Friday, October 3, 2008

ZAHID: MUHYIDDIN KASAR!

TERKINI: Naib Presiden Mohd Ali Rustam menjadi orang kedua menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

* Buat masa ini Abdullah Ahmad Badawi masih belum menyatakan pendirian samada mempertahankan jawatan Presiden. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=362482

Apa kata Zahid Hamidi: "...the feeling on the ground was that International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had been abrasive in regard to Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, the party president. He is too harsh in asking the prime minister to step down. In Malay culture, we ask nicely.

"I was Najib's political secretary before and know him very well. I know he will never take sides." - Zahid Hamidi ketika mengumumkan keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno semalam.

Terjemahan: "...sentimen di peringkat akar umbi ialah Muhyiddin kasar dalam perkara melibatkan Abdullah Ahmad Badawi. Beliau terlalu keras dalam mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Dalam budaya Melayu, kita kena beradab.

"Saya bekas setiusaha politik Najib dan saya amat mengenali beliau. Saya tahu beliau tidak akan menyebelahi mana-mana calon dalam pertandingan ini." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2365096/Article/index_html

Apa kata Malaysian Insider (senada dengan Zahid) : The Insider has learnt that Datuk Seri Najib Razak is not going to publicly endorse anyone who offers to contest the deputy president’s position.
His rationale: If the person he does not endorse wins, it could complicate his working relationship in the party and government with his deputy.
But party officials expect Najib’s camp to send signals to the ground that he would be pleased to work with Zahid if the latter was elected deputy president.

Terjemahan: Insider difahamkan tidak akan memperakukan sebarang calon Timbalan Presiden secara terbuka.

Rasionalnya: Sekiranya calon yang beliau perakukan kalah ia akan merumitkan tugas beliau dengan Timbalannya. Bagaimanapun pimpin parti mengharapkan Najib akan mengeluarkan "signal" kepada akar umbi bahawa beliau boleh berkerja dengan Zahid sekiranya beliau menang jawatan Timbalan Presiden. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/9908-zahid-hamidi-to-run-for-umno-no-2
P/S: Sementara itu, Bahagian Kampar menjadi bahagian Umno ke4 yang akan mencalonkan regu Najib-Muhyiddin untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Sebelum in Batu Pahat, Cheras dan Titiwangsa telah membuat kenyataan serupa.
* Bahagian Machang (ketua bahagian: Ahmad Jazlan Yaakob) dan Kimanis (Anifah Aman) merupakan bahagian pertama yang akan mengadakan mesyuarat bahagian pada 9 Oktober.

3 comments:

Anonymous said...

Muhyiddin kasar konon pada Pak Lah yang lantik Zahid jadi Menteri.

Masa dengan Anwar buat lawak cara Anwar, hidup macam Sultan hasil samunan dengan Anwar.

Kemudian bila kene jentik telok sikit kat Karamunsing Police Station, terus dakwa Anwar suruh buat macam macam. Budak sekolah Arab Ipoh ini mana ada ciri ciri jadi TPM, jadi Menteri Haji sudahlah.

Ramli Mohd Yunus
Alor Star.

Anonymous said...

Betul bang ramli

Dia perasan layak jadi TPM. Nasib Melayu lah dapat TPM macam Zahid. Melayu akan terus layu

Aizan said...

Kata Muhyiddin kasar pada PM tapi dia yang no.1 tawar diri jadi Timbalan Presiden UMNO sedangkan Pak Lah belum lagi cakap nak undur diri.... Apa nie?