20 lagi bahagian Umno akan mengadakan mesyuarat perwakilan hari ini.
Hari ini adalah hari penting buat beberapa pemimpin Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Mohd Ali Rustam, Nur Jazlan Mohamed, Muhammad Muhammad Taib dan Ahmad Zahid Hamidi.
Selepas tiga bahagian mengadakan mesyuarat, mereka masih menunggu pencalonan dari bahagian-bahagian untuk menentukan mereka layak bertanding.
Bahagian yang bermesyuarat hari ini: Pagoh, Cheras, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Beruas, Kampar, Semporna, Silam, Kalabakan, Kota Kinabalu
Pontian, Mersing, Pasir Gudang, Batu Pahat, Kota Melaka, Kuantan, Rompin
Jadual mesyuarat bahagian: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/11/mstar_berita/20081007093520&sec=mstar_berita
* Sementara itu, Mukhriz Mahathir terus mendapat sokongan dari bahagian untuk jawatan Ketua Pemuda.
Lewat malam semalam, Mukhriz menerima 4 lagi pencalonan dari Kota Belud, Subang, Bagan dan Tenggara sementara lawan beliau, Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah, menerima 2 lagi pencalonan dari Gelang Patah dan Parit Buntar.
Bagaimanapun, pencalonan Khairy di Gelang Patah dibantah 80% perwakilan yang mendakwa penyelewengan pengiraan kertas undi. Perwakilan Gelang Patah mahukan Khir Toyo dicalonkan bukannya Khairy.
Laporan insiden berkenaan: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/National/2373014/Article/index_html
* Kedudukan pencalonan Pemuda Umno sehingga semalam.
MUKHRIZ - 29 pencalonan, KHAIRY - 15 pencalonan, KHIR TOYO - 7 pencalonan
Sunday, October 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment