Thursday, October 2, 2008

LAU WENG SAN: KEMBALIKAN KL KEPADA SELANGOR

"Jikalau Pemudah tidak mampu berbuat demikian, maka saya akan bercadang kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR untuk meminta kepada Kerajaan Persekutuan supaya dikembalikan hak penguasaannya terhadap Kuala Lumpur kepada Kerajaan Negeri Selangor tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada.

Pada pendapat saya, jikalau ini dapat dilakukan, warga kota Kuala Lumpur dapat menikmati pelbagai ganjaran yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor, contohnya bekalan air 20m3 percuma, program Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti dan sebagainya." - Setiausaha DAP Selangor Lau Weng San (Adun Kampung Tunku)

http://wengsan.blogspot.com/2008/09/kuala-lumpur-di-bawah-kerajaan-selangor.html
New Straits Times: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2364544/Article/index_html


Itulah petikan dari blog Lau Weng San dan kenyataan beliau ini turut disiarkan online oleh akhbar milik Umno, New Straits Times. Artikel ini merupakan yang paling tinggi dibaca oleh pelayar-pelayar yang melawat website New Straits Times.


Adakah ini satu tuntutan atau satu cadangan dari Weng San? Apakah pandangan Umno, Pas dan Anwar Ibrahim mengenai cadangan ini?


Terus terang kita boleh katakan cadangan Weng San mempunyai hasrat yang tersirat. Tidak perlulah kita dedahkan apa hasrat beliau yang tersirat.


Sekiranya cadangan beliau diambil kira, maka semua keputusan yang dibuat 30 tahun yang lalu perlu dikaji semula semata-mata kerana DAP sekarang berkuasa di Selangor dan semata-mata kerana pandangan yang diutarakan Weng San.


Rasanya lebih baik Umno, Pas dan Anwar Ibrahim menyelami kenapa kerajaan pada masa itu mengambil keputusan mengisytiharkan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan dan kenapa keputusan itu perlu dipertahankan.

2 comments:

Anonymous said...

Saya rasa baik ditanya juga hak bukan melayu untuk jadi warganegara.

LAU WENG SAN said...

Sdr,

Terima kasih kerana memberi perhatian terhadap perkara ini. Ingin dijelaskan bahawa cadangan ini hanya merupakan cadangan jikalau Pemudah masih lagi gagal untuk memperbaiki prestasi DBKL.

Cadangan menyerahkan KL kepada Kerajaan Negeri Selangor adalah kerana di bawah sebuah kerajaan negeri, sekurang-kurangnya DBKL akan mempunyai ahli-ahli majlisnya. Sebuah PBT tanpa ahli majlis ialah satu fenomena yang sangat ganjil.

Lebih-lebih lagi, jikalau pada masa depan pilihanraya kerajaan tempatan dapat dipulihkan, maka warga KL akan dapat mengundi siapa bakal mewakili mereka di dalam DBKL.

Juga perlu digingatkan bahawa kerajaan negeri Selangor adalah dibawah pimpinan PR, bukan DAP sahaja. Menteri Besar Selangor ialah seorang ADUN Melayu yang juga merupakan Ahli Parlimen di KL. Namanya ialah Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim dan beliau merupakan Setiausaha Agung KeADILan dan Pengerusi KeADILan Selangor. Ini langsung tiada kaitan sama ada DAP atau saya mempunyai makna tersirat melalui cadangan ini.

Berani juga saya kata cadangan saya ini tidak semestinya disambut dan diterima baik sesama ahli dan pemimpim DAP sendiri. Ini menunjukkan ianya merupa cadangan ikhlas saya untuk memperbaiki prestasi pentadbiran DBKL demi kebaikan jangka panjang warga kota.

Jikalau Kerajaan Persekutuan mengambil alih KL daripada kerajaan negeri pada tahun 1974 dengan alasan bahawa "KL akan menjadi lebih baik dan maju di bawah Kerajaan Persekutuan", maka adalah lebih baik kita merenung kembali, mengukur setakat mana baik dan maju KL di bawah Kerajaan Persekutuan.

Tidak pernah KL wujud sebagai sebuah kota yang berasingan daripada Selangor. Malahan, sebahagian besar sejarah pembangunan Selangor berkait rapat dengan KL dan KL ialah sebahagian daripada Selangor. KL ialah sebahagian daripada tanah jajahan DYMM Sultan Selangor.