Thursday, October 23, 2008

DR MAHATHIR: SHAH RUKH KHAN LAYAK JADI DATO'

SETELAH membaca tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sebab-sebab mengapa penganugerahan Dato' kepada Shah Rukh Khan tidak perlu dipertikaikan, maka jelas penganugerahan tersebut tidak salah rasanya.


Teringat akan kita kisah bagaimana seorang ahli perniagaan di Kedah menghadiahkan wang tunai puluhan ribu ringgit kepada pemain bolasepak Kedah satu ketika dulu selepas memenangi Piala Malaysia sehingga dianugerahkan Dato' oleh DYMM Sultan Kedah.


Malangnya janji itu tidak pernah ditunaikan oleh ahli perniagaan tersebut.


Kesudahannya Sultan Kedah mengambil keputusan melucutkan anugerah Dato' keatas ahli perniagaan tersebut.


Ada sesetengah dianugerahkan Dato' kerana sumbangan untuk membina pintu gerbang sempena Hari Keputeraan Sultan dan ada yang dianugerahkan Dato' kerana sokongan dari orang-orang berpengaruh.


Pandangan Tun Dr Mahathir mengenai Shah Rukh Khan ada benarnya.


Kata Tun Dr Mahathir:

DATO SHAH RUKH KHAN

1. Saya berasa malu apabila anugerah Dato kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan. Kita kerap juga memberi gelaran Dato Kehormat kepada orang asing bagi menghargai sumbangan mereka kepada negeri atau negara. Jasa mereka ini kebanyakannya kurang daripada jasa Shah Rukh Khan.


2. Saya terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Kerap kali saya tidak kenal pun calon-calon yang dikemukakan.


3. Sesungguhnya ramai yang lebih layak daripada calon-calon ini tidak termasuk dalam senarai dan tidak mendapat bintang-bintang kehormatan. Kemudian saya ditanya kenapa beri kepada orang-orang ini dan tidak orang itu. Saya tidak dapat jawab kerana tiada siapa yang diberi tugas memilih calon-calon mengemukakan nama mereka-mereka ini. Mereka juga tersilap. Tiap-tiap tahun ini berlaku.


4. Shah Rukh Khan seperti kita maklum adalah bintang filem Bollywood yang terkenal. Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga. Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.


5. Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia. Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia.


6. Kita bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi kegiatan perfileman memaksa syarikat-syarikat Bollywood belanja wang yang banyak. Ramai pekerja dan orang lain di Malaysia mendapat banyak nikmat. Ada kalanya Shah Rukh mengadakan pertunjukan percuma untuk bantu badan-badan amal.


7. Kerana Shah Rukh memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya banyak syarikat-syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.


8. Saya fikir Shah Rukh layak mendapat penghormatan sebagai Dato Kehormat. Ini tidak bermakna artis-artis tempatan tidak layak mendapat penghormatan seperti Shah Rukh. Tetapi janganlah kita tarik balik anugerah ini untuk diberi kepada artis tempatan. Kita punyai banyak bintang kehormatan lagi yang boleh diberi kepada diri kita.

http://test.chedet.com/che_det/2008/10/snippets-16.html#more

4 comments:

Cheguman said...

Setuju dgn TDM.

Kak Jayn said...

Begitu banyak masalah lain yang melanda kita, perkara remeh ini yang dijadikan lbh penting. Pasti adalah yang termalu. Rupa2nya SRK banyak juga membuat amal...heheh. Sudah2lah dgn gelaran tu, bukan mengenyangkanpun!

gemaipadi said...

sedikit pembetulan. kurniaan kepada ahli perniagaan yang tidak menunaikan janjinya itu (sumbangan kewangan kepada tabung persatuan bolasepak kedah darul aman) bukan DATO' tetapi JP (Jaksa Pendamai). adalah benar pengurniaan itu ditarik balik.

JELAPANG said...

RALAT

Terima kasih saudara Gemaipadi,

Saya memohon maaf atas kesilapan tersebut. Ahli perniagaan yang menjanjikan hadiah tunai untuk pemain bolasepak itu dikurniakan JAKSA PENDAMAI bukannya anugerah Dato'

Harap maaf.