Saturday, December 6, 2008

JANJI DATO ' SHAH RUKH KHAN!

SEGAK BERBAJU MELAYU: Hero Hindustan, Shah Rukh Khan, hari ini rasmi bergelar Dato'. Shah Rukh harus berterima kasih kepada kerajaan negeri Melaka dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mencadangkan namanya kepada kerajaan Melaka.

Ramai artis tempatan dikatakan terkilan dengan penganugerahan seolah-olah tindakan tersebut menidakkan keupayaan artis tempatan. Ini baru seorang orang luar dianugerahkan Dato', belum lagi berpuluh.

Sebenarnya ia bergantung kepada sudut mana kita hendak melihat penganugerahan ini. Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan Dato' kepada Shah Rukh. http://kedahku.blogspot.com/2008/10/dr-mahathir-shah-rukh-khan-layak-jadi.html

Apapun, Shah Rukh kini Dato' Shah Rukh Khan. Turut menarik perhatian ialah janji Shah Rukh Khan selepas bergelar Dato'.

Hero Hindustan ini berjanji akan kembali ke Melaka untuk melakukan pengambaran filem baru baru beliau. http://www.freshnews.in/shahrukh-khans-crew-haircut-in-my-name-is-khan-100855
http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/Lifestyle/Story/STIStory_311239.html
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/6/nation/20081206173807&sec=nation

Filem baru Shah Rukh Khan "My name is Khan" mengenai jihad.

'I think the whole concept of jihad, the whole concept of warring needs to be explained as Allah meant it to be in the Quran ... it is an attempt to try and do that in an entertaining way.' - Shah Rukh Khan.

(Saya merasakan keseluruhan konsep jihad perlu diperjelaskan seperti mana yang diwahyukan Allah swt di dalam Al-Quran... ianya satu inisiatif untuk menyampaikannya menerusi hiburan)

Ramai antara kita peminat pengarah hebat Steven Spielberg. Antara filem hebat beliau ialah Schindler's List yang amat jelas satu usaha untuk mendapatkan simpati dunia kepada kaum Yahudi.

Kita berharap Shah Rukh Khan dapat menyaingi Spielberg sekurang-kurangnya memperbetulkan tanggapan yang salah terhadap Islam.

3 comments:

Anonymous said...

Apa pun Dato SRK segak berBaju Melayu... beliau menghormati budaya Melayu...

Anonymous said...

I am very happy for him. He is a mind blowing actor of my time. Whatever the others want to say about it I agree totally for his datoship. He entertain me and that is very important. I am looking forward for his new movie and as a fan I wish him all the best. I can totally claim myself as a fan as I have not miss any of his movies, I get hooked on him with Dilwale Dulhanyia Le Jayenge.

All the best Dato' Shah Rukh. Nothing will change my support for you. I also hope we Malaysian can make movies like he did and those Malaysian actors out there cool of brothers.

Yasmine Dzidik

Anonymous said...

sya rsa hepi sgt..srk mmg layak dpt anugerah 2..pda org kte yg xpuas ati 2,jgnlah nk tmbh malu,skg ni cter mlayu byk yg merepek2,ntah pe2 je..susah nk tgk film yg banggakn malaysia..sape yg wat?????org luar gak kan ???2 la,hati busuk,dengki dgn apa yg org len dpt..kalo nk usaha la sndri..