kanan diberitahu keperluan mereka di majlis tersebut akan dikaji semula. http://www.dailymail.co.uk/news/article-1090702/Baby-P-clumsy-high-pain-threshold-Haringey-Councils-astonishing-description-abused-toddler.html

Parlimen Britain mengambil berat isu tersebut dan membincangkan isu Baby P. http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/baby-p/3542889/David-Cameron-says-Baby-P-workers-must-be-sacked-not-suspended.html

Itu di Britain, tuan-tuan dan puan-puan. Di Malaysia lain ceritanya. Beratus kanak-kanak didera. Wanita didera. Orang gaji didera. Disebalik insiden yang menyayatkan hati ini, tergamak sesetengah ahli politik mengeksploitasikan insiden seumpama ini untuk publisiti murahan demi undi.

Nurin Jazlin Jazimin dibunuh dengan kejamnya. http://nurinjazlin.blogspot.com/2008/01/its-back-to-square-one.html
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya, dan sehingga ke hari ini belum dijumpai. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/sharlinie/index.htm

Di Malaysia, berbagai janji dibuat. Di antaranya oleh Shahrizat Jalil yang berjanji insiden seumpama ini tidak akan berlaku lagi. http://rockybru.com.my/2007/09/after-nurin-politician-promises.html
http://kedahku.blogspot.com/2008/11/shahrizat-mana-janjimu.html

Lebih menyedihkan mereka yang seharusnya bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah rakyat dibiarkan dengan mudah mengambil remeh tanggungjawab tersebut.

Malah lebih memalukan apabila mereka-mereka ini kini mengejar jawatan lebih tinggi dalam politik dengan harapan untuk dilantik Menteri apabila menang nanti.

Kepada Najib Razak. Tak perlulah tanya apa harapan rakyat dari kepimpinan beliau. Ahli-ahli Parlimen kita asyik sibuk dengan perkara remeh-temeh di Parlimen.

Jika hendakkan publisiti, mudah saja. Gunalah perkataan lucah dan kesat untuk mendapat publisiti murahan. Kecam saja ahli pembangkang dan panggil mereka “biul”, maka dapatlah publisiti.

Malahan ahli-ahli Umno pun sayang akan ahli-ahli Parlimen bersifat kurang sopan dan kurang ajar ini. Apa tidaknya, semasa pemilihan bahagian baru-baru, 120 bahagian mencalonkan seorang Ahli Parlimen yang paling banyak menggunakan perkataan kesat dalam Parlimen untuk jawatan Majlis Tertinggi. Tahniah kepada ahli-ahli Umno. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/umno2008/pemilihan.htm

Kepada Datuk Seri Najib. Janganlah bertanya kenapa rakyat benci pada Umno. Sudah Terang Lagi Bersuluh. http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=lagi

Sudah berapa banyak kanak-kanak Malaysia yang mengalami nasib seumpama Baby P. Di Britain ianya satu isu nasional yang boleh mengugat kerajaan. Di Malaysia ianya jadi bahan publisiti orang politik untuk mengejar jawatan.
Itulah bezanya antara ahli politik Malaysia dengan Britain, Datuk Seri.

3 comments:

zidlan said...

salam tuan,
satu isu dan kupasan yang menarik untuk dibaca, dilihat dan ditelitikan. macam biasalah kalau dah terantuk baru nak tengadah.

Anonymous said...

Saudara,

Berterus teranglah. Ahli Parlimen yang paling banyak menggunakan bahasa kesat dalam Parlimen yang saudara maksudkan ialah Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak.

Anonymous said...

Salam,

Shahrizat gagal sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita dan kanak-kanak. Seharusnya Najib mengenepikan calon Ketua Wanita ini dari Kabinet baru Najib..