MUKHRIZ Mahathir melepasi halangan pertama untuk menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno apabila memperolehi 39 pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan tersebut.
Seseorang ahli Umno memerlukan sekurang-kurangnya 38 pencalonan untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda.
Pencalonan ke 38 datangnya dari bahagian Sepanggar, Sabah.
Bahagian yang menyokong Mukhriz: :Kimanis, Jerlun, Besut, Alor Star, Cameron Highlands, Bukit Gelugor, Tasek Gelugor, Kota Melaka, Pagoh, Jelebu, Jempol, Teluk Intan, Pasir Gudang, Lipis, Langkawi, Kalabakan, Kuantan, Bentong, Pokok Sena, Padang Rengas, Tuaran, Rasah, Permatang Pauh, Kampar, Ipoh Barat, Tenggara, Bagan, Subang, Kota Belud, Batu Pahat, Gombak, Beaufort, Padang Serai, Kuala Selangor, Kulai, Bakri, Setiawangsa, Sepanggar, Simpang Renggam.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi, memerlukan 19 lagi pencalonan untuk layak bertanding. Pencalonan Khairy setakat ini ialah 19.
Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo mendapat 10 pencalonan sementara Ketua Bahagian Padang Besar Zahidi Zainul Abidin mendapat satu pencalonan dari bahagian beliau sendiri, Padang Besar.
PENCALONAN SETAKAT INI:
MUKHRIZ: 39
KHAIRY : 19
KHIR TOYO : 10
ZAHIDI : 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment