Monday, October 6, 2008

53 % TAK PUASHATI PENCAPAIAN PAK LAH














DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT: Esok atau lusa, Abdullah Ahmad Badawi akan membuat keputusan samada mempertahankan atau melepaskan jawatan Presiden parti. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
Yang jelas telahan beberapa kerat dalam Umno bahawa Pak Lah akan melepaskan kesemua jawatan esok atau lusa meleset sama sekali.
"Reformasi badan kehakiman umpamanya akan tetap diteruskan walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan. Ada perkara yang perlu dibuat dan saya akan pastikan ia disiapkan.'' Itu kata Pak Lah hari ini dan pasti mengakhiri teka-teki samada beliau akan meletakkan jawatan Perdana Menteri esok atau lusa. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1006&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm
Ketika pemimpin Umno sibuk siapa akan bertanding jawatan apa, lebih baik mereka menjengok sejenak masalah rakyat.
Merdeka Center telah membuat satu kajian mengenai masalah negara untuk tempoh 11 Sept-22 Sep, 2008. Berikut ialah hasil kajian mereka.
35%: Berpendapat masalah utama yang menghimpit Malaysia hari ini ialah kenaikan harga barang, inflasi, kenaikan kos hidup.
8% : Berpendapat masalah utama menghimpit mereka ialah kenaikan harga petrol.
79%: Tidak puashati dengan cara kerajaan menangani masalah kenaikan harga barang, inflasi dan kenaikan kos hidup.
76%: Tidak puashati dengan cara kerajaan mengendalikan isu kestabilan politik negara.
69%: Tidak puashati cara kerajaan menangani kenaikan harga petrol.
77%: Tidak puashati dengan keadaan ekonomi negara sekarang ini.
69%: Rakyat bimbang dengan kadar jenayah dan keselamatan mereka.
65%: Merasakan bajet 2009 tidak memberi menafaat kepada mereka.
53%: Tidak puashati dengan pencapaian Pak Lah.
51%: Keyakinan orang Melayu terhadap Pak Lah menurun dari 84% pada Oktober 2007.
30%: Keyakinan kaum China terhadap Pak Lah menurun dari 47% pada Oktober 2007.
32%: Keyakinan kaum India terhadap Pak Lah menurun dari 79% pada Oktober 2007.
39%: Yakin Najib Razak akan menjadi Perdana Menteri yang berkesan.
40%: Rasakan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri yang berkesan dibandingkan Najib Razak (34%).
67%: Tidak mempercayai tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

No comments: